CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2539|Reply: 1

Citroen C1 tampak pelik tetapi unik

[Copy link]
Post time 25-2-2014 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Citroen C1 tampak pelik tetapi unik

Tinggal seminggu sajalah lagi bakal berlangsungnya Geneva Motor Show 2014. Maka, semakin banyaklah syarikat pengeluar kenderaan memperkenalkan model terbaharu, yang diperbaharui atau pun kenderaan konsep buatan mereka.

Ini termasuklah Citroen yang bakal memperkenalkan model C1 generasi kedua setelah menyebarkan beberapa foto rasminya di Internet lewat petang ini.

Diproduksikan dengan platform yang sama dengan Peugeot 108 generasi kedua, imej C1 ini mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan model sedia ada.

Dengan rekaan bahagian hadapan yang sedikit melebar dengan konsfigurasi lampu hadapan berbentuk bulat besar menghiasi kereta bersaiz comel ini. Nampak sedikit pelik tetapi kelainan itulah yang cuba ditonjolkan oleh Citroen untuk model baharu C1 ini.

Sekali pandang, nampak sangat imej C1 ini seperti ‘salin-tampal’ (copy & paste) model baharu 108 tetapi sebenarnya jentera Citroen ini tampil lebih premium.

C1 ini bersaiz 3.46 meter panjang, 1.62 meter lebar dan 4.8 meter jejari pusingan. Ia bakal diperkenalkan dengan dua bentuk kerangka iaitu tiga pintu dan lima pintu dengan bumbung fabrik serta “Airscape” pada bahagian atas, sama seperti model Peugeot 108 TOP!





Seberat 840 kg, C1 ini ditawarkan dengan enam warna kerangka dengan kekemasan dua tona.

Walau bagaimana pun, Citroen belum mendedahkan lagi imej ruangan kabinnya. Namun difahamkan, pemilihan warna terang menjadi pilihan. Elemen lain yang akan ditampilkan pada model ini ialah skrin sentuh bersaiz tujuh inci dengan teknologi Mirror Screen untuk kawalan telefon pintar terus daripada skrin tersebut.



Selain daripada itu, kamera undur, sistem bantuan mendaki bukit dan ‘hands-free entry & drive’ turut ditampilkan.

Mengenai sudut mekanikalnya, Citroen masih mengunci mulut tentangnya. Namun terdapat desas-desus mengatakan, C1 ini dipadankan dengan enjin petrol generasi baharu yang bakal menawarkan penjimatan bahan api dan pelepasan karbon oksida terbaik bagi kelasnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 11:18 PM | Show all posts
Waaa. Harga?   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.162938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list