View: 54914|Reply: 67
|
[PURBAKALA]Tentang Jin Kerajaan Negeri Perak
[Copy link]
|
|
@hantukiller & lain2 dijemput beri komen... artikel ni sangat menarik dan hal berkaitan dengan Jin Kerajaan ni pun pernah juga disentuh oleh penulis2 inggeris di zaman koloni dahulu.
Rujukan: Siri Pengajian Ilmu
Pembentangan khas Lagenda Beting Beras Basah oleh Tuan Haji Ariffin Mohd Dahlan
*Catatan bebas ana di Persatuan Sejarah Malaysia pada 19 Disember 2009
Fakta
1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak.
2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528.
3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.
Catatan dan pengalaman peribadi pembentang
1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah. Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan yang menetap di Bukit Khuf Makkah.
2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.
3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut dikawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar. Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin. Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja, baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut. Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula
4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota. Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda. Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah. Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah. Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah. Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun, beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib. Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.
6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna. Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.
7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri, almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang) menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.
8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut dan mengambil segenggam tanah dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.
9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing. Hujan panas tiba-tiba turun. Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki. Air kolam pula sangat jernih. Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut. Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’ untuk mengikat daun pemulih tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.
11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran seperti bendera tubuh, pending, bengkong, pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain. Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring. Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya. Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat. Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan. Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.
12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau. Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut. Antaranya ialah seperti
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor. Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu. Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.
13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib), seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah. Beliau bertapa di Gunung Bubu. Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan) mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan, beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu. Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris, Kelak tuanku akan bergelar Sultan. Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan maka tuanku hendaklah membeaskan Kulup Chandan. Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan. Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.
14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.
15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar), ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib. Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.
16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib) yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya adalah keturunan raja yang sebenar yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi. Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol. Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis, ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.
Last edited by medangmru on 27-10-2013 03:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak berapa faham sangat bab2 ni, tapi memang sayong bah besar satu masa dulu masa zaman Sultan Idris... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...sgt berbelit dan tak terjangkau dek akal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota.
Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda.
Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut
iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
mahkota ditanggalkan kerana slang masyarakat setempat berbaur kelucahan jadi raja malu nak pakai...slang peghak tidak mesra alam gitu la wahai si mambang |
|
|
|
|
|
|
|
adat istiadat kesultanan melayu di zaman silam...
setiap kali pertabalan sultan mesti diadekan upacara kt beting beras basah ni kan...sy dipahamkan sultan sekarang bukan anak gahara. betulkah???
jadi, adekah ianye mmberi kesan smase istiadat pertabalan di beting beras basah ni???
ohh...rumit sgguh pengkisahan kesultanan melayu nih
|
|
|
|
|
|
|
|
pening...tak faham langsung dgn salasilah raja2 perak ni |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 16-10-2013 01:17 AM
adat istiadat kesultanan melayu di zaman silam...
setiap kali pertabalan sultan mesti diadekan up ...
Disebabkan dia bukan anak gahara & isterinya pun sama, seingat saya masa sultan skrg nak ditabalkan, sultan pergi ke beting beras basah ni.. melakukan semula ritual ini.. sebagai "initiation" dan penerimaan jin2 kpd sultan yg bakal ditabalkan.. zaman tu saya sekolah lagi di taiping.. mak saya yg cerita.. ada dlm paper kut entah ler ..
|
|
|
|
|
|
|
|
bluezink posted on 15-10-2013 11:08 PM
mahkota ditanggalkan kerana slang masyarakat setempat berbaur kelucahan jadi raja malu nak pak ...
Itu perak tengah je yg slang pelik sikit tu kekekeke... cerita dulu2 kat perak tengah tu (bota, lambor semua tu) memang lain macam sikit.. kalau zaman dulu2 30 tahun dulu, kereta proton masuk kawasan tu mesti jadi lain macam.. jadi berubah.. 30 tahun dulu cuma model proton saga saja.. bila lalu area tu tak jadi proton saga dah.. jadi proton "sage" (slang perak tengah)... kekekeke..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah macam citer pendekar laut pulak menyelam 7 hari 7 malam... |
|
|
|
|
|
|
|
ade baca kt celah mane ntah katenye keris taming sari yg original disimpan oleh kerajaan jin. yg ade dlm simpanan istana cume replika sajok. katenyer laaa. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe dekat betul tempat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak reti nak komen apa
Cuma yang aku tau, tak kira Raja ke, sultan ke, dan segala keturunannya, pastinya banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat jin jin sakanya, sebab raja dan sultan sultan terutama yg dulu dulu pengiringnya atau dukun dukunnya banyak sangat bergantung pada pertolongan jin, yg merana ialah anak cucu
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-10-2013 04:16 PM
Aku tak reti nak komen apa
saya setuju..aku ni pun keturunan dari lambor kanan juge. cerita saka, pendamping ni memang ade. cucu cicit yg merana.skrg ni pun tgh nak selesai kan krisis keluarga melibatkan saka pendamping ni, aduhaii pening..harap kesabaran sentiasa ade selain berdoa byk2.
Last edited by arthos7 on 16-10-2013 05:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bottom line.. raja2 esp dulu2 berkawan dgn jin .. ye lah zaman dulu lanun.. yg kuat je baru boleh rules.. mcm mafia lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah peghak awal aka yang pertama ,memang diliputi dengan misteri, narasi sejarah peghak menjadi terdistorsi, campur aduk antara reality dan dongeng mitos. Sejarah dalam arti yang sebenar sepatutnya disokong oleh bukti yg semua oghang dapat melihatnya. Tanpa itu susah utk meyakinkan oghang. Cerita misteri di Beting Beras Basah, boleh jadi untuk melegitamasi Raja Muzaffar tidak mempunyai Mahkota, kerana adinda (Raja Alauddin) yang mewarisi Mahkota itu daripada Sultan Mahmud, ketika proses berkenaan berlaku di Kampar, Riau, Sumatera. Benarkah beliau di jemput? atau beliau berjuang membina negeri peghak melalui peperangan dengan Tun Saban?oghang melayu kuno peghak tu......tok2 anak cucu nak tumpang lalu......yang jahil2 pun percaya lah....daulat tuanku daulat tuanku.....raja tu ada dolat tu...sultan tu ada dolat tu...dolat tu apa bendanya......jinn berdengungglah tu.Beting Beras Basah tu tempat banyak keturunan yang datang termasuk oghang minang, oghang jawa,oghang bugis,oghang siak dan lain lain. Sebab itu dijadikan tempat peringatan bermacam-macam oghang dari nusantara yang asal menetap di peghak datang melalui situ.
Keramat Tok Temong di Temong
Keramat Tok Kuala Bidor di Kuala Bidor
Keramat Beting Beras Basah.... adalah yg diberi pada Nakhoda Kassim!!!
Nakhoda Kassim adalah antara pembesar2 peghak bersama2 Tun Saban Balik mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohon perkenan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan peghak. Lantas dititahkan putera baginda, Sultan Mudzaffar Shah 1 menjadi Sultan peghak yg pertama.
Sape tau cerita kenapa Nakhoda Kassim digelar Keramat Beting Beras Basah??
pokoknya balik ke asal. Sapa raja segala jin? Mahkota Maharaja Si Raja Jin.? sapa raja mahkota, sapa tengku mahkota? sapa nakhoda hitam? sapa keramat tok bidor? alam ghaib mmg wujud tuan, mahluk d alam itu juga sama macam kita hamba allah, cipta allah, mereka dengan alam mereka dan kita dengan alam kita, cuma ingat siapa kita dan siapa mereka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|