CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2720|Reply: 0

Rancangan asal hantar atlet ke Myanmar diteruskan

[Copy link]
Post time 18-10-2013 10:07 AM | Show all posts |Read mode

Khairy Jamaluddin


KUALA LUMPUR - Malaysia setakat ini tetap dengan perancangan asal untuk menghantar kontinjen negara ke Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini walaupun beberapa insiden letupan dilaporkan berlaku di negara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata, pihaknya akan memantau situasi itu dari semasa ke semasa menerusi maklumat daripada Wisma Putra dan pejabat Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

"Kita akan menilai tahap keselamatan (di Myanmar) sebelum menghantar atlet ke sana. Setakat ini, Malaysia tetap dengan rancangan asal untuk meneruskan penyertaan pada Sukan SEA di Myanmar," katanya ketika ditemui pemberita pada program Qurban Majlis Sukan Negara (MSN) sempena sambutan Aidiladha di Kompleks Sukan Negara di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden letupan bom di Myanmar sejak akhir-akhir ini, termasuk di sebuah hotel mewah di Yangon pada Isnin yang dilapor mencederakan   seorang warga Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Khairy tidak menolak kemungkinan penyertaan atlet negara pada temasya itu dibatalkan jika tahap keselamatan di Myanmar bertambah buruk kerana keselamatan atlet dan pegawai adalah lebih penting dan perlu diberi keutamaan.

Khairy melahirkan keyakinan dengan kemampuan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Myanmar Datuk Wira Kamaruddin Embi, yang merupakan bekas Ketua Polis Negeri Sembilan dan Perak, dalam memastikan keselamatan atlet dan pegawai Malaysia di negara berkenaan terjamin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, senarai akhir atlet negara ke temasya itu akan diputuskan selepas Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau berkata, pihaknya akan turut memantau situasi di Myanmar sebelum atlet negara berlepas ke negara itu.

"Saya harap keadaan di Myanmar kembali pulih dan kita tidak mempunyai halangan untuk menghantar atlet ke sana memandangkan mereka telah melakukan persiapan yang begitu lama untuk menghadapi temasya itu," katanya.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 31 jenis sukan kecuali empat acara iaitu vovinam, perlumbaan bot tradisional, gusti dan kempo.  

Sukan SEA ke-27 akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan wilayah Mandalay serta Ngwe Saung Beach dari 11 hingga 22 Disember ini. -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.065328 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list