LOS ANGELES: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio. Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey. Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Riza (paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari lalu.
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza memberitahu mStar Online dalam temu bual eksklusif bahawa dia sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu. "Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan 'committed' terhadap tugasnya,” ujar Riza. DiCaprio bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu. "Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," puji Riza.
sumber:mstar
Adik or abang ipar Fazley chocolate cake kah?
|