View: 4528|Reply: 25
|
Retis sendu Vokal Bukan Sekadar Rupa Tekad Mencuba Terus Menyanyi!
[Copy link]
|
|
Azmarul Tekad Terus Menyanyi, Belanja Besar
NAMA Azmarul Azuan Harun, 28, mungkin kurang dikenali di kalangan peminat industri hiburan. Namun, jika anda pernah mengikuti program ‘Vokal…Bukan Sekadar Rupa’ yang disiarkan di saluran TV3 pada tahun 2011, anda pasti ingat tuan empunya nama yang bertubuh ‘comel’ ini.
Biar pun tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir, ia bukan alasan untuk Azmarul berhenti dalam bidang nyanyian.
Bakal muncul dengan ‘single’ terbaru, ‘Kau Akhiri’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Abie, dia mengakui sanggup berbelanja lebih RM10,000 untuk menerbitkan klip video lagu tersebut, memetik Harian Metro.
“Syukur saya akhirnya dapat bekerjasama dengan Azlan. Bahkan saya berterima kasih kepadanya kerana menghasilkan lagu untuk saya. Ia baru dihantar ke semua stesen radio sejak Januari lalu dan penerimaan pendengar agak menggalakkan.
“Saya juga akan terbitkan klip video untuk lagu ini yang diarahkan Azrin Salleh. Kos semuanya berjumlah lebih RM10,000. Saya berani berbelanja besar dan bab pulangannya satu hal. Namun apa yang dilakukan lebih kepada kepuasan diri sendiri. Saya puas hati dengan lagu ini dan percaya orang lain juga akan berperasaan begitu,” ujarnya.
Kami tabik dengan keazaman Azmarul untuk membuktikan dirinya boleh diterima ramai suatu hari nanti. Zaman sekarang ini, kalau muka lawa tapi suara ke laut pun tak guna. Sebabnya peminat sudah bijak menilai bakat seseorang penyanyi. Kalau tak percaya, lihat sahaja Adibah Nor yang kini mempunyai begitu ramai peminat walaupun bersaiz besar.
p/s good luck! |
|
|
|
|
|
|
|
sendu sangat..tapi semoga berjaya..suara dia boleh tahan |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni la yg masa menyanyi bepeluh2 tu kan...so hipotesis aku...menyanyi membakar lemak
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dia kata 10k tu besar, mmg konfem tahap sendu.
penyanyi lain bertenggek dua tiga lagu da kebaboom 15k. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sukar kalau fizikal kurang
Yg cun & suara sedap pon merangkak2 nak berjaya
Satu lagi klise anggapan org
Muka x cantik = suara sedap & berbakat
Muka cantik = x de bakat
Sangat x betul
Seingat aku dalam program ni dulu pon ramai dok kutuk peserta2 program ni sbb performance x best
Lain lah kalau bakat luar biasa cam Susan Boyle kerr
Berbaloi lah jugak walao muka x cun
Last edited by solstice on 14-2-2014 11:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai.. kesian.. suara sedap sangat..
tp susah sikit nak naik ni..
semoga berjaya!
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau lagu sedap ok jerr
Macam encik mimpi
identiti pon org x tau
Tp lagu meletop2 |
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 14-2-2014 11:06 AM
kalau lagu sedap ok jerr
Macam encik mimpi
identiti pon org x tau
tp incik mimpi tu kuruih, tipikal org mesia kurus = lawo huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ke yg berlakun citer hantu kak limah balik rumah tu.... Yg langgar ucop tu |
|
|
|
|
|
|
|
hello? gemuk kot?? yakin boleh jual album ko?? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berjaya dalam industri musik ini |
|
|
|
|
|
|
|
apa tajuk lagu dia.. tak pernah dengar la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|