View: 2216|Reply: 9
|
[Tempatan]
Patung babi pun kena curi
[Copy link]
|
|
AYER KEROH - Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara setahun lagi oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memiliki patung babi dan Buddha yang dicuri, tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh, Lim Boon Kiat, 43 yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sama selain kes pecah rumah.
Berdasarkan pertuduhan, Boon Kiat dari Taman Sinn, Ujong Pasir didakwa memiliki harta curi iaitu dua patung Buddha, sebuah patung babi dan satu cawan seramik milik Sook Yong, 37.
Dia didapati melakukan kesalahan itu di sebuah tempat di Jalan Lereh, Spring Garden kira-kira jam 11.30 malam pada 12 November 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pelatih dalam kamar (PDK) dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Negeri memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh yang sudah insaf dah berkeluarga.
“Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak berusia enam bulan hingga 19 tahun termasuk turut menanggung ibunya yang sakit kencing manis,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana tertuduh sebelum ini pernah mempunyai dua rekod jenayah atas kesalahan sama.
“Hukuman terhadap kesalahan sama pernah dijatuh pada November lalu masing-masing enam bulan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor dan juga Melaka.
“Saya juga pohon hukuman setimpal diberikan mahkamah terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kerugian yang dialami mangsa,” katanya.
Selepas mendengar permohonan rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan bermula semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
patung babi bersalut emas kot |
|
|
|
|
|
|
|
gambo mana ?...............nk ngk gak patung babi jantan ke betina ? |
|
|
|
|
|
|
|
nk kurangkn dosa agaknya
simpan patung  |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia ingat curi patung babi tak haram. sebab patung bukan babi betul. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 benda pelik dicuri |
|
|
|
|
|
|
|
STONER posted on 2-4-2014 12:04 PM 
melayu curi duit tabung cina curi patung babi
india tepuk tangan
kamu tidak tahukah bahawa sami kuil simpan bayak barang kemas?
|
|
|
|
|
|
|
|
dpd dia curi patung babi
baik dia awet kan je babi
hah! tgk samada dia mampu angkat ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
barangkali tingin nk mkn sup babi ... x dpt2...jilat patong babi je laa...
babi nya org... |
|
|
|
|
|
|
| |
|