CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PujaAn

Seni Silat Melayu

[Copy link]
PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 17-12-2003 11:07 PM | Show all posts
Hmmm soalan ni agak sensitif,,,,

akan tetapi kita sbg yg beragama Islam dah diajar,, kalau rasa was- was elok dijauhi,, akan tetapi lebih elok bertanya kepada mereka yang betul2 berilmu seperti guru- guru Agama yang mengamalkan silat..... atau pun tanyakan butir- butir amalan dalam mendapatkan amalan batin tersebut dan rujukkan kpd guru agama....:stp:

selagi tidak melanggar akidah dah iman kita leh laksanakan,,,,,;)

maaf takleh jawab soalan ni, tapi bagi sesiapa yg ada info tolong jawabkan leh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 17-12-2003 11:08 PM | Show all posts
Hmmm soalan ni agak sensitif,,,,

akan tetapi kita sbg yg beragama Islam dah diajar,, kalau rasa was- was elok dijauhi,, akan tetapi lebih elok bertanya kepada mereka yang betul2 berilmu seperti guru- guru Agama yang mengamalkan silat..... atau pun tanyakan butir- butir amalan dalam mendapatkan amalan batin tersebut dan rujukkan kpd guru agama....:stp:

selagi tidak melanggar akidah dah iman kita leh laksanakan,,,,,;)

maaf takleh jawab soalan ni, tapi bagi sesiapa yg ada info tolong jawabkan leh?
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 18-12-2003 11:49 PM | Show all posts

Seni silat Cekak

Seni Silat Cekak

Seni Silat ini berasal dari negeri Kedah telah diasaskan semula oleh Ustaz Hanafi. Pada umumnya
seni silat ini mempunyai dua cabang yang utama di Malaysia iaitu Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dan
Seni Silat Cekak Malaysia.

Seni Silat Cekak merupakan Seni Silat yang unik kerana semasa pertarungan ia mengamalkan 99%
pertahanan dan 1% serangan. Silat ini mengutamakan gerakan tangan untuk menangkap dan mematikan
gerakan lawan.

Antara pencapaian yang paling dibanggakan oleh Seni Silat ini ialah ia telah berjaya mencipta
nama dalam Malaysia World Book of Record kerana mengadakan demo silat terbesar dari segi jumlah
ahli di Malaysia.

Kpd pengamal Seni Silat Cekak yg membaca artikel ni, kalau ada salah silap harap betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by PujaAn at 18-12-2003 23:49:
Seni Silat Cekak

Seni Silat ini berasal dari negeri Kedah telah diasaskan semula oleh Ustaz Hanafi. Pada umumnya
seni silat ini mempunyai dua cabang yang utama di Malaysia iaitu Seni Silat Ceka ...

memang ramai giler ahlinya...skrg ni kat IPTA byk yg join..kerana menjadi salah satu mata pelajaran wajib..tapi taklah semestinya kena masuk PSSCM..tapi PSSCM ni amat la mudah...mana taknye..belajar 7 bulan dah tamat..lepas tu kalo nak sambung..ambik kemahiran(sijil rendah)..takat tu je...tu yg ramai ahli tu..tak payah nak tunggu bertahun2..tu pun tak tamat2..sudahnya feed up..kalo belajar silat cekak..7 bulan je..pas tu pandai2 lah bawak diri...silat cekak ni tak payah nak lompat2..semuanya berdiri lurus je..tunggu orang serang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2003 12:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 26-12-2003 12:11 AM | Show all posts

Isu guru menyimpan 'buah'

Aku rasa sumer org tau pasal benda nih, cumer aku nak pendapat korang betul ker guru silat akan menyimpan satu atau dua buah utk keselamatan diri... takut murid makan cikgu

bagi aku benda ni tak relevant sebab

1)ilmu beladiri amat luas dan boleh didapati dari banyak sumber, tak kira zaman dulu atau sekarang

2) guru sepatutnya org yg mempunyai pengalaman luas dalam ilmu persilatan.. kalau tidak caner dia nak hadapi tentangan dari org yg datang mencabar ilmu dia

3)sesetengah perguruan akan menguji anak murid dari segi buah dan langakhnya.. kalau sumbang dia takkan naik taraf

so apa pendapat korang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2003 04:12 PM | Show all posts
Tahniah kepada saudara2 yang berminat kepada seni silat  Melayu.
Dizaman dahulu seorang ulamak adalah juga seorang Guru silat.Ulamak bukan sebarang ulamak (ulamak dahulu kebanyakan mulut masin,tak banyak bercakap,sikit kata/buat banyak jadi).Kekebalan bersilat adalah bonus kepada amalan ilmu agama yang sejati..munkin bagi setenah orang mengatakan ilmu batin.Ilmu batin ada berkait rapat dengan ilmu islam sejati yang berasas kpada ilmu ketuhanan.

Cuba kita perhatikan pada zaman sekarang,mana ada ulamak yang boleh dianggap sebagai keramat kerana ketinggian ilmu mereka? Dengan sendirinya juga mana ada jaguh atau pahlawan pesilat Melayu yang handal dan kebal seperti dahulu?

Zaman sekarang zaman moden.Serba serbi moden, termasuk puak2 ulamak juga moden (ada yang berilmu tinggi lulusan Universiti...ilmu silat tidak sedikit pun tahu atau dipelajari..bahkan dianggap tak relevan).Jadi kalau pesilat kita hanya terror sebagai jaguh pesilat olahraga saja..tak boleh nak disalahkan sesiapa.Melayu moden mudah lupa limu pusaka, bila suasana hidup sudah berada ditahap selesa.:cool:

[ Last edited by Ahihuh on 28-12-2003 at 04:17 PM ]
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 29-12-2003 12:15 AM | Show all posts
Hmmm saya juga bersetuju ngan pendapat ni,
padahal pada zaman peralihan Hindu kpd Islam dulu, silat merupakan salah satu daripada medium dakwah yang amat berkesan.... terutama sekali jika kita kaji sejarah tentang wali songo...

Namun skrg zaman dah berubah spt kata saudara, Silat dipandang negatif, memburukkan lagi keadaan apabila kumpulan ajaran sesat menggunakan silat utk meluaskan pengaruh mereka.... teringata kisah al-Maunah...

Kalau dulu pesilat yg sudah tamat gelanggang sudah berkeyakinan utk menjaga keselamatan keluarga, tapi skrg hendak bela diri sendiri bila jumpa mat pau pun tak mampu.....

Di mana silapnya kita?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2003 09:54 AM | Show all posts
Tak dinafikan memang ada ilmu sesat,tetapi jangan mudah dikelirukan kerana
tidak semua ilmu yang nampak tak secocok dengan pemikiran sekarang dicap
sebagai salah atau sesat.Begitu juga ilmu agama seperti ilmu ketuhanan yang dipelajari oleh ulamak2 kita dahulu dengan apa yang diajar dan diamalkan oleh kebanyakan ulamak2 moden sekarang tak sama.Jadi yang silap bukan ilmu agama atau ilmu Tuhan, tetapi manusia itu sendiri yang tak bertemu atau tak mahu mendekati ilmu yang sebenar.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 31-12-2003 01:02 AM | Show all posts
But the problem is....... seni kita ni takder saluran utk menyampaikan mesej.. sampai skrg org melayu ada bayangan takut susah mati masa sakaratul maut..

Kalau kita tengok perkembangan seni silat skrg amat tenat, banyak seni silat yg dah terkubur... hanya yg benar2 perkasa atau mengambil inisiatif utk berkembang sahaja still survive..

Dlm majalah seni beladiri, setiap isu akan di tunjukkan seni yg berlainan dan selepas tujuh tahun, masih tak habis lagi ia memperkenalkan seni silat yg underground ni...

Remaja skrg blaja silat sekerat jalan dah rasa power... mula tunjuk lagak... lagi satu sbb diorg blaja ialah tertarik pada skill yg ditunjuk di dalam movie...

Aku rasa penggiat seni kita patut ambik peranan... dulu kalau tak silap ada banyak drama silat macam.. Musang si Guntang ngan Hati Waja...
tapi tu pun org kata ada mix gak...

yer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2003 08:07 AM | Show all posts
Seperti yang saya jelaskan diatas,ilmu silat dahulu kala hebat dan betul2 handal untuk menangkis musuh kerana ilmu sialat berkait rapat denagan
ilmu Islam sejati yang mempunyai Guru yang sejati juga.Ilmu silat diberi atau
dianugerahkan dengan amanat dan patang larang, demi anak2 murid yang diijazahkan ilmu silat oleh Gurunya akan patuhi segala pesanan guru (tidak derhaka dan ilmu silat diguna untuk kebaikan).Jadi seorang pesilat masa dahulu tidak  menyohor ilmu silat yang ada pada dirinya.Ilmu silat digunakan apabila agama,bangsa dan maruah diri dicabar.Tetapi munkin sekarang lain
keadaanya.Anak2 muda yang lebih nak menunjuk nunjuk atau nak mencabar ilmu silat orang lain,walau pun ilmu silat yang dipelajarinya hanya setitik sahaja dari air sebaldi (jumlah ilmu yang patut dipelajarinya).
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 1-1-2004 01:02 AM | Show all posts
Orang pada zaman dahulu amat respek pada guru, apa guru kata semua diturut, guru pula memgang erat amanah utk menurunkan ilmu... tiada niat lain selain utk mendapatkan keredhaan Allah..

Zaman sekarang dah berubah... anak murid pantang kena suruh, terus mengadu sana sini, suka cari slack cikgu.... guru pun dah banyak yg menyeleweng, sampaikan ada yg merogol anak murid sendiri....
Beginilah tanda akhir zaman...

Namun kita tak patut menyerah, mana yang masih boleh dielokkan patut kita jaga, semai hingga berbuah harum..

Guru dan murid pada zaman sekarang patut bertolak ansur dan murid patut di beri peluang utk menyumbang bakti dalam usaha mengembangkan ilmu.... idea pemuda kita skrg amat canggih... hinggakan kalau tak faham boleh dianggap menyimpang, tapi kita harus cuba menrima dah menapis mana yang tidak baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2004 12:59 AM | Show all posts
Saya bukan ahli silat, tetapi saya boleh bagi pendapat dr sudut seorang MA (Martial Artist).

Murid sekarang lemah dan lembab. Mereka kebanyakannya mahu belajar sesuatu ug mudah tetapi berguna dan tak sanggup hadapi sebarang dugaan. Ada juga murid yg belajar MA ini menganggap yg duit yg mereka bayar itu sudah cukup utk menimbang ilmu.

Cikgu pula ... tak tahulah. Bagi saya, cikgu adalah seorang yg perlu menurut apa yg diajarnya sebelum mengajarkan kpd orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2004 04:31 AM | Show all posts

jurulatih silat melayu

adakah mereka masih meneruskan latihan
sesama sendiri secara konsisten
walaupun sudah mencapai tahap
bengkung hitam cula 1, 2, 3 dsb...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2004 11:20 AM | Show all posts
by HangJebat

adakah mereka masih meneruskan latihan
sesama sendiri secara konsisten
walaupun sudah mencapai tahap
bengkung hitam cula 1, 2, 3 dsb...


Seni bela diri adalah ilmu utk hidup ... ianya ajar orang macam mana nak lawan orang lain dan diri sendiri.

Kalau seseorang menganggap dapat tali pinggan hitam je sudah mencukupi utk dirinya bergelar MA, maaflah ... dia akan dikalahkan oleh orang lain yg lebih kuat dr dirinya. Bagi mereka yg egoistik, dia tidak akan terima kekalahan dan mula berniat jahat. Ilmu yg dituntut akan makan diri nanti.

[ Last edited by Sephiroth on 4-1-2004 at 11:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2004 07:12 PM | Show all posts
Sephiroth

Setuju dengan pandangan anda diatas.Walau macam mana pun saya fikir
setiap anak muda kita mestilah diberi pelung belajar MA,bukan untuk tujuan
nak  melawan musuh,tetapi sekadar memahami dan melibatkan diri dengan
latihan2 lasak,disciplin diri dan ketahanan diri physically dan mentally.Cara begini mereka dapat dijauhi dari menghabiskan masa lepak sana lepak sini
merugikan masa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2004 08:18 AM | Show all posts
by Ahihuh

Setuju dengan pandangan anda diatas.Walau macam mana pun saya fikir
setiap anak muda kita mestilah diberi pelung belajar MA,bukan untuk tujuan
nak  melawan musuh,tetapi sekadar memahami dan melibatkan diri dengan
latihan2 lasak,disciplin diri dan ketahanan diri physically dan mentally.Cara begini mereka dapat dijauhi dari menghabiskan masa lepak sana lepak sini
merugikan masa.  


Saya setuju kalau MA adalah utk displin dan ketahanan, tetapi tak setuju kalau semua orang dimestikan belajar. Displin diri boleh dipelajari dgn lain2 cara spt memasuki National Service (walaupun tidak selasak MA, tetapi cukup utk memastikan orang2 muda tak buang masa).

Cara2 lain termasuk seni tarian klasik(susah nak belajar kalau tak minat), Rakan Muda, activity2 spt mendaki gunung dll yg boleh dianjurkan oleh kerajaan. Perlu ingat ... bukan semua orang boleh jadi pahlawan.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 6-1-2004 12:20 AM | Show all posts
Saya sendiri kurang bersetuju jika silat atau other MA dijadikan main tool utk menjaga disiplin diri, secara tak langsung akan memberi ironi kpd seni beladiri...

Disiplin dlm seni beladiri bukan dtg dari hukuman kena tampar ngan cikgu apabila melakukan kesalahan (tapi rasanya ya pada zaman dahulu) tapi dari perasaan segan terhadap guru yg tak leh ditewaskan......

akan tetapi ini hanya berkesan bagi yg benar2 berminat utk belajar.. kalau tak minat kena sepak sampai melambung pun tak berkesan.... c u in court ada la...

kita patut melihat seni bela diri spt sukan yg lain spt joging, main bola, etc.... di Indonesia mereka mendirikan gelanggang sebelah menyebelah... tapi mungkinkah kita dapat melihat fenomena org berlatih jurus di Tasek Titiwangsa atau di depan rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2004 10:53 AM | Show all posts
by PujaAn

kita patut melihat seni bela diri spt sukan yg lain spt joging, main bola, etc.... di Indonesia mereka mendirikan gelanggang sebelah menyebelah... tapi mungkinkah kita dapat melihat fenomena org berlatih jurus di Tasek Titiwangsa atau di depan rumah?

Tak setuju. MA bukan sukan dan tak patuh dilayan sbg sukan.

Bila ianya dilayan spt Sukan, tujuan kegunaan asalnya (berlawan dgn musuh) akan hilang. Ianya akan menjadi spt "cantik di tengok tetapi tidak berguna".

banyak sangat MA spt Karate, Judo, TKD dan Silat telah dijadikan sbg "sukan" sampai pelatihnya tak dapat menpertahankan diri di masa masalah yg sebenar.

Lebih kurang 4-3 tahun yg lalu terdapat kes di mana seorang jurulatih TKD dibunuh oleh orang bila mereka pecah masuk dan dia tak dpt menpertahankan diri.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 8-1-2004 12:21 AM | Show all posts
hmmm, maksud saya ialah kita berlatih bukan sahaja di dalam gelanggang tapi juga diluar gelanggang,, tak kita tempat dan masa... kalau kita fikirkan ngan logik,, beberapa jam dalam seminggu utk berlatih dan kemudian utk dipraktiskan dgn effektif adalah tidak mencukupi...

seperti persoalan oleh Hang Jebat.... berapa kali guru atau murid yg telah advan akan mengulangkaji pelajaran asas mereka?
rata2 tidak akan memandang ke belakang lagi.... dan berharap akan tamat cepat..

jika hanya mengharapkan latihan di gelanggang pada pendapat saya amat tidak mencukupi... so datanglah idea saya utk para pengamal MA berlatih di tempat2 awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.084243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list