CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Cerpen 2: Balqis

[Copy link]
Post time 15-4-2015 06:15 AM | Show all posts
Leafumi replied at 14-4-2015 06:36 PM
Jeng..jeng .jengggg *sound efek sikit

Hahaa

aku ingt ada update.kecewa.-_-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2015 05:56 AM | Show all posts
Hello Tina!” ujar Zach sebaik saja Tina menjawab panggilannya.

“Zach! Wow, you call I ni mesti nak ajak date?” balas Tina dengan excited.

“Yelah Tina. Kan you jugak rindu nak jumpa I?”

“You ni kan! I tak tau apa you dah jampi I tapi I selalu teringat you. Nanti datang pakai perfume hari tu, okay? Wangi sangat, dear!”

“I kan lelaki idaman. Mestilah you tak boleh tolak I.”

“Well..nasib baik you tak ada official girlfriend right? You dah ada someone untuk jadi the one for you?”

Tak adalah. I still banyak girlfriend. You salah satu dari girlfriend I. Relax Tina. Kenapa tiba-tiba you nak tau soal hati I ni? I seronok macam ni. boleh enjoy bila-bila masa. Tak ada siapa boleh ganggu I. You berminat nak jadi the one for me?”

Ye ke Zach? You terima I ke? Eh, ada sorang perempuan ni asyik marah-marah I tau. Dia cakap you dia punya. I tak suka lah, you. Dia call I maki-maki I. I thought that you have no one? Who is the bitch?” rengekan suara Tina kedengaran tanda tidak suka.

Oh,yeah? Siapa girl tu? Dia ada bagitau nama ke?”

“I tak tau, Zach. I tanya dia tak bagitau pulak. Dia maki I. Bencinya! I pun tak tau lah macamana dia boleh dapat number I.”

Oh,really? You jangan layan. Block aje number dia. Entah-entah peminat I kut,” ujar Zach lalu ketawa.

It’s not funny okay. You buat lah something. Yes, I dah block number dia.Tapi.. she call me again with different number. Memang meroyan okay!”


Zach mematikan talian setelah menamatkan perbualan dan memberitahu bila dia akan date dengan Tina. Zach hairan. Perempuan mana pulak yang menelefon Tina dan memaki hamunnya? Setahu Zach, dengan perempuan-perempuan yang dikenalinya itu semuanya sudah sedia maklum dia tidak mahukan hubungan yang serius. Mungkin ada yang gilakannya dan menyerang girlfriend yang lain.

Wow,am I so hot?” tanya Zach kepada diri sendiri dengan perasaan megah dan bangga diri.

Dia kemudian memakai kacamata hitam dan membetulkan rambut sambil melihat rear view mirror keretanya. Perhatiannya beralih apabila terpandang sekumpulan perempuan yang melintasi keretanya. Sebagai lelaki dia memang suka memerhatikan perempuan. Apatah lagi perempuan yang bergaya dengan bermacam-macam fesyen di tengah kotaraya sebegini. Baju ketat, legging, mini skirt serta jubah yang mengikuti trend terkini. Walaupun bertudung, pemakaian jubah yang mengikuti potongan badan dan kain jenis melekap ke tubuh nampak sangat seksi. Bagi Zach mungkin inilah cara perempuan bertudung cuba menarik perhatian lelaki tanpa kalah pada perempuan free hair yang bebas bergaya.

Apabila seorang wanita berpakaian menutup keseluruhan tubuh dan kepala berserta niqab melintasi keretanya, dia terpegun melihat wanita itu. Wanita itu mengingatkannya kepada Balqis. Siapa Balqis? Di mana dia berada? Zach tertanya-tanya sendiri. Mungkinkah Balqis benar-benar wujud atau sekadar identiti palsu?


***

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila agaknya Zach akan jumpa Balqis in person... Can't wait
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 09:58 AM | Show all posts
Leafumi replied at 17-4-2015 05:56 AM
“Hello Tina!” ujar Zach sebaik saja Tina menjawab panggilannya.
“Zach! Wow, you call I ni mesti  ...

Betina yg kol tina ialah balqis..eleeh zach,bangga jdi hot. mati terbako bru thu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2015 04:08 AM | Show all posts
Salam Qis..

Waalaikumusalam..

Buat apa Qis

Tak de apa.. layan Twitter je..

Hidup u hanya untuk Twitter aje ke?

Tak lah..

Buat la Ig ke.. Whatsapp ke.. Add la I..

Takpe.. sy malas nak buat banyak2..

Malas ke.. u memang tak nak share ngan I?

Hehee.. rahsia..

U ni asyik rahsia aje?

Takde apa.. just tak nak orang tau.

Kenapa

Sebab tak nak aje.

No offense but perhaps u ni tak real?Ke u ada problem lain?

Maksud u.. fake?

Zach senyum sendiri. Memang dia sengaja bertanya sebegitu untuk mengapi-apikan Balqis. Terlalu berahsia sangat pastinya menimbulkan curiga. Jadi untuk membuat Balqis tidak berahsia lagi dia bertanya terus kepada gadis niqab itu adakah dia fake atau tidak. Biar Balqis bengang dituduh fake. Bila bengang dituduh pasti dia akan mempertahankan dirinya.

Yes Qis..

Lol.. so awak fikir sy fake?

Possible..

Hehee.. wow does it matter I fake ke tak? Penting ke untuk Zach?

Penting..

Kenapa penting? I bukan sesiapa pun bagi u Zach.. hanya kenalan Twitter.

Perhaps we could be more than friends..

Oo.. yeke? No offense la tapi.. u fikir u deserve me Zach?

Zach senyum sendiri. Dia tahu Balqis menyindir. Baiklah. Dia takkan makan hati. Cuma ini lebih mencabar ego lelakinya. Dia tahu Balqis fikir lelaki buaya darat sepertinya tidak layak untuk Balqis. Mungkin Balqis hanya berminat dengan lelaki ala-ala ustaz. Tapi tak mengapa. Siapa cakap Zach akan mengalah dengan mudah? Zach akan pastikan Balqis melutut padanya. Kalau bukan dengan cara biasa, mungkin Zach boleh mencuba cara lain yang luarbiasa.

Qis cabar I?

Tercabar ke? Hahaa..

U fikir lelaki mcm I tak sesuai ngan u?

Sometimes..

Maksudnya I ni tak la teruk sangat untuk u kan? U bagi I peluang aje, then kita boleh jadi couple yang awesome.. ustaz & ustazah yg sweet..

I tak tau apa dah jadi ngan u Zach.. I tak fikir pun kita boleh sampai ke tahap tu.. u dah bosan ke ngan hidup u yang enjoy tu?

Kadang2 bosan gak Qis.. maybe masa untuk berubah.

Berubah? Hehee…

Nampaknya Balqis seperti mengejeknya. Tunggu saja Qis.. you will be mine! Ujar Zach dalam hati.

Btw u ada call salah sorang dari girlfriend I?

Tak ada pun.. do I even care? Hahaa.. u silap orang ni.. I tak ada masa nak call diorang.. number diorang pun I tak tau..

Oh okay.. mana tau.. u ni stalker yg professional ke.. hahaa

Hahaa..



***

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi kau zach...kemain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2015 09:28 AM | Show all posts
Leafumi replied at 18-4-2015 04:08 AM
Salam Qis..
Waalaikumusalam..
Buat apa Qis

Aku dah gian dgn cter ni.plis baby, i need more!



Balqis is saiko!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 01:18 AM | Show all posts
Zach bersandar di kereta. Menunggu Tina. Malam ini dia akan keluar dengan Tina seperti yang telah dijanjikan. Dia okey saja. Nanti pada akhirnya dia akan dapat habuannya. Tina sudah berjanji. Dia pun suka dengan Tina. Tina pun suka dengannya. Suka untuk open relationship.

Tina tiba. Baru saja keluar dari restoran berdekatan. Katanya sebentar tadi dia sedang makan-makan dengan rakan-rakannya. Dia mendekati Zach dengan riang ria. Tina merangkul leher Zach. Rapat sekali.

I miss you darling,” ucapnya.

“Miss you too. Sekarang nak pergi mana?” balas Zach.

“Kita jalan-jalan kejap. Kenapa? You dah tak sabar ke?” soal Tina galak.

I tak kisah.” Zach sengih saja.

Cute! Emmm.. wangi! I suka sangat perfume you ni. Menggoda..”ujar Tina dengan lagak manjanya. Dia merapatkan wajah ke dada bidang Zach.

“Kalau tak cute, tak dapatlah you kan? Well, I memang pakar dengan citarasa perempuan sebab tu ramai yang suka dengan I,” balas Zach dengan yakin.

Tiba-tiba handphone Zach berbunyi. Nombor yang tidak dikenali. Mungkinkah itu Balqis? Zach menjawabnya. Tina pula menjauh untuk memberi ruang pada Zach bercakap di telefon. Dia terlebih dahulu masuk ke dalam kereta Zach yang tak berkunci itu.

Hello, siapa tu?”soal Zach.

Hello, Zach kan?”

Yup, I’m Zach. Siapa ni?”

“Oh, so you dah tak ingat suara I lah, ya?”

“Siapa ni? Balqis?”

What? Balqis? Hey, ini Zara okay!”

“Zara?”

You jangan buat-buat tak kenal I, okay! Sekarang ni I tengah pregnant your baby. I nak you bertanggungjawab!”

“Oh, Zara.. you patut make sure dulu siapa bapa kepada baby tu, Zara.”

“Eh, I dah confirm tu baby you! I tak ada tidur dengan lelaki lain selain you, Zach!”

"Sayangg!" panggil Tina dari tingkap kereta membuatkan Zach memandangnya sekilas.

"Hah! Tu siapa? You dengan betina mana pulak tu? I dah pregnant ni so you I yang punya! I tau you dengan Tina kan? Memang 'betina' la pompuan tu!" jeritan Zara masih kedengaran bertubi-tubi di talian.

“Zara, ini bukan masa yang sesuai untuk kita bincang pasal ni. I gotta go.”Ujar Zach lalu mematikan talian. Dia menukarkan ke mode silent. Kemudian mengajak Tina masuk ke dalam kereta. Mereka bertolak pergi.

"Who's that Zach?" soal Tina.

"It's Zara."

"Apa yang kecoh-kecoh tu? Sampai I pun boleh dengar.."

"Pompuan gila yang claim I ayah baby dia."

"Really? So dia nak salahkan you la sekarang? Hahaa.. bodoh punya pompuan. Agaknya dia lah yang call I maki-maki tu?"

"I guess she's the one."
***

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2015 01:18 AM | Show all posts
Esmiria replied at 18-4-2015 09:28 AM
Aku dah gian dgn cter ni.plis baby, i need more!

kdg2 aku takut baca komen ko..penuh feel
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 10:23 AM | Show all posts
Leafumi replied at 19-4-2015 01:18 AM
Zach bersandar di kereta. Menunggu Tina. Malam ini dia akan keluar dengan Tina seperti yang telah di ...

Yeah,selamat jadi ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zach... Bilalah nak kembali ke jalan yg diredhai Allah SWT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2015 02:15 AM | Show all posts
Makluman :  

bermula minggu ni sampai minggu kedua bulan 5, saya akan sibuk & mungkin tak sempat update cerita.. haa so saya nak bagitau siap2. nanti kesian forumer n sr yg baca tertunggu2. so cerpen ni ditangguhkan ye. kalau ada masa saya akan cuba2 post. sorry. diharap anda semua memberi masa pada saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2015 02:23 AM | Show all posts
Zach menunggu di luar pintu apartmen milik Zara. Ya, dia pernah berkunjung ke sini untuk beberapa kali. Kalau ikutkan hati, malas dia mahu bersua muka dengan perempuan gila itu. Masih tak habis-habis memaksanya untuk bertanggungjawab. Zach bingung dan rimas. Mudahnya Zara mengatakan dialah bapa kepada anak dalam kandungannya. Dia tak percaya Zara tidak tidur dengan lelaki lain. Perempuan murah macam dia mana boleh dipercayai.

Zara membuka pintu dan Zach melangkah masuk. Setelah menutup pintu, mereka terus ke ruang tamu. Zara  menghampiri Zach dan cuba merapati lelaki itu. Zach pantas menjauh. Bukan dia tidak mahu disentuh namun perempuan yang buat dia sakit kepala begini tidak lagi menarik minatnya.

“Zach.. I miss you..,” ujar Zara dengan emosi. Dia meletakkan tangannya ke atas perutnya. Kelihatan perutnya tidaklah begitu besar. Mungkin masih baru. Mungkin juga dia menipu. Fikiran Zach ligat berputar. “And here.. our baby..” ujar Zara dengan wajah mengharap.

Stop it, Zara.. you must be mistaken. Lagipun, I datang bukan nak dengar madah cinta you. I nak settle masalah you,”ujar Zach. Wajah Zara bertukar berang.

“Zach! How could you! I dah pregnant ni! Takkan you nak lepas tangan macam ni aje!” Zara sudah ingin mengamuk. Zach membuat muka.

“Zara, I yakin tu bukan baby I.”

“Apa you cakap? Hey, I tidur dengan you aje tau! Mestilah ni anak you!” Zara melenting.

Stop it, Zara. Just diam. Kalau you tak ada duit nak gugurkan anak ni, then I boleh bagi you. Then get out of my life,” ujar Zach.

What? You cakap senang lah, Zach! I love you Zach! Sebab tu I sanggup bagi segalanya! Now, you senang-senang aje nak lari dari I? Sampai hati you Zach!” Zara menjerit-jerit. Wajahnya tampak sedih sekali. Itulah padahnya mempercayai lelaki seperti Zach.

You tu yang bodoh. Siapa yang nak perempuan murah macam you? Eh, I takkan kahwinlah dengan pompuan tak malu macam you! Siapa suruh you bodoh sangat percayakan I? Dah lah, I nak blah!” Zach mulai tidak tahan. Dia mahu beredar.

“Zach ! No Zach ! Jangan tinggalkan I! I cintakan you ! Zach !” Zara merayu namun Zach tidak peduli. Dia mulamelangkah untuk beredar.

Zara cuba menarik-narik tangan Zach. Zach menepis. Namun Zara sekali lagi cuba menghalang Zach dari pergi. “Zach.. no…Zach..” ujar Zara. Esakan kedengaran. Zach menolak Zara. Zara tidak mengalah. Dia terus merangkul Zach dari belakang. Kali ini Zach membatukan diri.

“Zach.. please..” rayu Zara.

Zach berpusing menghadap perempuan itu dan memegang kedua-dua belah bahu Zara. Dia menyentuh perut Zara. Memang dia dapat merasai benjolan besar di perut perempuan itu.

“Zara..” ujarnya perlahan. Zara memandang tepat ke mata Zach dan menanti kata-kata dari bibir Zach.

"Zach.. ni baby kita.. baby you..," ujar Zara dengan emosi.

Secara tiba-tiba, Zach dengan pantas menolak Zara dengan sekuat hati. Zara terinjak dengan laju hingga belakang tubuhnya melanggar dinding yang tidak jauh. Kemudian dia terduduk. Zach masih membatukan diri. Dia hanya melihat keadaan Zara yang menahan kesakitan yang mula mencengkam.

Zara meraba-raba tubuhnya. Dia cuba untuk bangun sambil berpaut pada dinding. “Zach.. kenapa you..” ujarnya dengan nada lemah. Seketika kemudian, ada cecair merah mengalir turun di kaki. Zara sudah menggeletar. Dia terkejut. Lantas dia memandang Zach. Siapa sangka lelaki itu tergamak berkasar dengannya sehingga begitu. Benci sangatkah lelaki itu terhadapnya?

Zach turut terkejut. Tanpa membuang masa, Zach menapak pergi dengan tergesa-gesa. Meninggalkan Zara dalam keadaan yang terseksa.


***

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2015 02:27 AM | Show all posts
Salam.. sorry lama menghilang.. tapi jangan risau. sebab cerita ni akan diteruskan. In Sha Allah..

tq kpd yg setia membaca kisah ciptaanku yg tak seberapa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:14 AM | Show all posts
awatnya pendek benor en3..sebulan tu mghilang patut post 2,3 page..



kejam betol Zach..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 12:54 PM | Show all posts
Leafumi replied at 23-5-2015 02:23 AM
Zach menunggu di luar pintu apartmen milik Zara. Ya, dia pernah berkunjung ke sini untuk beberapa ka ...

memang playboya la si Zach ni..macam si Ameer dalam Pilot Cafe tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 04:12 PM | Show all posts
Leafumi replied at 23-5-2015 02:23 AM
Zach menunggu di luar pintu apartmen milik Zara. Ya, dia pernah berkunjung ke sini untuk beberapa ka ...

Zach lelaki yg hina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2015 08:33 PM | Show all posts
Qis..

Ye Zach.. assalamualaikum.

Waalaikumusalam Qis.. how are u?

Ok je. u Zach?

I’m a bit dizzy here.

U demam ke?

Tak lah. I stress..

Ohh.. u pergi lah berehat.

I tengah rehat lah ni. I think I need someone to talk..

Ok Zach. Ada masalah ke? Apa masalah u Zach?

Sorry. Agak personal untuk I share ngan u.

Oh okay.. semoga u boleh settle problem u tu..

I lagi hope kalau masalah ni hilang macam tu aje..

Ada apa-apa yang Qis boleh bantu ke Zach?

Hmm.. tak ada Qis.. text dengan u pun dah cukup..

Berat sangat ke problem u? tak pernah pulak u text I masa tengah down macam ni..

I tak tau nak cakap camna Qis.. yup, I jarang tunjuk kat orang I tengah down. selalu I simpan sendiri je.

So u ok la tunjuk kat I?

Perhaps I need u..

Hahaa.. ok la.. kesian kat u.. ramai girl tapi takde yang boleh share u punya problem..

u perli I ke

terasa ke? oops! sorry..

Zach tidak marah pun dengan apa yang Balqis katakan itu. Memang itulah kebenarannya. Walaupun dia punya ramai teman-teman perempuan namun mereka itu hanya untuk berseronok dan berfoya-foya. Tidak ada yang dapat dikongsi bersama kisah duka mahupun masalahnya. Kalau ada yang bertanya pun dia sendiri tidak mahu menceritakannya. Apatah lagi masalah dengan Zara. Dengan Balqis pun dia tidak berterus-terang. Hanya mampu berkongsi duka.

Zach mengerutkan dahi apabila memikirkan Zara. Serius. Dia sendiri tidak menyangka dengan apa yang telah dilakukan olehnya terhadap Zara. Entah apa yang berlaku kepada Zara selepas ditinggalkan olehnya pun dia tidak tahu. Dia telah mematikan smartphone miliknya. Hanya menghidupkan pc untuk menghubungi Balqis. Mungkin Zara sudah dibawa ke hospital oleh sesiapa? Zach mendengus. Dia tahu dia lelaki yang teruk. Malah kini mungkin sudah menjadi manusia durjana. Namun dia tidak boleh terima dengan apa yang dikatakan oleh Zara. Dia tak dapat mengikuti kehendak Zara. Dia tidak mencintai Zara pun. Baginya Zara itu sama seperti teman-teman wanitanya yang lain. Baginya Zara cuba menjadikan anak kandungannya itu sebagai alasan untuk mengikat Zach. Tidak. Zach tidak akan ikut sama sekali. Jika dia perlu mencari teman sehidup semati, perempuan seperti Balqis mungkin dapat diterima olehnya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. ahh! Persetankan semua itu! Siapa kita mahu menyatakan jika jodoh kita hanya untuk orang yang jahat seperti kita ! Aku berhak membuat pilihan! Kata hati Zach.

Qis.. I nak mimpi u.. nak u datang dalam mimpi I and then temankan I..

Try la kalau boleh.


***

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 11:27 AM | Show all posts
Leafumi replied at 24-5-2015 08:33 PM
Qis..
Ye Zach.. assalamualaikum.
Waalaikumusalam Qis.. how are u?

Ngus. lelaki mmng mcm ni.cer klo balqis tu bks kaki jntan,dia ley trime ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:30 AM | Show all posts
best cite Lea yg ni... teruskan ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061579 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list