DUDE! I'M GETTING MARRIED
“Tak sangka rupanya kau bekas tunang aku. Jadi memang betullah kataAcik. Aku dah jatuh cinta dengan bekas tunang aku tanpa aku sedar…” - JAI. IKHWAN HARRIS a.k.a JAI, mencintai seorang gadis dalam diam namuncintanya terpaksa dilepaskan bila menyedarisahabat sendiri turut menyukai gadis yang sama. Rasa kecewa semakin parah bilamengetahui gadis itu adalah bekastunangnya tujuh tahun dulu.
“Kau tahu tak..adik aku dah lama suka kau tapi kau tak pernah balas.Susah sangat ke nak bagi hati emas kau tu kepada dia?” - ACIK DANIEL HAKIM a.k.a ACIK , sahabatJai, kecewa bila segala rancangannya punah kerana sikap Jai yang tidak pernahmenghiraukan perasaan adiknya yang selamaini menaruh hati pada Jai.
“Kalau rasa terpaksa, tak payah awak nak menipu diri sendiri. Sayafaham kalau awak tak suka saya.” – KOCI FARID a.k.a KOCI, tidak pernahserik dengan sikap berfoyanya dengan perempuan terutama perempuan cantik. Semuaitu ada sebabnya. Dia pernah dihina oleh gadis yang diminati sejak zamansekolah dulu. Sejak itu perempuan yang didekatinya dipermainkan untuksuka-suka. Namun, sikapnya mula berubah bila bertemu adik Acik.
JAI terpaksa menerima pilihanorang tuanya setelah kecewa. Pertunangan Koci putus di tengah jalan keranakejadian memalukan. Acik putus kasih setelah gadis yang dicintai pergi buatselamanya dalam satu kemalangan yangsengaja dirancang menyebabkan adik kesayangannya hilang ingatan saat ingindinikahkah. Namun, takdir mengatasisegalanya. Perancangan Allah melebihi semuanya. Dapatkah mereka mengecapinikmat hidup berumahtangga yang diredhai Allah? Bahagiakah Jai, Koci dan Acikmenjalani kehidupan setelah apa yang berlaku? Last edited by Ipo on 28-7-2014 01:09 PM
|