CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Cerpen 2: Balqis

[Copy link]
 Author| Post time 2-2-2015 12:08 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 2-2-2015 01:22 AM

Ayrin menjenguk ke dalam wad melalui pintu yang sudah terbuka. Kelihatan beberapa orang pesakit terlantar di dalam bilik itu. Ayrin masuk dan berjalan menuju ke katil paling hujung. Apabila dia tiba di situ, dia lihat Isac yang terbaring dengan kaki bersimen yang tergantung. Isac merenung ke luar tingkap di sebelahnya.

“Isac,” tegur Ayrin.

Isac mengalihkan pandangan ke arah Ayrin yang berada di depannya.

“Kau buat apa datang sini ?” soal Isac.

“Tengok kau lah. Apa lagi ?”

“Tengok aku buat apa ? Aku ni bukan tv ada tunjuk Maharaja Lawak Mega.”

“Kau buat lawak ke ?”

“Lawak tak lawak, kau tak perlu kot datang sini hari-hari.”

Ayrin membuat mimik muka tidak puas hati. Isac ni kenapa ? Orang datang melawat pun tak boleh. Cakap bagi menyakitkan hati pula tu. Ego !

“Salah ke aku datang tengok kawan aku yang sakit ?”

“Nurse-nurse yang cun kat sini dah salah paham kau awek aku tau. Habis saham aku.”

Kalau ikutkan hati Ayrin rasa seperti mahu menerajang kaki bersimen Isac yang tergantung itu. Biar lelaki itu menjerit kesakitan. Namun itu hanya berlaku dalam imaginasinya.Tak tergamak pula dia hendak buat begitu di depan pesakit-pesakit yang lain.

“Kau tunggu kejap !” ujar Ayrin lalu membuka zip beg sekolah dan mengeluarkan bekas pensel. Dia mengeluarkan pula sebatang pen. Ayrin senyum jahat. Dia mendekati kaki Isac kemudian menconteng dan menulis sesuatu di situ. Sudah lama dia mengidam ingin berbuat begitu. Dia ketawa sendiri.

“Woi ! Woi !Cis, apa yang kau conteng ?” Isac sudah mula bersuara tanda tidak suka.

“Ni aku bagi cantik sikit kaki kau,” balas Ayrin sambil tersengih-sengih.

“Wei, Ai ! Kau ni !” Isac sudah membuat mimik muka.

"Jangan kedekut, Isac."

Ayrin gelak apabila membaca semula contengannya. Ada lukisan doodle seorang budak lelaki sebagai Isac dan mempunyai dialog berkata, ‘ Wahai para nurse yang comel,rawatlah saya. Senyuman anda penawar hatiku.’ Ayrin sudah dapat membayangkan reaksi-reaksi nurse dan doktor yang akan membacanya nanti.

“Wei, Ayrin. Kau tulis apa tu ?” gesa Isac ingin tahu.

“Nanti kau tau lah.”

Ayrin duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Isac.

“Kau ni bila nak baik ?” soal Ayrin. Dia sengaja menekan-nekan balutan pada kaki Isac.

“Aku tak tau lah. Doktor cakap 2 bulan.”

“Wow, best lah kau cuti lama. Memang kau berhajat tak nak pergi sekolah pun kan ?” Ayrin menyindir lalu ketawa.

“Diam lah !”

“Kau dah makan ?” soal Ayrin.

“Dah. Kejap lagi pulak tunggu nurse bawakan makanan kat aku.”

“Kau nak makan apa-apa tak sekarang aku boleh pergi belikan ?”

“Tak payah lah. Aku tunggu nurse yang comel datang suapkan aku makan.”

“Ceh !”

“Isac, kenapa kau buat semua ni ? Kau tak pernah bagitau aku.”

“Kenapa pulak kena bagitau kau ?”

“Sebab aku nak tau lah.”

Isac diam. Ayrin tertunggu-tunggu jika Isac mahu menjelaskan kepadanya namun lelaki itu terus membisu. Ayrin mengeluh hampa. Isac tetap merahsiakan sebab darinya. Ayrin teruskan menconteng balutan simen di kaki Isac. Isac membiarkan saja. Malas nak melayan. Biarlah Ayrin. Asalkan bahagia.

Ayrin mencapai handphone Isac di meja.

“Wei, kau buat apa ?” Isac menegur.

“Jom selfie !” Ayrin mengangkat handphone ke atas sambil mendekatkan dirinya ke sebelah Isac. “Tengok kamera cepat !” ujar Ayrin. Beberapa gambar selfie berjaya diambil menggunakan handphone Isac. Wajah Ayrin saja yang ceria. Isac banyak membuat muka muram dan menjelir lidah.

"Kau ni.. dah tau lembik tak payah nak tunjuk hero sangat." Ayrin memberi nasihat berikutan Isac yang kalah dan cedera dipukul Adi.

"Kau diamlah, Ai.. kau apa tau jiwa lelaki." balas Isac.

"At least, kesian lah sikit kat badan kau. Ni kan dah.."

"Cacat ?" Isac memotong cakap Ayrin.

"Hish ! Kau yang cakap eh, aku tak cakap okay !"

Isac menarik muka. Ayrin tak berkata apa lagi. Dia membelek handphone Isac kemudian main game yang ada dalam handphone.


***

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Best la cite nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 12:33 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 3-2-2015 04:59 AM

Ayrin kelam kabut naik dan duduk di atas motosikal. Dia memakai topi keledar dengan tergesa-gesa. Seperti biasa dia akan melawat Isac lagi selepas habis sekolah. Sudah menjadi rutin hariannya. Dia tidak peduli walau sudah berkali-kali Isac membebel kepadanya supaya jangan datang melawat lagi. Sudah menjadi tabiatnya tidak sabar-sabar mahu melawat Isac. Inilah masanya dia menghabiskan masa dengan Isac. Dia gembira bersama dengan Isac. Apatah lagi boleh mengusik dan mengenakan lelaki itu yang tidak boleh bangun.

“Ayrin !”

Ayrin hairan apabila Izul datang menghampiri. Rupa-rupanya moosikal mereka bersebelahan. Ayrin tidak cam pula.

“Kau pergi mana ni ? Tengok Isac ?” soal Izul.

“Ya..macamana kau tau ?”

“Aku tau lah. Hari-hari aku duk tengok kau.”

Ayrin pelik. Hari-hari tengok ?

“Kau stalk aku ke ?” soal Ayrin curiga.

“Semua orang aku stalk. Aku kan detective.”

“Berangan ! Dah la stalker !”

“Jom. Aku pun nak ikut kau pergi tengok dia.”

Mereka pergi bersama melawat Isac. Akhir-akhir ini Ayrin banyak masa bersama Izul. Padahal sebelum ini dia begitu menyampah dengan Izul yang kerek itu.

Mereka tiba di hospital. Ketika mereka hampir dekat dengan pintu masuk wad, kedengaran bising-bising. Ayrin dan Izul hairan. Apa hal pula kecoh-kecoh dari wad tu ? Ayrin dan Izul lihat beberapa orang doktor dan jururawat sedang menahan seorang wanita berusia lewat 30-an. Yang lebih mengejutkan mereka berada dekat dengan katil Isac. Wanita itu meronta-ronta dan memaki Isac.

“Budak tak guna ! Kau ni memang menyusahkan aku ! Memalukan aku !”

Ayrin begitu terkejut. Siapa wanita itu ? Dia tidak kenal. Pantas Ayrin mahu mendekati mereka. Izul ikut serta. Wajah Isac juga tegang. Menahan sabar mungkin.

“Kau jangan harap aku nak berlembut dengan kau lagi lepas ni ! Cilaka betul ! Apasal kau tak mampus terus budak tak sedar diuntung !” wanita itu memaki Isac lagi.

“Puan ! Tolong berhenti ! Awak tak boleh buat macam ni kat sini !” kata doktor yang cuba menahan wanita itu. Akhirnya wanita itu dibawa pergi oleh mereka apabila pengawal keselamatan tiba. Wanita itu sempat menjeling ke arah Ayrin.  Ayrin dan Izul menerpa ke arah Isac.

“Isac..” Ayrin memanggil sambil memegang bahu kanan Isac. Isac tunduk saja. Kelihatan sangat tertekan.

“Apa dah jadi ni ?” soal Ayrin penuh kerisauan. Izul segera menarik langsir untuk menutup kawasan katil Isac supaya tidak dilihat oleh pesakit-pesakit lain yang sedang melihat ke arah mereka. Pasti jatuh air muka Isac di hadapan mereka kerana ditengking sebegitu tadi.

“Isac..” Ayrin memujuk Isac untuk bersuara.

Tanpa disangka-sangka Isac menangis. Ayrin terkesima melihat air mata Isac yang jatuh menitik. Dia belum pernah melihat lelaki itu menangis sepanjang mereka berkawan. Izul juga tidak berkata apa. Dia lihat saja.

“Aku benci pompuan tu.. aku.. aku benci dia.. sampai bila-bila pun.. “ isac berkata dalam tangisan. Dia mengelap air mata dengan lengan kanan.

“Isac.. siapa dia tu ?” soal Ayrin.

“Dia tu.. mak tiri aku..” jawab Isac. Ayrin terkedu. Dia tidak tahu pula ayah Isac telah berkahwin lain. Sungguh dia tidak tahu.

“Aku benci dia.. dia yang tak sedar diuntung ! Sudah lah ayah asyik lebihkan dia. Aku benci pompuan tu !” Isac hampir berteriak. Namun dia menahan kerana sedar perlu menjaga ketenteraman di situ. Ayrin menggosok belakang Isac. Cuba memujuk.

“Dia.. tak pernah sayangkan aku dari dulu lagi.. dia maki aku macam-macam.. dengan kakak pun dia layan macam sampah ! Sebab tu kakak pergi jauh.. kakak tak tahan dengan dia.. ayah pulak asyik dengar cakap dia.. aku tak paham.. diorang tu gila !”luah Isac lagi.

“Dia bukan mak aku ! Dia betina !” teriak Isac lagi. Ayrin turut sebak. Dia hampir-hampir menangis. Nasib mereka hampir serupa. Namun dia tidak pula diuji seperti Isac. Izul hanya diam memerhati.

“Sabar Isac..sabar..” pujuk Ayrin lagi. Dia terus memujuk Isac. Biar lelaki itu menangis sepuasnya. Ayrin tahu selama ini Isac memaksa diri untuk bertahan dan memendam seorang diri.

Ayrin menemani Isac hingga ke malam. Ayrin membuka mata. Dia sudah tertidur. Dia lihat Isac sedang memegang handphone. Mungkin sedang bermain game. Khusyuk.

“Wei, lama ke aku tertidur ?” soal Ayrin.

“Sempat jugak la aku ambil gambar muka kau tidur tadi !” jawab Isac sambil ketawa jahat.

“Kurang asam ! Nanti aku nak check !” ujar Ayrin tidak senang. Takut juga jika Isac mengambil gambar wajahnya yang tidur. Entah-entah nampak buruk. Dia bangun dan beredar. Mahu ke tandas.

Selepas selesai urusan di tandas, dia sengaja berjalan-jalan di koridor wad. Belum sempat dia menjauh dari pintu wad, dia ditegur oleh seorang perempuan. Ayrin hairan. Siapa kakak ni ?

“Ayrin..Ayrin kan ?”

“Ya.. akak ni siapa ?”

“Saya kakak Isac, Tasha.”

Tasha mengajak Ayrin turun ke lobi. Mereka duduk di bangku panjang lobi. Tasha mahu berbual dengan Ayrin.

“Bila Kak Tasha datang ?”

“Tadi masa Ayrin tidur.”

“Sorry, kak. Lama dah tak nampak akak. Saya tak cam.”

“Tak apa. Akak pun dah lama tak jumpa Ayrin.”

Masing-masing diam seketika.

“Akak tak sangka Ayrin boleh kawan lama dengan Isac tu.”

“Memang lah kak. Kami kan dah kenal dari kecik.”

“Akak tak sangka sampai besar pun rapat lagi.”

Ayrin tersenyum saja mendengar kata-kata Tasha itu.

“Isac bagitau Ayrin ada masa Auntie Nora mengamuk tadi.”

“Ya, kak.”

“Auntie Nora tu memang macam tu, Ayrin. Dia tak suka kat akak dengan Isac. Kitorang pun tak paham kenapa dia macam tu. Ayah pulak terlalu sayangkan dia.” Tasha mula bercerita perihal emak tirinya dan Isac.

“Mula-mula dia okay aje masa mula-mula kahwin dengan ayah. Tapi..” Tasha berhenti berkata. Ayrin menanti dengan curiga.

“Masa dia baru mengandungkan anak pertama dia, Isac.. Masa tu, dia nak naik tangga. Isac pun nak turun tangga, dia berlari-lari dan tak sengaja terlanggar Auntie Nora. Auntie Nora jatuh. Masa tu Isac pun kelam kabut sebab dah lambat nak ke latihan sukan di sekolah.” Tasha bercerita dengan sebak.

“Dia keguguran,” ujar Tasha lagi. “Lepas tu dia marah sangat dengan Isac. Dia berdendam sampai sekarang,” tambah Tasha lagi. Tasha mengeluh selepas berkata. Kesal mengingat kembali peristiwa yang membuatkan keluarganya berpecah belah. "Auntie Nora dah ada 2 orang anak sekarang. Tapi dia tak benarkan anak-anak dia baik dengan kami," tambah Tasha lagi.

Ayrin turut berasa kesal. Barulah dia tahu cerita sebenar. Isac tak pernah bercerita mengenai emak tirinya. Tak pernah bercerita mengenai kesakitan yang ditanggungnya di rumah. Isac selalu tunjuk muka relaks dan tak ada masalah pada dirinya. Isac, kenapa kau simpang seorang sakit kau ?

Ayrin dan Tasha naik semula ke wad. Mereka menemani Isac lagi. Namun mereka tak boleh berlama-lama kerana masa melawat akan tamat tidak lama lagi. Tasha ingin terus tinggal di situ memandangkan dia ahli keluarga. Ayrin perlu pulang ke rumah walaupun dalam hati dia tidak mahu pulang.

“Ai, aku mintak maaf sebab banyak sakitkan hati kau selama ni..” Isac tiba-tiba memohon maaf ketika Ayrin duduk di sebelah katilnya di bangku untuk beberapa ketika sebelum pulang.

“Kau baru sedar ke ?” perli Ayrin.

“Yelah, aku tau la aku banyak jahat dengan kau.”

"Selalunya dalam drama, orang yang duk mintak maaf masa kat hospital ni, alamat dah tak lama dah.." Ayrin tahu tidak sopan untuk dia berkata begitu namun dia katakan jua untuk mengenakan Isac.

"Wei, mulut celupar lah kau ni ! Kau nak ke aku mati ?" Isac mula mengomel. " teruk betul minah ni !"

"Aku gurau je. Sorry ! Kalau kau tak ada, siapa aku nak kacau nanti . " Ayrin sengih.

"Kau memang !" balas Isac.

“Nanti kau kena ajar aku main gitar.” kata Ayrin.

“Tak nak lah. Nanti kalau kau pandai main gitar, aku nak main gitar untuk siapa lagi ? Kau sorang aje suka dengar aku main gitar.”

“Kesiannya kat kau. Selama ni perasan abang gitar macho depan aku seorang aje” Ayrin mengejek. Isac sengih saja.


***

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 01:10 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 2-2-2015 01:48 AM

Ayrin cuba membuka mata. Namun berat. Mahu bangun pun dia rasa tidak larat. Sudah 2 hari dia demam. Entah apa silapnya. Mungkin dia silap makan. Atau pun kerap kehospital hingga dijangkiti. Ya kah ? Ayrin membuat andaian sendiri. Sudah 2 hari dia tidak pergi ke sekolah dan menjenguk Isac. Semalam Tasha menelefon Ayrin dan memberitahu yang Isac sudah boleh bangun dan sedang belajar menggunakan tongkat. Ayrin lega mendengarnya. Baguslah kalau sudah begitu. Kalau tidak demam, sudah tentu dia melepak di wad untuk sama-sama melihat keadaan Isac. Ayrin teringin hendak mengajak Isac bersiar-siar di sekitar hospital dengan tongkatnya. Dapatlah Ayrin mengenakan Isac nanti. Dia ketawa jahat dalam hati.

Ketika Ayrin sedang makan, telefon bimbitnya berdering. Melihat nama Tasha di skrin, pantas saja Ayrin menjawab panggilan. Jantung Ayrin mengepam laju apabila suara Tasha di talian kedengaran bimbang dan nada bunyi esakan.

“Ai ! Ai ! Isac ! “

“Kak, kenapa akak ? Kenapa ?” Ayrin juga sudah panik. Dia berhenti makan dan bangun.

“Isac.. dia dah tak ada, Ai.. dia dah tak ada !” Tasha menangis di talian.

“Apa ??”

Ayrin bagaikan tak percaya mendengarnya.

“Isac.. dia terjatuh dari koridor ! Masa tu akak tak datang lagi kat wad.. ” Tasha berkata lagi dalam esakan.

Ayrin terkejut lagi. Matanya terbeliak. Pantas mindanya membayangkan keadaan Isac yang terkial-kial seorang diri cuba berjalan dengan tongkat. Ayrin terduduk di situ. Bersebelahan dengan meja makan.

“Isac !”


***


Ayrin duduk di bersandar di dinding sambil memeluk kedua-dua belah kakinya yang dirapatkan ke tubuhnya. Dia memerhatikan persekitaran belakang blok sekolah yang paling akhir dan jauh ke belakang. Tidak jauh dari situ ada pagar dawai di mana tempat yang pernah dimasuki oleh Isac dan dirinya. Di situ agak sunyi. Mungkin kerana blok paling akhir dan tidak ada kelas di situ. Hanya ada makmal-makmal dan bengkel-bengkel.

“Ai !” panggil seseorang. Ayrin terkejut. Bagaimana ada orang tahu dia di situ ?

Izul yang sudah keluar dari balik dinding bercekak pinggang. Ayrin memandang dengan hairan. Macamana Izul tahu dia di situ ? Dia tak ada pula beritahu sesiapa yang dia datang lepak di sini.

“Kau ponteng kelas ke Ai ?” soal Izul.

“Kau ni jangan menyibuk hal aku lah. Pergi lah !” Ayrin menghalau.

“Bahaya lah kau duduk sini sorang-sorang.. tak ada tempat lain ke ?”

“Sini tempat…Isac selalu lepak.”

“So, kau expect hantu Isac nak datang sini jumpa kau ?”

“Mulut kau jaga sikit !”Ayrin sudah marah.

“Sudahlah, Ai.. Kau kena move on. Terima hakikat. Isac dah tak ada.” Ujar Izul.

“Aku tau..”

“Adi dengan kawan-kawan dia pun dah kena tahan. Diorang dah ke sekolah budak-budak jahat tu.”

“Aku tau..”

“Kau jangan layan sangat perasaan kau tu, Ai..”

“Dah.. masuk kelas kalau tak nak aku bawak kau pergi bilik disiplin.”

“Kau blah boleh ? Aku nak duduk sorang-sorang.”

“Ai, kau tau tak ? Dulu aku tak suka Isac. Aku menyampah.” Tiba-tiba saja Izul meluahkan kisah hatinya.

“Kenapa pulak?”

“Isac tu bagus bersukan. Exam selalu score. Aku dengki dengan dia jugak dulu. Aku cuba perhatikan apa yang dia buat untuk jadi sebagus tu. Tapi aku sendiri tak pasti. Aku agak dia memang dikurniakan banyak kelebihan.” Izul bercerita.

“Aku sakit hati bila dia asyik jadi top student. Dari sekolah rendah lagi. Sedangkan aku ni cuma boleh jadi pengawas yang berbakat sebagai detektif saja,” sempat lagi Izul perasan.

“Aku perasan Isac mula abaikan study. Aku tau dia dah start merokok sebab aku pernah nampak kat sini. Aku pun tau dia sengaja gaduh. Mula-mula aku pelik jugak. Tapi aku anggap benda biasa. Pengaruh kawan. So, aku jadi detective selalu perhatikan dia, ambil tau dengan siapa dia gaduh. Aku nak bagitau pengetua. Aku nak kasi up nama aku kat pengetua. Aku pun cakap korang couple kat pengetua. Tapi bila dah siasat macam-macam, baru aku tau masalah dia. Siapa sangka kan ?” ujar Izul lagipanjang lebar.

“Kau ni..”Ayrin sudah bangun. Dia seperti hendak marah namun dia mengabaikan saja niatnya. Tak guna dia nak marah dan back up Isac kerana Isac sudah pun tiada.

“Kau jangan risau. Aku dah terangkan hal sebenar kat pengetua. Aku dah mintak maaf kat kat Isac masa arwah kat hospital. Aku pun nak mintak maaf kat kau jugak.” Ujar Izullagi.

Ayrin merenung Izul. Melihat keikhlasan lelaki itu. Ayrin berfikir, jika Isac sudah memaafkan Izul, mengapa dia pula yang perlu berdendam dengan Izul ? Baiklah, dia akur dengan Isac. Lagipun Izul sudah tidak berniat jahat lagi.

"Ai, serious aku mintak maaf.." Izul memohon maaf lagi.

“Aku.. aku maafkan..” jawab Ayrin. Ayrin terasa seperti ingin menangis. Namun ditahan air mata dari tumpah di hadapan Izul.

“Dah lah Ai, pergi masuk kelas.”

“Tak nak.” Ayrin masih berdegil. Masing-masing diam untuk seketika. Ayrin masih berdegil. Izul pula memikirkan sesuatu.

“Kau ingat tak topi kau ?” tanya Izul.

“Topi aku ?”

“Kau bagi kat Isac kan ?”

“Macamana kau tau ?”

“Aku ambik dari Isac. Masa kat hospital. Kakak dia bawakan. Sebab nak kasi kat kau. Tapi kau tak datang-datang, so aku mintak kat Isac untuk kirim kat aku.” Ujar Izul trsengih-sengih. "Nampak, aku tak sejahat yang kau sangka. Topi tu ada pada aku," ujar Izul. Ayrin membuat mimik muka kerana kata-kata Izul kedengaran perasan.

“Kau nak bua tapa topi aku ?”

"Aku.." Izul bersuara kemudian diam. Ayrin hairan apabila Izul tersenyum-senyum pula.

“Aku nak gunakan untuk ugut kau kalau kau tak nak ikut arahan aku. Boring-boring boleh lah aku kenakan kau. Kalau kau tak nak ikut, aku akan bagi kat pengetua cakap kau bawak cap datang sekolah.” Ujar Izul tersenyum nakal. " Kau still hutang dengan aku lagu Sleeq, tolong tepi sikit.. tolong tepi sikit.." tambah Izul lagi.

“Kau ni gila ke !” maki Ayrin. Dia bangun dan ingin beredar dari situ. Jika terus di situ entah apa lagi Izul akan membebel dan merepek. Dia tak sangka perangai Izul pun ada gila-gila macam Isac.

“Hahaha ! Kau sayang topi tu kan ? “ Izul mengusiknya. Dia turut serta Ayrin meninggalkan tempat itu. Ayrin membuat mimik muka bosan.

“Kau tak payah nak buat kerek dengan aku lah !,” kata Ayrin. Tak mahu mengalah.

“Okay, kita tengok nanti siapa yang kena !” balas Izul.

Ayrin tersenyum sinis. Nampaknya ada lagi orang lain yang boleh Ayrin kenakan.

"Isac ada bagitau aku kau nak belajar main gitar. Aku boleh ajarkan kau kalau kau nak," Izul berkata lagi.

Ayrin tidak membalas. Jual mahal. Namun dia ketawa dalam hati membayangkan Izul pula bermain gitar sambil perasan macho seperti yang selalu Isac laukan.

Apa yang menimpa Isac lebih kurang sama sepertinya. Namun ujian yang dihadapi Isac lebih hebat. Ayrin mengambil iktibar dari pengalaman Isac. Dia juga patut mula memikirkan tentang apa yang akan menduganya pula nanti. Ayrin tak tahu sejauh mana reaksi ayah dan emak tiri Isac setelah kematian Isac. Ayrin harap mereka insaf. Isac akan menjadi memori kepada mereka seperti yang mereka harapkan. Termasuk memori untuk Ayrin. Walaupun bukan begini yang Ayrin harapkan namun dia tidak dapat mengubah apa lagi. Dia pasrah.

"Ayrin, macamana Isac boleh jatuh ?" soal Izul.

"Entah lah Izul.. Kak Tasha cakap dia mungkin bergerak laju sangat. Mungkin tak berhati-hati. Kesian dia. Dia masa tu sandar kat tepi koridor. Kau bayangkan jatuh dari tingkat 3." ujar Ayrin hiba. Dia terbayang-bayang keadaan Isac. Ngeri. Dia sedih.

"Sabar lah, Ai. Dah dia nak pergi.. kita yang hidup ni kena terus hidup," Izul memujuk. Ayrin mengangguk perlahan. Isac, Ayrin akan terus merinduinya.




TAMAT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 01:16 AM | Show all posts


cerpen Isac tamat sudah ~ hihi ni aku tepek lagi gambar hiasan ( boleh kan ?) ~ macam ni lah lebih kurang Ayrin & Isac.. comel kan ?
aku nak lukis sendiri malas pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 01:26 AM | Show all posts
Esmiria replied at 31-1-2015 08:00 AM
u Adi duruh mereka makan taik,
mereka akan ikut makan.

haha tu aku typo lah pulak ! btw cerpen dah tamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2015 01:49 AM | Show all posts
kejam tak aku matikan Isac ? jatuh dari level 3 lak tu kesian Ayrin
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai tragisnya cara Isac meninggal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:41 AM | Show all posts
Leafumi replied at 1-2-2015 04:33 PM
Ayrin kelam kabut naik dan duduk di atas motosikal. Dia memakai topi keledar dengan tergesa-gesa. Se ...

“Yelah, aku tau la aku banyak jahat dengan
aku.”


errr..kau ke aku?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:49 AM | Show all posts
Leafumi replied at 1-2-2015 05:10 PM
Ayrin cuba membuka mata. Namun berat. Mahu bangun pun dia rasa tidak larat. Sudah 2 hari dia demam.  ...



Die..

I love you isac..hehe..

Teringt Farihin..camnela dia skang..cantik ke hensem..hmm..

Rugi tak gaduh dgn dia.huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:50 AM | Show all posts
Leafumi replied at 1-2-2015 05:49 PM
kejam tak aku matikan Isac ? jatuh dari level 3 lak tu  kesian Ayrin

Kejam ko leya..eries, aku ingt ay akn dirogol part adi bgtaw kat lorong tu.n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 04:56 AM | Show all posts
Esmiria replied at 2-2-2015 08:41 AM
“Yelah, aku tau la aku banyak jahat dengan
aku.”

kau.. adui aku banyak typo nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 04:57 AM | Show all posts
Esmiria replied at 2-2-2015 08:50 AM
Kejam ko leya..eries, aku ingt ay akn dirogol part adi bgtaw kat lorong tu.n

aku memula ingat nak buat Isac mati suicide.. lagi gile.. tapi cam jahil sangat lak.. hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 04:58 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-2-2015 06:28 AM
Alahai tragisnya cara Isac meninggal...

bagi dia rest in peace.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 04:07 PM | Show all posts
Leafumi replied at 2-2-2015 08:57 PM
aku memula ingat nak buat Isac mati suicide.. lagi gile.. tapi cam jahil sangat lak.. hehe..

takde cerpen baru ke sayang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 06:46 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-2-2015 04:07 PM
takde cerpen baru ke sayang.....

takde g kut.. aku nak fokus amnesia balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2015 07:16 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-2-2015 04:07 PM
takde cerpen baru ke sayang.....

tengok la kalau aku rajin, aku korek2 cerpen lama yang aku penah wat time skolah dulu n post kat sini.. hihi.. tu pun kalau aku simpan lagi kalau tak dak, kena tunggu perahan idea baru dari kepala otakku..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 07:38 PM | Show all posts
Leafumi replied at 3-2-2015 11:16 AM
tengok la kalau aku rajin, aku korek2 cerpen lama yang aku penah wat time skolah dulu n post kat s ...

ok.syg. Aku tunggu jandamu eh cerpenmu.Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 06:11 PM | Show all posts
sadis gile...ckp kwn smpai bile2 tp mati plak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 05:09 PM | Show all posts
Sad ending..

Tq @Leafumi sbb tulis cerita best..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.127919 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list