CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2966|Reply: 3

Sukan SEA: Jumlah kontijen diumum Isnin

[Copy link]
Post time 8-11-2013 05:23 PM | Show all posts |Read mode
JUMLAH bilangan atlet negara ke Sukan SEA ke-27 di Myanmar, bulan depan, akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pengurus pasukan, Isnin ini, kata ketua kontinjen negara Datuk Wira Amiruddin Embi.

Beliau berkata jumlah atlet negara pada temasya dwitahunan itu tidak dapat dipastikan sebelum ini kerana Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) baru sahaja mengadakan Kejohanan Terbuka Malaysia bulan lepas.

"Kami harap dapat menentukan jumlah sebenar atlet negara ke Myanmar semasa mesyuarat pengurus pasukan nanti," katanya kepada pemberita pada majlis Inisiatif 'Milo Flame of Energy' oleh Nestle Malaysia di sini hari ini.

Kempen Inisiatif 'Milo Flame of Energy' adalah kesinambungan daripada kempen 'Milo Fuels for Champions' oleh Nestle Malaysia sebelum ini.

Ia bermatlamat meraih sokongan daripada 27 juta rakyat Malaysia kepada atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA Myanmar dari 11 hingga 22 Disember ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nestle dan Ketua Serantau Malaysia/Singapura, Alois Hofbauer tidak menolak kemungkinan syarikat itu memberi imbuhan sekiranya atlet negara mampu menuai lebih banyak pingat emas di Myanmar.

"Biar kita lihat apa yang mereka (atlet Malaysia) boleh mencapai (dalam Sukan SEA) sebelum kami menguruskan beberapa ganjaran menarik," katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2013 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
HMA selamanya dihati.. bolasepak je la yg menarik perhatian..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:52 AM | Show all posts
HMA selamanya dihati.. bolasepak je la yg menarik perhatian..
i agree
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:52 AM | Show all posts
dan badminton juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066841 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list