View: 2892|Reply: 13
|
[Jenayah]
Menyamun untuk melangsaikan hutang M-16
[Copy link]
|
|
- Kedai serbaneka di Tanah Merah yang menjadi sasaran perompak bersenjatakan M-16, malam kelmarin.
[url=]<[/url] 1 / 4 [url=]>[/url]
KOTA BHARU - Akibat terdesak untuk membayar hutang senjata api M-16, tiga lelaki menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di bandar Tanah Merah, malam kelmarin.
Senjata itu dibeli di Thailand secara hutang.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tiga lelaki itu pada mulanya merancang untuk merompak sebuah kedai emas, tetapi setelah mendapati kedai itu sudah ditutup, mereka menukar rancangan merompak kedai serbaneka berkenaan.
“Mereka tiba di situ jam 6.30 petang, sedangkan kedai emas itu sudah tutup pada jam 6 petang. Kerana itu, mereka rompak kedai berdekatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.
Mazlan berkata, bagaimanapun sangkaan mereka akan mendapatkan wang banyak di kedai serbaneka itu meleset apabila mereka hanya memperoleh RM300 daripada penjaga kaunternya.
“Dua daripada mereka masuk ke kedai dengan bertopeng, dan salah seorang membawa senapang M-16 serta seorang lagi bersenjatakan parang. Satu das tembakan amaran dilepaskan mengenai peti ais.
“Lelaki yang memegang parang pula meluru ke kaunter dan mengacu senjata itu ke bahu pembantu kedai wanita dan meminta wang. Selepas mengambil wang itu, mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama seorang lagi yang sedia menunggu dalam kereta,” katanya.
Mazlan berkata, polis, bagaimanapun, menahan seorang daripada suspek setengah jam kemudian di sebuah kedai makan berhadapan Depot Imigresen, dua kilometer dari tempat kejadian.
“Anggota polis terserempak dengan kereta jenis Proton Wira hitam yang digunakan dalam rompakan itu. Ketika menghampiri kereta tersebut, perompak yang sedang duduk dalam kedai cuba melarikan diri.
“Polis bertindak pantas dengan mengejar suspek dan menahan seorang daripada mereka.
“Suspek yang ditahan adalah seorang penyeludup beras berusia 51 tahun dari Rantau Panjang dan diperintah reman selama seminggu. Sementara, dua lagi suspek dikenali sebagai Lan dan Mizi dari Wakaf Bharu, Tumpat, sedang diburu.
"Di dalam kereta itu, polis menemui senapang M-16, yang mana nombor sirinya sudah diubah, dua topeng, parang serta sabit. Turut dijumpai satu kelopak berisi 15 peluru dan 20 butir lagi ditemui dalam satu kotak putih,"katanya.
Sementara itu, pembantu kedai makan, Siham Abdul Aziz, 23, berkata, tiga penjenayah tersebut tidak sempat menjamah nasi goreng ikan masin yang dipesan mereka setelah diserbu polis.
“Nasi sudah pun siap dimasak tetapi belum sempat hendak bawa ke meja, saya mendengar seorang daripada mereka menjerit ‘polis’ lalu melarikan diri, seorang ke belakang dan dua lagi ke arah jalan besar," katanya.
Dalam pada itu, penjaga kedai serbaneka, Rozailan Irwan Mohd Jefri Ooi, 17, pula berkata, dia bersyukur terselamat walaupun tembakan itu mengenai peti ais terletak kurang dua meter dari tempatnya berdiri.
“Selalunya dapat tengok kes tembak di skrin televisyen tetapi tak sangka pula hari ini (kelmarin), saya sendiri nyaris terkena tembakan,” katanya.
Rozailan, yang merupakan anak saudara pemilik kedai itu berkata, kejadian kurang daripada lima minit itu turut mengejutkan pembantu kedai wanita yang menjaga kaunter bayaran.
“Sebelum itu saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila kereta dinaiki penjenayah terbabit diletakkan jauh sedikit dari pintu kedai yang terletak di tepi jalan utama itu.
“Cuma saya tak sangka, penjenayah terbabit terus lepaskan tembakan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai sebelum seorang lagi meluru ke kaunter sambil mengacu parang,” katanya.
Kes rompakan menggunakan senjata jenis M-16 itu adalah yang pertama berlaku di Kelantan.
Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
http://www.sinarharian.com.my/se ... utang-m-16-1.235984
|
|
|
|
|
|
|
|
Another perompak caprut yang bimbo? Bukan main senapang bagai ujung2 rompak kedai caprut.
Baik ambil senapang itu dan tembak kepala sendiri sahaja dik, dah bodoh sangat bukan. |
|
|
|
|
|
|
|
baru belajar merompak kut...
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu..dah siap test M-16 yang baru dibeli... |
|
|
|
|
|
|
|
xtau nk gelak ker nk simpati, tp kalau terdesak nk byr hutang, kedai amoi tua pn boleh jd mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
BumpIQ posted on 1-1-2014 02:45 PM
xtau nk gelak ker nk simpati, tp kalau terdesak nk byr hutang, kedai amoi tua pn boleh jd mangsa
amoi tua = andartu cina
|
|
|
|
|
|
|
|
Lemahnya kawalan sempdan negara |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi..knp laa tak rompak bank.. dpt laa beratus ribu:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm lucu je citer perompak ni..siap beli m16 aleh2 plan nk rompak kedai mas timing plan out..ni jenis org tk reti tgk jam..ada reti nk jd perompak. Time is money u know? :lol |
|
|
|
|
|
|
|
perompak tk sekolah ..
siap mkn kt gerai dlu..nk lari tu,larila betul2.. |
|
|
|
|
|
|
|
patut depa rompak KFC sebelah tu....lagi banyak duit kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 1-1-2014 09:21 PM
perompak tk sekolah ..
siap mkn kt gerai dlu..nk lari tu,larila betul2..
Memang xskolah...x study kat seben e tu simpan cash brp..kedai mas tutup pkl brp?
Anyway kedit kat reporter..so detail..sampai order nasi goreng ikan bilis pun report skali...air je tak tulis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak mampu pakai M-16, pkai saja revolver... |
|
|
|
|
|
|
| |
|