CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
 Author| Post time 13-4-2014 11:21 AM | Show all posts
Assalamualaikum.. Selamat berhari ahad!

1st of all aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca dan bagi suggestion berkenaan dengan mimpi aku tu. Ada macam-macam kemungkinan kalau kita mimpi berkaitan dengan perkara-perkara misteri. Apepun segala pandangan dan cadangan aku terima dengan hati yang terbuka.

Hal saka tu memang orang dah banyak kali bagitahu aku suruh aku scan, berubat. Bukan aku tak nak tapi entah ye.. tak tau lah nak kata apa. Sebab aku kuat mengatakan yang aku ni tak ada saka-saka ni. Even ada keturunan aku yang bersaka, dan tak jauh, kakak aku sendiri ada pengalaman pasal saka ni, tapi aku kuat mengatakan jugak yang aku bukan dari golongan pilihan orang nak teruskan perjuangan saka ni.  No offense ye..

Sebut pasal saka ni, aku pun ada cerita jugak. Pengalaman ngeri dari kakak aku sendiri yang mengalami 10 tahun lepas. Benda ni bercampur-campur dengan sihir dan saka. Nanti aku cerita.

Part terbawak-bawak sampai ke mimpi tu macam aku setuju pulak. Hehehe.. Sebab mungkin aku ni nak sangat anak, so aku terbawak-bawak benda ni sampai ke mimpi. Tapi bila aku cerita balik dengan suami aku, dia macam tak setuju. Dia pun kaitkan aku dengan saka jugak.

Hee..saka ni memang sucker tau..

Thanks to atie, jayja and syumaimah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 11:22 AM | Show all posts
MATA MERAH & ATOK AKU YANG TER'DUPLICATE'..

Kisah pagi ni berkenaan dengan kejadian hampir 20 tahun lalu. Kejadian yang mana ayah aku yang mengalami benda ni.. Kebetulan kitorang sefamili pun ada masa tu. Berlaku kat kampung atok aku yang buat nisan tu. Tapi sebelum kejadian tu aku sebenarnya ada nampak sesuatu dulu tapi bukan makhluk yang sama ayah aku nampak.

Oke, kejadian masa tu berlaku malam. Aku sekeluarga masa tu balik kampung, saja nak melawat atok aku. Rumah atok aku dengan rumah aku lebih kurang 30km je, so memang tak jauh la. Ikutkan jalan masuk kampung atok aku memang lah sunyi. Bayangkan 20 tahun yang lalu, bukan macam sekarang jalan dia. Lampu kiri kanan jalan pun takda. So memang quite scary plus creepy la. Dengan jalan berkabus nye lagi. Padahal masa tu baru pukul 8.30 ke 9 malam gitu lah.. Tapi jalan kampung kan. Faham-faham la..

Masa dah nak sampai ke jalan menuju ke rumah atok aku tu dari jauh aku nampak satu cahaya warna merah. Cahaya tu kalo diperhatikan betol-betol bukan cahaya lampu motor or lampu suluh. Kita bole nampak and tahu lampu motor macam mane. Cahaya dia akan terbias, yelah cahaya biasa kan. Tapi cahaya yang aku nampak ni macam mata dari jauh. Dari besar macam lampu motor terus jadi kecik dan terus ilang. Aku ni pun terus la cakap dengan ayah aku sebab ayah aku yang drive so aku agak dia akan nampak dulu.

"Lampu apa tu yah? Nampak?" Tanya aku.
"Haa..ayah pun nampak. Awak nampak ea?" Aku angguk la walaupun ayah aku tak nampak aku angguk. Duduk belakang dia kan.
Yang masa tu mak, akak dengan adik aku terpinga-pinga.  Diorang tak faham apa yang kitorang bualkan. Dorang tertanya-tanya jugak lampu apa yang kitorang nampak sebab diorang tak nampak. Padahal pandangan kami sama. Tiba-tiba ayah aku terus bersuara
"Bajang tu..ada yang bela kot. " masa tu memang aku tak tahu apa itu bajang yang ayah aku maksud kan. Pada aku bajang dengan jambang macam same je.

Bila dah masuk ke kawasan rumah atok aku,  terus kisah tadi tu kitorang abaikan lah. Sonia part ayah aku pulak ea.. Apa yang diceritakan oleh ayah aku kepada kami semua bila dia masuk ke perkarangan rumah atok aku, dia nampak atok aku ada dekat luar. Dekat bawah pokok rambutan tepi rumah.  Tak berlaju dan hanya berkain pelikat memerhatikan kereta kami masuk ke laman rumah itu. Masa tu memang ayah pandang 2-3 kali la, memastikan betol ke apa yang dia nampak. So bila kereta dah park dekat laman, kitorang semua keluar la. Terus bagi salam semua. Ayah aku ni pulak tengah ralit tengok 'atok' aku kat bawah pokok tu. Tiba-tiba 'atok' aku tu berpaling membelakangkan kitorang. Then tiba-tiba je 'atok' aku boleh belah gitu je meredah hutan malam-malam.

Masa tu pulak ayah aku boleh nak kejar siap panggil lagi atok aku. Masa insiden ni memang kitorang nampak and dengar la. Ayah aku boleh memekik panggil atok aku kat kebun. Agak dah kenapa?
"Pak! Pak! Bapak! Nak pegi mana tu?" Then masa tu mak aku terus panggil ayah aku.
"Abang, bapak ada kat dalam lah. Panggil sapa kat sana?" Masa ni memang mak aku cannot get it la apa yang berlaku. Then ayah aku boleh terdengar pulak suara atok aku kat dalam rumah. Dah memang gen belah mak aku ni cakap kuat sebatu boleh dengar. Cepat dia masuk dalam. Kelibat atok aku yang kat luar tu dah hilang siap-siap.

Masuk je dalam rumah tercengang ayah aku tengok atok aku elok rileks je duduk depan tv. Sambil layan borak dengan pakcik aku. Ayah aku terus tanya atok aku.
"Bila masuk Pak?"
"Bila masanya aku keluar?" Gicchewww..
"Saya nampak bapak kat luar tadi. Bawah pokok pastu terus masuk kebun belakang". Masa ni berderau darah memasing dengar kenyataan ayah aku. Tegak mencanak bulu memasing. Masing-masing kelu. Diam tak terkata.

Terus masa tu atok aku suruh cepat-cepat masuk tutup pintu. Dan dari insiden malam tu lah kitorang tu tak berani balik malam tu. Terpaksa tido kat sana. Padahal esok sekolah tu. Dan kami pun ponteng sekolah keesokan harinya. Dan point utama cerita seram ini adalah 'ponteng sekolah'. Yiiipeee!!
Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 11:23 AM | Show all posts
TU NENEK SIAPA YANG CANGKUNG DALAM SEMAK TU???

Oh ye, Baru ter'recall' satu kisah dari kakak aku di tempat yang sama iaitu laman rumah atok aku dan waktu yang sama iaitu malam cuma tahun je yang berbeza. Yang part kakak aku ni aku tak sure bila berlaku. Tapi yang aku ingat mungkin masa kitorang sekolah menengah kot.

Memandangkan jarak rumah atok aku dengan rumah aku ni boleh dikatakan dekat iaitu dalam 30 km gitu so kitorang sekeluarga ni memang suka jengah atok aku malam-malam. Kebiasaannya lepas isyak lah kitorang gerak balik. Dan kebiasaannya jugak akan balik malam tu jugak.

So kejadian ni berlaku masa kitorang nak balik dari menjengah atok aku la dalam malam pukul 10 ke 11 malam macam tu. Masa sesi salam bersalam selesai, kami pun berebut-rebut la masuk kereta termasuklah kakak aku. Yang aku ni tengok kakak aku yang kelam kabut nak masuk kereta, aku ingat dia nak ajak gurau. Yelah mana lah tau, siapa yang masuk kereta dulu, dia menang. Permainan macam tu pun bole kan? Aku ni yang tak semena-mena tengok kakak aku kelam kabut nak masuk kereta pun ikut lah kelam kabut. Aku menang masa tu. Yeah! Aku terus aku cakap dengan kakak aku,

"Woi, aku menang woi.. Hihihi" bangga sangat aku masa tu. Sambil tersengeh-sengeh. Yelah, tak faham kan. Tapi kan tiba-tiba je dia balas,
"Diamlah!" Kann..,tetiba je sentap sebab kalah. Aku ni macam sentap jugaklah kan, apehal nak marah. Dah kalah tu, kalah lah! So masing-masing dalam kereta tu semua senyap.
Masing-masing layan sentap.

bila dah sampai rumah tu, basuh kaki semua terus masuk bilik. Tiba-tiba kan kakak aku bersuara ketika masing-masing melayan blues kat atas katil.
"Weh, ko tau tak aku nampak apa tadi kat kampung?" Haaaa... Memang tiba-tiba sangat kan soalan tu. Aku yang dari tadi elok je baring sambil selempang kaki terus bersilat terjun baring sebelah kakak aku. Tu baru intro tu dah gitu gaya nya.

"Ko nampak ape?" Tanya aku.
"Ko perasan tak masa aku nak masuk kereta kelam kabut tak memasal?"
"Aha, aha.. Aku perasan. Tapi aku menang masa tu."
"Bukan pasal menang. Ko tau tak kenapa aku berlumba nak masuk kereta. Tadi kan masa semua tengah salam-Salam kan, aku duduk kat tembok sebelah tiang. Kan kat depan tiang kan ada pokok serai yang ke depan sikit nak ke jalan tu kan?" Part ni korang pikir-pikir sendiri la ye mana kedudukan pokok serai tu.

"Ye..aha, aha.. Aku nampak serai tu. Tapi ko nampak apa?" Tanya aku pulak.
"Aku nampak arwah mak yot wehh! Aku nampak dia kat celah-celah serai. Aku ingat kucing sebab nampak bergerak-gerak. Aku tengok betol-betol serai tu pun dah seram. Aku tengok serai tu lebat semacam. Rupa-rupa rambut dia weh! seram gila!" Peh!! Tak terbeliak pulak bijik mata aku dengar cerita dari kakak aku.
"Lepas tu kan, dia pandang je korang salam-Salam tadi. Dia macam tengah cangkung, baju tak jelas tapi pakai baju warna putih" Pehhh! Dia bole sambung cerita lagi. Makin terbeliak lah bijik mata aku.

"Ko biar betol weh.. Konfem tak salah nampak?" Soal aku pulak.
"Tak.. Aku pulak dah membatu macam kena paku. Lepas tu aku kelip mata sekejap je, benda tu dah hilang..memang seram!" Ye.. Memang seram kakak. Cerita kakak memang seram. FYI, mak yut tu arwah arwah moyang aku yang dah lama meninggal dunia akibat sakit tua. Mujur bukan aku yang nampak. Kalo aku yang nampak, bukan takat dah membatu. Silap-silap jadi batu terus.

Dan malam tu berhimpit-himpit lah kami tido sampai ke pagi, berdua atas katil bujang yang co'et tu. Romantik kan.. Dan malam tu kakak aku kena tindih.. Aku lah yang kejap kena kejutkan dia.. And FYI, masa ni memang dah nampak tanda-tanda akak aku nak kena saka. Sebab ada rentetan jugak dari peristiwa malam tu yang mana akak aku sering ternampak-nampak arwah mak yut itu..
Sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 11:49 AM | Show all posts
wahhh best best dah hapdet.. nak lagi nak lagi dan lagi...  

ko memang best la non. lagi2 dikala  mode malas aku dtg sebab keje hari Ahad.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 07:20 PM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 12:09 AM
aku siap kibas-kibas tangan aku, nak tengok betul ke tidak apa yang aku pandang masa tu. keadaan tet ...

TT,tumpang cerita ye...
pasal ayah tt yang x dgr apa yang terjadi tu pnh terjadi pda saya pada thun 2002..masa tu kami bru je pindah kat perumahan baru..sebelah rumah saya di sewa oleh budak dri sabah..yg sya tahu,salah seorg budak sabah ni main2 dlm lif..masa dlm pembinaan ada dgr khabar ada pekerja indon mati semasa buat lif..so malam tu dia telah di ganggu oleh pocong..pocong tu ada  dalam rumah..budak ni sampai histeria..ramai gak yg datang n tengok.ni apa yang adik saya bgtau saya..

adik saya siap tanye saya.".ko x dengar ke bunyi bising?"..org semua keluar ,ko rilex je tdo.."sya kata mmg x dengar ape2 pon pdahal bilik saya dekat ruang tamu..adik kata saya "berani betol ko semua org kuar"ye la flatbaru ..org x ramai yg pindah lagi..saya kata"dah x dengar macammna nk kuar"
budak sabah tu mmg byk kali kne ganggu,,nk pergi dapur..benda tu duk terpacul kat ctu..banyak kali jga histeria..tp sekali pon saya  x  dengar dan terjaga..ikut kan saya ni mudah terjaga..budak sabah tu pon sampai hilang semangat dan ats nasihat org ramai,dia d nasihat kan pindah dan berubat,,..bila bdk sabah tu pindah dan owner dduk di rumah tu..pada mulanye ada jga owner d ganggu benda sama..tp dia kuat semangat..lama2 benda tu hilang ..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:50 AM | Show all posts
asfaz posted on 15-4-2014 07:20 PM
TT,tumpang cerita ye...
pasal ayah tt yang x dgr apa yang terjadi tu pnh terjadi pda saya pada th ...

terima kasih MOD..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 03:08 AM | Show all posts
wuuuu..sakan cite TT seram2..sebab tu kalo rumah kampung saya xsuka mata meliar tengok luar rumah..sebab takut nampak meke2 yang suka tonjolkan diri..muehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bestnyaa cerita cni... i baca dr blakang plak..

nantila klu ada masa, i nk khatamkan thread ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2014 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks mod sepailman atas pemberian kacang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 17-4-2014 03:08 AM
wuuuu..sakan cite TT seram2..sebab tu kalo rumah kampung saya xsuka mata meliar tengok luar rumah..s ...

Aku pulak yg seram tgk font ko besar2..
Thanks la baca..
Malam kang blanja lg ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 17-4-2014 03:14 AM
bestnyaa cerita cni... i baca dr blakang plak..

nantila klu ada masa, i nk khatamkan thread ni...

Yeke.. Terima kasih..
Tak kisah la kalo u nak baca dr mane pon beb, dr belakang ke dpan ke tgh2 ke..
Janji ko enjoy..
InsyaAllah malam takde aral aku blanja lg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 17-4-2014 06:24 PM
Yeke.. Terima kasih..
Tak kisah la kalo u nak baca dr mane pon beb, dr belakang ke dpan ke tgh ...

thanx tt... (>^ω^<)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:11 PM | Show all posts
non.sari posted on 17-4-2014 06:24 PM
Yeke.. Terima kasih..
Tak kisah la kalo u nak baca dr mane pon beb, dr belakang ke dpan ke tgh ...

non.. family ko ni mmg jenis senang nmpk ke pe?
dari sepupu sepapat bagai..

manjang nmpk jeee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 06:00 PM | Show all posts
JAGA-JAGA... ADA YANG MEMERHATIIIII!!

assalammualaikum..

pada petang yang panas dering ni, aku nak belanja kisah pendek seram sejuk pengalaman dari akak aku yang ternampak arwah moyang aku dekat celah-celah pokok serai seperti yang aku ceritakan sebelum ni. rupa-rupanya selepas kejadian tu akak aku ni kerap jugak dibayangi dan dinampakkan arwah moyang aku.

pernah sekali satu malam tu kitorang semua balik kampung atok aku dan saja la nak tido 1-2 malam kat sana. kebetulan cuti sekolah kan. malam tu memang kitorang sekuarga tido melambak kat ruang tamu. tido pun takda rule,main taram je nak tido kat mana. termasuk la aku. aku masa tu tido dekat tepi sofa. mak, ayah and adik aku tido sekelompok dekat depan tv. dan kakak aku pulak tido jauh sikit dari kitorang. tido dekat dengan daun pintu menuju ke ruang makan. aku pun tak sure kenapa kakak aku tido jauh sikit dari kitorang. akak aku cerita masa tu dia tertido. so die pun tak sedar yang dia tido dekat situ.

masa masing-masing semua tengah lena, dia tiba-tiba terbangun. pada dia terbangun just nak betolkan posisi tido dia. masa mata dia terbukak sikit tu dia macam ternampak sesuatu yang sedang berdiri tegak memerhatikan dia tido dari tadi. masa tu dia agak just bayang-bayang or something yang maybe mengganggu pandangan mata dia. taik mata mungkin. tapi dalam pada masa yang sama dia tetap jugak nak pastikan apa yang dia nampak tu.

maka digosok-gosoklah mata dia, bayangan yang berdiri tegak tadi masih seperti tadi. masih tegak memandang dia. kakak akuceritakan masa tu figure yang dia nampak tu rendah-rendah saja bayang nya, seperti wanita tua, tidak lah bongkok,tidak juga tegap. rambut disanggul ke belakang, seperti ada kain di bahu kanan nya. manakala kedua-dua tangan di letak di belakang badan. memakai kain batik dan berbaju kurung. warna apa dia tak jelas. tapi yang jelasnya di situ adalah figure makhluk itu sibijik sejiban macam arwah moyang aku semasa hayatnya. memang moyang aku ni semasa hayatnya sangatlah suka
mermehatikan anak cucu dekat ruang tamu semacam itu. macam mandur. diri tepi daun pintu, tangan letak belakang. ada kain tersangkut kat bahu, tengok je cucu cicitnya main or tengok tv. masa aku taip ni pun sebijik-bijik keluar kegemaran arwah moyang aku tu kat benak otak nih.

bila dah rasa yang diri dia diperhatikan, memang akak aku cakap badan macam kene hempap batu. gerak tak boleh, nak jerit tak bole. cuma mampu tutup mata je. dalam hati tu memang dia doa la banyak-banyak janganlah makhluk tu alih-alih je bergerak pegi kat dia. masa tu memang dia fikir itu memang arwah mak yut! memang dia. sebijik dia. dia pelik jugak kenapa mesti dengan dia arwah tonjolkan diri. sebab kalo tanya aku memang tak pernah nye umo aku terserempak dengan arwah moyang aku.. tapi dengan akak aku kerap jugak dia tunjukkan diri.. termasuk dalam mimpi..

fyi, arwah ni pun dengan aku tak berapa suka. sebab aku kasar. kakak aku lembut sikit dari aku. dia suka yang lembut-lembut, yang baik-baik perangai nya. aku pun baik ape?? oke,berbalik pada kisah tadi, bila tengah kalut tadi sempat jugak la kakak aku bukak balik mata dia sikit for makesure yang penampakan sosok tubuh tadi masih wujud atau tak.. memang seperti sangkaan nya! sosok tubuh itu hilang sekelip mata sahaja... heheheh.. suspen tak? suspen tak? memang itu lah yang selalu benda tu buat.
benda tu akan tonjolkan diri dia depan kakak aku bila mana akak aku tengah tak fokus, tengah berangan ke, kebiasaan nya pada waktu yang tak disangka-sangka.. waktu yang akak aku memang tak jangka. suka main surprise-surprise tau die ni!

tetapi alhamdulillah benda-benda ni makin lama, makin beransur hilang. tetapi sebelum tu akak aku telah memangalami satu pengalaman yang hampir membuatkan dia gila dan kami sekeluarga semakin sasau dek penangan sihir + saka yang bergelumang dalam famili aku selama berbelas tahun lamanya! then kadang-kadang tempias nya kena kat aku jugak.wah! cerita makin hebat nih! hehehehe... jangan isau. aku sendiri tak suka cerita bertangguh, bagi aku draft dulu. then aku akan cuba cerita dengan seringkas tapi sepadat yang mungkin.benda makan bertahun, makanya mental kene kuat.. huhu.. insyaAllah.. i will!
sekian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 06:06 PM | Show all posts
epalgebuu posted on 18-4-2014 12:11 PM
non.. family ko ni mmg jenis senang nmpk ke pe?
dari sepupu sepapat bagai..

tah ek.. ikutkan memang ada je yang dalam famili aku ni kadang2 mata mudah dinampakkan.
cuma kitorang tak suka reveal. sebab kami dikelilingi dengan orang-orang yang kurang mengalami benda-benda mistik ni.
faham sendirik la, susah nak yakinkan orang yang tak pernah alami benda-benda mistik ni.

aku ni pun reveal takat dalam forum ni, dalam forum ni la tempat aku luah segala perasaan rindu dendam kesumat aku dekat orang
mendambakan cerita-cerita macam ni. kalo kat luar mati berangan la aku nak cerita dekat orang panjang-panjang mcm ni.

even famili mertua aku sendiri pun tak percaya. termasuklah kekadang laki aku. kadang-kadang je laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 01:57 AM | Show all posts
non.sari posted on 17-4-2014 10:22 AM
Aku pulak yg seram tgk font ko besar2..
Thanks la baca..
Malam kang blanja lg ek..

saje je tu..xde keje..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 02:17 AM | Show all posts
non.sari posted on 18-4-2014 10:06 AM
tah ek.. ikutkan memang ada je yang dalam famili aku ni kadang2 mata mudah dinampakkan.
cuma kit ...

sabar la kak non...kadang2 kita ni kalau boleh nak hidup tanpa gangguan ni..tapi nak buat macam mana..meke2 ni suka sangat menampakkan diri kat kita ni...kuatkan semangat kak non...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 10:48 AM | Show all posts
zilaila posted on 19-4-2014 02:17 AM
sabar la kak non...kadang2 kita ni kalau boleh nak hidup tanpa gangguan ni..tapi nak buat macam ma ...

Ko pun penah nampak ke benda2 mcm ni?
citerlah sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 03:09 AM | Show all posts
BERSAKA KAH AKU??

Assalammualaikum..

Malam ni aku nak ceritakan pengalaman aku dulu yang mana ramai benar yang beranggapan yang aku ni pun tersampuk saka jugak.. Pada mulanya aku nak ceritakan tentang pengalaman kakak aku ++ kami sekeluarga sikit-sikit. Tapi aku rasa pengalaman aku ni takde la seserius mana, so aku masukkan dulu pengalaman aku sebagai warm up.. Lepas tu barulah aku masukkan pengalaman kakak aku pulak.. Cehhh..

Oke, benda ni berlaku waktu maghrib yang mana sebelum aku dengan laki aku ni bertengkar hanya kerana perkara kecik yang membawak-bawak menjadi besar. Semua ni gara-gara aku. Masa mula-mula kawen dulu aku ni semacam ada satu perasaan yang mana aku kadang-kadang menyampah giler tengok muka laki aku. Aku tak tau kenapa. Benda ni ada la dalam setahun.. Tak lama tapi seksa jugak. Mula-mula aku tak perasan, tapi laki aku ni yang sayangkan aku ni ( cewaahhh..) yang perasan semua ni.. Aku takde la admit macam tu je.. Takda aku cakap "oh ye.. Saya pun perasan saya berubah. Maafkan saya ye bang" abis cerita! Takda la aku cakap gitu.. Sebab makan masa jugak la aku nak terima yang aku ni berubah watak.

Berbalik pada cerita tadi, hanya bermula dari pertengkaran kecil jadi melarat sampai menjadik besar. Dan jadilah adegan tumbuk menumbuk dan lempang melempang.. Tapi! Bukan aku yang kene tumbuk, yang kene lempang, tapi laki aku. Masa tu waktu menjelang maghrib.. Maka nya makin bermaharajalela setan-setan nih. Act aku sendiri pun tak sedar bila masa kejadian tu boleh melarat-larat. Cuma aku sedar masa tu aku menjerit-jerit semacam tak puas ati dengan laki aku. Tapi apa yang sebenarnya aku tak puas ati pun aku tak tau. Aku rasa macam laki aku ni perlu dihapuskan. Tapi bukanlah sampai bak membunuh cuma rasa benci yang meluap-luap..

Tapi ada satu insiden masa tu yang aku rasa aku betol-betol rasa panas dan tak selesa. Masa tu aku baru lepas tumbuk dada laki aku kuat-kuat. Baru lepas lempang muka dia. Kiranya masa tu aku ni watak paling durjana la dalam filem tu. Bini derhaka la senang cerita. Tapi serius, aku macam tak bole kawal langsung apa yang berlaku. Macam dikawal sesuatu. Masa tu aku langsung tak rasa takut, tak rasa gentar. Kalo masa tu laki aku dump aku memang berbaloi sangat lah. Tapi alhamdulillah, kami masih bersama. Oke, masa insiden tu memang aku jadi tak tentu arah.

Aku ingat lagi laki aku suruh aku istighfar, but i refuse you know! Die suruh mengucap, aku tak nak. Die suruh aku amik wuduk, solat. Pun aku tak nak. Malah aku makin membentak dan suruh laki aku diam. Then satu ketika tu aku duduk satu sudut dan pandang laki aku, masa tu memang aku cakap aku benci giler dengan dia. Aku pandang die, aku jeling die. Dia melawan tu! Die pandang aku balik, jeling aku balik tapi die diam. Yang aku ni pulak jadi tak tentu arah,siap aku warning die jangan jeling aku. Jangan pandang aku. Aku benci!

Ye, aku sedar masa kejadian ni. Cuma aku rasa panas sangat, tak tentu arah. Aku rasa macam terancam sangat masa tu. Masa tu memang mulut ni tak lepas memaki-maki dia. Tapi laki aku rilek diam je pandang aku. Then aku tak sedar apa dah masa tu melainkan rasa panas kat pipi ni. Rupa-rupa dia lempang aku ngko! Die tarik aku masuk bilik air jirus aku dengan air satu baldi. Mampu?? Masa tu perasaan aku yang kalut tu tiba-tiba macam puff! Lega..ringan.. Soft.. dan sedih.....

Lepas kejadian kat bilik air tu setel. Die suruh aku masuk bilik, solat sume. Die tunggu aku. Aku pulak macam orang bodoh. Ikut je. Aku tak sure bacaan apa yang aku baca masa aku solat cuma laki aku ceritakan balik aku solat sume bacaan surah, aku baca kuat-kuat. Tadi sikit punya terer kan, baru kene jirus air satu baldi dah lembik.. Dah jadi tak normal. Tapi laki aku diamkan, perhatikan aku. As long as bacaan aku betol. Abis solat baru lah die slow tali dengan aku, mintak maaf sume. Then die bagitau insiden apa yang berlaku maghrib tadi.

Die cakap die nampak aku macam tak tentu arah, masa tu dia sendiri pun tak tau nak buat apa. Ikutkan die nak panggil sedara terdekat die, tapi tak nak benda ni jadi kecoh, die cuba handle sendiri. Masa tu dia yakin, aku bukanlah 100% aku masa tu. Sebab die tengok aku ni berubah 360'.. Bukanlah berubah jadi langsuir ke hantu raya ke, cuma macam jadi terlalu bengis. Terlalu lain dia biasa yang aku marah-marah sebelum ni. Die nampak aku tak tentu arah, macam serabut. Macam takut-takut pun ada. Dan dia ceritakan punca aku jadik macam tu bila mana dalam hati dia masa tu dia dok ulang-ulang ayat kursi sambil pandang aku. Jeling aku. Masa die tengok aku ni berubah terus ayat tu lah yang die pasangkan dalam hati dia.

Act, benda ni setahun berlaku dalam hub suami isteri aku., tapi banyak kali lah laki aku yang selalu lupakan cepat benda-benda ni sebab dia kuat mengatakan yang aku ni ada semacam gangguan seumpama saka katanya. Tapi pada aku itu suami bisikan syaitan semata. Bukan nya saka. Wallahualam.. Esok aku akan ceritakan tentang pengalaman dari kakak aku dan famili pulak tentang saka + sihir..
Sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 07:53 AM | Show all posts
non.sari posted on 20-4-2014 03:09 AM
BERSAKA KAH AKU??

Assalammualaikum..

sib baik suami non sabar dgn kejadian tersebut..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 1.005580 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list