CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

[Pelbagai] Tips menulis buku,novel,skrip etc

[Copy link]
 Author| Post time 21-8-2015 02:53 PM | Show all posts
RAHIMI
Dapat untung nanti, saya ganti lahbalik duit awak. Saya pinjam kejap jer. [pujuk]
SALINA
Ya...ya... saya transfersekarang...
RAHIMI
Terima kasih, sayang. I love You.
Rahimi off h/p sambil tarik nafas lega,selamaaaaattt!
Salina pulak picitkepalanya...sakit kepala tetiba!
8. INT/EXT. HOSPITAL/KLINIK. SIANG-PETANG[SAME DAY]
Kelihatan sebuah klinik.
Salina duduk depan DR NORA, 30-AN, kawan baik Salina, rakansekampung, anak Cikgu Jamal, cikgunya masa sekolah menengah.
DR NORA
Mungkinbetul jugak kata orang, penyakit kau ni, penyakit orang-orang suskes.
SALINA
Eh, akuada migraine sejak sekolah menengahlah. Kau tak ingat ke?
DR NORA
Apa takingatnya. Sebab tu aku kata sukses. Masa sekolah dulu, asyik kau jer naikpentas, ambik hadiah nombor satu.
SALINA
Tapi fakta tu tak betul, kan?
DR NORA
Ha ah, takbetul. Kita jer ingat migraine ni attack orang bijak-bijak. Kajian perubatantak buktikan macam tu pun. [NAK TULIS DI KERTAS] MC dua hari cukup?
SALINA
Aku taknak MC. Aku nak ubat yang boleh hilangkan terus migraine ni, biar aku  boleh kerja tanpa gangguan.
Dr Norasekadar menggeleng, maksudnya, memang tak ada!
9. INT/EXT.RUMAH BATU KAMPUNG. SIANG [SAME DAY]
Pak Leh baru balik daripekan. Mak Mah sambut dengan excited.
MAK SALMAH
Ha...ada semua barang yang saya kirim tu?
Pak Lehhulur  plastik beras sekilo, minyak masakbotol kecik.
MAK SALMAH
Eh, saya kirim sepuluh barang, abang bawak balik dua ajer?
Pak Leh diam, muka tension,turun dari motor.
MAK SALMAH [merungut]
Hmm...nak beras sekampit, dapat sekilo. Minyak botol besar, dapat botolkecik. Berapa hari sangat lah nak tahan ni?
Pak Leh biar jer Mak Mahmerungut, masuk rumah.
Muka Mak Salmah macamtersedar sesuatu,
MAK SALMAH
Er- Sal tak masuk duit ke, bang?
Pak Leh masih buat donno,outframe.
MAK SALMAH [muka berbaik sangka]
Lupa lah tu...sibuk sangat kot....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2015 02:54 PM | Show all posts
86. INT/EXT.RUMAH KAYU DAIF. SIANG[ A NEW DAY]
Kereta Kancil stop depanpondok buruk. Muka Rahimi sangat bersalah pandang rumah yang daif itu. Dia punnaik ke atas pelan-pelan. Gayanya kekok dan takut tak diterima.
Dalam rumah, Rahimi terkejuttengok Salina terlantar dalam menyedihkan. Badan keras kaku. Tapi matanya bolehmelihat, telinganya boleh mendengar. Cuma mulutnya tak boleh bercakap.
Pak Leh dan Mak Mah beradadi kiri kanan Salina. Pak Leh suap ubat dengan sudu. Mak Mah pulak sibuk picitkakinya.
Rahimi terharu, terus melututdi sisi Salina.
RAHIMI
Maafkan saya...[nada sebak]
Pak Leh dan mak Salmah pandangwajah Rahimi.
Kita mendekati wajah Rahimi,dan nampak matanya berkaca. Kemudian,kita nampak title on screen :
"Di saat kita takut hendak memberi,kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah pemberian."
TAMAT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:00 PM | Show all posts
aku belajar menulis skrip drbanyak penulis tempatan dan luar negara .FB memudaHKN KAMI BERHUBUNG .

Penulis skrip di USA boleh mendapat USD100,000 hingga USD5 JUTA bagi sebuah skrip filem.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:06 PM | Show all posts
@Elle_mujigae @Eva_yy_Ellin @lavender_88 @medangmru @Muntz @carisupport @Ipo @vierra_trisya28 @IdeaTip @kiwibenz @fire_place

Aku tengok ghamai porumer boleh menulis ..wlupun sekadar blog biasa.

Menulis skrip kekuatannya adalah CERITA dan aku dah siapkan 3 skrip drama dan filem .Aku tak cadang publish kat Malaysia sbb ramai kawan aku kena kencing dgn produser ..

nama terkenal pn ciplak org punya spt kes filem BOHSIA .

Kita boleh menulis skrip berdasarkan kisah hidup kita dan pengalaman rakan2 ,contohnya kisah cinta pertama aku
dengan awek sekolah dulu .


"Cinta itu tidak semestinya bersatu namun peluang masih ada...."


Rosnah Mokhtar ,1987 ,SMR


Apakah akhir cinta mereka ?







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:15 PM | Show all posts
MENGAPA AKU BERKONGSI DI SINI ?

Bukan semua mampu hadir kursus penulisan di mana bayaran antara RM150 hingga mencecah RM5000 ! Aku fikir apabila aku
berkongsi di sini ,ghamai dpt manfaat wlupun momod x tacang thread aku ni,aku x kecik hati ...aku berdoa thread ni dibaca berjuta2 manusia
dan melahirkn lbh ghamai penulis .forum Cari jutaan singgah ...


Insya-Allah jika aku ada masa ,aku akan buat video tutorial agar lebih ghamai paham dunia penulisan.

Jika 1 juta rakyat Malaysia menulis 10 buku,setahun 10 juta buku .begitu juga skrip,makalah,rencana dan sebagainya.

Aku hairan ramai graduan ,mrk tidak menulis.malah yg ada PHD pun x menulis....

mrk boleh menulis mengikut kepakaran dan pengalaman mrk.

Novelis yg aku jumpa seorang guru,mcm x percaya je...guru pn boleh menulis novel !

gambar di bawah hiasan shj dr google ....

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:17 PM | Show all posts
PENULIS VERSATILE

Antara penulis Asia yg aku kagum ialah HAMKA.

Arwah boleh menulis buku agama,rencana,malah novel cinta.

Novelnya dibaca berulang kali lantaran bahasa yg puitis .

kwn aku pernah smpi ke kampung halamannya dan melihat rumahnya yg kini dibuat muzium .




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2015 03:19 PM | Show all posts


[size=12.370400428772px]Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka[size=12.370400428772px]yang dijadikan museum sejak 2001, tempat Hamka lahir, diasuh dan tinggal bersamaanduang[size=12.370400428772px]nya selama di [size=12.370400428772px]Maninjau-WIKIPEDIA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:23 PM | Show all posts
BUKU MOTIVASI AKU SUKA BACA.

Sejak sekolah menengah aku suka abca buku motivasi .sampai la masuk Univ dan skrg.

dlm byk2 penulis aku suka baca buku DALE CARNAGIE .

  


Penulis yg masuk kubur pada tahun 1955 ni mmg buku2nya amat berkesan dlm jiwa aku .

Bukunya byk mengajar aku melayari kehidupan dgn lbh baik .

https://en.wikipedia.org/wiki/Dale_Carnegie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2015 03:29 PM | Show all posts
PENDAPATAN PENULIS TERKAYA
James Patterson: $430 million
Stephen King: $400 million





JK ROWLING MASIH TERATAS : USD1 BILION  NILAINYA ....






J. K. RowlingWriter
Date of Birth1965-07-31


ProfessionWriter, Author, Novelist, Film Producer


NationalityUnited Kingdom


Height5 ft 4 in (1.65 m)


Weight119 lbs (54 kg)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:37 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 03:41 PM | Show all posts
Insya-Allah lain kali aku sambung ....

anak ke 5

NUR AMIRAH AS SYAFIQAH

LOKASI DESARU





Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 04:00 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 9-1-2015 10:47 AM
MENGAPA MALAYSIA MASIH KURANG PENULIS ?

Mengikut data PNM dan sebagainya ,Malayisa hanya mempunya ...

Satu info yang sangat bagus  


ya...banyak kelemahan dalam bidang penulisan

penerbit>>>ada kerenahnya

Penulis >> ada juga kerenahnya

Pengedar>> ada kerenah

Pembuat drama/filem >> ada kerenahnya masing2

Jadi, semua ada kerenah. Tidak boleh menyalahkan satu pihak saja. Kroni, pilih bulu, menipu, tetap ada dalam dunia penerbitan dan penulisan.

Saya yang baru berjinak dalam penulisan dan penerbitan, juga tidak terkecuali terjebak dalam semua n tapi perlu ada daya tahan yang tinggi kalau tidak mahu bungkus tikar.
Tambah lagi sekarang ini, novel adapatasi mendominasi. Novel2 yang baik dan ada pengajaran serta pendidikan tenggelam. Malah saya tengok, ada juga novel thriller, seram or fantasi yang lebih baik kandungannya dari novel cinta yang semakin menguasai pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 04:04 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 21-8-2015 02:29 PM
PENDAPATAN PENULIS TERKAYA
James Patterson: $430 million
Stephen King: $400 million

Di Malaysia, kalau penulis menulis cerita seperti Harry Potter, LOTR, etc..tidak mendapat tempat di hati peminat. Novel genre cinta yang paling teratas.  Tapi sejak kebelakangan ini, sudah nampak penulis genre selain dari cinta sudah mula mendapat tempat walaupun masih merangkak. Namun masih belum mengatasi genre cinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 12:36 AM | Show all posts
Lama aku tak sambung ...busy memanjang ....

Saman penulis Ombak Rindu ditolak



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak kes saman yang dikemukakan penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari terhadap syarikat Grup Buku Karangkraf dan syarikat penerbitan filem Tarantella Pictures tahun lepas.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.
Dalam penghakimannya, Amelia memutuskan melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.
Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit, menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem.
Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd diwakili peguam Zuwita Kamaruzaman, manakala Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd diwakili peguam Vasanthi Rasathurai.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan karya Ombak Rindu.
Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun yang sama menerbitkan buku Ombak Rindu sebelum memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem pada tahun 2009.
Filem Ombak Rindu telah ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2011 dan mendapat kutipan hampir RM10 juta.
Ia dibintangi Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.
Pada Februari 2015, Fauziah memulakan tindakan terhadap Grup Buku Karangkraf dengan mendakwa beliau adalah pemilik hak cipta karya Ombak Rindu dan Grup Buku Karangkraf telah dengan salah memberikan Tarantella Pictures kebenaran untuk mengadaptasikan karya itu kepada filem.
Fauziah mendakwa Tarantella Pictures telah mengubahsuai jalan cerita Ombak Rindu tanpa kebenarannya.
Sehubungan itu beliau menuntut beberapa perintah mahkamah, termasuk deklarasi mahkamah bahawa Karya Ombak Rindu adalah milik mutlak beliau seorang, selain keuntungan dan ganti rugi untuk ditaksirkan oleh mahkamah.






http://www.sinarharian.com.my/se ... du-ditolak-1.574902
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 12:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 26-8-2015 04:00 PM
Satu info yang sangat bagus  

Mentaliti pembaca di Malaysia masih terkebelakang berbanding negara maju .

Jika di negara maju,novel semua genre dibaca dan laris ,namun di Malaysia novel selain cinta sukar mendapat tempat .

Bak kata seorang novelis "Saya menulis kisah kegigihan seorang wanita leukimia menghadapi kesukaran penyakit namun novel tersebut tiada sambutan"

Anyway highway ,bakat penulisan adalah ANUGERAH dan wlu apa pun rintangan,ujian ,dugaan dll,kita perlu terus berkarya dan berkarya ....

Tahniah kerana menulis...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2016 12:42 AM | Show all posts
Fauziah Ashari: Saya Tidak Puas Hati Dengan Filem Adaptasi Novel Ombak RinduOleh RotiKaya Staff pada 22 November 2011, 5:11PM


Pagi tadi berlangsung’nya majlis pra tonton filem yang paling di’nantikan penghujung 2011 ini, Ombak Rindu.
Pendapat pendek kami, filem ini mampu mengusik jiwa penonton & jika terbuai dengan plotOmbak Rindu, mata boleh berair. Lelaki tidak terkecuali jika dalam hati ada taman.
Ketika sidang media bersama pengarah, penerbit & barisan pelakon, penulis asal novel Ombak Rindu Fauziah Ashari meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil adaptasi filem yang bakal di’tayangkan pada 1 Disember ini.




Menurut Fauziah Ashari terdapat beberapa plot penting dalam novel yang tidak di’angkat ke layar perak & juga dialog yang di’gunakan dalam filem ini tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan menerusi novel.
“Namun saya tetap berfikiran terbuka dengan usaha pihak penerbit untuk membawa karya saya ke layar perak,” ujar Fauziah Ashari awal petang tadi.




“Satu pesanan saya, jika boleh selepas ini jika ada lagi novel yang di’angkat menjadi filem — jemput penulis asal novel tersebut untuk duduk sebagai penulis skrip atau panel penasihat.”
Kalau di’fikirkan semula, memang sukar untuk memuatkan semua yang ada dalam novel sebagai sebuah filem berdurasi 2 jam — penulis skrip professional mungkin lebih tahu perkara ini. Hmm.

















-ROTIKAYA


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 12:44 AM | Show all posts
Pendapatan Lumayan Menulis Skrip Drama TV

Drama-drama melayu dahulunya adalah terbitan RTM. Kita dihiburkan oleh pelakon-pelakon popular Rubiah Suparman, Dato’ Rahim Razali dan lain-lain lagi. Penulis-penulis skripnya adalah kakitangan RTM. Di antaranya Bidin Subari (arwah), Sani Untak, Atondra dan lain-lain lagi.

Dipertengahan tahun 1980an YB Dato Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan telah menswastakan drama RTM kepada penerbit-penerbit tempatan. Beberapa penerbit yang aktif muncul seperti Mash Productions, Skop Productions, Pyramid dan sebagainya. Penulis-penulis prolifik ketika itu termasuk A. Wahid Nasir (siri Opah), Takiyuddin, Yusof Haslam dan banyak lagi.

Bertitik-tolak dari penswastaan ini maka bermulalah penulisan skrip drama tv sebagai karier sara-diri yang ampuh.

Dewasa ini stesen TV amat banyak; RTM (1 dan 2), Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8), Astro (Ria, Prima, Oasis, Warna) dan TV al-Hijrah.

Setiap program TV perlukan penulis skrip tidak kira ianya program hiburan, dokumentari, drama, masakan, majalah, berita dan sebagainya.

Stesen TV perlukan penulis skrip. Penerbit-penerbit swasta yang membekalkan program TV ke stesen TV perlukan khidmat penulis skrip. Penerbit-penerbit filem perlukan penulis skrip. Penerbit-penerbit aneka program dalam bentuk VCD/DVD perlukan penulis skrip. Pengendali WebTV pun perlukan penulis skrip. Saluran NatGeo, History, Crime Investigation Asia (CI), AFC (Asian Food Channel), Sports Channel juga perlukan penulis skrip.

Daerah penulisan skrip adalah daerah yang sentiasa mempunyai kekosongan selagi orang ramai bergantung kepada TV, filem, VCD/DVD dan internet untuk hiburan mereka.

Pendapatannya memang lumayan. Bermula dari RM5,000.00 untuk satu nasykah drama 90 minit boleh mencapai sehingga lebih RM70,000.00 untuk drama bersiri.

Keistimewaan kerjaya penulisan skrip ialah ianya boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa di rumah atau sebagai kerjayapart-time atau kerjaya bergaji tetap di stesen-stesen TV.

Anda pilih yang mana anda rasa sesuai.

Cuma anda perlu ingat bahawasanya untuk menjadi sorang penulis skrip drama tv anda harus mempunyai sifat-sifat ini:

  • Lebih banyak diam dan mendengar keluh-kesah orang sekeliling anda.
  • Lebih banyak diam dan sensitif kepada ragam mereka yang di keliling anda.
  • Lebih banyak membaca dan memahami sub-teks bahan yang dibaca.
  • Berupaya mengolah bahan yang diperolehi sebagai sebuah cerita yang menghiburkan.
  • Bersedia untuk bersendirian ketika mengolah bahan-bahan yang dikumpulkan.
  • Bersedia untuk belajar, belajar dan belajar lagi dari mereka yang lebih berpengalaman.

Jika anda sudah mempunyai sifat-sifat yang di atas langkah kedua ialah menimba ilmu supaya pengolahan bahan-bahan itu dapat ditekskan dan seterusnya didagangkan kepada penerbit-penerbit yang berminat.

Jelas urusniaga skrip tv ini sangat unik kerana ia dimulakan oleh anda seorang, dipasarkan oleh anda seorang juga dan anda menikmati hasilnya sendirian tanpa perlu ada campurtangan orang ketiga.

Bahan-bahannya hak eksklusif anda. Masa anda yang punya. Bila hendak dipasarkan terpulang kepada anda.

Walaupun begitu onak dan durinya ada.

Setiap urus-niaga ada tata-cara dan strateginya. Ianya termasuk:

  • Menyediakan kertas kerja (di sini maksudnya sinopsis) untuk memancing minat penerbit. Cerita apa? Sasarannya siapa? Moden atau purba?
  • Menyiapkan skrip dalam jangkamasa yang dijanjikan. Secepat-cepatnya dua minggu untuk sebuah telemovie. Anda sudah bersedia?
  • Sanggup mengolah skrip itu semula jika deraf pertama tidak dipersetujui penerbit.
  • Tawar-menawar harga skrip mengikut taraf yang anda letakkan pada diri anda.
  • Memastikan anda memperolehi bayaran yang penuh kepada skrip anda.

Salah satu kelebihan menjadi penulis skrip drama tv ialah anda mengenali banyak orang dan yang terpenting sekali mereka yang berada di stesen tv.

Perhubungan dengan mereka yang berada di stesen tv amat penting sebab anda boleh melangkah ke satu tahap lagi yaitu menjadi penerbit program tv. Di sinilah nanti hubungan itu memainkan peranan untuk membolehkan anda memasarkan produk anda kepada mereka.

Atau anda mungkin berminat untuk mengarahkan sendiri cerita yang anda ilhamkan? Atau melakonkan sebarang watak di dalamnya?

Jelas di sini masa depan seorang penulis skrip drama tv amat anjal. Ia terpulang kepada diri anda sendiri seanjalnya mana yang anda inginkan.

Menulis adalah kerjaya seumur hidup asalkan anda belum mamai lagi. Bersikap kreatif mengikut pengalaman anda dan mudah-mudahan anda akan berjaya

http://www.usahawan.com/kerjaya/pendapatan-lumayan-menulis-skrip-drama-tv.html




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 12:46 AM | Show all posts
ASAS PENULISAN SKRIP 2 (SKRIP DRAMA TV)
Bismillahirrahmanirrahim... Syukur dalam kesibukan menyiapkan skrip AKASIA, Tuhan masih memberi ruang masa untuk kita berkongsi pengalaman. Catatan lepas, kita membicarakan tentang PROPOSAL. Untuk menjual sesebuah skrip, asasnya adalah proposal, sebab itu saya tekankan pada awal Asas Penulisan Skrip adalah proposal.

Untuk menghasilkan sesebuah proposal, kita mestilah tahu program atau skrip apa yang hendak kita hasilkan. Dalam pasaran terkini, terdapat beberapa kategori skrip.
1. Filem
2. Drama TV/ Animasi
3. Drama Radio
4. Drama Pentas/ Drama Sebabak
5. Dokumentari
6. Dokudrama

Rata-rata mereka yang ingin berkongsi pengalaman bersama saya melalui laman sosial bertanya tentang penghasilan Drama TV sama ada telemovie, drama rantaian mahupun drama bersiri. Saya andainya semua sudah sedia maklum apa itu telemovie (drama on off/ tunggal, berdurasi 90 minit dengan slot 120 minit yang mencetuskan segala eleman drama dalam satu cerita), drama rantaian (naskah drama yang bersambung di antara satu episod ke satu episod dengan plot dan sub-plot serta pelakon utama dan pembantu adalah sama) dan drama bersiri (satu siri drama yang memperkatakan plot atau permasalah yang berbeza dalam setiap satu dan ada juga dijadikan dua episod dengan pelakon utamanya sama. Contoh Gerak Khas).

SKRIP DRAMA TV
Memandangkan keinginan ramai tertuju kepada penghasilan skrip drama TV, maka di sini pengkhususan saya kepada skrip drama TV. Kenapa kita menghasilkan sesebuah drama? Jawapannya untuk menyampaikan sesuatu cerita kepada khalayak ataupun audiens. Jika begitu, kenapa kita sampaikan sahaja cerita tersebut secara narrator seperti wayang kulit? Atau pun seorang penyampai berdiri di pentas menyampaikan cerita yang hendak disampaikan?

Menyampaikan cerita melalui medium drama TV mahupun filem adalah semata-mata untuk merangsang ataupun menarik perhatian audiens dengan gabungan pelbagai eleman seperti pengarahan yang bagus, skrip yang mantap, dialog yang berwibawa, plot yang pelbagai serta para pelakonnya yang diminati ramai. Justeru, kejayaan sesebuah drama bukan sahaja bergantung pada kekuatan skrip semata-mata tetapi menggabungkan semua eleman di atas.

Justeru, semasa menghasilkan proposal, lampirkan sekali cadangan pelakon yang diyakini dapat menjiwai watak yang kita ciptakan.

ILHAM
Apabila penerbit meminta proposal daripada penulis, saya kira semua penulis akan mula berfikir - cerita apa yang hendak ditulis? Kita akan mula mencari ilham/ idea. Inilah cabaran yang paling besar bagi penulis skrip untuk memastikan proposal yang dihantar ke stesen TV menarik. Rata-rata mahukan cerita mereka kuat dan mantap, lain dari yang lain.

Pada saya, semua asas cerita adalah sama. Yang membezakan adalah cara kita mengolah ataupun menyampaikan cerita tersebut dalam bentuk drama.

Teknik pengolahan cerita barangkali tidak boleh diajar kerana ia bergantung pada bakat. Ada penulis yang merasakan memberi tumpuan khusus pada watak adalah cara terbaik. Ada yang mengatakan plot dan sub-plot yang mantap adalah kekuatan cerita. Ada cerita yang bergerak melalui watak yang membawa cerita. Ada pula yang menggunakan cara cerita yang memperkenalkan watak. Bergantung pada anda!

Berbalik pada ilham, ramai yang bertanya bagaimana cara untuk mendapatkan ilham. Sebenarnya ilham ada di mana-mana, tidak perlu termenung di tepi pantai untuk mendapatkan ilham. Ilham boleh didapati dari:

1. PEMBACAAN
Banyak membaca memberi kelebihan kepada penulis untuk mencetuskan idea. Di sini saya beruntung kerana selama bertugas sebagai wartawan, saya banyak berdepan dengan keluhan, penderitaan dan pengalaman hidup masyarakat. Pengalaman mereka yang saya interview secara berdepan begitu membekas di hati saya. Sebagai contoh, kita membaca laporan akhbar tentang ayah sembelih anak, anak sanggup membunuh keluarganya sendiri. Kenapa? Adakah semuanya berkait dengan dadah? Masalah kejiwaan? Kenapa jadi seperti itu? Bagaimana latar kehidupan mereka?

2. KAJIAN
Ilham atau idea juga boleh didapati melalui kajian. Cerita seperti ini memerlukan belanja yang besar untuk merealisasikannya kerana ia berdasarkan kepada fakta-fakta yang sebenarnya. Contohnya drama rantaian ROSLI DHOBI yang disiarkan oleh ASTRO. Sebagai contoh, semasa tender dengan ASTRO baru-baru ini, saya terpaksa menjelajah ke Kapit, Sarawak hingga ke rumah panjang di kawasan paling pedalaman hanya untuk menyiapkan proposal tiga muka surat berkenaan dengan Temenggog Koh - pemimpin Iban yang berjaya melenyapkan tradisi POTONG KEPALA dalam masyarakat mereka.

3. PENGALAMAN PERIBADI
Pada saya, inilah sumber ilham yang paling dekat dengan kita. Tentunya banyak pengalaman pahit dan manis pernah kita lalui. Kenapa pengalaman itu tidak didramakan?

4. PENGAMATAN
Ilham juga boleh timbul melalui pengamatan kita. Contohnya, kita melihat ramai gadis-gadis terjebak dalam kancah sosial. Kenapa? Bagaimana sudahnya mereka? Apa perasaan mereka? Apakah mereka benar-benar jahil? Apa pula perasaan lelaki yang merosakkan mereka?

Itu hanya sebagai contoh bagaimana untuk mendapatkan ilham/ idea. Bagaimanapun pada saya, tanpa satu perasaan halus dan berseni dalam diri, kita tidak mampu untuk turut sama menyelami sesuatu itu. Kegagalan menyelami sesuatu itu mana mungkin kita hendak merasainya sekali gus menyampaikan kepada orang lain. Perasaan halus dan berseni itu adalah JIWA. Tanpa jiwa, cerita kita akan kosong dan hambar. M. Nasir berkayra melalui JIWA, sebab itu karyanya mudah melekat pada kita. S Amin Sahab menulis skrip dengan JIWA, justeru itu liriknya indah dan menarik, cuma kita yang gagal mentafsirkannya. Contohnya lirik KEPADAMU KEKASIH... AKU BERSERAH... Siapakah kekasih itu? Manusia? Ataupun Tuhan?

Ada pula yang bertanya, bagaimana hendak menyuntik JIWA ke dalam idea/ ilham dan karya kita.  Tidak dapat saya jawab kerana JIWA itu adalah ANUGERAH. (Sekadar renungan, dalam 99 nama Tuhan, Kenapa Rasulullah s.a.w mengutamakan tiga nama iaitu ALLAH, ARRAHMAN dan ARRAHIM? Lalu digabungkan menjadi Bismillahi Rahmani Rarrhimm. ALLAH Maha Memiliki Segalanya, ARRAHMAN Maha Pengasih setiap makhluk di dunia dan ARRAHIM Maha Penyayang setiap makhluk di akhirat. Untuk menghadirkan rasa kejiwaan yang halus agar kita mudah tersentuh (melalui rasa Arrahman dan Arrahim itu) dengan setiap gerak dan perlakuan di muka bumi ini ingatalah pada DIA selalu dan mohonlah daripada-Nya).

Berdasarkan pengalaman saya, PENGALAMAN PERIBADI disuntik dengan eleman PEMIKIRAN akan menghasilkan cerita yang kuat dan mantap. Saya pernah mengalami pengalaman paling pahit dalam hidup saya. Tidak malu saya katakan, hidup saya menjadi kosong, kelelakian saya tergadai apabila setiap malam air mata saya mengalir tanpa saya sedari... anak perempuan saya sekitar usia 12 tahun menangis berbantalkan paha kiri saya dan anak lelaki saya sekitar usia 10 tahun menangis berbantal paha kiri saya. Kami menangis bersama-sama.

Satu malam saya bangkit, saya cuba kumpul kekuatan diri. Saya berserah pada Allah s.w.t. Daripada Dia saya datang kepada DIA saya kembali. Setelah setahun saya tidak menghasilkan sebarang skrip, malam itu saya catatkan segala duka saya pada helaian kertas. Kemudian saya hantar ke RTM melalui syarikat penerbitan Perkasa Filem. RTM memutuskan saya menyiapkan 30 episod drama rantaian. Setelah ditayangkan sebanyak 15 episod, RTM meminta saya sambung lagi naskah tersebut sebanyak 26 episod.

Justeru, jangan sia-siakan pengalaman peribadi anda!

Persoalan seterusnya, bagaimana hendak kembang idea/ atau ilham. Insya-Allah, doakan saya sihat, akan sapa kongsi dalam catatan akan datang.

Wassalam.


http://mazelanmanan.blogspot.my/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 12:47 AM | Show all posts
PENERBIT HANCING
Membaca keluh kesan penulis skrip di laman sosial, sekali lagi mengajak saya memperkatakan tentang masalah dan dilema yang hangat diperkatakan - penerbit tidak menghargai hak penulis skrip dan nasib penulis skrip sering dikotakkatikkan oleh penerbit.

Penerbit seperti ini saya kategorikan sebagai PENERBIT HANCING. Perlu saya nyatakan, bukan semua. Ramai penerbit yang berurusan dengan saya, tidak sama sekali bertindak sedemikian, bahkan mereka saling menjaga hubungan di antara satu sama lain. Contohnya Rosyam Nor, walaupun saya sepatutnya berurusan dengan kakitangannya selepas persetujuan bersama diperolehi, namun beliau sendiri tetap menghubungi saya untuk bertanya khabar. Begitu juga dengan Ziela Jalil, Rozie Osman dan Azlan Ghazali (penerbit MDAG). Mereka begitu menghormati penulis skrip.

Kepada penerbit yang mengkotak-katikkan penulis skrip, perkara ini amat mengecewakan. Saya tidak bercakap sombong, penerbit perlu sedar permulaan pendapatan syarikat mereka bermula dari penulis skrip. Dengan enam ke sepuluh helai kertas cadangan dari penulis skrip untuk telemovie, mereka memperolehi job bernilai antara RM80 ribu ke RM108 ribu. Dan antara 15 hingga 20 helai kertas cadangan untuk drama bersiri 1 jam, mereka memperolehi job bernilai RM750 ribu ke RM960 ribu (jika untuk siaran RTM). Untuk drama bersiri setengah jam mereka memperolehi job bernilai RM500 hingga RM550 ribu.

Saya sengaja paparkan nilaian ini untuk pengetahuan penulis skrip agar mereka tidak mudah ditipu oleh penerbit.

Memang tidak dinafikan, penerbit akan mendakwa, tanpa mereka idea dan kertas konsep itu tidak akan ke mana. Saya nafikan perkara ini. Tanpa penulis skrip, penerbit tidak akan mendapat apa-apa pendapatan kepada syarikat mereka. Bayangkan dalam Malaysia terdapat lebih daripada 600 penerbit sedangkan penulis skrip yang aktif tidak sampai 20 orang. Justeru jangan percaya pada momokan penerbit kerana bayangkan 600 penerbit perlu bergantung kepada 20 orang penulis skrip.

Justeru, bukan menyokong mana-mana pihak, sebagai penulis skrip yang sudah lama berada di arena ini, saya amat bersimpati dengan nasib penulis skrip baru. Kenapa mereka dipermainkan seperti itu? Kenapa hak mereka dinafikan dan tidak dihormati? Bagaimana industri kita hendak maju jika masing-masing tidak menghormati di antara satu sama lain?

Saya tidak nafikan, ramai penerbit yang berada di bumi Malaysia ini tidak layak dipanggil penerbit. Ada yang langsung tidak tahu tentang skrip dan drama. Apa yang membimbangkan saya, golongan kapitalis ini telah melacurkan industri hiburan tanah air. Contohnya, mereka mendapat satu projek telemovie daripada mana-mana stesen TV. Mereka tidak terbitkan sendiri telemovie berkenaan tetapi `menswastakan' kepada mana-mana pengarah. Bayangkan jika stesen membeli telemovie tersebut dengan harga RM90 ribu, pastinya penerbit berkenaan hanya menswastakan (maaf kerana menggunakan perkataan menswastakan supaya enak sikit di dengar) sekitar RM60 ribu hingga RM70 ribu. Pastinya juga pengarah berkenaan selain dari mendapat bayaran pengarahan, dia juga memerlukan keuntungan daripada jumlah tersebut. Akhirnya kos sebauh telemovie akan berkurangan menjadi sekitar RM50 ribu hingga RM 60 ribu saja. Cara terbaik supaya pembikinan tersebut tidak terlebih bajet, maka penulis skrip yang menjadi mangsa.

Kepada penulis skrip, jangan berurusan dengan penerbit seperti itu. Berurusanlah dengan penebit yang benar-benar bergelar penerbit.

Sebagai bekas wartawan, rasa terkilan saya terhadap apa yang berlaku ke atas penulis skrip muda memang menyesakkan dada. Justeru, kepada penulis skrip yang takut untuk mendedahkan siapa penerbit hancing itu, jangan segan silu, beritahu saya. Biar saya yang bertanggungjawab mendedahkan nama mereka di laman sosial. Saya pasti, ramai penerbit yang melayari laman sosial.


http://mazelanmanan.blogspot.my/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059875 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list