CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8251|Reply: 35

[CERPEN]Telefon Bimbit Arwah Ayah

[Copy link]
Post time 3-12-2013 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Telefon Bimbit Arwah Ayah




Gambar hiasan je
Selamat malam. Nama saya Muhammad Surya (bukan nama sebenar) dan pengalaman misteri yang saya ingin ceritakan berlaku enam tahun yang lalu, selepas ayah saya meninggal. Pengalaman ini tidaklah seseram mana pun. Ianya mungkin hanya satu kebetulan atau memang benar-benar misteri.

Ayah saya meninggal pada bulan November 2006 dan sebelum jenazahnya dibawa pulang ke rumah Wak (kakak kepada ayah) saya di kawasan barat Singapura, jenazahnya ditempatkan di “mortuary”. Barang-barang milik ayah termasuk telefon bimbitnya telah diserahkan kepada saya kerana ayah telah dibawa ke hospital sebelum meninggal.

Saya bermalam di rumah Wak selama tiga malam selepas jenazah ayah dikebumikan dan telefon bimbitnya dihidupkan kerana saya berpendapat bahawa kemungkinan ada lagi kawan-kawan arwah ayah yang belum tahu tentang kematiannya. Keesokannya sedang saya duduk di ruang tamu rumah Wak saya, telefon rumahnya berdering dan Wak menyuruh saya menyambut panggilan telefon itu.

Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat di mesin “caller ID”, nombor yang tertera adalah nombor telefon bimbit arwah ayah. Saya mengangkat telefon itu dan meletakkanya ke telinga saya.




Sebenarnya apa yang telah berlaku adalah, saya terlupa yang saya telah menyimpan telefon bimbit arwah dalam kocek seluar yang sedang saya pakai dan kemungkinan besar, geselan kaki saya telah terkena pada butang "call" di telefon bimbit itu. Tapi yang anehnya, nombor telefon rumah Wak saya bukanlah nombor yang terakhir yang dipicit arwah ayah.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak sempat berjumpa dengan ayah pada malam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana saya di sebuah tempat di mana resepsi telefon bimbit telah dihadang. Jadi panggilan dari saudara-mara dan pihak polis tentang perkhabaran buruk itu tidak saya terima. Oleh kerana itu selepas ayah meninggal, saya berasa amat terkilan dan penuh penyesalan dan banyak termenung. Itu sebabnya saya terlupa yang telefon bimbit itu ada di dalam kocek seluar saya.

Mungkin panggilan dari telefon bimbit ayah suatu kebetulan atau mungkin ianya sebagai tanda yang arwah tahu saya amat merindunya. Yang penting, pada setiap solat saya, doa untuk ayah Insya-Allah tidak pernah terlepas dari bibir saya dan harapan saya adalah ayah tenang di sana.


Last edited by medangmru on 9-12-2013 02:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 05:23 PM | Show all posts
errr... lepas angkat tuh bunyi suare sape..??
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:34 PM | Show all posts
aku pun tertanya2 apakah bunyi yang TT dengar waktu angkat talipon itu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:41 PM | Show all posts
sayu mira baca tau...maybe la rindu yg terbawa2 terjadi la insiden mcm ni...wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 08:50 PM | Show all posts
telepon arwah ayah aku plak
ade kawan lama siap msg setahun kemudian ajak pi makan roti canai kat tempat biasa..
siot btol..
mak aku cakap ayah aku dh lama meninggal, bleh plak takajut..
padahal dia dh ucap takziah dh mase ayah aku meninggal dolu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:07 PM | Show all posts
aku pon selalu dapat tepon dari tepon haku sendiri...

memula misteri la jugak...sebenarnya celcom nak notify aku yang aku ada missed call je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 10:37 PM | Show all posts
banyak2 kan lah berdoa.. ada rezeki boleh jumpe dalam mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:15 AM | Show all posts
hmmm curious nak tau ade org ckp ke mase TT jawab call kat rumah tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 11:20 AM | Show all posts
seram seram seram
ke tersilap edit no tepon
hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:38 PM | Show all posts
tt ni rajin benor copy paste cerita seram dari blog orang. pastu senyap. haishhh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:38 PM | Show all posts
Mungkin arwah ayah anda ada assign speed dail pada keypad fon, so boleh jugak tercall macam tu. So tak semesti nya tertekan last dialed number. Tp tengok fon jugak..kalau touch screen tak boley.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:58 AM | Show all posts
serems! Jiran aku rushing dari Kolumpo balik Johor sebab ayah dia eksiden maut. Then tengah meleju bawak kereta, dia dengar macam suara abah dia bisik "tak payah laju2 abah dah selamat dah". Sedehhh ;(
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:11 AM | Show all posts
sambal_kicap posted on 6-12-2013 10:58 AM
serems! Jiran aku rushing dari Kolumpo balik Johor sebab ayah dia eksiden maut. Then tengah meleju b ...

alahai..sedihnye!!! tak bleh nak bayang kan.. kalau jadi kat aku rasenye aku park keta tepi jalan pastu meraung..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:17 AM | Show all posts
sebak pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 01:03 PM | Show all posts
sedey sayu pulakkk....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 04:04 PM | Show all posts
sedeynye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 04:14 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 4-12-2013 01:38 PM
tt ni rajin benor copy paste cerita seram dari blog orang. pastu senyap. haishhh.

pantasnya kau. mungkin tt terlupa nak quote or tt mmg incek surya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 05:27 PM | Show all posts
afira posted on 6-12-2013 03:11 AM
alahai..sedihnye!!! tak bleh nak bayang kan.. kalau jadi kat aku rasenye aku park keta te ...

I cried bila dia cerita pasal nii. Masa dapat tahu news uncle tu meninggal pun I nangis juga. He's such a nice person..

Kejap ot sat. Ada another kes kan.. Jiran I punya anak claim she can see benda yang tak semua orang boleh nampak. Then she said dia mimpi arwah uncle datang dalam mimpi smiling.. Minta she bagitau semua families and friends untuk redhakan pemergian dia. Sebab majoriti semua orang terkejut dan sedih. Arwah uncle accident masa otw balik dari ziarah jiran weols punya ayah yang meninggal. Mimpi tu boleh percaya kah? Atau mainan semata mata?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:12 PM | Show all posts
shernazz posted on 3-12-2013 08:50 PM
telepon arwah ayah aku plak
ade kawan lama siap msg setahun kemudian ajak pi makan roti canai kat t ...

dia saje nak msg2 ngan mak ko ler tew... ehem2.. ensem x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:30 PM | Show all posts
rawahah posted on 6-12-2013 11:12 PM
dia saje nak msg2 ngan mak ko ler tew... ehem2.. ensem x

haha..dh tuo la...
umur sama pak aku....50 lebih dh skang..haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050690 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list