Johor Bahru: “Syukur, berkat sokongankeluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.
“Bagaimanapun, beri saya sedikit masa untuk menenangkan jiwa dan fikiransebelum tampil memberi kenyataan,” kata suami kepada seorang wanita yangdidakwa berbalas mesej berbaur cinta dan lucah menggunakan aplikasi ‘WhatsAppMessenger’ (WhatsApp) dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air,baru-baru ini.
Menurut peniaga berusia 56 tahun itu, sejak mengetahui kejadian terbabit awalOgos lalu, hidupnya tertekan dan hubungannya dengan isteri, renggang.
Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikansokongan.
“Saya sudah menghubungi pelakon itu lebih dua minggu lalu dan mengajaknyabersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. “Bagaimanapun, dia enggan sebaliknyamembuat laporan polis sebelum kejadian ini terbongkar.
“Kini, saya menyerahkan semua perkara ini kepada polis untuk menjalankansiasatan dan pada masa sama, berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yangperlu dilakukan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia(isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali memohonmaaf kepadanya.
“Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namunkami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.
“Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum sayatampil memberi kenyataan kepada semua pihak.
“Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan dan sayatidak menyalahkannya kerana pelakon itu adalah keluarganya, namun saya jugaberhak memberikan kenyataan dan akan menyertakan bukti,” katanya.
Berdasarkan satu laporan polis dibuat suami kepada wanita terbabit, pelakonlelaki terbabit didakwa menghantar gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteripengadu.
Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejakpenghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui mesej perbualan antara pelakon berkenaandengan isterinya selain gambar terbabit sebelum melaporkannya di Balai PolisSkudai manakala pelakon itu pula turut membuat laporan di Balai Polis WangsaMaju, Kuala Lumpur mendakwa dia diugut seseorang. diugut seseorang.
Last edited by teky on 2-12-2013 02:55 PM
|