View: 2309|Reply: 9
|
[Tempatan]
Warden penjara pun terima suapan
[Copy link]
|
|

Warden penjara dituduh terima suapan
Ipoh: Seorang Warden Penjara Tapah dituduh menerima suapan wang tunai sebanyak RM500 untuk menyeludup tembakau kepada seorang banduan yang menjalani hukuman di penjara terbabit pada April dan Mei tahun lalu.
Tertuduh Mustafa Kamal Ibrahim, 40, didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dengan dua pertuduhan membabitkan wang tunai sebanyak RM100 dan RM400.
Pertuduhan pertama, Mustafa didakwa menerima wang RM100 pada 24 April 2013 kira-kira jam 4.05 petang di Maybank Berhad Cawangan Pasir Puteh, di sini daripada Nurshafina Abu Bakar sebagai dorongan untuk menyeludup tembakau kepada banduan Penjara Tapah, Mohd Ridzuan Abu Bakar.
Tuduhan kedua, Warden terbabit didakwa melakukan kesalahan sama dengan menerima wang sogokan RM400 untuk menyeludup tembakau kepada banduan sama pada 7 Mei 2013.
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan meminta dibicarakan.
Hakim kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes dan menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.‎
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 15-5-2014 11:50 AM 
@ifanonline thread kesukaan ko
melayu mudah kena suap...anak2 tak menjadi...terima kasih cong...
|
|
|
|
|
|
|
|
hai, baru tau ke? banyak je kes2 penjawat awam lain kena charge kat mahkamah. magistrate pun tak terkecuali. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa berlaku
siap bole berniaga jual barang2 kat banduan
Biasanya rokok lah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan benda baru dah lama. Bukan sekadar kat penjara je kat pusat pemulihan dadah pun sama. Macam mana mat pit nak pulih. |
|
|
|
|
|
|
|
ala biase la bg pasukan beruniform...ya kan???? |
|
|
|
|
|
|
|
maggi kt dalam tu lg mahal dr kt luar.. berganda2...
memang xleh percaya langsung dorg ni...
klu transfer duit siap ada persen untuk dorg..
mcm palat dorg ni, memalukan jelah... |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti orang UMNO ni.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|