CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
 Author| Post time 6-3-2015 04:32 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 6-3-2015 04:36 AM

Bab 27



Hiba kini menyelubungi Adira. Manakan tidak. Dia ditipu Hadif selama ini. Hadif mempergunakannya sebagai batu loncatan demi merealisasikan rancangannya untuk merosakkan hubungan Faiz Haikal dan Aina. Sangkaan Adira terhadap Hadif selama ini silap. Adakah kerana dirinya terlalu naïf ? Atau Hadif memang pandai berlakon ?

Adira mengelap airmatanya yang mengalir dengan sendiri. Sedih mengenangkan apa yang telah lelaki yang dianggap sahabat itu lakukan kepadanya. Mengecewakan. Sukar untukditerima. Namun itulah yang sebenarnya motif Hadif berkawan dengannya. Sukar juga dia mahu memaafkan Hadif. Dia tak peduli lagi soal hati Hadif terhadapnya. Sudah lah bersalah, berani pula dia mengaku tentang perasaannya. Jika Hadif fikir dia dapat tawan Adira, maka dia silap.

Kiriman daripada Junaidi di Whatsapp diperiksa oleh Adira. Dia membuka aplikasi itu.

Apa khabar Dira ? Sihat ke ?

Sihat aje Jun. Awak pulak macamana ?

Alhamdulillah sihat aje. Hadif ada kacau awak ke ?

Saya jumpa dengan Hadif semalam.

Iya ke ? Buat apa jumpa dia ?

Dia bagitau pasal Faiz Haikal. Banyak benda.

Dira jom jumpa Jun. cerita kat saya. Nanti saya datang ambik awak.

Okay.

Adira menutup aplikasi itu. Bagus juga pelawaan Junaidi itu. Junaidi juga patut tahu hal yang sebenarnya.



“Kau nak keluar dengan Jun ke ?” soal Sofia yang duduk di birai katil milik Adira di hostel. Dia lihat Adira sedang bersiap-siap.

“Eh, mana kau tau ? Aku tak kasi tau pun ?” balas Adira sambil menggigit kerongsang. Setelah melilit selendang di kepala, dia memakai kerongsang supaya lilitannya kemas dan cantik.

“Takkan lah kau nak keluar dengan Faiz ataupun Hadif pulak kan ?”

“Tak nak. Diorang semua tu sewel,” balas Adira. “Muncul dalam hidup aku sebab nak huru-hara hidup aku aje,” tambahnya dengan nada kesal.

“Dah..dah. Nanti bad mood pulak kau. Rosak date kau dengan Junaidi,” Sofia segera memujuk Adira.

Date ke ni?” balas Adira buat-buat faham.

“Anggap aje date !,” Sofia senyum-senyum gatal.

Adira sekadar senyum simpul. Hendak sorok senyumannya dari dilihat Sofia tetapi tak boleh. Pasti dia sudah dilamun cinta. Dia pasti.



Junaidi dan Adira duduk di sebuah Café. Dengan dua cawan kopi di atas meja, mereka berbual kosong. Junaidi banyak bertanyakan rutin Adira di tempat belajarnya. Adira tidak segan silu untuk berkongsi. Sesekali mereka ketawa apabila dia menceritakan kejadian-kejadian kelakar yang berlaku kepada dirinya dan Sofia. Untuk seketika, dia lupa isu Hadif yang menyedihkannya.

“Dira, cerita pasal Hadif tu,” pinta Junaidi.

Adira mengambil masa untuk beberapa saat sebelum dia membuka mulut. Elok-elok dia terlupa sekejap perihal Hadif, emosinya mula terganggu apabila Junaidi mengingatkannya kepada Hadif. Namun itulah tujuan dia bertemu dengan Junaidi. Untuk berkongsi kisah dengan Junaidi.

Junaidi mendengar dengan teliti bait-bait cerita Adira. Beberapa ketika gadis itu menunjukkan hiba di wajahnya. Nampaknya banyak yang dia tak tahu tentang perjalanan hidup Adira selepas mereka terpisah. Namun ini baru permulaan baginya kerana Adira masih muda.

“Kesiannya awak. You are still young, but you have to face all of this.” komen Junaidi setelah Adira tamat bercerita.

“Inilah dinamakan asam garam kehidupan,” balas Adira pula konon-konon seperti berfalsafah tetapi dia sendiri pun tak tahu betul atau tidak apa yang dikatakannya.

“Tapi sekarang masalah dah selesai kan ?” Junaidi meminta kepastian.

It supposed to be.” Balas Adira sambil menggangguk dengan serius.

“Hadif tu tak patut buat macam tu. Such a pathetic guy. Even dia ada sebab tersendiri, tak perlu lah sabotaj orang,” ujar Junaidi lagi.

“Ni semua sebab dendam,” ujar Adira pula.

“Dia memang betul ke tak paksa Dira terima dia ?”

“Dia cakap dia tak paksa. Just nak confess aje.”

“Dia ada jumpa Dira lagi ke ?”

“Tak ada. Tapi ada few times dia whatsapp. Saya ignore aje.”

“Apa dia cakap ?”

Just tanya khabar.”

“Kalau dia cakap yang bukan-bukan just tell me. Kut lah dia nak kacau-kacau Dira ke.. Biar Jun settle budak tu. Biar Jun ‘basuh’ kepala otak dia,” ujar Junaidi yang tiba-tiba membebel macam makcik-makcik sampai terangkat-angkat tangan. Adira bagai nak tergelak pula lihat reaksi Junaidi. Namun ditahan. Bahunya bergegar sendiri cuba menahan gelak. Senyum lebar jelas terlukis di bibir.

“Kenapa gelak ?”soal Junaidi hairan.

“Awak pulak yang over ni kenapa ?” tegur Adira tersengih-sengih. Junaidi membalas dengan ketawa.

“Dengar kata, patik telah dipilih untuk menjadi hulubalang kepada tuan puteri. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab patik untuk menjaga dan melindungi tuan puteri dari sebarang ancaman dan mara bahaya,” Junaidi berkata dengan gaya dan lagak orang pada zaman dahulu kala.

“Apa awak merepek ni ? Kena sampuk Hang Jebat ke apa ?” soal Adira sambil menyindir. Junaidi boleh pula merapu.

“Kiasan tu. Kan awak nak saya jadi boyfriend awak. Ops, pembetulan, boyfriend palsu awak,” jawab Junaidi.

Adira memandang Junaidi dengan tanda tanya. Matanya terkebil-kebil merenung Junaidi. Wait ! Bila masa aku bagitau dia ni ? Fikir Adira. Dia pasti dia belum memberitahu kepada Junaidi yang dia mahu gunakan lelaki itu sebagai teman lelaki palsu.

“Sofia bagitau awak ke ?” soal Adira laju.

Yup.”

Terus wajah Adira terasa panas. Dia menekup mukanya. Janganlah Junaidi perasan rona merah diwajahnya jika ada. Keliru juga. Adakah kerana dia sudah mula berperasaan kepada Junaidi maka dia jadi sensitif dan malu ?

“Kalau awak dah tau, baguslah. Awak tak kisah ke ?” soal Adira setelah menenangkan semula dirinya dan menunjukkan riak bersahaja. Control.. control.. desis hatinya.

“Tak kisah pun. Kecik tapak tangan, coconut shake hamba tadahkan,” Junaidi membalas sambil merapu.

“Kalau macam tu,good ! Nanti saya roger kalau-kalau perlukan khidmat awak,” balas Adira.

For more protection, let’s get married, princess,” ujar Junaidi.

“Hah ?” Adira terkejut mendengarnya.

Junaidi ketawa. Kelakar melihat muka Adira yang terkejut bukan kepalang lagi. Melihat Junaidi yang ketawa bukan main membuatkan Adira tidak puas hati. Wajahnya merah. Junaidi mengenakannya.

“Merepek !”marahnya.

Look at your face, blushing. Oh my God, it’s so funny,” ujar Junaidi masih bersisa tawa.

Adira membuat mimik muka. Geram dengan perangai Junaidi yang tiba-tiba datang angin merepeknya. Bergurau dengan soal yang sensitif pula.

“Okay, dah jangan tarik muka. Nanti Jun belanja coconut shake,” Junaidi perasan muncung Adira yang sudah sedepa.

“Okay jugak tu,” balas Adira dengan sengih. Memang tadi dia berniat mahu memaksa Junaidi belanja Coconut Shake. Sebagai denda kerana telah mengenakannya. Baguslah jika Junaidi sendiri yang ingin belanja.



“Selamba aje dia cakap ‘For more protection, lets get married,princess’ ! Terkejut aku,” ujar Adira kepada Sofia. Sofia sengih-sengih mendengar tentang pertemuan Adira dengan Junaidi semalam.

“Kau fikir tu gurauan semata-mata ?” Sofia menduga.

“Yelah. Takkan betul pulak,” balas Adira. Pura-pura yakin walhal dia pun tak pasti.

“Aku rasa tu macam hint aje ?”

Hint ? No, I don’t think so. Are you nuts ? Aku ni muda lagi kot. Takkanlah Junaidi nak kahwin dengan budak-budak macam aku ni,” Adira mengomel. “Junaidi tu merepek aje,”tambahnya lagi.

“Aku rasa dia memang suka kat kau. See ? Dia siap nak tolong kau bagai. It’s your chance,”Sofia memberi dorongan.

Chance ?” Adira pura-pura tak faham.

“Geramnya aku dengan kau ni ! Meh lah aku cakap kat Junaidi suruh pinang kau !,” Sofia pula membebel.

No..no..no.. kau merepek apa ? Mana boleh perigi cari timba. Ni dah macam kau pulak nak pergi merisik Junaidi tu untuk aku.”

"Habis, kau nak tunggu Junaidi merisik kau ? Bila ? Lagi 5 tahun akan datang ?"

Adira tidak membalas kata-kata Sofia. Dia senyum saja.



Adira hairan apabila Hakimi mahu bertemu dengannya secara berdua saja. Hakimi tidak membenarkan Adira membawa sesiapa saja untuk menemainya mahupun Sofia.

Dia menapak ke taman mini yang tidak jauh dari bangunan akademik. Taman itu direka dan dibina khas untuk tujuan mencantikkan pemandangan di situ datempat untuk para pelajar duduk beristirehat. Tidak kurang juga ada yang dating di situ. Pada petang itu, kelihatan lengang pula di sekitar kawasan taman mini itu. Adira menunggu ketibaan Hakimi. Setelah beberapa minit, Hakimi datang. Dia kelihatan resah tak menentu.

“Sorry. Awak dah lama tunggu ke ?” soal Hakimi.

“Tak lah.”

“Awak seorang aje ke ni ?”

“Yelah.”

“Awak dah makan ke belum ? Nak tak kita pergi makan-makan ke .. minum-minum ke..”

“Eh, dah makan dah tadi. Kenapa awak nak jumpa saya ni ?”

Hakimi tidak menjawab. Sebaliknya dia membisu dengan seribu kegelisahan yang jelas dapat dilihat oleh Adira. Kenapa pulak dengan lelaki ini ? Kalau nak ke tandas, buat apa ditahan-tahan ?

“Kimi nak bagitau something ni.. tapi sebenarnya.. Kimi segan nak bagitau..” Hakimi berkata namun dia menunduk. Berbeza sekali sikapnya ini dengan kebiasaan dirinya yang peramah dan periang.

“Apa dia ?” Adira pelik. Takkanlah…

“Kimi nak awak jadi girlfriend Kimi,” tutur Hakimi sedaya upaya.

“Haa ?” Adira ternganga. Biar benar ? Ini rupa-rupanya yang meresahkan Hakimi.


“Ye. Kimi suka Dira,” Hakimi semakin lancar berkata.

Seriously ?” soal Adira bagai tak percaya.

“Kenapa ? Tak suka ke ?” Hakimi menggaru kepala yang tidak gatal.

Adira kehilangan kata-kata. Dia tak tahu mahu berkata apa. Tak pernah dia menyangka Hakimi menaruh hati terhadapnya. Sejujurnya Adira tak punya apa-apa perasaan terhadap Hakimi. Apatah lagi dia menyukai Junaidi. Tak mungkin dia menerima Hakimi buat masa ini. Walaupun kadangkala sikap Hakimi mirip sikap Junaidi.

“Dalam hati saya ada orang lain..” ujar Adira.

Adira terpana tatkala dia lihat dari jauh seorang lelaki sedang melangkah mendekati. Dengan menggalas beg berserta fail di tangan, itulah Hadif. Apa Hadif buat disitu ? Hakimi turut menoleh ke arah yang sama. Dia turut hairan. Hadif melangkah yakin mendekati mereka. Mungkin dia tak tahu Hakimi sedang menjalani sesi meluahkan perasaan. Memang kacau line !

Hadif menguntum senyum dan berdiri di sebelah Adira. Dia berkata, “Hai, korang buat apa ni ?”

“Kami cakap pasal assignment aje,”Hakimi menjawab. Adira sejak tadi mulut hanya terkunci. Dia sendiri pun tak tahu hendak menerangkan situasi mereka pada ketika itu. Takkan nak mengaku Hakimi sedang meluahkan perasaan kepadanya pula.

“Oh, lama lagi ke?” soal Hadif.

“Tak, dah habis dah,” Adira pula yang menjawab. Hakimi hanya merenungnya.

“Kalau macam tu jom minum,Dira,” Hadif mengajak Adira.

“Erm.. okay,”jawab Adira teragak-agak.

Hakimi mengetap bibir. Dia tahu dia tidak berjaya.

“Tak apa lah. Kimi pergi dulu.,” Hakimi meminta diri. Pasrah. Hampa. Dia fikir Hadif lah teman lelaki Adira.

Adira hanya menggangguk faham. Serba-salah pula dia melihat Hakimi begitu setelah susah payah meluahkan isi hati kepada Adira. Hadif pula datang tanpa diduga.  Tapi bagus juga Hadif datang. Dapatlah dia mengelak dari Hakimi. Dia sendiri pun tak sanggup melihat wajah Hakimi yang frust itu lama-lama.

Selepas Hakimi hilang dari pandangan, Adira cuba melangkah untuk pergi meninggalkan Hadif. Hadif tercengang dengan tindakan Adira yang tiba-tiba saja mahu pergi. Dia memanggil-manggil nama Adira berkali-kali. Adira buat tidak dengar hingga Hadif mengejarnya.

“Dira ! Nak pergi mana pulak ni ? Awak dah benci saya ke ?” soal Hadif.

Adira mengangkat muka memandang Hadif. Apa Hadif mahu ? Kalau tidak silap, bukankah Hadif cakap dia takkan memaksa Adira menerimanya ? Jadi kenapa mendekati ?

“Apa awak nak ? Awak dah buat saya kecewa dengan awak,” jawab Adira.

“So, awak memang dah tak nak kawan dengan saya ? Everything is over ?

“Hari tu kan awak cakap, awak tau saya takkan kawan dengan awak lagi lepas awak terus terang pasal semua ?” bidas Adira.

“Ya, saya ada cakap. Tapi..”

“Buat masa ni, saya tak nak tengok muka awak.”

“Saya tau saya salah. Forgive me..”

It’s not easy. Mungkin awak patut mintak maaf dekat Aina dengan Faiz Haikal.”

Do I care ? I just care about you. So that’s why I just asking for your forgiveness.”

“Awak fikir, lepas saya maafkan awak, saya boleh senang-senang aje bergelak ketawa dengan awak ke ? Dira pun ada perasaan jugak. I’m not that stupid.”

I never say that you are stupid. It was Aina, the bitch.”

“Tak faham saya dengan orang macam awak. Awak tak ada rasa malu ke dengan apa yang awak buat ?"

"Dira, I did this because I care about you. Saya mengaku saya dah jadikan awak mangsa keadaan,  tapi dalam masa yang sama saya sayangkan awak."

“Kenapa awak kisah pasal saya aje ? Sebab awak fikir pasal saya aje, kan ? Tu maksudnya awak pentingkan diri.”

Yup, so memang patut lah saya baik dengan awak aje. Go to hell lah diorang tu !”

“Suka hati awak lah! Sekarang, jangan dekat dengan saya lagi. Saya tak boleh tengok muka awak. Awaklah yang buat hidup saya penuh drama.”

It was Faiz Haikal. Dia lah penyebabnya.”

“Dia penyebab tapi dia tak buat apa-apa. It’s you. The mastermind.”

But I didn’t ask you to become my girl. Just become my friend is enough for me."

"So, maksudnya saya tak boleh nak jauh dari awak ? Seems like you don't want to let me go even you've denied it before."

"Hadif nak kita rapat macam dulu-dulu. As long as I still can take care of you.”

I don’t need you to take care of me. I already have that one.

“Siapa ? Junaidi ? So, he’s your boy now ? Setahu Hadif, Dira tak declare apa-apa relationship dengan dia lagi kan ?”

He’s my boyfriend. No doubt. Fullstop.

Adira beredar setelah selesai bicara. Hadif ni sudah gila kut. Hari tu kata lain, ni kata lain pulak. Dah tak tentu arah agaknya ! Omel Adira dalam hati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 06:28 AM | Show all posts
“Itu Junaidi,” balas Adira. “ Dia kawan saya dari kecik,” sambung Adira lagi. “Dia.. boyfriend saya,” kali ini Adira menipu. Adira sengaja menipu.


Biarlah Hadif tertipu dan menyangka Junaidi itu teman lelakinya. Pasti mudah untuk dia melepaskan diri dari Faiz.

Hadif ke Faiz?

kipidap.. suka dgn penggarapan ayat dlm novel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:43 AM | Show all posts

Kenapa aku rasa teruja cter ni habes?
Kenapa aku rasa ada twist lagi ni?
ntah ntah..jun ni jahat gak..hmmm..

kenapa aku tak sabar tunggu idea tt terjemah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:49 AM | Show all posts

Kenapa aku rasa teruja cter ni bak habes?
Kenapa aku rasa ada twist lagi ni?
ntah ntah..jun ni jahat gak..hmmm..

kenapa aku tak sabar tunggu idea  baru tt  untuk diterjemah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 02:39 PM | Show all posts
Esmiria replied at 6-3-2015 08:49 AM
Kenapa aku rasa teruja cter ni bak habes?
Kenapa aku rasa ada twist lagi ni?
ntah ntah..jun ni j ...

bawak bertenang bawak bertenang adik2 kakak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 02:44 PM | Show all posts
yipun_78 replied at 6-3-2015 06:28 AM
“Itu Junaidi,” balas Adira. “ Dia kawan saya dari kecik,” sambung Adira lagi. “Dia.. boyfriend  ...

Biarlah Hadif tertipu dan menyangka Junaidi itu teman lelakinya. Pasti mudah untuk dia melepaskan diri dari Faiz.

Hadif ke Faiz?


>> err.. ni typo nama watak eh ? bab yang mana tu ? nanti sy nak betulkan balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2015 02:28 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 9-3-2015 07:35 PM

Bab 28


Adira bersiap-siap dengan terpaksa. Marah. Hadif benar-benar mencabar kesabarannya. Beberapa minit yang lepas, Adira menerima mesej dari Hadif yang mengajaknya bertemu di taman di mana tempat Hadif membuat pengakuan tentang penganiayaannya terhadap Faiz,Aina dan Adira. Sebenarnya bukan mengajak, tetapi lebih kepada memaksa. Fikirnya Hadif akan berhenti mengganggunya setelah dia mengatakan Junaidi adalah teman lelakinya pada beberapa hari yang lepas. Jika Adira enggan, maka Hadif akan melakukan sesuatu yang bodoh seperti mencederakan diri sendiri. Malah Hadif sudahpun mengirimkan gambar lengannya yang terluka.Mungkin telah ditoreh oleh dirinya sendiri. Mungkin juga Hadif hanya melukis dengan dakwat atau apa-apa saja. Sungguh tak rasional bagi Adira. Kalau dah cousin tu, pengaruh genetik lah kut sakit jiwa tu ! Omel Adira dalamhati.

Seperti biasa, Adira meminta Sofia tolong menghantarkannya ke destinasi yang dituju. Sofia akur. Namun dia akan menunggu di tempat parkir kereta saja kerana tidak mahu dikatakan sebagai mengganggu. Padahal dalam hati, dia amat benar ingin turut serta bertemu dengan Hadif dan mengambil tahu apa yang ingin dibincangkan sangat. Tambahan dia risaukan Adira.

“Kau roger lah aku kalau jadi apa-apa ye ? Nanti dia bawak kau balik rumah lagi susah pulak,”pesan Sofia sebelum Adira beredar meninggalkan kereta.

Okay, kau standby aje,” balas Adira. Kemudian dia pergi.

Adira hanya berada beberapa kaki saja dari meja kayu yang tempat di mana Hadif sedang menunggu. Adira melangkah dengan perasaan geram yang membuak-buak. Adira terus duduk bertentang dengan Hadif.

“Hai, datang pun!,” sapa Hadif. Bersahaja.

“Apa yang penting sangat-sangat sampai nak kelar-kelar tangan awak tu ?” soal Adira tak puas hati.

Hadif mengangkat lengan dan menyinsing lengan bajunya. Adira membeliakkan mata. Tiada sebarang luka pun yang terdapat di lengan lelaki itu. Sah. Gambar tadi hanya alasan supaya Adira menghadirkan diri.

“Tu gambar tipu aje, Dira. Gambar orang lain,” Hadif berterus-terang.

“Penipu,” marah Adira.

“Nampaknya awak masih ambil berat pasal saya,” kata Hadif dengan  senyuman. Antara sinis dengan bangga kerana rasa diri masih dapat mencuri perhatian Adira.

Adira merenung lelaki itu dengan riak yang sangat dingin. Dia tak tahu mahu berkata apa. Memang tak dinafikan dia risau kalau-kalau Hadif bertindak yang bukan-bukan. Semata-mata kerana dirinya.

Don’t waste my time. Ada apa ni ?” soal Adira bertanya benda yang sama lagi.

“Kita kena tunggu kejap,” jawab Hadif.

“Tunggu apa ?”

“Tunggu..” baru saja Hadif mahu membalas kata, seorang gadis datang menghampiri. Semakin lama semakin dekat.

Gadis itu yang berambut panjang, lurus dan telah diwarnakan dengan sedikit warna perang. Alis mata yang cantik pada wajah yang dingin dan sombong itu tidak dapat disorok di balik kacamata separa gelap yang dipakainya. Nuraina Zafira tidak terus duduk. Sebaliknya dia memandang Hadif dan Adira silih berganti.

We meet again,”kata itu ditujukan kepada Adira. Usai berkata, Aina menanggalkan kacamata yang separa gelap itu lalu menunjukkan senyuman yang tidak ikhlas bagi pandangan mata Adira.

So, both of you dah couple ke ?” soal Aina lagi.

Adira faham soalan itu bersifat sinis.

What about you? Still chasing your dream guy?” perli Hadif pula. Aina menjeling tidak puas hati.

Biarpun Adira sedang dingin dengan Hadif, namun dia turut bersetuju dengan tindakan Hadif memerli Aina tadi.

By the way, apa yang nak dibincangkan, Hadif ?” soal Aina sambil memandang tepat pada Hadif. “I thought you hate to see me again?” soalan Aina bersifat mahu memanaskan hatiHadif.

“Duduk dulu.” Pelawa Hadif tanpa mempedulikan kata-kata Aina.

Aina mengambil tempat duduk di sebelah Hadif.

“Kenapa minah ni ada sekali ?,” soal Aina sambil menjungkitkan keningnya kepada Adira.

“Dia termasuk dalam hal kita,” jawab Hadif.

“Oh, tak tentu arah nak Faiz atau nak stay dengan Hadif ke? Kau ni memang tak tau malu ke?” bersahaja cara Aina bertutur namun penuh sinis dan menyakitkan hati Adira.

Adira sudah mula menunjukkan tindak balas dengan mata yang membuntang. Dia hampir-hampir mahu membuka mulut untuk menyerang balas. Namun Hadif mematikan niatnya.

Aina, watch your mouth,” tegur Hadif terhadap Aina.

Aina mendengus marah kemudian melemparkan pandangan ke arah lain.

“Cepat lah ! Kita tunggu siapa lagi ni ? Apa yang you nak cakap, Hadif ?” gesa Aina. Tidak sabar.

“Faiz Haikal.”

Adira tercengang. Aina pula senyum. Ya, masih senyum sinis. Tidak ada senyuman ikhlas yang ditunjuk olehnya sejak tadi. Adira mula mengerutkan muka. Resah. Jadi ini sebenarnya telah diatur oleh Hadif supaya keempat-empat mereka bertemu secara empat mata serentak. Adira tidak takut. Cuma dia tak mahu terjadi apa-apa yang tidak patut. Baginya ketiga-tiga mereka itu boleh bertindak di luar jangkaan. Baik Hadif, Faiz mahupun Aina.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki muncul. Dengan jaket kulit yang tersarung di tubuh. Gayanya tak berubah. Faiz Haikal menghampiri. Ketiga-tiga pasang mata milik Adira, Aina dan Hadif terpaut padanya. Adira mengaku lelaki itu tetap segak. Cuma kali ini Faiz menaruh jambang nipis di sekitar wajahnya. Ada sedikit kumisdi atas bibir.

“Kenapa kau panggil aku datang sini ?” soal Faiz.

Matanya memandang pula kepada Adira dan Aina silih berganti. Renungannya jatuh lama kepada Adira. Seandainya Adira tahu betapa dia memendam rindu yang mendalam terhadap gadis itu. Mungkinkah.. Ah ! Sudah lah, Faiz ! Bentak hati Faiz kepada diri sendiri. Adira menyedarinya namun dia buat tak endah.

Faiz sendiri jarang-jarang bertemu dengan Hadif. Setahunya dia memang tidak rapat dengan Hadif. Mama juga pernah berpesan supaya jangan rapat dengan Hadif. Biarpun mereka adalah saudara. Dia tahu pasti ada yang tak kena. Oleh itu dia miliki rasa tidak senang dengan Hadif.

“Aku nak settle masalah dengan korang,” ujar Hadif. “Duduklah.”

Faiz mengambil tempat duduk di sebelah Adira. Adira tak tahu mahu menggambarkan bagaimana perasaannya. Ketiga-tiga insan yang membawa banyak masalah dalam hidupnya kiniberada di hadapannya sekaligus. Baikkah keadaan ini ?

So, you nak buat apa ni ? Nak kami mintak maaf kat dia ?” soal Aina sambil menjuihkan bibir kearah Adira. Adira tidak suka dengan tindak tanduk Aina. Perempuan itu sejak tadi tak habis-habis dengan lagaknya. Mahu saja ditempeleng perempuan itu.

“Faiz, kau tak tau ke ? Aku yang buat semua benda tu,” Hadif memulakan bicara yang menjadi tujuan pertemuan ini.

“Benda apa ?” soal Faiz.

“Kau tak tau lagi?” Hadif mengangkat kening. Dia menatap Aina di sebelah.

“Kau tak kasi tau mamat kesayangan kau ni ke ?” soal Hadif. Aina mengerutkan muka.

“Bagitau apa ni? Aku ingat tak ada apa dah yang dia tak tau,” balas Aina. Jelas riak tidak puas hati terpancar di wajahnya.

“Bagitau apa ni? Apa benda lagi yang korang sorok-sorok dari aku ni ?” soal Faiz dengan menggesa. Dia rasa bagai nak marah pula kerana terasa diri seperti bodoh.

“Hadif patut bagitau,” Adira menyampuk. Serentak Aina, Faiz dan Hadif memandangnya. Ya, Adira sokong jika Hadif mahu mengakui perbuatannya dan memohon maaf.

“Aku lah yang buat Adira kena kacau. Aku lah yang plan everything,” ujar Hadif.

“Apa ? Kena kacau? ” soal Aina tak faham.

Adira melihat reaksi Aina dan berfikir, betapa Aina langsung tak menghiraukan Hadif lagi sehingga tak sedar dirinya telah dipermainkan oleh Hadif. Begitu juga dengan Faiz.

Tanpa bertangguh,Hadif menceritakan segalanya sama seperti apa yang diceritakan kepada Adira semalam. Dia lah yang telah mengganggu gugat hubungan Aina dan Faiz. Dengan menggunakan Adira. Dia lah mastermind.

“Jadi, semua ni kau yang buat,” ujar Faiz.

“Hadif, you dah melampau !” Aina membentak. Dia berdiri.

“Duduk, Aina. Kau jangan sampai aku buat kasar dengan kau. Sedar sikit diri kau tu !,” Hadif memberi amaran.

Aina duduk dengan tidak puas hati.

I’m your own cousin,” ujar Faiz kesal.

“Eh, kau banyak sakitkan hati aku lah, bro ! Kau yang berlagak ! Kau yang mula dulu ! Korang lah penyebabnya !,” ujar Hadif lantang.

“Eh, aku tak peduli lah korang nak kata apa kat aku. Korang yang buat aku jadi macam ni. Lagi-lagi perempuan tak sedar diri ni !,”makian itu ditujukan kepada Aina.

Aina menjadi berang lalu bangun dan menampar Hadif. Adira dan Faiz yang melihat tercengang. Hadif turut kaku.

Don’t you ever think that I gonna let you curse me like that ! If I’m a bitch, then you must be an asshole !” Aina menghamburkan marah dan caci maki.

Hadif tiba-tiba ketawa. Aina tak puas hati melihatnya. Adira dan Faiz masih lagi menonton drama di depan mata.

See, diri sendiri mengaku,” ujar Hadif menyakitkan hati Aina.

You crazy asshole! No wonder aku tak pernah sukakan kau !,” Aina sempat mengeluarkan kata-kata amarah. Kemudian dia melangkah pergi. Meninggalkan tiga orang lagi manusia yang masih duduk di situ.

Dia berhenti dengan tiba-tiba dan berpaling memandang Faiz. Faiz tidak sedikitpun memandangke arahnya. Dia melihat Adira pula. Perempuan bodoh ni yang diorang gilakan sangat ! Aku tak paham ! Ujar Aina dengan marah dalam hati. Aina mendengus lalu beredar dengan geram. Sampai sekarang, dia masih belum dapat menawan semula hati Faiz.

Hadif masih ketawa walaupun sedikit. Adira memandang Hadif dengan hairan. Sudah macam orang gila. Tegar Hadif berbuat begitu.

“Hadif,” Adira menyebut nama lelaki itu berserta gelengan di kepala. Dia sengaja mempamerkan riak kecewa dengan perbuatan Hadif itu. Bukan mahu meminta maaf, malah menjengkelkan lagi.

Now, kau dah tau kan kenapa Adira benci kau sebelum ni,” Hadif berkata kepada Faiz.

Buat seketika Faiz hanya masih membisu. Adira risau juga kalau-kalau mereka bakal bergaduh dengan teruk. Macamana dia mahu meleraikan mereka ?

“Aku mintak maaf,”ujar Faiz. Adira menghalakan pandangan ke arahnya. Kata-kata Faiz menarik perhatian. Dia fikir Faiz mungkin mahu mengamuk seperti Aina. Tapi tidak pula.

“Mintak maaf ?” Hadif buat-buat hairan yang amat.

“Kalau aku lah punca kau jadi macam ni, aku mintak maaf. Aku tau dulu aku memang menyakitkan hati kau. Layan kau macam nobody,” luah Faiz. “Aku mintak maafdah rampas orang yang kau sayang. Kalau itu yang boleh buat kau puas hati,”tambah Faiz lagi.

Hadif mengerutkan dahi. Dia seperti berfikir untuk sejenak. Adira pula masih diam tak menyampuk. Dia terpegun dengan tindakan Faiz yang memohon maaf.

“Kau boleh ambik Aina kalau kau nak,” ujar Faiz.

What ? Perempuan tak guna tu ? Eh, siapa nak dia ? Dah lah bekas kau pulak ! Kau kena bertanggungjawab lah !,” balas Hadif.

Faiz menundukkan kepala. Menusuk jiwa apa yang telah Hadif katakan. Namun itu lah yang sebetulnya. Dia dan Aina telah terlanjur. Telah membuat noda. Mana mungkin noda itu akan terhapus begitu saja. Adira pasti ia akan kekal sebagai memori pahit buat Faiz. Tidak lagi sebagai memori indah ketika dia menjadi Haikal.

“Korang ni memang buat aku mual. Sudah lah, tujuan aku panggil korang pun sebab nak mengaku apayang aku dah buat aje. Korang dah tau, baguslah. Lepas ni jangan nak kacau hidup Adira lagi. Dia tak tau apa-apa. Dia tak bersalah. Dah lah, kau pergi balik kat girlfriend bodoh kau tu dengan mama kau yang tak pandai jaga anak !,”Hadif mengeluarkan kata dengan seenaknya tanpa mempedulikan lagi perasaan Faiz dan tanggapan Adira yang buruk terhadapnya.

“Kau ! Kalau pasal mama aku kau jangan cakap macam tu !”Faiz menjadi berang setelah hinaan yang Hadif lontarkan kepada mama. Dia bangun dan menarik kolar baju Hadif. Hadif hanya membiarkan saja malah dia menlawan renungan maut Faiz. Tak mahu kalah.

Guys ! Please, behave. Nanti kecoh orang tengok !,” Adira menegur dengan sedikit panik. Kalau mereka benar-benar bertumbuk nanti keadaan jadi gamat pula. Mujurlah tidak ramai yang mengunjungi taman itu pada hari ini.

Faiz menatap Adira yang menunjukkan muka yang penuh mengharap supaya dia tidak mengapa-apakan Hadif. Dia melepaskan kolar baju Hadif dengan kasar lalu menjauh dari meja. Baik dia beredar. Kalau mahu mengamuk pun apa gunanya. Hanya menambahkan masalah. Bukan dia takut dengan Hadif, cuma malas mahu memanjangkan masalah yang sudah berlaku. Lagipun kesemua itu perkara yang lepas. Memang dia yang bersalah. Biarlah dia pergi dan akur. Dia pasti pergaduhan bukan jalan penyelesaiannya.

“Adira, Faiz mintak maaf dah menyusahkan hidup Dira selama ni.. Faiz mintak maaf,” Faiz berkata setelah berhenti dan berpaling menghadap Adira.

“Faiz harap Adira bahagia. Ingat, jaga diri,” kata-kata Faiz yang terakhir. Kemudian dia pergi. Sempat dia menoleh beberapa kali.

Entah kenapa Adira rasa sebak. Terasa kasihan pula dengan Faiz. Namun apa yang dia boleh buat. Lelaki itu juga bersalah. Kini hanya tinggal mereka berdua. Dia dan Hadif.

“Diorang dah tau saya yang buat semuanya,” ujar Hadif.

“Saya tetap kecewa dengan awak, Hadif.”

“Macamana awak kecewa dengan saya, macam tu lah saya kecewa dengan diorang, Adira. Mungkin jauh lebih sakit hati saya berbanding awak. Janganlah anggap macam saya seorang aje yang jahat.”

But you just too much.

I know. But it’s between me and them. You shouldn’t worried about it. Sekarang, diorang dahtau segalanya. Awak tak perlu nak serabut kepala fikir pasal Aina ke.. Faiz ke..saya ada.”

Thanks sebab tolong selesaikan salah faham saya dengan diorang. Tapi saya memang tak boleh nak baik dengan awak lagi.”

“Awak benci saya ? Jahat sangat ke apa yang saya buat kat awak ? Saya just gunakan awak. That’sall. Now I love you. Hadif akan jaga Dira,” pujuk Hadif.

No ! I will !”suara garau milik seseorang yang kedengaran memeranjatkan mereka berdua. Serentak masing-masing menoleh mencari pemilik suara.

Adira tergamam. Junaidi pula yang muncul. Begitu juga dengan Hadif.

“Jun, kenapa awak datang ?” soal Adira.

“Eh, kan saya boyfriend awak,” balas Junaidi.

“Saya yang boleh jaga Adira. Hadif, please stay away from her,” ujar Junaidi lagi. Dia berdiri disebelah Adira. Biar betul Junaidi gentleman macam ni ? fikir Adira kerana dirinya sendiri terlopong dengan Junaidi. Lakonan Junaidi sebagai teman lelaki palsu sangat menjadi !

Then, what about me ?” soal Hadif.

“Hadif, kami faham macamana awak rasa tu. Tak boleh awak terima hakikat ?,” Adira pula berkata. Hadif mengerutkan muka.

“Tolong jangan kacau dia lagi. Tu aje,” Junaidi menarik Adira bangun.

“Jom,” ajak Junaidi.

Adira mengekori langkah Junaidi meninggalkan Hadif yang masih tak puas hati. Dia pada mulanya tak tahu mahu bertindak apa. Situasi sekarang dirasakan awkward baginya. Namun dengan mengikut Junaidi dia pasti pilihan yang betul.

Tipulah kalau Hadif tidak berang. Tiba-tiba saja mamat bernama Junaidi muncul dan cuba membawa Adira pergi. Terasa loser pulak dirinya diperlakukan sebegitu. Malah Adira pula langsung tak menyebelahinya. Hadif turut bangun dan mengeluarkan sesuatu dari jaket yang dipakainya.

“Ahhh !” jerit Junaidi apabila belakangnya terasa sakit bagai ditusuk. Adira juga menjerit kerana terkejut. Dia lihat sebilah pisau yang tadi laju terbang melintas disebelah Adira telah melekap ke belakang badan Junaidi. Darah mula keluar. Junaidi rebah. Adira juga lihat Hadif sudah berlari pergi. Adira takut bukan kepalang lagi. Dia tunduk dan memegang Junaidi yang kesakitan.

“Ya Allah ! Jun ! Tahan Jun ! Tahan !” pujuknya. Darah semakin banyak.

“Dira.. “ suara Junaidi tersekat-sekat. Dia menahan sakit.

“Hello ! Sofia ! Tolong aku ! Cepat ! Ni Junaidi !” ujar Adira setelah panggilannya diangkat oleh Sofia. Air mata Adira berguguran.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:00 AM | Show all posts
Leafumi replied at 8-3-2015 06:28 PM
Bab 28

Adira bersiap-siap dengan terpaksa. Marah. Hadif benar-benar mencabar kesabarannya. Bebera ...

“Faiz, kau tak tauke ?   


Wei, aku tak puas hatilah pasal cara hadif bongkar..tapi tak apalah.

eleh, junaindi hidup gak pastu nikoh dengan adira pastu dpt baby.haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2015 03:38 PM | Show all posts
Esmiria replied at 9-3-2015 09:00 AM
“Faiz, kau tak tauke ?   

sebab nampak simple ke cara Hadif tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 05:24 PM | Show all posts
Leafumi replied at 9-3-2015 07:38 AM
sebab nampak simple ke cara Hadif tu ?

tau dgn ke rapat. tu i slh fhm u taip TAUKE.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadif dh jadi psiko... Kesian Junaidi terkena tempias kemarahan Hadif...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2015 07:36 PM | Show all posts
Esmiria replied at 9-3-2015 05:24 PM
tau dgn ke rapat. tu i slh fhm u taip TAUKE.

aku tak perasan. hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 08:23 AM | Show all posts
Wei syg! cepatlah hapdet. Aku nak hadif mati please..hehe..tok sedo ni.karya org..hehe.mohon jgn sindir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 06:13 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-3-2015 08:23 AM
Wei syg! cepatlah hapdet. Aku nak hadif mati please..hehe..tok sedo ni.karya org..hehe.mohon jgn sin ...

sabar.. aku tengah pilih sapa yang nak mati ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
More update pleaseeeee....  :-(
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 07:23 PM | Show all posts
Leafumi cepatlaaa update, lamanya menunggu

#TeamJunaidi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2015 02:39 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 19-3-2015 02:50 AM

Bab 29



Adira membuka mata. Dilihatnya keadaan sekeliling agak kelam. Sebuah bilik kosong.Tidak bertingkap. Dia bangun dari posisi baring. Adira meninjau-ninjau di sekitar bilik. Tidak ada satu tingkap pun di situ.  Di mana dia berada ? Sejak bila dia berada di situ ? Adira semakin dihimpit rasa hairan dan tidak selesa. Bilik itu tidaklah besar mana. Takut. Tak mungkin dia telah dikurung ? Jika dia menjerit, adakah manusia yang dengar jeritannya ?

“Jun!” dia berkata separa menjerit apabila teringat akan Junaidi.

Benar! Dia hampir terlupa. Junaidi telah ditusuk dengan pisau yang telah dibaling oleh Hadif. Junaidi cedera. Adira mesti mendapatkan Junaidi. Bimbang kian menghimpit hati. Bagaimana dia mahu keluar dari bilik yang tidak ada tingkap dan pintu ini ? Adakah dia berada di bawah tanah ? Siapa yang telah mengurungnya di situ ?  Dalam kekalutan mindanya yang terbayangkan keadaan Junaidi yang menahan sakit, dia kelam kabut meraba-raba dinding di sekitarnya. Berharap agar menemui jalan keluar.

Tanpa diduga, sebuah pintu muncul. Adira hairan. Bukankah tadi tiada pintu dapat dikesan ? Malah tak nampak di pandangan mata pun. Adira tertekan. Namun enggan membuang masa, dia terus mendapatkan pintu itu. Mujur pintu itu tidak dikunci. Dengan mudah ia dibuka.

Sebuah ruang yang sama kelamnya dengan bilik tadi. Kali ini kelihatan seperti di koridor hospital. Seram pula apabila terpaksa berjalan seorang diri di koridor seperti ini dalam kelam. Pelik. Serta merta dia teringat filem seram Grave Encounter. Bulu roma mula berdiri. Mintak-mintak dia tidak bertemu dengan makhluk-makhluk yang aneh dan mengerikan.

Tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari arah bilik yang tidak jauh berada beberapa meter dari tempat dia berdiri. Biasan lampu dari bilik itu menunjukkan pintunya tidak ditutup. Adira cemas. Ada apa pula tu ? Buat seketika kakinya kaku di situ tidak berganjak.

“Ahhhhh!,” jeritan bersuara lelaki membuat dirinya tersentak.

“Tolong! Lepaskan aku ! Lepas ! Tolong, Dira ! Adiraaa !”

Kering darah Adira mendengarnya. Namun dia pasti itu Junaidi. Dia pasti. Adira membuka langkah seribu. Berlari menuju ke pintu bilik itu. Setibanya di depan pintu bilik, Adira terkejut. Junaidi berada dalam posisi meniarap. Dengan pisau yang masih tertusuk di belakangnya. Junaidi nampak lemah. Ya Allah ! Jun ! Jerit hati Adira.

Muncul pula seorang lelaki dengan memegang pisau. Adira terpana. Hadif menjeling Adira dengan senyum sinis. Tidak sampai seminit, Hadif berada dekat dengan Junaidi lalu mengangkat pisau itu lalu menikam belakang Junaidi bertubi-tubi. Darah memancut keluar dengan banyak. Junaidi menjerit kesakitan.

“Jun!!!” jerit Adira yang sejak tadi menyaksikan babak kejam itu.

“Adira! Ira !”

Adira terkejut dari tidur. Dia hampir-hampir menempeleng emak yang berada di sebelahnya. Dada Adira berombak kuat. Mimpi ! Mimpi saja ! Jerit hatinya. Mungkin dia terpengaruh dengan kisah-kisah misteri yang selalu ditonton olehnya dengan Sofia.

“Astaghfirullahalazim. Apa kena dengan Ira ni ?” soal emak. Emak juga terkejut dengan aksi spontan anaknya yang baru dikejutkan dari mimpi ngeri.

“Mak..Ira mimpi ngeri,” Adira mengadu.

“Patutlah emak tengok Ira tidur muka berkerut-kerut,” ujar emak sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Adira bangun dengan kelam kabut. Dia meluru masuk ke dalam bilik wad di mana Junaidi berada. “Perlahan sikit masuk tu, Ira. Junaidi tengah tidur kut,” emak menegur perbuatan Adira.

Pintu dikuak. Adira menapak masuk. Tiada orang lain melainkan Junaidi yang berada di dalam bilik itu. Terbaring di katil. Adira mendekati katil. Kemudian duduk di kerusi yang sudah tersedia di sebelah. Junaidi tidur dengan tenang. Untuk beberapa saat, dia merenung wajah lelaki itu. Kesian Jun. Sebab aku, dia jadi macam ni pulak.. Jun.. I’m sorry.. desis hatinya.

Adira mendengus hampa. Dia sendiri tidak jangka ini yang akan terjadi. Tidak sangka Hadif akan bertindak sampai begitu sekali. Semuanya di luar ramalan. Mujurlah kecederaan Junaidi tidak serius. Ini kerana tikaman itu tidak terlalu dalam. Adira tidak sanggup membayangkan ketiadaan Junaidi di saat hatinya mula terbuka buat lelaki itu.

Sebentar tadi keluarga Junaidi sudah datang melawat. Adira sudah memaklumkan hal yang sebenarnya kepada mereka. Dia turut memohon maaf di atas kejadian yang menimpa Junaidi. Walaupun Auntie Nina menerimanya dan memaafkan Adira, namun tetap rasa bersalah yg amat itu tidak hilang dengan begitu saja dari hati Adira.

“Assalamualaikum, Dira.”

Adira memandang ke arah Sofia yang sedang memasuki bilik. Sofia mendekati Adira dengan wajah yang muram. Adira hairan. Kenapa pula dengan Sofia ni ?

“Dira..aku serba salah ni..” ujar Sofia dengan lambat-lambat.

“Kenapa pulak ?”

“Aku nak mintak maaf. Aku yang call Junaidi suruh dia datang masa kau jumpa Hadif tu,” Sofia membuat pengakuan. “Semua ni jadi sebab aku. Aku yang suruh dia datang masa tu. Kalau dia tak datang, mesti tak jadi macam ni,” Sofia merintih.

“Sofia, janganlah cakap macam ni. ni bukan salah kau,” Adira memujuk kawannya itu.

“Aku rasa akulah penyebabnya..” rintih Sofia lagi.

“Jangan macam ni. Semua ni bukan salah kita. Kau pun bukannya mintak jadi macam ni kan? Ni semua salah Hadif.”

“Ni bukan salah Sofia.”

Adira dan Sofia terkejut setelah mendengar suara garau itu. Serentak mereka berpaling memandang Junaidi. Bila masanya lelaki itu bangun dari tidur ?

Sorry,Junaidi. Saya tak patut call awak suruh datang masa tu,” Sofia mempamerkan rasa bersalah kepada Junaidi. “Tak pasal-pasal awak cedera.”
Junaidi ketawa kecil. Adira dan Sofia hairan melihatnya.

“Tak marah awak lah Sofia,” ujar Junaidi.

“Saya buat semua ni pun sebab Adira. So, I think it’s worth.”

Adira tercengang dengan kata-kata Junaidi. Adakah ini bermakna Adira seseorang yang penting kepada Junaidi ? Namun tanda tanya itu hanya dipendam dalam hati. Sofia di sebelah sudah senyum-senyum.

Emak masuk ke dalam wad.

“Nanti abang nak datang tengok Jun,” kata emak.

“Oh,okay,” balas Junaidi.

Adira sibuk melayan telatah anak saudaranya, Hadif. Hadif masih lagi seorang kanak-kanak yang aktif dan banyak bertanya. Sofia juga turut sama menyertai Adira. Tidak jauh dari kerusi pengunjung yang mereka duduk, ada pula emak, Kak Suria dan Auntie Nina yang teruja mengusik adik kecil Hadif, Danisha.

“Seronoklah Syahirah. Dah ada cucu. Kita ni entah bila,” ujar Auntie Nina.

“Alah,kan anak Nina hari tu dah kahwin. Nanti dapat lah cucu tu,” balas emak.

Di dalam bilik wad pula, Akil sedang berbual dengan Junaidi.

“Jun,thanks banyak-banyak sebab kau jaga adik aku sampai macam ni,” kata Akil. Dia sangat-sangat terharu dengan pengorbanan Junaidi sehingga cedera sebegini sekali.

“Tak ada apa lah,” balas Junaidi.

“Kau ni kalau dah suka tu bagitau aje aku. Aku boleh adjust,” ujar Akil. Dia tersengih-sengih. Junaidi juga tersengih-sengih. Mereka umpama terkena demam sengih.

“Mana boleh. Budak Dira tu muda lagi,” balas Junaidi.

“Habis,kau nak aku save dia untuk kau dulu lah,” ujar Akil lagi. Junaidi ketawa.Tawanya disambut oleh Akil.

Sofia yang berdiri di muka pintu juga telah melihat dan mendengar perbualan merekaitu. Dia tak jadi hendak masuk kemudian kelam kabut mendapatkan Adira yang masih sibuk melayan kerenah anak saudaranya, Hadif.

“Hadif..”ujar Adira.

“Apa maksu ?” soal Hadif.

“Kenapa nama Hadif?” soal Adira. Sebenarnya setiap kali dia menyebut nama Hadif, pasti dia teringat akan kawannya Hadif yang telah menikam Junaidi. Ini menimbulkan hiba di hatinya. Sedikit mengganggu.

“Isy,maksu ni ! Dah memang nama orang Hadif. Nak buat macamana,” si kecil Hadif mengomel. Adira hanya tersengih. Dia tahu kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa.

“Maksu,kenapa pak cik tu masuk hospital ? Dia sakit apa ?” soal Hadif.

“Dia sakit belakang. Kena tikam,” jawab Adira sayu.

“Kena tikam ? Dengan siapa ? Orang jahat ? Kenapa dia tak lawan ? Meh Hadif nak belasah orang jahat tu !” ujar Hadif penuh semangat.

Adira hanya menghela nafas dengan senyuman melihat telatah Hadif yang membuat gaya pahlawan. Apa perasaan Hadif jika dia tahu orang yang jahat itu  mempunyai nama yang sama dengannya ?

“Habis, siapa nak jaga maksu ? Dah dia sakit ?” soal Hadif lagi.

“Nenek dengan atuk kan ada?” balas Adira.

“Bukan ke pak cik tu boyfriend maksu ?” soal Hadif.

Adira mengerutkan muka. Kemudian dia tersengih-sengih. Ada-ada saja anak saudaranya itu. Suka hati saja menganggap Junaidi itu teman lelakinya.

“Dira,kau tau tak apa abang kau borak dengan Jun kat dalam ?” soal Sofia sebaik saja dekat dengan Adira.

“Apa?” Adira hairan.

“Abang kau nak ‘wakaf’ kau kat Jun.”

“Kau merepek apa ni ? Wakaf ? Wakaf tu bukan untuk harta benda aje ke ?”

“Aku gurau jelah. Tapi memang betul pun ! Abang kau tengah bagi green light kat dia.”

“Kau biar betul ?” Adira tak percaya.

“Eh,aku cakap betul lah. Kau patut happy lah.”

Adira terdiam saja. Fikirnya pasti abangnya bergurau.

“Maksu? Wakaf tu apa ? Kenapa kena wakaf maksu pulak ?” soal Hadif yang sejak tadi memerhatikan mereka.

“Isy, budak kecik ni menyampuk cakap orang tua,” Adira meluku kepala Hadif dengan lembut.

Wait, siapa yang tua kat sini ? Kau?” Sofia pula mengenakan Adira. Adira memberikan jelingan maut.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 02:40 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 19-3-2015 02:54 AM

Ayah tiba. Dia baru saja selesai menunaikan solat Asar sebentar tadi di surau. Ayah terus mendekati mereka.

“Adira, meh ayah nak cakap sikit,” pelawa ayah sambil duduk di bangku pengunjung. Adira mengangguk faham kemudian mengambil tempat duduk di sebelah ayah. Sofia pula sengaja mengajak Hadif agar menjauh dari mereka supaya tidak mengganggu privasi dua beranak itu.

“Dira, ayah tak sangka anak dara ayah ni ramai peminat,” kata ayah.

Adira hanya mengetap bibir. Dia tak pasti sama ada itu sindiran atau gurauan. Tiada gelak tawa yang ayah tunjukkan. Haraplah ayah bukan marah. Jangankan ayah, dia sendiri pun tak pernah fikir akan kena sampai begitu sekali. Hanya berangan-angan saja setelah menonton drama cinta Korea dan Jepun di mana watak-watak heroin selalu menjadi rebutan walaupun tidak cantik mana. Ternyata yang realiti lebih memeningkan kepala dan mengganggu jiwa raga.

“You should tell us about this,” ayah menegur perbuatannya yang menyorokkan masalahnya daripada dia dan emak. Adira patut sudah lama memaklumkan hal itu kepada mereka.

“Dira ingat boleh settle sendiri. Tak sangka jadi sampai macam ni sekali. I’m sorry,” ujar Adiracuba membuat ayah faham.

“Dira ingat kami tak risau ke ? Lain kali jangan nak berahsia sangat. Sekarang apa dah jadi ? Junaidi pulak yang jadi mangsa. Nasib baik dia dengan family dia boleh terima. Dira dah mintak maaf kat Auntie Nina ?” ayah mengomel panjang lebar.

“Dah..”

“Lepas ni cuba jangan libatkan diri dengan benda-benda macam ni lagi. Ayah tak nak nanti silap haribulan anak ayah ni pulak kena tikam. Orang zaman sekarang ni bukan betul sangat.”

“Faham..”

Adira tidak banyak bersuara dalam membalas omelan ayahnya. Memang benar apa yang dikatakan oleh ayah itu. Ayah dan ibu manalah yang tidak risaukan anaknya. Orang pada zaman sekarang pun tak dapat diramal. Luaran saja nampak baik dan normal, padahal dari dalaman tiada siapa yang tahu. Adira bersyukur kerana dia tidak disakiti oleh Hadif mahupun Faiz. Kasihan kepada Junaidi yang menerima padahnya kerana ingin membantu. Namun dia turut bersyukur kerana Junaidi ada di sisi.

Adira mengeluh hampa memikirkan Faiz dan Hadif serta Aina. Apa sudah jadi dengan mereka hingga masing-masing saling bermasam muka dan berperamg dingin. Hanya sedikit saja yang dia telah tahu. Yang selebihnya mereka saja yang tahu. Mungkin aku hanya mangsa keadaan yang tersepit di antara diorang.. Fikirnya.

Adira bangun dan mendekati Auntie Nina.

“Auntie, maafkan Dira sekali lagi,” katanya dengan kekesalan.

“Dira, auntie tak salahkan Dira pun. Auntie lega Jun selamat. Auntie pun lega Dira pun okay. Dia memang macam tu Dira. Tak habis-habis risaukan kamu. Dia selalu aje sembang dengan auntie pasal Dira,” kata Auntie Nina.

Adira terkedu. Bermaksud selama ini Junaidi banyak bercerita tentang Adira kepada Auntie Nina. Tiba-tiba rasa malu menyerbu dirinya. Auntie Nina senyum saja.

Adira kemudian memasuki wad. Menemui Junaidi. Sempat dia berselisih dengan Akil yang ingin keluar. Akil tersenyum-senyum sumbing. Adira mengerutkan muka tanda tidak faham. Tak lama selepas itu dia baru sedar kenapa abangnya senyum-senyum begitu. Hendak mengusiklah tu. Nampaknya benarlah apa yang Sofia katakan tadi.

Adira menghampiri katil. Junaidi juga memandang tingkahnya sejak tadi. Untuk seketika masing-masing diam. Adira hanya merenung Junaidi dengan mulut yang muncung. Junaidi pula membalas renungannya tanpa kata.

“Cakap !” Junaidi akhirnya bersuara mirip gaya Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapok. Siap dengan gaya tangan. Membuatkan Adira melepaskan tawa.

“Macamana perasaan awak jadi hero ?” soal Adira.

“Perli ke apa ni ?” balas Junaidi tak faham.

“Kenapa awak sanggup buat macam ni ? Kenapa awak jaga saya macam ni ?” soal Adira.

“Sebab.. saya kesian kat awak. Insan yang lemah.” Jawab Junaidi main-main.

“Lemah ? Maksud awak saya lembik ke ?”Adira tak puas hati.

Junaidi ketawa saja melihat telatah Adira. Gadis ini memang mencuit hatinya.

“Saya mimpi awak,”ujar Adira.

“Mimpikan saya ? Mimpi apa ?”

“Mimpi awak kena tikam lagi. Saya takut sangat,” Adira menunjukkan riak bimbang. Junaidi tercengang.

“Mimpi aje tu. Eh, tak sangka awak risaukan saya jugak ya.” Komen Junaidi. Dia senyum saja.

Dalam hati Adira mahu Junaidi mengerti yang dia benar-benar risau. Dia tidak main-main. Namun dia tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan rasa itu dengan sebetulnya. Melihatkan senyuman Junaidi itu membuat hatinya lega. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya Junaidi tahu dia mengambil berat akan Junaidi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 07:04 AM | Show all posts
hadif yg jahat... kesian junaidi & dira... byk betul org yg psiko mcm ni ya TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 19-3-2015 07:04 AM
hadif yg jahat... kesian junaidi & dira... byk betul org yg psiko mcm ni ya TT?

Maka berhati-hatii lah. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri hehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.487236 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list