View: 3431|Reply: 1
|
Mesyuarat akhir tahun 2013
[Copy link]
|
|
Hari terakhir mesyuarat 2013
Pagi masuk pejabat
awalnya datang kaum kerabat
masam muka takut nak berjabat
aik hari ini hari terakhir 2013
kenapa ada yang muram durja
apa yang tak kena
mesti ada yang tak kena
ermmm
ermmm
tengok memo
tengok memo
suara kasar kak munah bilik sebelah
geramnya aku dengan kak munah boleh belah
mesyuarat terakhir 2013
agenda penutup tahun yang tiada belas
sembilan setengah pagi semua wajib hadir
jangan lembab macam khindzir
Mesyuarat bermula
ucapan boss penuh bermakna
macam kena sindir tiap orang
muka resah hati gelisah
kejayaan organisasi tak meningkat langsung
habislah semua kena pancung
gaji tak akan naik bonus tentulah kosong
macam keropok lekor lonsong
tak kenyang perut makin keroncong
Agenda seterus kehangatan bahang makin memuncak
kena smash macam bulu tangkis di gelanggang
panas sungguh bagaikan dipanggang
aduhai boss apa yang ditelan pagi tadi
kopi cili atau serbuk lada campur kopi
katanya tahun ini tak untung
kita rugi
tahun depan 2014 kita tekun dan berjimat
aik boss kata rugi
kereta mercedes dan range rover dua buah yang terbaru
banglo mewah bini muda yang baru
apa boss mau lagi
asyik asyik kata rugi
keluar negeri makan angin dah selalu
kami bagaikan gendang dipalu
asyik bekerja bukan boleh cuti selalu
akhir kata selamat tahun baru
tahun 2014 semua kenaikan gaji dibeku
langkah jimat cermat all of you
aduhai boss watlah you
ini semua poyo nak makan pun tak lalu...
Last edited by anniehanida on 1-1-2014 09:37 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|