CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2595|Reply: 1

Pelumba tempatan mampu tarik minat penonton

[Copy link]
Post time 10-10-2013 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Razlan Ahmad


LIMA pelumba tempatan yang bakal beraksi di Grand Prix Malaysia hujung minggu ini bakal menjadi tarikan utama pengunjung selain acara sampingan yang pastinya mampu menarik kehadiran penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Ahmad berkata, jualan tiket hampir 10 peratus dari sasaran kita iaitu 80,000 namun percaya menjelang Jumaat nanti peratusan tersebut akan berubah.

"Setakat ini jualan tiket semakin meningkat dan sasaran pastinya berjaya dicapai menjelang hari perlumbaan Ahad nanti.

"Penyertaan Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq dan Husni Aizat dalam Moto3 pastinya ditunggu peminat tempatan.

"Selain itu, aksi Hafizh Syahrin dan Azlan Shah Kamaruzaman dalam saingan Moto2 juga tarikan utama peminat sukan permotoran," katanya.

Razlan turut mengharapkan lima pelumba negara tersebut mampu mencapai masa terbaik dalam sesi ujian masa.

"Perlu mencatatkan masa ujian terbaik kerana ia penting untuk kedudukan petak semasa perlumbaan, jika ia menjadi kenyataan pastinya menjadi dorongan buat peminat tempatan untuk hadir memberikan sokongan.

"Selain itu acara membabitkan pelumba motosikal bertaraf dunia dengan peminat juga satu elemen menarik yang pastinya dinantikan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 01:47 PM | Show all posts
tgk hafizh syahrin belumba tahun lepas mmg gila babas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058903 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list