CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10645|Reply: 70

kisah di rumah pusaka (seterusnya pg 3)

[Copy link]
Post time 12-5-2014 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malam ni i rasa nak ceritakan kisah waktu i tinggal dirumah arwah nenek i. Masa tu nenek i baru jer dikebumikan dan waktu tu pun cuti sekolah so makbapak i suruh i dok rumah nenek temankan pak sedara i yang baru kehilangan ibu.
Rumah nenek i ni rumah kampung dinding separuh buluh betong yang keras tu. Bahagian ruang tamu pulak dinding dia kayu berselang seli macam tikar. Jadi dinding brrlubang boleh masuk hembusan angin malam dan nyamuk...he he
pak sedara i ni kaki melukis. Kat dinding ruang tamu penuh dengan lukisan orang. Antara lukisan beliau i tertarik sangat dengan sebuah lukisan budak perempuan hidung kemek yang asyik memandang ke depan, maknanya dari sudut mana pun i toleh akan ternampak matanya merenung i.
Tah macamana malam tu sepatutnya i temankan pak sedara i tapi i dapati pak sedara i takde kat rumah semenjak mak dia di kebumikan petang tadi. Jadi tinggal lah i seorang diri di rumah usang dan burukz tu.

Mujur juga kat rumah tu ada sekor kucing tua boleh juga menemankan i sambil bermain-main dengan ekornya. Masa tergerak hati i  nak meng'check' bilik nenek i yang tertutup.

I pun buka pintu. Terkuak je pintu i ternampak sorang budak perempuan sedang duduk bersembunyi di balik sebuah kerusi. Matanya terjegil pandang i seolah terkejut. I lagi lah terkejut sebab ingatkan i sorang je kat rumah tu. Terus i tutup pintu. Berdentum i tutup pintu. Tapi siapakah budak tu?
muka cam kenal jerk!... pastu i rasa tak sedap hati sebab bilik tu gelap takde lampu.
pelan-pelan buka pintu tu semula dan lari ke belakang. Dari jauh i tengok bilik tu gelap jerk ,budak tu pun takde.

pastu baru i teringat muka budak tu sama macam lukisan kat dinding kat ruang tamu.
Last edited by shanshero on 19-5-2014 01:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 02:06 AM | Show all posts
Mano cte heh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada cito kat atas tu r ada banyak lagi kisah i alami kat rumah pusaka ni nanti senang2 i story
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:30 AM | Show all posts
Kelebihan membaca Surah Al baqarahAntara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:


1.      Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan


Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :


“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih



Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.


Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :


“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah


Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;


-        Surah Al baqarah ayat 1-5
-        Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
-        Surah Al Baqarah ayat 284-286


Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.


Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.


2.       Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah


Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :


“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.


Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :


“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”


“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.


Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.


3.       Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.


Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:


“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “


4.      Mengelak dari terkena sihir


Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.


Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.


Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir


Sumber : Dipetik dari kitab Tafsir Ibnu Katsir

WALLAHU'ALAM



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ishhhhhhhhh
Pesal cite x abih ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 09:05 AM | Show all posts
bEst... sila sambung lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2014 09:36 AM | Show all posts
shanshero posted on 12-5-2014 02:20 AM
Dah ada cito kat atas tu r ada banyak lagi kisah i alami kat rumah pusaka ni nanti senang2 i story

ala...kok sekerat je?

jgn lama sgt iklan tau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 09:39 AM | Show all posts
baca pn meremang...uhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 09:44 AM | Show all posts
Cita saja la sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 10:07 AM | Show all posts
TT, sambung lagi pls..interesting story
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 10:20 AM | Show all posts
ala...sikit je ke?
nak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 10:25 AM | Show all posts
x suka tau bila buat stori sekerat jalan  
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 10:34 AM | Show all posts
seram..harap tt sudila kiranya menyambung penceritaan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 11:16 AM | Show all posts
or cerita tahap 5***** tapi sekerat, jangan la delay lama lama weyyy....berani nya hang dok rumah pusaka sorang sorang

...last year masa arwah mama mama meninggal...lepas kenduri arwah, mama dan anak anak terus check in kat hotel, bukan apa, rumah kecik, keluarga kakak saja dah 9 orang anak dia, anak anak dara dan teruna, pas tu semua bilik depa konker..lagi pun masa tu arwah baby mama ada lagi, so nak bagi dia tidur dengan selesa pasai tu kami pun tdur hotel...so after tahlil dan kenduri, para tetamu balik, dan keluarga mama group yg terakhir balik, suasana sedey masih terasa...bilik arwah adalah di bilik depan dan jugak bilik belakang, dia memang guna dua dua bilik sekali, bilik depan simpan baju dan bersiap, bilik belakang tuk dia baring baring dan solat...(dulu bilik arwah abah) bilik tengah tu bilik besar so arwah abah bahagikan 2, dijadikan loteng, siap ada tangga dan boleh naik atas tidur...so anak anak buah yg lain masing masing amik pot. Keluarga kakak no 3 pun ikut mama check in kat vistana tak jauh dari situ, tinggal lah keluarga kakak sulung...kakak sulung mama ni janda...so hanya dia dan 9 org anak anak dia...alhamdulillah anak sulung lelaki dia tak balik dan ikut teman bermalam di rumah tu...

lepas mama balik ke hotel tengah berehat rehat kami anak beranak, call masuk, sora kakak cemas di talian...dia bagitau...macam macam bunyi...bunyi org seret kerusi, org hempas pintu bilik air, orang masak kat dapur. sampai depa depa tak leh tidur...last bukak lampu satu rumah, tertidur...pas tu sedaq sedaq lampu semua di tutup...kakak call suh suami mama mai tengok sat...

Arwah mak orang yg moden, dia tak ada benda benda mendampingi dia, solat lengkap dan rajin mengaji..alhamdulillah, arwah abah pun sama...tapi rumah tu dah ditinggalkan sangattttttttttt lamaaaaa, arwah mak sejak sakit pindah duduk dengan kakak no 3..so rumah tu terbiar, bila dekat ajal nya, arwah mak seolah tahu her time is up, dia merayu nak balik ke situ dan menghembuskan nafasnya di situ as her wish.....so rumah tu mmemang nampak usangggg...bukan rumah kampung pun, rumah single story teres dekat town di penang. tapi jiran sebelah selalu cakap dengaq bunyi org bedehem...kami amanahkan kat mami sebelah, kalau dia nak park keta, dia boleh la guna porch rumah kami...dan sambil sambil tu dia sapu kan frontyard, tengok mail dalam mailbox...dah dia claim...few time nak amik keta, dengaq orang berjalan jalan kat ruang tamu, penah nampak curtain di singkap dari dalam, org berlari lari anak dalam rumah...suara gelak sinis…dan bunyi kipas kat ruang tamu, kelam kabut anak jiran tutup pintu kereta lari masuk rumah dia di sebelah…even kunci pendua ada kat depa, tapi depa tak berani nak pi bukak investigate apa di dalam rumah kami tu…penah mama suruh, tapi mami tu kata, maaflah…dia tak mau kacau…biaqlah benda benda tu dalam urusan depa sendiri, takut terganggu pulak anak cucu dia di sebelah rumah! Kali terakhir mama balik ke rumah tu pada December tahun sudah…mama duduk sorang sorang kat bilik belakang…on same bed mama selalu baring tepi mak…rasa meremanggg…tapi mama buat bodo, tapi rasa di perhatikan…pas tu suami suruh keluar, cepat cepat dia tutup pintu…mama Tanya pasai pa…dia kata, dia tak sedap hati..

sayu hati mama bila kejiranan kat situ chop rumah kami rumah hantu...disitulah mama besar, kawin...malah 3 kenduri perkahwinan berlangsung kat situ dengan meriah...tapi last last jadi macam ni...skrg abang mama dah sewakan pada perkeja kilang....seramai 17 orang duduk satu rumah ...semuanya bangla!!! hampeh sungguh. tak tau apa cerita...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 03:19 PM | Show all posts
mamaezah posted on 12-5-2014 11:16 AM
or cerita tahap 5***** tapi sekerat, jangan la delay lama lama weyyy....berani nya hang dok rumah pu ...

umah mama kat kawasan mana ni?????

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 03:33 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 12-5-2014 03:19 PM
umah mama kat kawasan mana ni?????

bayan baru ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 03:46 PM | Show all posts
mamaezah posted on 12-5-2014 03:33 PM
bayan baru ja

eh dekat la mama...umah teres dekat sunshine tu ker????

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 04:12 PM | Show all posts
sambung la citer lg..scary kott..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 04:17 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 12-5-2014 03:46 PM
eh dekat la mama...umah teres dekat sunshine tu ker????

nora bagi 3 bintang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg cete mama tu pn seram gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.216151 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list