CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LabuLabi69

[PELBAGAI]KISAH AKU,AKU DAN AKU ( Updated 02.03.2018) - Sesat Dalam Kampung

  [Copy link]
Post time 13-11-2014 06:12 PM | Show all posts
skeri pulak citer akim ni......

*smbil dgr lagu akim mewangi*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2014 02:49 PM | Show all posts
Siapa peneman aku (Part 3) – Tamat-


Hujan lebat membasahi bumi , jam di dinding menunjukkan pukul 11.30pm . Tiba masanya untukku melelapkan mata . Aku tutup lampu dan menarik selimut untuk tidur . Sedang hampir terlelap , terdengar orang mengetuk tingkap bilik , aku ingat tiupan angin disebabkan hujan , bila ketukan kali kedua baru aku sedar memang ada orang yang mengetuk tingkap bilik , aku pun memberanikan diri untuk menbuka tingkap . Ternampak akan bayangan orang di luar , aku perhatikan betul-betul ternyata akim yang tengah menahan kesejukan dibasahi hujan di tengah malam . Serta merta bulu romaku berdiri tegak bak latihan berkawat . Aku cuba untuk mengedahkan dia dan tutup tingkap kembali . Tetapi hatiku berkata mungkin ada sesuatu yang dia ingin sampaikan kepadaku . Lalu aku memanggil dia dengan nada yang sedikit bergetar . Lalu akim berjalan ke arah aku , dengan berpeluk kesejukkan .
Kelihatan wajahnya sayu seperti seorang yang tengah sedih , kesakitan dan meminta pertolongan . Mungkin aku sahaja yang dapat membantunya , lalu aku menjemput dia masuk kebilikku dan aku memberikan tuala kepadanya . Tapi dia hanya tundukkan kepala sahaja dengan keadaan yang basah dan mengigil kesejukkan . Aku cuba untuk memberanikan diri bertanya kenapa dia dating dalam waktu hujan dan tengah malam begini walaupun aku tahu bahawa sahabatku akim yang dulu telah pergi selamanya . Agak lama dia mendiamkan diri , lalu aku menyuruh dia menukarkan pakaian yang basah lenjun itu . Dia hanya mengangukan kepala tanda setuju . Aku beri dia pakaian bersihku dan menyuruh dia cerita apa yang telah berlaku kepadanya . Barulah dia mula mengangkat wajahnya dan pandang kepadaku . Dengan sedikit  perasaan takut , aku memberanikan diri dengan buat tiada apa yang berlaku .

Dapat ku lihat  di matanya mengalir air jernih , aku pun terkedu dan tak tahu apa yang patut aku buat . Sebelum aku membukakan mulut , Akim mengatakan ‘Aku tau kau dah tau apa dah jadi kepadaku’ .Kali ni aku betul-betul terkedu dan tiada apa mahu dikatakan . Akim mula menceritakan bagaimana dia dilanggar lari , sebabnya malam itu dia datang adalah kerana dia memang rindu dekat aku , mana tak nya , Akulah satu-satunya sahabatnya yang dari kecil hingga ke besar bersama . Sejak masuk asrama , memang jarang sekali berjumpa . Kenangan dulu memang tersangat indah . Dari kecil bersama tetapi sekarang sahabatku juga telah pergi selamanya . Hujan semakin lebat , dengan bunyi-bunyi zink yang ditiup angin . Lalu aku mengajaka kim tidur sekali di bilikku memandangkan hujan lebat di luar . Dia hanya mengangguk sahaja . Lalu aku mengeluarkan toto untuk dibentangkan dan juga bantal kepada akim . Dalam hujan lebat sebegitu , mata ku terlena dengan sendirinya . Aku tertidur dengan lena di malam itu . Cahaya mula menerangi bilikku . Aku membukakan mata dan mengereng menghadap akim tidur semalam . Aku terkejut hanya ada pakaian yang aku pinjamkan kepada akim tetapi badannya tiada . Mungkin itu perjumpaan terakhirku dengannya . Aku mendoakan dia tenang di sana walaupun masih tak dapat tahu siapa yang melanggar akim sehingga maut .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 02:50 PM | Show all posts
izabellemylia posted on 13-11-2014 06:12 PM
skeri pulak citer akim ni......

*smbil dgr lagu akim mewangi*

sambungan dah dikongsikan .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 02:51 PM | Show all posts
evilcooler posted on 13-11-2014 05:55 PM
Ayat yang di bacakan ayah Mamat adalah ayat 19 surah al Kahfi.

betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 02:53 PM | Show all posts
Shahreen74 posted on 11-11-2014 03:13 PM
kata nak sambung....

sambungan dan dikongsikan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 11:53 AM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 14-11-2014 02:50 PM
sambungan dah dikongsikan .

baiklah..akan teruskan membaca sambungan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2014 10:32 AM | Show all posts
Lama lak xupdated cite2 baru ... Tengah refresh brain sat .
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 12:28 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 14-11-2014 02:49 PM
Siapa peneman aku (Part 3) – Tamat-

sedih bace yg ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2015 12:33 PM | Show all posts

nah ambik tisu ni ..

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 12:54 PM | Show all posts

better bagi sambungan cerita yg berikutnyer.. lagi besttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 12:58 PM | Show all posts
khailya replied at 16-1-2015 12:54 PM
better bagi sambungan cerita yg berikutnyer.. lagi besttt

ada sambungannya . tngah refresh xingt2 lak ... nnti bakal post balik

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 01:02 PM | Show all posts
jgn lupe tag yer.. takot terlupe...
jenuh nak korek2 cite lame ha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 01:41 PM | Show all posts
khailya replied at 16-1-2015 01:02 PM
jgn lupe tag yer..  takot terlupe...
jenuh nak korek2 cite lame ha..

alright . akan ku tag dirimu ... haha

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalam TT, thanks sharing cerita yg sgt awesome..kippidup..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 11:43 AM | Show all posts
Assalam Labu..ndak lagi kau update cerita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 11:49 AM | Show all posts
Syazzy replied at 19-1-2015 11:43 AM
Assalam Labu..ndak lagi kau update cerita?

wsalam syazzy , cerita ada cuma blom post nanti .. nanti udah complete Labu post ea .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2015 01:46 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 19-1-2015 11:49 AM
wsalam syazzy , cerita ada cuma blom post nanti .. nanti udah complete Labu post ea .

alaa...rindu kunuk aku mau membacaaaa... cepat sikit ahhh...jangan kasi lambat ni cerita hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 10:14 AM | Show all posts
DIGANGGU SELEPAS KEMATIAN NENEK

Aku memang rapat dengan nenek. Mungkin kerana dia yang membesarkan aku sehingga usia ku lima tahun. Walaupun aku jauh di bandar bersama kedua orang tua dan adik-beradik ku yang lain, namun ingatan ku terhadap atuk nenek yang telah menjaga ku tidak pernah luntur. Pantang ada cuti pesekolahan, pasti pulang menemankan atuk dan nenek kampung. Nenek memang telah lama hidap penyakit jantung.

Memang, ibu menyatakan hasrat untuk membawa nenek duduk dengan kami di bandar, namun memikirkan atuk yang tidak mahu berpindah harapan itu hanya tinggal harapan, pun kalau boleh mana mungkin meninggalkan kampung halaman sebati dalam dirinya. Jadi sakit atau sihat, susah atau senang, hanya atuk dan nenek yang menanggung berdua. Nak harapkan anak-anak yang lain, semuanya tidak berduit. Hanya ibu tempat atuk dan nenek mengharap. Tapi kami semua tinggal jauh di Kuala Lumpur. Memang sukar untuk menjenguk ke kampung setiap masa. Itulah masalah yang melanda, sehinggalah nenek menghembuskan nafas terakhir bila kesakitannya sampai ke kemuncak.

Aku benar-benar terkilan kerana nenek tidak menunggu aku menamatkan pelajaran. Aku mengharapkan untuk membantu nenek dan atuk sesudah tamat pengajian ku di universiti nanti. Biarlah aku bekerja di kampung. Dapat juga menemankan mereka yang kesunyian. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Nenek pergi sebelum sempat merasa wang gaji ku terlebih dahulu. Kini aku menghabiskan percutian semester akhir sambil menemani atuk di kampung. Seperti nenek, atuk pun berkeras tidak mahu berpindah. Biarlah, hati orang tua jangan diusik. Jangan sampai mereka tersinggung.

Sedang aku melayani perasaan, tiba-tiba terdengar bunyi jendela terbuka dan tertutup. Ku cuba amati dengan lebih jelas. Sahlah bunyi itu datang dari arah ruang hadapan rumah. Siapa pula yang buka jendela malam-malam buta ni? Takkan atuk tak tidur lagi. Aku mengambil keputusan untuk membiar-kan saja hal itu. Mungkin mainan perasaan ku barangkali. Ku jeling ke arah jam di kepala katil yang kini sudah menunjukkan jam 2 pagi. Hati ku makin tak sedap. Ku cuba pejamkan mata rapat-rapat. Tiba-tiba terdengar lagi bunyi pintu dan tingkap terbuka. Kali ini lebih kerap. Angin malam yang tadinya menyamankan tiba-tiba bertiup ganas. Aku bingkas bangun dari katil dan berhajat keluar bilik untuk memastikan keadaan di luar. Saat aku ingin memulas tombol pintu bilik, dada ku berdebar-debar tidak menentu.

Pelik. Takkan hanya aku seorang yang perasan sedangkan atuk seolah tidak terdengar langsung bunyi tersebut. Bunyi daun tingkap dan pintu berkeriut makin galak. Telinga ku sudah tidak tahan lagi. Aku mesti keluar dari bilik demi memastikan apa yang terjadi. Sebaik saja pintu bilik ku terbuka, aku terus menerpa ke bilik atuk dan mengetuk daun pintu biliknya bertalu-talu.

"Ada apa, Angah. Kenapa masih tak tidur lagi?" Tanya atuk sambil memisat-misatkan matanya yang hampir rabun itu.
"Atuk , angah nak minta atuk temankan angah tutup tingkap dan pintu. Dari tadi berkeriut ditiup angin kencang."
"Ye, ke? Atuk tak sedar pun." Kata atuk sambil jarinya menekan suis lampu ruang tamu dalam cahaya lampu dapur yang samar-samar itu.
Aku membuntuti atuk berjalan menghala ke ruang tamu.
"Mana ada pintu terbuka. Tengoklah. Bukankah masih terkunci ni?" Kata atuk sambil meninjau ke semua jendela dan pintu yang terdapat di ruang tamu rumah itu.Aku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
" Tapi, Tok betul angah dengar. Tadi ia terbuka dan tertutup beberapa kali. Angin kuat tadi, Tok." Kata ku membela diri.

Aku rasa aku masih belum nyanyuk lagi untuk membezakan antara realiti dan fanfasi.

"Sudahlah Angah, tak ada apa-apa. Mainan perasaan aje tu. Dah, pergi masuk tidur. Esok kan kita nak ke kubur arwah nenek?" Atuk dengan pantas memujuk hati ku.
Aku benar-benar hampa dan fikiran ku tidak putus-putus memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Penat berfikir mata ku yang sedia berat makin melabuhkan tirainya. Tba-tiba terdengar bunyi mengesot dari dalam bilik ku.

"Angah !.heeeeeeee..." Bunyi hilaian benar-benar membuatkan aku terkejut.
Sambil mulut ku terkumat-kamit membaca ayat kursi, aku dengan pantas memulas tombol pintu dan menerobos ke bilik atuk yang tidak berkunci.
"Ada apa ni, Angah?" Tanya atuk kehairanan melihat aku yang kalut tak menentu.
"Atuk, teman Angah tidur kat ruang tamu!" Pinta ku sambil berharap atuk faham situasi yang melanda ku ketika itu.
"Emm, dah ambilkan tilam dan bantal tu." Kata atuk mengarahkan dan aku bertekad mahu menceritakan perkara itu pada atuk esok hari saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 10:14 AM | Show all posts
Syazzy replied at 19-1-2015 01:46 PM
alaa...rindu kunuk aku mau membacaaaa... cepat sikit ahhh...jangan kasi lambat ni cerita hehehe

ok done . dh dpost 1 cerita

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 10:15 AM | Show all posts
anno_miss replied at 17-1-2015 09:33 PM
Assalam TT, thanks sharing cerita yg sgt awesome..kippidup..

bru post 1 cerita .. silakan baca

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.192007 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list