CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2967|Reply: 0

Menembak: Suryani sasar tingkat persembahan

[Copy link]
Post time 11-11-2013 12:58 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA - Penembak wanita negara, Nur Suryani Mohd Taibi tidak mahu memikirkan mengenai sasaran pingat di temasya Sukan SEA Myanmar sebaliknya ingin memberi fokus kepada mutu persembahannya pada temasya dwitahunan itu.

Penembak berasal dari Perak itu berehat selama setahun selepas melahirkan cahaya mata pertama pada September tahun lepas.

Kejohanan terakhir yang disertai Nur Suryani ialah Sukan Olimpik London 2012, namun beliau yang ketika itu sarat mengandung, gagal meraih pingat dan hanya sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada pusingan awal.

Nur Suryani berkata misinya ke Myanmar bukan sekadar memburu pingat sebaliknya bertekad untuk membuat persembahan yang terbaik dengan mengatasi pencapaiannya sebelum ini.

"Seperti pada edisi Sukan SEA lepas, kali ini saya telah melakukan persiapan seperti biasa yang saya lakukan sebelum ini bagi memastikan berada dalam keadaan terbaik sebelum menggalas cabaran di sana nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang hari ini.

Pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia, penembak berusia 30 tahun itu berjaya meraih dua pingat emas menerusi acara 50m Rifle tiga posisi wanita dan 10m Air Rifle individu wanita.

Sementara itu, Nur Suryani menyifatkan Kejohanan Menembak Asia Tenggara ke-37 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang yang disertainya merupakan kejohanan pemanas badan dan yang pertama disertainya selepas berehat selama setahun.

"Alhamdulillah sehingga hari ini saya berjaya mengutip empat pingat emas dan harap ia permulaan yang baik sebelum ke Myanmar nanti," katanya.

Dalam aksi hari ini, beliau menambah dua lagi koleksi pingat emas menerusi acara 50m Rifle Pron individu dan berpasukan wanita, bergandingan dengan Haslisa Hamed dan Muslifah Zulkifli.

Gandingan ketiga-tiga penembak berjaya mencipta rekod baharu kejohanan dengan mengumpul 1,764 mata berbanding 1,756 mata yang dilakukan Nur Suryani, Haslisa dan Nur'Ain Ibrahim dalam kejohanan yang sama di sini pada 2007.

Semalam, Nur Suryani meraih dua pingat emas menerusi acara 10m Air Rifle individu dan berpasukan wanita.

Skuad menembak negara turut menambah sebutir lagi pingat emas menerusi Wahidah Ismail dalam acara 10m Air Pistol individu wanita.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049882 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list