CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6020|Reply: 40

[Tempatan] {1} Cabaran bermadu: Isteri2 Pesakit HIV setia!

[Copy link]
Post time 26-8-2013 10:49 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 26 Ogos : “Dulu apabila doktor sahkan saya dijangkiti virus HIV, saya rasa macam terkena sumpahan dan menjangka dua isteri  akan meminta cerai serta hidup saya akan berakhir.

“Tapi, alhamdulillah semua itu tidak berlaku kerana kedua-dua isteri saya tetap bersama saya dan hingga kini kami hidup bahagia bersama anak,” kata penghidap virus HIV, Mohamad Wahid, 46.  Dia yang lebih mesra dengan nama Pie dalam kalangan rakan berkata, sudah tiba masanya masyarakat lebih memahami  keadaan sebenar individu dijangkiti HIV atau dalam istilah perubatan disebut ‘People Living With HIV’ (PLHIV).

Menurutnya, pemahaman itu penting bagi mengelakkan PLHIV terus menerima layanan  tidak adil hingga menyebabkan mereka tertekan dan sukar meneruskan kehidupan.



“Masalah utama individu dijangkiti HIV seperti saya ialah stigma dan salah tanggapan masyarakat hingga menyebabkan kami dipulau, disisih dan difitnah.

“Hakikatnya, dengan kaedah perubatan terkini kami sebenarnya boleh hidup berkeluarga seperti insan normal,”katanya yang sudah lebih dua tahun  dijangkiti HIV akibat proses pemindahan darah.  Pie berkata, amat menyedihkan apabila ada PLHIV  hilang pekerjaan, putus hubungan dengan rakan dan keluarga, tidak dibenarkan berkahwin serta gagal mempertahankan perkahwinan hanya disebabkan salah faham masyarakat.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan saya kini aktif membantu insan senasib dengan saya,” katanya yang aktif  menulis  dalam blog http://akuhivpositif.blogspot.com selain melakukan aktiviti sukarela melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Positive Warrior.


Mengimbas kisah lampaunya ketika peringkat awal disahkan doktor dijangkiti HIV, Pie mengakui ketika itu dia menjadi seperti ‘separuh gila’ dan pernah terfikir  membunuh diri.

Katanya, dia mengambil masa  lama  memaklumkan perkara itu kepada isterinya, Mariani Sulaiman, 46, dan Hashimawati Hashim, 36, kerana takut mereka tidak dapat menerima berita buruk menimpa dirinya.  

“Ketika itu saya beranggapan orang sekeliling pasti  menjauhkan diri daripada saya dan saya percaya mereka akan meminta  menceraikan mereka.  “Nak batuk, bersin, kongsi makanan dengan mereka (isteri dan anak) pun saya takut, saya mahu menjauhkan diri daripada mereka sebenarnya,” katanya.
Berikutan itu, kata Pie, dia mengambil masa  lama  memaklumkan perkara itu kepada kedua-dua isterinya.

“Selepas beberapa lama, barulah saya mendapat kekuatan berterus-terang dengan mereka. Pada mulanya mereka terkejut, namun mereka pasrah dan menerima perkara itu sebagai takdir.  

“Untuk tidak menzalimi mereka, saya memberi mereka pilihan sama ada meneruskan perkahwinan atau meninggalkan saya kerana tidak mahu mereka terseksa hidup dengan penghidap HIV seperti saya.

“Saya bersyukur kerana mereka masih lagi ingin bersama saya dan sangat positif menerima berita itu,” katanya sambil menegaskan sokongan keluargalah membuatkan dia mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pie berkata, selepas mengambil ubat secara konsisten dan mengikut segala nasihat doktor, dia lega kerana dia tidak ‘mewariskan’ virus HIV kepada kedua-dua isterinya.

Malah, hasil pengambilan ubat dan pemantauan berterusan  doktor, dia tidak berdepan masalah  melakukan hubungan kelamin dengan kedua-dua isterinya.

“Bukan setakat itu, doktor juga mengesahkan PLHIV sebenarnya boleh mendapat zuriat yang bebas daripada HIV atau penyakit AIDS,” katanya.

Sama seperti isteri Pie, dua anak lelakinya yang berusia 17 dan 21 tahun turut menerima keadaan dirinya dengan hati terbuka.  “Kami sekeluarga mengambil keputusan menghadapi situasi itu seperti biasa. Saling  menyokong dan menjaga rahsia itu selama-lamanya,” katanya.

p/s sesiapa yg nak berpoligami, boleh la amik iktibar ; dari aspek positif , HIV pun takde masalah...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2013 10:58 AM | Show all posts

Besarnya dugaan
He's so strong
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
oh. Dapat dari pemindahan darah. Kesian. Last edited by membesar on 26-8-2013 11:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:03 AM | Show all posts
Isteri2 mithali...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:04 AM | Show all posts
dpt HIV kongsi jarum ke or sbb suke mencelup?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:05 AM | Show all posts
annehuda posted on 26-8-2013 11:04 AM
dpt HIV kongsi jarum ke or sbb suke mencelup?

Pemindahan darah uolss

Oh.. x sanggup kena dugaan sebegini

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2013 11:06 AM | Show all posts
Yg nak derma darah tu pon jangan lah bangang bangsat sangat
Kalau pernah menjalani life style yg berisiko x payah lah gatal bijik nak derma darah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:10 AM | Show all posts
rasanya macam ada gambar dia dan isteri-isteri dia kat paper metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2013 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
solstice posted on 26-8-2013 11:06 AM
Yg nak derma darah tu pon jangan lah bangang bangsat sangat
Kalau pernah menjalani life style yg be ...

Aku selalu derma darah. Sebelum derma, kena isi form. Mmg dlm form tu ada highlight kalau mengamalkan gaya hidup x sihat ie. Dadah atau sex bebas, jgn derma. Lepas tu masa kena interview dgn doktor, doktor akan refer kat form dan emphasis sekali lg part ni.
Cuma aku x tau kalau org yg berisiko derma darah, x de ke test yg boleh detect darah dia yg problematic? Nak hrp kat form dgn interview kat doktor tu semua personal confession je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:26 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 26-8-2013 11:10 AM
rasanya macam ada gambar dia dan isteri-isteri dia kat paper metro

youtube dia pon ada uolssss
Blakun iklan hiv ngan aaron aziz
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:28 AM | Show all posts
paperchase posted on 26-8-2013 11:23 AM
Aku selalu derma darah. Sebelum derma, kena isi form. Mmg dlm form tu ada highlight kalau mengamal ...

Kalau setakat declaratiob sundri jangan harap lah
Tambah2 ada yg x tau pon depa ada HIV
Mungkin sbb cuma celop sekali dua kat luar
So rasa safe

Sepital x cek betul2 kerrr darah2 yg diterima
Kesian sangat kalau terkena kat pesakit yg non HIV
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:39 AM | Show all posts
solstice posted on 26-8-2013 11:28 AM
Kalau setakat declaratiob sundri jangan harap lah
Tambah2 ada yg x tau pon depa ada HIV
Mungkin  ...

adk aku nyaris suspek heapititis B sebab pemindahan darah, setahu aku bermula tahun 1999 baru kerajaan malaysia jalankan ujian saringan darah, sebelum daripada tu kerajaan malaysia xpernah kuatkuasakan undang2 tersebut..

nasiblah siapa2 dpt dara hiv.. kt segamat ada yg dh kena.. saman rm 100k je dpt? ciput sangat.. tak berbaloi..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 11:55 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-8-2013 11:39 AM
adk aku nyaris suspek heapititis B sebab pemindahan darah, setahu aku bermula tahun 1999 baru k ...



bahaya ya pemindahan darah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:01 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 26-8-2013 11:55 AM
bahaya ya pemindahan darah nie...

skrng pun xde check2 punya, tp nahas lah kalau kantoi sebab masa nk isi darah tu kena isi form, lepas tu dia pg potong jari kita nak check kita darah jenis apa? A,O, AB?? jd lepas check tu dia suruh tunggu giliran ambl darah.. berat tinggi semua dia ambl kira.. just curious bila masa dia nak check peket2 darah tu ada penyakit ke x?? xde mesin yang mudah utk check ke? mcm check my kad tu?



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:02 PM | Show all posts
kat malaysia ni kalu hiv jah musti ngaku sbb pemindahan darah....takkan nak ngaku suka langgan ayam ka bohsia ka
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:03 PM | Show all posts
perngorbanan yang susah kita dapat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2013 12:16 PM | Show all posts
sblm darah dihantar ke bank negara.. mmg x check dulu ke..
kesian la kalau sape2 terkena hiv sbb pemindahan darah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:18 PM | Show all posts
annehuda posted on 25-8-2013 05:04 PM
dpt HIV kongsi jarum ke or sbb suke mencelup?

soalan paling cepumas

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:18 PM | Show all posts
selalu baca blog pakcik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:23 PM | Show all posts
tak silap aku la... mmg akan ade pemeriksaan darah utk detect HIV, hepatitis B dan segala macam penyakit berjangkit lg. sape2 yg biasa derma darah sblm darah tu masuk dlm beg plastik tu ade 1 atau 2 tabung kecik isi darah korg utk preliminary test tu. kalau test tak lepas mmg darah akan direject.

aku takdela ckp yg abang ni menipu ckp kene HIV sbb pemindahan darah. maybe yelah kot... ntah2 die gi hosp swasta ke kene blood transfusion kt sane wallahualam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list