View: 1925|Reply: 3
|
[Tempatan]
Menyamar jadi polis denda RM200
[Copy link]
|
|
Pelajar kolej didenda RM200 menyamar polis
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej dijatuhi hukuman denda RM200 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret kerana memakai jaket keselamatan polis milik seorang anggota polis yang telah meninggal dunia.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Manpreet Singh Jagjit Singh, 24, setelah beliau mengaku bersalah memakai jaket berkenaan di tempat awam iaitu di Restoran Sky di Wangsa Maju, di sini pada 28 Jun lepas.
Dia ditahan oleh anggota polis yang secara kebetulan berada di kawasan restoran berkenaan.
Pelajar itu dituduh dibawah seksyen 171 kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak lebih RM400 atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Nom Phot Prackdit.
|
|
|
|
|
|
|
|
murahnya denda....makin ramailah yg menyamar nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
pakaian sape?bapaknya kot..nape denda murah sangat?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|