CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[BEST]Kisah Aku dan Mistik [TAMAT]

[Copy link]
Post time 24-12-2013 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt,best lh cerita kau..
nk lagi...nk lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
p.timur3831 posted on 24-12-2013 03:11 PM
Tt,best lh cerita kau..
nk lagi...nk lagi

Hehehe... tengkiu sudi baca.. ok ada masa aku update..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:23 PM | Show all posts
Suchi posted on 24-12-2013 02:12 PM
pehhh
nak lagi TT
Aku sabar menanti sambungan seterusnyaaa

sudah.....
ternyata org yg sama ni....
hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:30 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 24-12-2013 02:42 PM
Actually aku hampir lupa kenangan seram tapi lawak berlaku dalam masa tiga tahun tu...

Kisahnya m ...

Aku rasa le kan. kau ni jenis wanita kental...
kau tak ada rasa takut ke, apa ke...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:38 PM | Show all posts
eh beb..bnde ni bukan mustahil pun..aku pun jenis xpercaya mistik ni..
tapi ade org yg aku kenal la kena macam ko..die da kawen beb..
tapi duk jauh dgn laki..tiap malam badan asik kena tindih..
pastu rsa kena pluk la..ble die bangun xda..yg syok nye laki die yg pasan perubahan die..die sendiri pun xtaw ape..yela dah laki die je la yg tdo peluk die.laki die cakap,asal je laki die nk rapat sikit ..die jadi mula la..panas la..tdo jauh sikit la..letak bantal peluk kat tgh..xda gado ape pun..
p jumpa ust..aku pun pegi..ust ckp hantu raya dah lama berdamping dgn die..
kire antu ni dah tangkap cintan habis la dgn die..
aadoiii..aku xtaw la sejauh mna kebenaran ni..tapi ade logik nye jugak kalo dgr cite die..asik lebam je badan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz posted on 24-12-2013 03:30 PM
Aku rasa le kan. kau ni jenis wanita kental...
kau tak ada rasa takut ke, apa ke...

Hehehehe...

Nak kata kental tu tak de la kot cuma sebab aku ni kan jenis suka sorang sorang so mungkin aku agak berani la jugak dan aku ni jenis yg susah nak percaya benda mistik ginih. Jadi bagi aku apa yg berlalu tu mesti ada logiknya la.. tp tu dulu la time aku masih lg ragu ragu. Now aku dah percaya sebab sampai skang pun ada jugak aku kena sakat... dah sudah mlm ni tido sorang nih... hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2013 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nordiana87 posted on 24-12-2013 03:38 PM
eh beb..bnde ni bukan mustahil pun..aku pun jenis xpercaya mistik ni..
tapi ade org yg aku kenal la ...

Memang ada beb... hehehe...

Kat dunia ni pun bukan kita je yg menghuni bumi ni. So tak mustahil berlaku kan cuma jangan kita terlalu taksub la..

Hantu raya lagi susah nak buang... tapi tiada yg berkuasa dari kuasa yang SATU
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 04:10 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 24-12-2013 03:52 PM
Memang ada beb... hehehe...

Kat dunia ni pun bukan kita je yg menghuni bumi ni. So tak mustahil ...

dgn bnde ni..ko jgn terlalu taksub n jgn terlalu amik ringan..
kalo ko terlalu taksub.setan syilaka ni akan makin buat ko percaya die..last2 keja ko jumpa ust bomoh je..xnormal beb..
tapi kalo amik ringan sgt pun xleh..bhya pendamping ni..laki bini leh cerai berai..
baik ko cuba cari ust yg leh buat ko lepas dari die..asik kena pluk cium ni ko leh tahan ke..
kalo bole heret ke court xpe..kurang2 kena bawah sek 18 shah alam, kanun keseksaan..bole kena sebat tu..
ini dikire gangguang seksual tnpa rela..
kesimpulan nye...ko cuba ikhtiar tnya perubatan islam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nordiana87 posted on 24-12-2013 04:10 PM
dgn bnde ni..ko jgn terlalu taksub n jgn terlalu amik ringan..
kalo ko terlalu taksub.setan syila ...

Hehehe... betul la tu. Cam aku ni la amik mudah sgt. Last last hampir musnahkan hidup aku jugak la.. actually ni kisah lama aku... long time a go. Skang aku dah pulih. Tu yg aku berani story tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan....

Lepas jumpa ustaz tu, aku amik keputusan untuk jumpa doktor sakit mental. Aku nak check apakah aku ni ada masalah gangguan mental walaupun hakikatnya sejarah famili aku tiada yang sakit mental.

Keesokannya tiada kuliah aku menuju ke klinik Universiti aku dan aku citer secara ringkas apa yang aku alami dan aku mohon doktor panjangkan kes aku ke Hospital besar. Alhamdulillah, ALLAH nak tolong aku haritu juga aku dihantar menaiki van ke hospital besar bersama seorang nurse. Kakak nurse ni percaya dengan apa yang aku ceritakan kerana dia juga ada pengalaman mistik ni.

Sampai di hospital aku dibawa berjumpa dengan seorang doktor lelaki india. Dalam bilik doktor tu ada aku, kakak nurse tu dan doktor tu. Masa doktor sedang check latar belakang aku pada fail aku, tiba tiba aku rasa satu perasaan aneh datang kat aku. Perasaan seolah olah aku berada di tempat yang asing. Kakak nurse dan doktor tu jadi seolah olah makhluk yang asing dan mengerikan pada aku. Dalam pada tu jugak aku dengar suara bingit bercakap dalam bahasa yang aku tak faham di telinga aku. Aku tutup telinga. Badan aku menggigil dan seram sejuk. Aku bangun sambil tutup telinga dan lari ke penjuru bilik sambil menangis. Aku menangis semahu mahunya... Antara aku berlawan dengan apa yang aku rasa. Memang masa tu aku rasa macam aku ni nak bertukar jadi makhluk lain. Kalau sesiapa penah histeria mungkin akan faham apa yang aku rasa ketika itu...

Doktor tadi tercengang tengok aku. Kakak nurse pegang bahu aku sambil berkata "lawan dik, lawan. Jangan ikut benda tu". Berkali kali kakak nurse tu cakap macam tu. Dada aku sesak sangat. Air mata berjujuran. Aku tak nak jadi gila... Aku nak kehidupan aku... Itu je yang aku ingat. Aku terbayang wajah mak ayah aku yang mengharapkan aku di kampung... Aku yakin benda tu nak aku jadi gila barangkali...  Sambil tu aku tak putus putus sebut nama ALLAH...

Kecoh la sekejap bilik doktor tu bila aku terjerit jerit marah benda tu... Hehehe... Alhamdulillah akhirnya reda... Aku dipapah keluar dan didudukkan di kerusi luar. Mata mata memandang aku dah tak peduli... Lantak la...

Beberapa minit kemudian doktor wanita india panggil aku masuk bilik dia. Doktor ni aku pernah nampak dia kat tv tapi aku lupa namanya... Sebenarnya doktor ni ada appointment dgn pesakit lain tapi sebab kan kecoh sekejao td so dia nak handle kes aku dulu...

Bila dah sedia, doktor tu minta aku ceritakan kisah hidup aku dari aku kanak kanak hingga hari ni, so aku cerita la... Abih bercerita doktor tanya aku berapa result exam aku. Aku cakap setakat ni 3.0-3.5 every semester. Doktor tu senyum. Dia bagitau aku, memang ada satu sindrom yg berlaku pada sesetengah orang. Sindrom ni berlaku di waktu pagi je dan tanda tanda dia macan kejang gitu. Aku lupa nama sindrom tu. So doktor kaitkan aku dengan sindrom tu. Tapi kes aku ni tak kira waktu aku kena tindih...

Akhir sekali, kata kata doktor tu buatkan aku rasa lega sangat. Doktor tu cakap "saya yakin awak tak alami gangguan mental kerana cara awak berkomunikasi dengan saya tak menunjukkan awak ni ada schizofernia. Dan result exam awak pulak agak bagus so mustahil orang yang ada masalah schizofernia boleh dapat result sebegitu"....

Bila dengar kata kata doktor tu terus aku rasa nak melompat. So terbukti aku tak gila... Hehehe... Aku normal cuma memang ada sesuatu tak kena dengan aku dari sudut mistik... Sejak tu aku amik keputusan untuk berubat bersungguh sungguh dengan ustaz yang pakar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 06:20 PM | Show all posts
kau". Masa tu kak ina cakap dgn muka serius sambil pandang aku.

Dan aku pulak acuh tak acuh dengar cakap kak ina dan aku siap boleh gelak lg. Malas layan kak ina aku terus ke tingkat atas dan bersiap nak tidur. Malam tu aku tidur lena maklumlah badan letih kan dah dua malam aku tak leh tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:51 PM | Show all posts
Aku rasa benang ni dah boleh letak kategori BEST. Seram ada, misteri pun ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 10:04 PM | Show all posts
Sambungan....

Aku nekad nak berubat. Alhamdulillah aku ditemukan dgn abang Jo dan abang Lan. Abang Jo dan abang Lan ni senior aku kat U tu. Abang Jo ni nak tolong bantu aku kerana abang Lan ni penah lalui kes mistik ni. Teruk jugak keadaan dia masa kena tu. Aku pulak terkenal abang Lan ni masa aku tengah follow blog dia. Memang dia ada cerita di blog tu pengalaman mistik dia. Dan tak sangka pulak aku dapat jumpa dia di realiti.  

Abang Lan nak bawak aku berubat dengan ustaz yang pernah rawat dia dulu. Aku tak de pegi bertiga, aku pegi berlima plus dua orang kawan aku.

Malamnya kami berlima pergi rumah ustaz tu. Ustaz tu mulakan rawatan biasa dulu. Dia scan aku dan aku story sket sket apa yg aku alami. Ustaz tu pagar aku (aku lupa cara dia pagar). Selesai kami pun balik. Pada fikiran aku, aku rasa dah selamat tapi meleset. Lagi teruk aku kena...

Bersambung (esok la aku citer malam pertama selepas dirawat sbb tiba tiba rasa seram semacam....heheheh)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la plak cite ko ni tt makin lama makin misteri kipidap ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bestnya... lg sorg author yg i nk follow... yeayy..
teruskan tt sambung lg nnti tau...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 02:38 AM | Show all posts
Best gila citer tt.

Ko boleh relax & gelak2 lg bila benda tu kaco ko? Kalau aku, mesti tiap2 mlm takut nk tdo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2013 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
juliesha posted on 25-12-2013 02:38 AM
Best gila citer tt.

Ko boleh relax & gelak2 lg bila benda tu kaco ko? Kalau aku, mesti tiap2 mlm ...

Tengkiu...

Actually ni kisah lama aku... skang ni aku dah pulih dan benda tu dah x de... klu dlu mmg aku pun x leh nak gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat smbg tt..best cite ni...x suke kalu kne tindih ni....benxi sesgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni cuti, so aku cuba update seterusnya.  Cuma kes aku ni makan masa hampir 6 tahun jugak la so byk la kisahnya yg meleret leret sebelum nak sampai kemuncak cerita tu... hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan....

Lupa nak story, sebelum aku berubat dgn ustaz yg pernah rawat abg Lan tu, aku ada jugak gi scan dgn beberapa org ustaz lain. Jawapan memang ada yg follow aku, dan majoriti cakap terkena (mungkin dr hutan yg aku gi tamrin dlu).

Okeh berbalik kepada cerita aku gi berubat tu. Masa sedang berubat, ustaz ada la story yg dia penah handle kes mcm aku ni cuma lagi teruk la sebab budak pompuan tu dah siap 'bersama' dan kahwin dgn benda tu. Benda tu nak bawa budak pompuan tu ke alam dia.

Macam kes aku ni syukur la just datang cium je. Cuma ustaz tu pesan kat aku klu benda tu nak 'bersama' jangan setuju. Nanti lagi parah aku. Ok, aku take noted.

Ustaz tu ajar la aku beberapa zikir utk aku amalkan.

Balik malam tu, aku rasa agak selamat sebab dah kena pagar. Aku tidur di ruang tamu bersama zura sebab dalam bilik aku sempit dan panas. Tilam aku antara tilam zura ada sket jarak dia (tak kan nak tido rapat rapat. .. hehehehe)

Kalau sebelum ni benda tu dtg just cium, raba dan belai rambut aku kan. X de pulak dia kacau so mlm tu permulaan dia kacau aku. Mungkin sebab marah ustaz tu pagar aku dan dia dah tak boleh datang dekat aku dah.

Ok berbalik cerita tu...

Aku dan zura tidur dengan nyenyak sekali. Tiba tiba tidur aku terganggu bila aku dengar tapak kaki berjalan mengelilingi tilam aku. Berkali kali. Aku tak berani buka mata sebab aku takut kalau aku nampak benda yg tak sepatutnya aku nampak dan aku cuba buat buat tidur. Agak lama tapak kaki tu mengelilingi aku. Peluh menitik tak yah cakap la... masa tu nyamuk gigit pun aku tahan je kot... heh

Dalam hati aku baca apa yg patut. Alhamdulillah tapak kaki tu dah tak de... pelan pelan aku buka mata, sah x de apa apa. Aku tarik tilam aku gi tidur berhimpit dgn zura.... heheheh

Kisah malam tadi tu aku tak citer kat sesiapa pun. Aku diamkan.

Malam kedua aku tidur di ruang tamu dengan zura jugak (dia kan kwn baik aku)...

Apa yg berlaku malam tu aku tak tahu apakah benda tu punya kerja atau orang punya kerja..

Macam biasa aku tidur dgn zura kat ruang tamu tu. Aku tidur berdekatan dgn bilik A dan zura tidur berdekatan bilik B. Bilik A dan bilik B ni bertentangan. Korang boleh bayangkan kot... Sedang lena tidur dgn angin sepoi sepoi bahasa tu tiba tiba grill pintu utama kena gegar. Kuat gila kena gegar macam nak tercabut grill tu. Aku yg tengah tido ni spontan melompat dari tilam dan zura pun sama. Tak tunggu lama kami cabut lari mcm lipas kudung. Yg sedikit lawak bila aku dan zura lari bersilang. Dia lari masuk bilik A dan aku lari masuk bilik B. Mujur tak eksiden masa lari tu...

Masuk je bilik aku lompat ke arah kak Mas. Terbangun la dia. Seme housemate bangun. Aku dan zura ni dah menggigil gigil dalam bilik. Muka pucat tak yah cakap la... yg zura ni spek pun dia tak sempat pakai.

Ketua rumah sewa aku gi jenguk kat luar bila dengar cerita kami. Sunyi sepi je. tak de tanda tanda org pecah masuk. Tp mungkin dah lari agaknya...

Bila dah reda sket, aku dan zura tarik tilam tidur dalam bilik kami. Masa tarik tilam tu boleh pulak kami gelak. Macam kelakar bila tgk masing masing mcm lipas kudung lari, dah la tu siap lari bersilang lagi...

Sejak tu aku dan zura dah tak berani tidur kat ruang tamu.

Bila tidur dalam bilik, aku fikir dah tak de gangguan. Malam tu aku kena sekali lagi.

Masing masing dah ready baring kat tilam. Tunggu masa nak lelap je tapi masing masing diam. Kak mas dan lena. Tinggal aku dan zura masih belum lena. Zura dah nampak nak lelap dah. Housemate lain seme dah tido dan masuk bilik...

Tiba tiba aku dengar tombol bilik aku berbunyi "krek...krek...krek". Aku pandang tombol tu, nampak tombol tu bergerak gerak mcm ada org nak masuk. Aku cepat cepat cuit zura kat sebelah bgtau apa yg aku nampak dan dengar. Yg zura ni pulak tak nampak pun tombol tu bergerak gerak dan tak dengar pun tombol tu berbunyi...

Bila dengar je zura kata dia tak nampak dan tak dengar, aku dah start menggigil. Nak kata housemate lain nak masuk mesti ada ketuk ketuk atau cakap nak masuk tp ni duk pulas pulas tombol tu...

Malam tu aku tak boleh tidur sampai pagi bila tombol tu asyik bergerak dan berbunyi bunyi...

Bukan tu saja, dalam bilik air pun aku kena. Aku ni jenis suka bangun sebelum subuh dan terus mandi. Masa housemate sedang lena tido, jam 5.30 pagi aku bangun dan mandi. Masa mandi tu aku dengar tingkap bilik air kena baling dgn anak batu. Bunyi tap... tap... tap... aku yakin tu anak batu bukan bunyi air.. cepat cepat aku sudahkan mandi dan keluar dari bilik air. Sebelum ni aku tak pernah kena kacau macam tu.

Hari lain pulak... waktu malam. Dlm pukul 10 mlm gitu. Housemate lain duk kat ruang tamu layan tv. Aku pulak kat meja makan dapur, layan roti cicah air milo. Sedang enak layan makan tu tiba tiba pintu dapur kena tendang dgn kuat. Memang kuat sampai aku tengah makan ni terkejut hampir hampir nak jatuh dari kerusi.  Apalagi aku lari sekuat hati ke ruang tamu dan menyelit tengah tengah...

Housemate masing masing panik tgk aku macam tu... "kenapa ni...kenapa ni"...

Aku dengan terketar ketar menjawab "ada orang tendang pintu dapur tadi"... masing masing jawab tak dengar pun pintu dapur kena tendang. Nak kata tv kuat sgt tak pulak.

Masa tu ada yg dah perasan apa yg berlaku kat aku sbb byk benda berlaku aku je yg nampak dan dengar.

Kemisterian dan kekacauan tu tak tamat kat situ. Kemana je aku pergi, aku tetap kena ganggu...

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.108217 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list