CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13305|Reply: 71

[Tempatan] EMAS PULAU NANGKA ADA DIJUAL DI INTERNET

[Copy link]
Post time 4-5-2014 02:35 AM | Show all posts |Read mode

Syiling pertama yang di jumpai


Gambar close_up
Pada pukul 11.15 malam sebelum permit melakukan operasi di Pulau Nangka tamat, pihak syarikat yang bertanggungjawab mengorek pintu gua telah mendedahkan penemuan syiling emas bertulisan majapahit di kawasan pengalian itu.

Tetapi, setelah isu penemuan itu di besarkan, ternyata duit syiling itu bukanlah sisa harta karun akan tetapi syiling yang boleh di beli dari Indonesia dan internet. Bahkan pihak sejarah masih belum mengistiharkan penemuan itu shahih.

Berikut adalah laporan dari UTUSAN MALAYSIA.

DUA keping artifak dari tembaga berbentuk syiling lama yang dijumpai di Pulau Nangka semenjak berita penemuan dan pencarian harta karun di pulau tersebut menjadi bualan ramai di Melaka, semalam.


MELAKA 1 Mei - Penemuan dua artifak semasa proses pencarian harta karun yang dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. di Pulau Nangka malam tadi masih belum boleh disahkan mempunyai kaitan dengan harta karun bernilai tinggi di pulau tersebut.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kedua-dua artifak dipercayai tembaga berbentuk duit syiling itu perlu diserahkan terlebih dahulu kepada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk dianalisis bagi memastikan nilainya.
Menurutnya, kedua-dua artifak berkenaan juga dikatakan tidak mempunyai nilai tinggi seperti harta karun di pulau tersebut namun kajian perlu dijalankan sebelum diisytiharkan.
"Buat masa ini, kerajaan negeri masih belum boleh mengisytiharkan penemuan dua artifak tersebut sebagai harta karun sehinggalah harta karun sebenar berupa emas ditemui nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa membuat lawatan singkat bagi melihat dua artifak yang ditemui di tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka, di sini hari ini.
Yang hadir sama Kurator Perzim, Nurman Mohd. Baroldin dan wakil Jabatan Warisan Negara, Ahmad Rashidi Abdul Ghani.
Artifak pertama dijumpai syarikat tersebut semasa menjalankan kerja mencari harta karun kira-kira pada pukul 11.15 malam tadi sebelum disusuli penemuan kedua pada pukul 11.30 malam.
Abdul Ghafaar yang juga Pengerusi Pembangunan Pulau Besar berkata, penemuan tersebut memberi petanda positif bahawa usaha syarikat berkenaan sejak le­bih empat bulan lalu semakin hampir menjadi kenyataan.
Justeru katanya, kerajaan nege­ri memberi tempoh lanjutan bagi syarikat tersebut untuk meneruskan pencarian kerana kerja yang dijalankan sudah berada di tahap ak­hir walaupun permit mereka berkahir semalam.
"Atas budi bicara, kita memberi peluang kepada Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. untuk menghabiskan kerja fasa kedua mencari harta karun tersebut dan jika tidak berjaya maka mereka perlu keluar (tamatkan pencarian)," ujarnya.
Sementara itu, beliau menjelaskan kerajaan negeri juga tidak menghalang syarikat kedua yang dijanjikan mengambil alih kerja tersebut untuk turut sama menjalankan kerja pencarian harta karun di pulau itu bermula esok.
"Bagaimanapun, syarikat kedua perlu bertemu kerajaan negeri terlebih dahulu kerana ada syarat yang perlu dipatuhi jika mahu memulakan kerja pencarian termasuk tidak boleh mencari di kawasan yang telah diusahakan syarikat pertama," jelasnya.
Sementara itu, Nurman membe­ritahu, pihaknya akan menjalankan kajian terhadap dua kepingan artifak berbentuk syiling itu bagi me­ngetahui statusnya secara terperinci sebelum dirujuk semula kepada kerajaan negeri.
"Namun begitu, tempoh kajian terhadap syiling berkenaan bergantung kepada keadaan makmal dan dijangkakan mengambil masa lama," katanya.

----------------

Perihal Pualau Nangka dah di war-warkan dalam blog NUSANAGA tentang keunikan dan wujudkan suatu tinggalan ketamadunan lama. ANda boleh layarinya di SINI


kalau syiling ini telah di beli dan di campakkan di lokasi, agaknya apa fikiran anda dengan tindakan sebegitu? Malukan kalau kantoi~

Berikut adalah syiling yang punyai pattern yang sama, di jual di internet. Apakah ada unsur sabotaj dalam penemuan syiling itu atau ianya suatu dayausaha pihak syarikat untuk menyambung permit pembongkaran harta karun di Pulau Nangka? Jika ianya benar beli dan di campakkan di situ atas niat-niat tertentu, maka.. SHAME ON YOU !!!

Elok lah... Penyamun dah kena dengan penyangak~


credit: http://tubepanas.blogspot.com/20 ... an-harta-karun.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai 2 syarikat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 02:42 AM | Show all posts
Kittie posted on 4-5-2014 02:38 AM
Sampai 2 syarikat?

ha3...

jeng3.. sebenarnya harta karun tu sapa yang nak sebenarnye ni? kerajaan malaka, kerajaan malaysia atau syarikat lama atau pun yg baru akan masuk nnt. yang pasti, mesti berlubang sakan batu2 kat pulau tu. jahanam pulau

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh agak dh siling tu satu penipuan.. Ngam ngam je sejam sebelom tempoh kontrak tamat, diorang jumpa siling dua keping, supaya kontrak disambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 03:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye je..
Ntah2..kat pasar karat pun ada..xperlu ke pulau nangka pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2014 05:14 AM | Show all posts
BERANGAN SGT UMMAH2 NI..PADAHA XDE APA PON KAT PULAU TU..BIASALAH ORG MELAYU NI, SUKA SGT BILA MUNCUL BENDA2 MISTIK AND HARTA KARUN YG BERBILLION KATANYA...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 05:17 AM | Show all posts
Yg paling kelakar i baca kat blog dramaraja tu, katanya, harta karun ni disimpan oleh alim ulamak sultan melaka zaman dulu, untuk digunakan di akhir zaman oleh bala tentera imam mahdi nanti, melawan dajjal dan sekutunya.....i x pasti plak macam mana..mgkin harta tu nak beli kelengkapan perang di akir zaman nanti kot..
best gak baca..ala2 jalan cerita dongeng holliwood gitu..maklumlah Ustaz Don pon cakap bani tamim akan muncul di Tanah Melayu kan...lojik la tu   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 05:54 AM | Show all posts
macam duit 'semar' je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 06:14 AM | Show all posts
cicicumel posted on 4-5-2014 05:17 AM
Yg paling kelakar i baca kat blog dramaraja tu, katanya, harta karun ni disimpan oleh alim ulamak su ...

Ada hadis nabi yang cakap bani tamin akan muncul dari timur
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:31 AM | Show all posts

syarikat explorasi dibiayai Tauke ...mmgla panjang akal

jangan kata xde black door deal.... faham faham jela mcm mana politician melaka punya deal xde yg bersih sebersih2nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:34 AM | Show all posts
cicicumel posted on 4-5-2014 05:14 AM
BERANGAN SGT UMMAH2 NI..PADAHA XDE APA PON KAT PULAU TU..BIASALAH ORG MELAYU NI, SUKA SGT BILA MUNCU ...

Saya kuat utk merasai mmg ada.... explorasi ibuat bukan skrg tapi sejak 90's lg menurut sumber resmi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:37 AM | Show all posts

harta karun tu mmg ade,,dikawal oleh jin,.,nak harte tu kene rasuah jin minyak wangi..rm10 modal die..tak kisah minyak wangi ape2.,cap ayam pun bleh,..,sebab di alam jin takde minyak wangi..jin akan beterima ksih kepada kite dan ksk 3 kilo emas sebagai ganjaran...jgn igt aku saja reka cita..aku tebace kt blog..lawak pun ade.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:40 AM | Show all posts
sila buat ujian radiology pada coin tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:47 AM | Show all posts
nape kontraktor tu tk jemput ahli arkeologi sama2 msuk dlm tu..
apsal bru jupe baru jemput.?

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu semua harta rakyat zaman dulu yg di tindas oleh sultan yg zalim.mari kita berdemo di jalanan minta harta d pulangkan pada rakyat !!!  :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 08:02 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 4-5-2014 07:37 AM
harta karun tu mmg ade,,dikawal oleh jin,.,nak harte tu kene rasuah jin minyak wangi..rm10 modal d ...

keno tanya jin tu ...dia party mano ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:16 AM | Show all posts
Nabi Mohammed S.A.W. sundri pernah menyimpan hamba abdi dari keturunan Bani Tamim.
Kalau lah Bani Tamim itu urang mulayu, agaknya sempatlah Nabi merasa masakan mulayu seperti rendang, ketupat, raya sebulan, baju melayu, songkok, takbir raya mendayu-dayu dan ketuanan bumiputera.

tak payah nak fefeeling lah tanah mulayu tu tamim
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 4-5-2014 09:16 AM
Nabi Mohammed S.A.W. sundri pernah menyimpan hamba abdi dari keturunan Bani Tamim.
Kalau lah Bani T ...

Melayu raya lebih dari sebulan sis... Minggu pertama bulan zulkaedah pun masih lg ada saki baki ummah yg buat open house raya, x sempat or baru gaji katanyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:51 AM | Show all posts
apasal cam sama dgn syiling lama aku je.......

nie kena pi korek peti.... brape rega boleh jual? RM1 juta?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.328983 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list