|
S dan A asyik berbual di tepi laut. Beristirahat setelah seharian mencari rezeki yang halal.
"Lihat tu, tengok tu. Seperti percikan air di kejauhan laut" kata S kepada A sambil menunjuk ke arah kaki langit.
Percikan buih-buih air yang memutih semakin jelas kelihatan.
"Seekor kuda putih la bang" A menambah.
"Ini kuda putih ayahanda di gunung, hanya Putri M sahaja yang dibenarkan menunggangnya" kata S kehairanan.
Wah benar, seorang puteri berambut panjang bertudung berada di atas kuda tersebut.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Putri dengan lemah lembut memberi salam.
وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ
"Ya, Putri ada apa ya?" jawab S
"Bang, ini saya harap, moga-moga menjadi seperti nostalgia kisah pertemuan pertama bonda dengan ayahanda" kata Putri.
"Ayuh kita bersiar-siar di pantai" Putri seperti tidak sabar mengajak mereka berjalan di tepi pantai. S dan A terus mengiringi Putri yang masih menunggang kudanya.
Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba hadir di situ dua orang wanita.
"Eh, itu Nyai Rorokidul bersama Bonda nya Putri Duyung" kata S kepada A.
Sejurus kedengaran Bonda Putri Duyung memohon bantuan A "Tolong lepaskan Putri kami, Ratna yang telah diculik oleh orangnya Nyi Blorong"
Setelah A bersetuju untuk membantu, lalu dua wanita tadi terus beredar lalu hilang dari pandangan.
Putri M sambil membelai kudanya berkata "Bang, haruslah dibantu mereka yang dalam kesusahan dan memohon pertolongan"
S & A hanya mengiyakan sahaja.
Itulah kisah-kisah indah pertemuan pertama Putri M dengan A sambil ditemani S.
Sejak hari itu, S dan A terus berulang-alik ke gunung untuk berjumpa Ayahanda bonda dan mempelajari petua-petua dunia dan agama. Perkenalan A dan Putri M semakin hari menjadi semakin akrab.
Suatu ketika A bertanya kepada S "Bang, boleh ke kita beristerikan dengan orang ini?"
Lalu S dengan selamba menjawab "Boleh, sebab mereka pun makhluk Allah jua, tidak mustahil"
"Eh, macam mana pula cara nya?" A terus menyoal ingin tahu.
"Tunggu dan lihat. Nanti Putri akan beri sesuatu untuk abang pegang dan simpan" jawab S dengan yakin.
Tidak lama selepas itu, berlakulah seperti apa yang dikatakan oleh S.
Putri telah berjumpa dengan A lalu berpesan "Peganglah barang ini sebagai pemberian dari saya dan abang simpan baik-baik sebagai ganti diriku"
Pada suatu hari S naik ke gunung bertemu Ayahanda dan merujuk segala peristiwa yang telah berlaku kepadanya.
"Ayahanda maklum semua yang berlaku. Malahan hubungan Putri M dan A adalah direstui Ayahanda. Bahawa niat nya itu dianggap sebagai lamaran dan telah diterima kerana Putri telah memberikan tanda setuju yang dipegang oleh A. Ayahanda menjemput S dan A naik ke gunung."
S terlalu gembira dan mohon izin untuk balik dan menyampaikan berita tersebut pada adiknya A.
Belum sempat melangkah, Ayahanda bertanya "Nak, apakah nak A masih memiliki barang pemberian Putri dulu?"
S pulang dengan membawa berita gembira untuk A. Kalau ini benar berlaku bererti perjalanan ke gunung sekali lagi adalah untuk menerima adik ipar yang sesungguhnya seorang puteri yang lembut... dan cun
Bersambung...
Last edited by saudagaralam on 19-5-2014 07:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
penin |
|
|
|
|
|
|
|
wanzackraizzo posted on 19-5-2014 03:46 PM
penin
xfaham.. penin jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
ini kalau nak buat novel or cerpen baik post kat bod penulisan bang. |
|
|
|
|
|
|
|
wow they live in alphabets ...
they called themselves by alphabets...
cayalah.... |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan bro.. nampak gaya macam bagus.. cerita dah masuk tengah2 ni.. watak tak banyak adik beradik a dan s, puteri, ayahanda taklah pening mana pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong la jangan bukak thread yg sia-sia.. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 19-5-2014 05:54 PM
wow they live in alphabets ...
they called themselves by alphabets...
Hi M kekekekeke Y pon x paham ni |
|
|
|
|
|
|
|
layan kan saja, walaupun... |
|
|
|
|
|
|
|
rorokidul, ratna ngan blorong ni mmg watak femes belah2 indonesia/sumatera sana ek? |
|
|
|
|
|
|
|
dalam bod ni, memang boleh tulis cerita ala ala novel ka...
aku ingat memasing berkongsi pengalaman seram aja |
|
|
|
|
|
|
|
nak tulis novel sila ke penulisan2u.. |
|
|
|
|
|
|
|
S=saudagar
A=alam
Perkongian tubuh yg sama dgn nama yg berbeza ke mmg berbeza individu yg terzahir?
Lain mcm la.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|