CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2844|Reply: 2

Raikkonen kembali sertai Ferrari

 Close [Copy link]
Post time 17-9-2013 12:33 PM | Show all posts |Read mode


KIMI Raikkonen akan kembali menyertai pasukan Ferrari menggantikan Felipe Massa dan menjadikan pasukan Formula Satu itu lebih hebat dengan gandingan mantap bersama Fernando Alonso.

“Scuderia Ferrari mengumumkan persetujuan dengan Kimi Raikkonen, The Finn akan menyertai Fernando Alonso untuk dua musim perlumbaan akan datang,’’ kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Kimi Raikkonen, dilihat di sini selepas memenangi Grand Prix Australia pada Mac, akan kembali bersama Ferrari musim depan, di mana sebelum ini beliau pernah memenangi Formula Satu pada 2007.

Perpindahan tersebut dibuat selepas Massa mengumumkan beliau akan meninggalkan Ferrari selepas perlumbaan akhir tujuh musim ini.

Sebelum ini, pelumba pasukan Lotus berusia 33 itu, beberapa kali dikaitkan akan kembali menyertai Ferrari.

Beliau menyertai Ferrari 2007 hingga 2009 dan kemenangan beliau pada 2007 merupakan kali terakhir pemandu Ferrari memenangi kejohanan tersebut.

“Saya mengalu-alukan keputusan Kimi untuk kembali  bersama Scuderia yang pernah membawa  kemenangan kepada beliau. Dia amat gembira untuk kembali ke Maranello dan berazam melakukan yang terbaik untuk pasukan ini,” kata ketua pasukan Ferrari, Stefano Domenicali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 02:48 PM | Show all posts
ko tak perasan ke ada news yg ko buat sendiri...same tajuk??
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 02:49 PM | Show all posts
aku lock yg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.341272 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list