CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3525|Reply: 3

my online diary

[Copy link]
Post time 22-4-2014 10:27 PM | Show all posts |Read mode
mod. boleh ke aku wat cite ala-ala online diary?

Episode 1 : Lelaki sebelah

Terjadi masa aku naik bas nak balik kampus. Hujan lebat.

Aku macam biasa, 5 minit bas *kononnya* nak jalan, aku naik bas. Menuju ke tempat duduk aku yang dah pun tertera nombornya kat tiket.

Shaite.

Ada orang la pulak. Dah tu ambik seat favourite aku kat sebelah tingkap. Aku jeling tengok number seat kat bumbung bas. Bukanlah bumbung bas actually, tapi dekat dengan bumbung, cuma aku tak tahu nama apa. Kadang-kadang boleh letak barang kat situ.

Aku angkat kening. Bila pulak company bas ni tukar number seat.

Shaite lagi sekali.

Aku pun cari seat aku. Yang rupanya sebelah seat tadi. Dang. Aku dahla tak biasa tidur left side of the bus. Aku ingat seat tak berubah, sia-sia aku beli/book seat tu sebab aku nak tidur sebelah kanan bas.

Shaite 3-4 kali lagi.

Aku letak beg kat atas lantai bas. Bajet nak duduk seat tingkap. Tapi kat seat tu ada tompok basah. Aku nak pegang pun takut-takut. Bukan apa. Takut period ke, kencing ke. But then ada air menitik atas kepala aku yang bertudung.

Air aircond meleleh. Jatuh ke seat tu.

Shaite 100 kali lagi.
Aku pun duduk seat sebelah. Ni aku menyampah seat berkembar ni. Sesekali mata aku tengok air yang menitik ke seat tu.

Aku pun bajet boleh tido sorangla. Oh ya, bas aku bas malam.
Dalam fikiran aku, makian mencurah-curah, tapi tak ada hala tujunya. Satu, aku tak suka duduk left side of the bus. Dua, aku tak suka tak dapat duduk seat sebelah tingkap.

Aku tak tahu pulak malam tu ada ketidaksukaan yang ketiga.

Dah bas kira-kira nak jalan, ada sorang mamat datang. Dia nak duduk sebelah aku.

Dang.
Pakcik bas terlibat sama.

" Ni ada tempat. Ko duduk la situ." *bahasa yang digunakan bukanlah bahasa yang ditulis*
" Tapi pakcik, seat ni basah." Aku yang kononnya prihatin, sedangkan aku tak nak duduk sebelah lelaki.

Truthfully, aku agak kesian sebab seat tu basah gile.
" Ala, tak pe. Dia yang nak duduk, bukan kamu."

Disebabkan dia pakcik, so aku tak jadi maki.

Maka, lelaki tu pun duduk sebelah aku. Aku sebenarnya tak ada tujuan nak berbasa-basi. Tapi atas rasa kasihan dan rasa nak suruh lelaki tu duduk tempat lain, maka aku pun bagitau dia seat tu basah.

" Takpelah. Tahan jela."

Ok fine. You win.

Dia pun duduk sebelah aku. And of course la air aircond tu meleleh dan kena kepala dia. Dia keluarkan baju sejuk and kain pelikat and cover diri sendiri.

" Turun mana?"

" &^&%$$%@##%^*(*&()^&% " *tempat turun aku terpaksa dirahsiakan. ala, tak penting pun*

" oooo... saya turun **(&&^&^%^%%# "

aku angguk.

" student &*^(&^%^%^? "

" aah." jawab aku.

" course &&^^&$$%$#$%$%%?" *rahsia la sangat *

" aah." jawab aku lagi.

" master ke?"

" tak. degree."

diam.

" saya dulu bla bla bla bla..."

argh, sudah. ni ketidaksukaan aku no 4. orang sebelah cakap dengan aku time bas malam.

" keje kat (*^&^%$$%%^ ke?" *merujuk negeri asal aku*

" eh, tak. saya hantar wife saya."

oooooooo... dah kawin?

tak. tak. aku tak berangan yang dia nak mengorat aku. tak.

erm, adalah sikit. sikit je.

okay. aku perasan.

diam.

" sekarang ni bla bla bla bla... bla bla bla..."

dia bercerita pasal kawan dia yang ambik course macam aku dan dapat kerja jauh.

" ooo.. husband saya pun macam tu jugak. dapat kerja jauh."

dia terdiam.

aku tak tahu kenapa dia diam.

maybe dia dapat kesan aku tipu? hahahahahahaha.

takpe kan? aku tak nak dia buat apa-apa kat aku.

lepas tu dia diam sampai turun tempat dia. satu sebab tertido kot. But still, even kitorang masing-masing terjaga kitorang tetap tak sembang jugak lepas aku sembang pasal 'husband' aku.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 10:16 AM | Show all posts
Unik!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:31 AM | Show all posts
haha. lawak okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:02 PM | Show all posts
sy tak dok masalah bagi yang betul2 ingin berkongsi karya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.243124 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list