CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32288|Reply: 94

ANEKA NASI KERABU

[Copy link]
Post time 9-12-2003 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Sapa ada resepi nasi kerabu.. sila bagitau.....

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 28-7-2008 03:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2003 02:16 PM | Show all posts
dah ada thread pasal ni..u buka dlm page 2 or 3
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2005 10:19 PM | Show all posts
tadi ada forumer newbie minta kak liza postingkan resepi ini ..
dia nak buat..mungkin mengidam..
sebab dia berasa nun diseberang laut..bukan di Malaysia...

NASI KERABU [Versi Pantai Timur]



Bahan-bahan:
Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga n]i..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..


:kant:..
Banyak nyer nak buat..adui..penatnya..
kak liza dah try buat sekali...pastu rasanya kalau setakat 2 atau 3 org nak makan..baik beli jer...kat sini mudah sangat dapat nasi kerabu ni..sedap dan agak murah tau...
kalau nak buat jamuan barulah barulah berbaloi masak nasi kerabu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2005 10:25 PM | Show all posts
NASI GORENG KERABU

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
100 gm Isi ayam dipotong kecil
100 gm udang
100 gm Ikan bilis goreng
1 batang serai
1 batang bungan kantan
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
5 batang kacang botol
5 putik jagung muda
1 batang lobak merah kecil- potong dadu
sedikit garam
minyak
sos ikan/nampla

Cara:
1.  Mayang halus bahan sayur.
2.  Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
3.  Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
4.  Kemudian masukkan nasi dan kacau.
5.  Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang.
6.  Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
7.  Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.

:dia:... Kak liza suka masak nasi goreng ni sebab baunya wangi... dan senang..rengkas tapi berkhasiat....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2005 10:35 PM | Show all posts
NASI KERABU/ULAM [Versi Utara}

Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
1 keping ikan talang

1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]

40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 batang serai
1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus]
1 sudu teh serbuk lada


Cara:
1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.
5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang.
6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.

Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.
Boleh juga sebagai tambaha  sediakan asam rebus keladi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2005 11:05 PM | Show all posts
Noor selalu gak buat nasik kerabu duduk sini, cuma ulam tu tak boleh complete lah..klu ada daun kunyit, daun kesum, taugeh, timun, dah cukup membangkitkan aroma ulam tu..

Ni nasik kerabu UK colorless mana nak carik bunga biru tu kat sini, maleh lak bubuh perwarna tapi tak pe janji sedap dimakan :ah:...my hubby cukup suka klu masak nasik kerabu..bertambah2 lah dia..tapi tu lah..byk perkara nak kena siapkan..dgn kuah tumis belacan lah, ikan celup tepung la..bla...bla tapi berbaloilah bila memakannya..:love:



NASI KERABU TERENGGANU

Nasi:

3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:

Sendukkan nasi ke dalam pinggan.  
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.  
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Sambal kelapa/ikan:

1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi  

Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.  
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2005 02:09 AM | Show all posts
Sedapnya.......! Tak payah lauk lain, cukup dgn nasi ulam/nasi kerabu dah berselera makan.
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 13-2-2005 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 13-2-2005 02:09 AM:
Sedapnya.......! Tak payah lauk lain, cukup dgn nasi ulam/nasi kerabu dah berselera makan.
betul tu bai..suma ada kan kat dalam tu..dari ulam hinggalah ke ikan suma zat ada:ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2005 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by grugals at 2005-2-13 03:14 AM:
betul tu bai..suma ada kan kat dalam tu..dari ulam hinggalah ke ikan suma zat ada:ah:


My response:-

Betul tu. Kalau hari2 makan nasi kerabu/nasi ulam saya tak kisah pun. Suka ulam2 dlm nasi tu.

[Archive]

[ Last edited by CatLady on 23-3-2005 at 09:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 13-2-2005 09:29 AM:


My response:-

Betul tu. Kalau hari2 makan nasi kerabu/nasi ulam saya tak kisah pun. Suka ulam2 dlm nasi tu.

[Archive]

[ Last edited by CatLady on 23-3-2005 at 09:25 ...


Bai..kalau makan nasi kerabu hari-hari harus awet muda..sebab byk ulam-ulaman :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 01:20 AM | Show all posts
Ha...ada pun respi nasi kerabu...siap versi UK lagi.....Inai memang suka sangat makan nasi kerabu ni...pertama kali makan terus jatuh cinta...masa thn 2000 dulu selalu beli nasi kerabu ni utk buka posa kat sorang kakak kelantan kat Bkt Jambul...sedapppppp sangatttt:love: dah hampir 5 thn tak makan pasai tak tau buat....Kalau ulam dia tak complete best ke ? Satu lagi kalu pakai ikan selar ok tak? Teringinnnn sangat dah niiiii:mll::mll::mll:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 02:27 AM | Show all posts
kalau version canada lak, ulamnya lin pakai daun kubis, tauge, kacang panjang dan bunga kantan( yg ni import dari malaysia).. masa awal-awal peknen selalu jugak buat, makan dgn budu lagi.tapi leceh aa banyak benda nak buat, nak kena pi kedai cina cari bahan lagi.

inai, ciannya awak, dah lama tak makan nasi kerabu ek... buatlah nanti, lin idak ler buat complete set mcm kak noor, janji ada kerabu ikan, ulam, nasi, budu.. lauk tu ikan selar goreng pun cun jugak, daging bakar pun boleh. lin tak buat sambal tumis sebab nasi kerabu lin style siam punya, makan dgn budu sahaja. tapi, lepas makan siaplah, berbau budu kat tangan.. hehehehehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 06:14 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 6-9-2005 02:27 AM
kalau version canada lak, ulamnya lin pakai daun kubis, tauge, kacang panjang dan bunga kantan( yg ni import dari malaysia).. masa awal-awal peknen selalu jugak buat, makan dgn budu lagi.tapi leceh ...


Camana ek nasi kerabu versi siam lyn.....sama dgn hok biasa tu ker? Lama betul tak buat nasi kerabu ni. Bulan pose ni sure jadi menu peberet nih. Warna nasik tu tak penting, tapi mesti ada solok lada, telur masin dan tumis. And satu lagi cili api yg tumbuk2 tu..bagi berasap tinger..nak kena study balik cara buat tumis Kak noor tu..hok ni tak pandai2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 06:20 AM | Show all posts
Alahai..baru dok sebut2 ngn hubby nak makan nasik ulam..saya mmg nasik ulam ni peberet. nasik ulam utara lah tapi..mmg imposible nak buat kat sini..sbb mana ada daun sekentut semua tu..

kalau nasik ulam utara, tak dapat ulam complete mmg tak sedap..

nak2 nak bulan puasa ni..laaaaaaaaaagi lah teringat nasik ulam :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 06:40 AM | Show all posts
Originally posted by Index at 6-9-2005 06:14 AM


Camana ek nasi kerabu versi siam lyn.....sama dgn hok biasa tu ker? Lama betul tak buat nasi kerabu ni. Bulan pose ni sure jadi menu peberet nih. Warna nasik tu tak penting, tapi mesti ada solo ...

nasi kerabu siam dia tak dak sambal tumis, dia pakai budu jer. budu tu taruk cili api, perah asam limau, taruk bawang. dia kering-kering sikitlah nasinya... itulah seingat lin masa makan kat pengkalan kubur beberapa tahun yg lalu.

kalau korang biasa makan nasi kerabu yati kat KB tu, hah , yg tu ada sambal tumis. tapi lin tak baper suka sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 01:20 PM | Show all posts
dah lama tak makan nasi kerabu. last 3 years makan nasi kerabu kat kota bharu, wah.....macam2 lauknya & murah betul. nak buat tak le kut sebab banyak sangat barang2nya. nak cari nasi kerabu le puasa nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2005 02:21 PM | Show all posts
adehh..leleh air liuq dah ni...
nasi kerabu is my all time feveret ni....
tapi nak membuat nyee....iskk...mcm payoh jer...

tapi..insya Allah..satu hari nati..akan ku usahakan jugak...
bole le wa makan berpinggan2...hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 03:23 PM | Show all posts
nasi kerabu ni memenag sedap tapi renyah nak membuatnya.. setakat nak makan dua org baik pi pasar malam jelah
tak berbaloi nak buatnya...tapi kalau nak buat open house oklah
Reply

Use magic Report

Spetsnaz This user has been deleted
Post time 11-9-2005 11:42 PM | Show all posts
Yg best kalau nak makan nasi kerabu dgn budu ni, budu tu masak dulu.. campur cili api yg di potong, serai, bawang sikit dan gula melaka dalam budu tu. Pasti kick lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 03:10 PM | Show all posts
untuk sue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.817301 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list