CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3681|Reply: 13

CARI 2013 K Drama Awards [ Pengumuman]

 Close [Copy link]
Post time 17-9-2013 09:45 PM | Show all posts |Read mode






~CARI 2013 K DRAMA AWARDS~





Last edited by dauswq on 22-9-2013 09:12 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2013 10:12 PM | Show all posts
PENGUMUMAN

1. Anugerah CARI K-drama dijangka akan menemui peminat K-drama pada awal tahun depan. Berikut merupakan tentatif majlis anugerah secara kasar:

Peringkat awal pencalonan:
#Sebarang ulasan/review yang diberi untuk sesuatu drama akan ditamatkan pada 1/1/2014. Mana-mana ulasan yang diberi selepas tarikh tersebut tidak akan diterima kemasukan ke dalam CARI K-Drama Awards.
#Proses pengiraan/permarkahan untuk pencalonan awal akan dibuat selama sebulan.
#Kriteria pencalonan awal sila rujuk pada  posting 3.
#Keputusan pencalonan awal dijangka pada akhir Jan 2014.



Peringkat akhir pencalonan:
#Pengundian/Penilaian untuk peringkat akhir berlangsung pada 15/2/2014 -15/3/2014.
#Kriteria pencalonan akhir sila rujuk pada  posting 3.
#Keputusan akhir akan diumumkan semasa majlis anugerah pada akhir Mac 2014.




2. Selain itu, bagi menjayakan majlis anugerah ini, kami memerlukan sukarelawan dari kalangan forumer CARI untuk tugasan berikut. Anda akan diberikan kredit hasil usaha anda.

(a) Pereka Grafik & Hiasan

-Sekurang-kurangnya 2 orang.
-Diminta untuk mereka poster & banner.
-Tugasan akan diberikan secara bergilir-gilir.

(b) Wartawan

-Selebih-lebihnya 3 orang.
-Menulis artikel , gosip tentang majlis anugerah ini.
-Contoh artikel yang pernah dikarang: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=697582&extra=page%3D2
-Biasanya anda diminta mengarang artikel bagi setiap event yang dibuat.


(c) Juru audit

-Selebih-lebihnya 5 orang.
-Membantu moderator/pengajur mengira segala "point" yang dikira sebagai markah untuk pencalonan.
-Berdasarkan kriteria pencalonan disebut dibawah, anda akan diminta untuk mencatit segala isikata, markah & perkara penting yang diberi oleh pengulas setiap drama. Maka, kerja yang anda buat sedikit "hectic" dan menyusahkan. Oleh itu, hanya orang yang berikan komitmen sahaja mampu untuk berbuat demikian.
-Anda perlu menyibukkan diri sepanjang bulan Jan.

(d) Promosi & Pengiklanan

-Membantu kami mempromosikan event.
-Mempunyai connection agak ramai dengan forumer, especially k-drama lovers.

(e) Juruhebah Anugerah

-Anda akan dilatih untuk menjadi juruhebah semasa majlis anugerah berlangsung.
-Pada majlis anugerah tahun lepas, @dauswq & @parasitology telah bertindak sebagai juruhebah.




Last edited by dauswq on 17-9-2013 10:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 09:12 PM | Show all posts
KRITERIA PENCALONAN AWAL

Anugerah pada tahun ini dijangka lebih selektif, kompetitif dan dinilai secara "details" untuk mengurangkan keterbanyakan pencalonan sesuatu drama bagi (~redundance) bagi beberapa kategori "terbaik". Maka dengan ini, diperkenalkan beberapa kriteria digunakan untuk pencalonan awal. ULASAN anda berikan dalam thread drama adalah sangat-sangat penting . Lebih banyak ulasan, lebih mudah untuk masuk dalam pencalonan. Bagi kategori "popular" pula, forumer hanya perlu mengundi seperti biasa.


Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut berdasarkan kriteria yang ditetapkan:

TERBAIK

1. Best Picture

>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% markah dikira daripada purata keseluruhan ulasan forumer CARI dan baki 40% adalah purata markah keseluruhan dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka  purata keseluruhan ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan purata markah keseluruhan dari mydramalist.
>> Cth: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=729340&pid=53566764&fromuid=1148231
Purata keseluruhan drama = "Rating Keseluruhan Drama" / Overall Rating/ Total Ratings

2. Best Director
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 100% markah dikira daripada purata markah di bahagian aspek teknikal ulasan forumer CARI.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka ulasan dari mydramalist mengenai aspek teknikal akan diambil kira.
>> Cth: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=729340&pid=53566764&fromuid=1148231
Purata aspek teknikal drama = " Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)"

3. Best Scriptwriting/Screenplay
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% markah "cerita" dikira daripada ulasan forumer CARI dan baki 40% adalah purata markah   "cerita" dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka  purata "cerita"  ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan purata markah"cerita"  dari mydramalist.

4. Best Cinematography
>> Pencalonan sepenuhnya akan dilihat dari mydramalist.

5 - 8. Best Actor/Actress/Supporting Actor/Supporting Actress
>> Syarat untuk pelakon itu diterima pencalonan adalah mestilah keseluruhan markah "keberkesanan lakonan" lebih daripada 7.5 tidak kira daripada ulasan cari / mydramalist.
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% jumlah pencalonan pelakon dikira daripada ulasan forumer CARI (di bahagian comment tertulis "nomination")dan baki 40% adalah jumlah pencalonan pelakon dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka  jumlah pencalonan pelakon diambil dari ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan  jumlah pencalonan pelakon dari mydramalist.


9. Best OST Album
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% markah dikira daripada purata markah "skor muzik" ulasan forumer CARI dan baki 40% adalah purata markah "skor muzik" dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka  purata purata markah "skor muzik" ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan purata markah "skor muzik" dari mydramalist.


10. Song of The Year
>> 50%: Forumer CARI (Poll)
>> 50%: Billboard chart/Gaon


POPULAR (Kesemuanya guna "poll")

1 - 2. Popular Lead Actor/Actress
3. Memorable Scene
4. Fashion's Choice
5. Couple of The Year
6. CARI's K-Drama Popular Choice

7-8. Popular Ahjussi/Ahjumma
9-10. Popular Rookie Actor/Actress
11-12. Popular Child Actor/Actress


Last edited by dauswq on 15-11-2013 08:02 PM

Comments

note : klu bole tambah lagi pencalonan award utk Favorite Child Actor/Actress sbb bole dikatakan kebykan permulaan drama dimulai dgn lakonan kanak2.  Post time 8-10-2013 02:32 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 09:32 PM | Show all posts
Jika terdapat ramai pemohon, kami moderator akan memilih berdasarkan keaktifan & kegigihan forumer dalam membuat task diberikan later on...

Keputusan sukalerawan akan diumumkan pada akhir nov insyallah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 02:45 PM | Show all posts
dauswq posted on 22-9-2013 09:12 PM
KRITERIA PENCALONAN AWAL

Anugerah pada tahun ini dijangka lebih selektif, kompetitif dan dinilai  ...

dh ade kak @isabel
favorite rookies actor/actress tu merujuk kpd child actor/actress
tp boleh jek nak pisahkan category...

p/s: tgh carik2 sukarelawan...tak rmi memohon kekdahnye...leh mintak tolong kak bel tuk carikkan terutama utk jwtn auditor?

Last edited by dauswq on 8-10-2013 02:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:02 PM | Show all posts
dauswq posted on 8-10-2013 02:45 PM
dh ade kak @isabel
favorite rookies actor/actress tu merujuk kpd child actor/actress
tp boleh ...

apa lagi yg kurang skrg ni...?

auditor utk mana?


oh ya...jgn confius tau...

rookie dan child tu adalah berbeza sekali...x sama tau... Last edited by isabel on 8-10-2013 03:05 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2013 03:08 PM | Show all posts
isabel posted on 8-10-2013 03:02 PM
apa lagi yg kurang skrg ni...?

auditor utk mana?

dh dipisahkan...

auditor =juru audit, tukang kira markah undian/ulasan...
baru jumpa sorg jek setakat ni..
need 2-3 more...boleh kurangkn workload sket...

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:11 PM | Show all posts
dauswq posted on 8-10-2013 03:08 PM
dh dipisahkan...

auditor =juru audit, tukang kira markah undian/ulasan...

klu bole terus listkan dan letak nama ruang mana yg dah ada forumer yg isi...

apakah tahun ni forumer yg sama juga yg handle atau dah ada tukar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2013 03:11 PM | Show all posts
isabel posted on 8-10-2013 03:02 PM
apa lagi yg kurang skrg ni...?

auditor utk mana?

lagi satu nak tanya kot2 kak bel leh buat
ape2 laporan berita mengenai anugerah ni yg dibuat forumer bertugas saya antar kepada kpd kak bel utk editting, boleh tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 03:12 PM | Show all posts
isabel posted on 8-10-2013 03:11 PM
klu bole terus listkan dan letak nama ruang mana yg dah ada forumer yg isi...

apakah tahun ni f ...

ade sorg forumer @parasitology  ...my best buddy
tp dia bg bersyarat, akn tolong bila dh tak de org nak memohon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:13 PM | Show all posts
dauswq posted on 8-10-2013 03:11 PM
lagi satu nak tanya kot2 kak bel leh buat
ape2 laporan berita mengenai anugerah ni yg dibuat foru ...

yup bole...
kbel bole je jadik editor utk news...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 03:17 PM | Show all posts
isabel posted on 8-10-2013 03:13 PM
yup bole...
kbel bole je jadik editor utk news...

ok thx kak bel...

psl nama list forumer yg memohon saya akn update kt thread borak moderator...
dh confirm, baru saya updatekan di sini...

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:21 PM | Show all posts
dauswq posted on 8-10-2013 03:17 PM
ok thx kak bel...

psl nama list forumer yg memohon saya akn update kt thread borak moderator... ...

kbel copy thread ni msk kat Asian Drama & Telenovela...
supaya forumer kat sana tau thread ni wujud...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 10:16 PM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))


Ulasan anda akan dikira sebagai markah untuk pencalonan beberapa kategori penting dalam anugerah CARI K-drama 2013 nanti..
Lebih dari tiga ulasan akan mendapat lebih banyak peluang untuk kemasukan ...
For more info untuk kriteria penilaian pencalonan boleh dirujuk disini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=754530&extra=page%3D1

Gunakan cara berikut...

Kredit  yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas  dengan disertakan markah
....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...


Anda boleh tulis  satu karangan  review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...

Rating Keseluruhan Drama:  (_/10)

1. Cerita  (_/10)
    Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
    Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
    Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
    Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?

2. Keberkesanan Lakonan (_/10)
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi....Tidak terhad kepada pelakon utama sahaja, pelakon pembantu juga boleh...
Cth: 1. Choi Ji Woo [Best Actress]

    Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
    Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
   (_/10)

    Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
    Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )

4. Skor muzik (_/5)


    Adakah muzik instrumental betul-betul kena dengan adegan yang dipaparkan dengan tidak terlalu berlebihan atau terlalu 'slow pace'?
    Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?
Jika ada lagu yang anda minat, sila calonkannya...

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)


    Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?


CTH:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=748408&pid=54614558&fromuid=1148231


tag @dauswq utk dapatkan kredit..

Last edited by dauswq on 30-11-2013 05:34 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.383847 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list