CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aqill.Azrri

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

  [Copy link]
 Author| Post time 21-11-2013 06:08 PM | Show all posts
@yong posted on 21-11-2013 06:06 PM
Mmg idak ler nak bca gna pc...bleh terbang semangat ooo..bca berani tgk gmbar..nahi nahi..huhu

haha... apa-apa pun, thanks for reading.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 21-11-2013 06:08 PM
haha... apa-apa pun, thanks for reading.

Hehe...cepat2 sambung ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 12:27 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 5-11-2013 12:22 AM
Hantu Kembar Di Boarding School

Aku ada sorang kawan di boarding school dulu. Namanya Shahrul.  ...

ni mcm scene dlm cite antu indo je ni..movie Jelangkung tahun 2004~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 02:29 PM | Show all posts
emeralda posted on 22-11-2013 12:27 PM
ni mcm scene dlm cite antu indo je ni..movie Jelangkung tahun 2004~

ni member aku cerita. bukan aku yg alami. aku jarang alami kisah seram. syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:38 PM | Show all posts


Best citer TT

Apa2 pun bagus la TT tak percaya dgn 'kembar'2 ni...akak selalu dengar pasal kembar dgn haiwan ni..la ni tak de la
p kalau dengar masa time moyang2 kita, dulu biasa la..

Kita tak tahu hujung pangkal kan..entah2 memang org2 dulu2 'membela'... cerita asalnya lain tapi bila sampai kat generasi bawah..lain pulak kisahnya...biasalah dari mulut ke mulut...

Pada pendapat akak la, kalau 'kembar' tu elok, tak de nya mintak bagi makan bagai...tak akan mendatang kan mudhrat...rasanya 'belaan' la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 11:26 AM | Show all posts
Cerita Aqill.Azrri ni lain dari cerita seram yang lain.

Boleh sambung lagi ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 02:24 PM | Show all posts
terbaekkkk.. teruskan usaha!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi2! We want more. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 06:18 PM | Show all posts
TT, sy fikir kalau xnak share cite 8 bulan angker secara public, mungkin TT boleh cite kt PM. Maksud sy, kalau sesape request boleh TT share via PM. Sy berminat nk tahu cite tersebut tp sy faham knp TT n kawan2 xnk bagi share. Sy fikir maybe the story doesn't need to be discussed in public so kite bace secara individu n xperlu brbincang sesame kite. Kire aib sekolah n kawan2 TT dijaga n xdisebut secara umum. Okay ke? Ini cadangan sy lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 11:45 PM | Show all posts
serem donk. nice!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:47 AM | Show all posts

Stretcher Hospital

Kisah ni ringkas je. Dari makcik aku, sebelah ibu. Time tu beberapa org famili aku hantar nenek aku ke hospital, sebab nenek aku sesak nafas.

Alhamdulillah bila keluar hospital, nenek aku still sihat. Cerita yg aku nak sampaikan ni terjadi waktu famili aku tengah tunggu nenek aku di luar bilik rawatan.

Time tu dah malam sekitar pukul 11 malam. Tak ramai yg dtg hospital time tu. Famili aku pulak duduk di bangku yg bersebelahan dgn sebuah stretcher (pengusung yg beroda).



Sedang famili aku bersembang, secara tiba-tiba stretcher tu berbunyi kuat “GEDEBUKK!”. Seolah-olah ada org lompat atasnya. Siap dgn gegaran lagi kat stretcher tu. Famili aku berpandangan satu sama lain. Konfius.

Ada sorang pakcik sekuriti duduk tak jauh dgn famili aku cakap sambil tersengih. “Kejap lagi ada la mayat dinaikkan atas stretcher tu.”

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi ambulans. Beberapa orang petugas hospital bergegas mendapatkan stretcher tu sblm bawa keluar. Dan famili aku nampak, ada mangsa kemalangan dinaikkan atas stretcher tu sblm dibawa ke tempat lain.

Pakcik sekuriti tu sambung lagi. “Semangat orang tu dah sampai dulu kat stretcher, sebelum jasad dia.”

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 09:36 AM | Show all posts

Detik Dinihari

Dinihari : Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar.

Next story, terjadi time aku tahun kedua di tempat study. Aku ni jenis yg suka study kat surau. Penempatan student pulak share dgn kediaman orang awam. So surau tu diuruskan oleh JKK apartment tu la.

Memandangkan aku geng budak surau, so takde la pihak surau bising aku lepak surau tu lama2. Ada certain surau tak bagi orang stay surau slps solat Isyak. Pasal ada kes surau jadi sarang hisap gam kalu takde orang.

Memandangkan musim exam dah dekat, aku mcm dah berkampung di surau tu tiap malam, study. Kalau study di rumah, housemates aku suka pasang lagu kuat2. Susah nak fokus.

Aku paling selesa study kat belah muslimat pasal kipas area tu laju, sejuk je kalau malam2. Kat belah muslimat tu jgk la urusan mengkafankan jenazah dilakukan. Sebab urusan solat jenazah kat belah muslimin.



Ada satu malam tu, aku study di area muslimat mcm biasa dgn bermejakan rehal. Bila dah larut malam, entah pukul 2 pagi mcm tu, aku pun tutup lampu dan bentangkan bedding aku. Tidur di port yg sama tempat aku study. Tak gelap sangat sebab lampu luar surau masuk dalam.

Tengah aku tidur, aku terjaga apabila terdengar suara orang menangis betul-betul sebelah aku. Badan aku pulak paralysed tak boleh gerak. Aku boleh gerak kepala sikit je. Aku toleh kat suara nangis tu.

Apa yg aku nampak, ada sesusuk lembaga berjubah hitam, berserban hitam, sedang duduk antara dua sujud. Tangannya ditadah tinggi, berdoa. Lembaga tu menangis-nangis dgn suara yg garau.

Aku terpempan serta-merta. Pelbagai surah Quran aku baca, lepas tu aku azan dalam hati. Suara tangis tu kuat menjadi-jadi. Bila aku baca Qursi berulang kali, barulah aku dpt bergerak.

Aku terus duduk, toleh tempat lembaga tu, dah takde. Aku check jam kat henfon, ada 20 minit lagi nak masuk Subuh. So aku pun kemas tempat tidur dan berwuduk. Settle buat qiyam, aku duduk kejap berfikir. Apa yg aku nampak tu, mimpi ke real?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram.seram
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik!! Suka baca semua story TT. Nak tanya TT orang Sabah, ada tau apa-apa tak story tentang satu tempat di Sabah namanya Bundu Tuhan, dekat dengan kaki gunung Kinabalu.. sebab pernah terkena disitu hampir jatuh gaung dibuatnya.
Keep it up!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 11:31 PM | Show all posts
theflash posted on 23-4-2014 10:41 AM
Seram.seram

cter theflash lagi byk seram. menggigil baca mlm2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 11:33 PM | Show all posts
d_alighieri posted on 23-4-2014 04:02 PM
Terbaik!! Suka baca semua story TT. Nak tanya TT orang Sabah, ada tau apa-apa tak story tentang satu ...

tak pernah dgr plak nama tempat tu. lagi pun, sy amat jarang kuar dari bumi Tawau sblm ni. habis sek menengah, terus pijak bumi KL. tak sempat nak merasa area Sabah yg lain.

btw, terima kasih d_alighieri krn sudi menyinggah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 23-4-2014 08:47 AM
Stretcher Hospital

Kisah ni ringkas je. Dari makcik aku, sebelah ibu. Time tu beberapa org fami ...

Waargghh!! Ini seram..
Kalo mcm tu senangla keje dorg, pakcik security dh bgtau siap2 ada orang sakit jap lagi..
Agak2 menda ape tu? Seram plak aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 11:59 PM | Show all posts


Asrama di Bangi part.1

Kakak sulung aku ni pegawai bank di Sabah. Kalau dia dtg kursus di Bangi, aku lah yg jadi 'pak supir' a.k.a. driver. Kat area Bangi ni ada satu kawasan di mana semua pusat latihan bank-bank di Malaysia ni berkumpul. Ni cter antu kat pusat latihan akak aku tu.

Akak aku kalau kursus, dia akan menginap di hostel yg disediakan kat pusat latihan bank dia. Bukan dia sorang je, mostly peserta kursus bermalam situ jugak. Standard kursus, timing mcm ofis hour 8am-5.30pm. Lepas hour tu, peserta bebas nak kuar mana2. So, aku pun terpaksa la temankan akak aku jalan2 di KL.

Puas round2 KL, shopping n makan sume, kami pun balik kat hostel dia. Oh ya, tempat pusat latihan tu ada dua hostel. Hostel lama n hostel baru. Ni kisah kat hostel lama. Bila aku dah park tepi hostel, akak aku minta aku hantarkan dia betul2 depan pintu bilik.

Aku tak banyak cakap, temankan dia jalan ke bilik dia. Gelap je hostel tu. Nasib baik akak aku di tingkat satu je, tak penat panjat tangga. Bila dah selamat sampai kat bilik, aku nak amek exit koridor yg paling dekat dgn bilik dia. Akak aku cepat-cepat larang. Dia suruh aku amek exit yg mula2 kami guna masa naik tangga koridor dia.

Sepanjang merentas koridor nak ke exit tu, aku rasa seram sejuk. Ada perasaan seolah-olah diperhati oleh seseorang. Angin pun berhembus-hembus di belakang aku. Aku time tu malas nak layan perasaan takut, aku jalan je la buat derk sampai masuk kereta.

Esoknya aku kuar lagi dengan akak aku. Time balik nak hantar dia ke hostel, aku gtaw la yg mlm sblm tu aku rasa mcm diperhati oleh seseorang. Lepas tu akak aku gelak. Dia cakap, punca dia minta hantar sampai ke pintu bilik, pasal hostel dia tu dihuni oleh dua pontianak. Dia saja tak bagitau aku supaya aku tak takut.

Lagi satu, exit yg dekat dgn bilik dia tu, antara tempat angker pontianak berdua tu. Sebab tu akak aku larang aku guna exit tu. Aku yg asalnya tak takut, tetiba jadi takut mlm tu. Lepas hantar dia depan bilik, aku plak suruh dia dan roomate dia hantar aku ke kereta.

Masuk je dlm kereta, aku cari CD Quran aku dlm drawer kereta. Selongkar sana sini, tak jumpa. Aku dah berpeluh2 ketakutan. Lastly, aku bukak radio Ikim. Cun-cun je Ikim pasang nasyid. Aku gumam dalam hati, nasyid pun nasyid la. Janji, Islamik. Then aku drive balik uma bertemankan Ikim.

p/s: Nanti aku cter pasal dua pontianak ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 12:03 AM | Show all posts
non.sari posted on 23-4-2014 11:42 PM
Waargghh!! Ini seram..
Kalo mcm tu senangla keje dorg, pakcik security dh bgtau siap2 ada orang s ...

huhu... naseb bek aku xde time tu. kalau x, x tido malam la nanti. xtaw la mende apa yg lompat dulu kat stretcher tu. mcm pakcik tu ckp, 'semangat' mangsa yg sampai dulu. myb mksd semangat tu, 'spirit' kot dlm english. kalau roh, mcm x logik pulak. (p/s: dunia mistik still guna konsep logik ke? sbb mostly out of our sanity level.)

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 24-4-2014 12:03 AM
huhu... naseb bek aku xde time tu. kalau x, x tido malam la nanti. xtaw la mende apa yg lompat dul ...

Tah2 saka dia kot..
Wah! Semangat saka sampai ke thread ko dah qil.. Kikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.071942 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list