CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL:KLONG MAI ( Tajuk Asal: Kau Bukan Adamku).Terbitan November 2016 oleh Karn

[Copy link]
 Author| Post time 14-7-2014 01:27 AM | Show all posts
SAMPAI di muka pintu masuk tokong, Dayah menoleh ke belakang semula. Iqbal masih tercegat berdiri di situ, tidak berkelip memandangnya.

"Huh! Nasihat kat Shimah tak suka cintan cintun ni tapi terang-terang cakap suka kat aku. Menyampah!" Dayah mula mengheret basikalnya memasuki kawasan tokong.

Basikal disandarkan pada pokok mangga. Matanya meliar mencari kelibat Phat. Dia mula tersenyum bila melihat Phat sudah mula menapak ke arahnya tetapi kali ini dengan riak sugul. Ada masalah ke? Dayah masih memerhati Phat yang semakin menghampirinya.

"Apa khabar Phat?" Dayah mengukir senyum.

Phat tidak menjawab sebaliknya dia duduk di atas pangkin dan terus memandang ke luar kawasan tokong menghadap ke arah jalan besar.

Dayah pandang Phat yang senyap dari tadi. Dia melihat ada kesan lebam di lengan dan belakang badan Phat yang hanya memakai baju sami yang berwarna jingga itu.

"Err..Phat...kenapa dengan awak ni? Siapa yang pukul awak?" Dayah mula bersuara perlahan.

Phat menoleh seketika ke arah Dayah yang duduk di sebelahnya. Dia kemudian mengalih pandangnya ke arah jalan besar tadi.

"Phat..cakaplah. Awak kena pukul ke?" Sekali lagi Dayah bertanya.

"Dayah..awak simpan kotak tu baik-baik. Saya tak boleh sentuh kotak tu. Tangan saya akan jadi panas. Awak simpan ya. Kalau ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, saya redha kotak tu dengan awak." Phat tunduk.

"Tapi kenapa?"

"Ayah saya sudah tahu tentang tu sebab tu dia pukul saya malam tadi. Dia cakap kotak tu tidak boleh jatuh ke tangan orang lain terutama orang Islam. Saya tanya ayah saya, kenapa tak boleh. Dia tak jawab tetapi selepas tu, dia berhenti memukul saya dan dia diam seketika. Saya tanya lagi. Dia mula tanya saya kenapa saya beri pada awak. Saya kata sebab saya percayakan awak. Ayah saya hanya angguk. Dia terus masuk bilik dan tidur tapi sebelum dia bangun tu, dia berpesan, kotak tu selamat dengan awak. Jadi, awak tak payah pulangkan pada saya." Phat mula berterus terang.

"Selamat dengan saya? Saya tak faham.." Dayah semakin bingung.

"Dayah..mulai saat ini, kita tak boleh berjumpa. Kotak tu awak simpan. Satu hari nanti saya akan datang tuntut kotak tu dan saya juga ingin tahu apa sebenarnya kandungan kotak itu. Jadi, awak simpan baik-baik ya." Phat masih tunduk. Tidak berani dia menatap wajah Dayah yang semakin bingung.

"Phat..jadi kita tak boleh berjumpa la ni?" Dayah renung Phat yang semakin sugul.

Phat mengangguk lemah.

"Phat..lepas budak form five ambik SPM nanti, saya akan berpindah ke KL. Jadi, olehkerana awak tak nak jumpa saya lagi, ni..saya dah siap tulis alamat saya di KL. Senang nanti, awak hantar la surat ya." Dayah hulur sekeping kertas yang sudah dilipat. Dia juga dilarang dari berjumpa Phat.

Phat hanya mengambil kertas itu dan digenggam erat.

"Hmm..awak ada nombor telefon?" Dayah senyum.

"Saya tak ada telefon. Tv pun tak ada.." Phat mendongak dan mula tersenyum.

"Oh...kalau macam tu, boleh saya nak alamat awak?" Dayah sengih lagi.

"Biar saya saja yang tulis surat kepada awak." Phat bingkas bangun.

"Awak nak ke mana?" Dayah turut bangun.

"Saya ada kerja. Awak baliklah. Panjang umur , kita jumpa lagi.." Phat melangkah perlahan ke arah tempat sembahyang dan tidak menoleh ke arah Dayah.

Dayah masih termangu di situ melihat tingkah Phat yang sudah pelik. Dia terpaksa meninggalkan kawasan itu dengan perasaan sebak. Phat..aku akan tunggu surat dari kau.
Last edited by Ipo on 14-7-2014 12:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 08:00 AM | Show all posts
TQ Ipo... entry yg lg buat saya tertanya-tanya apakah misteri disebalik kotak itu... nanti ada masa terluang boleh sambung lg ya... love u TT...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 11:13 AM | Show all posts
@Ipo
Setahu lady anak tokeh maxis tu menuntut di 'madrasah' somewhere in Penang. Bakal 'Maulana' tuu!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 11:46 AM | Show all posts
yay..ipo dh ada citer baru..best..best..sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:42 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-7-2014 11:13 AM
@Ipo
Setahu lady anak tokeh maxis tu menuntut di 'madrasah' somewhere in Penang. Bakal 'Maulana' t ...

hohoho....jadi betullah dia bakal 'maulana'?...
kesian...tidak teringinkah 'maulana' itu ingin bernikah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:43 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-7-2014 08:00 AM
TQ Ipo... entry yg lg buat saya tertanya-tanya apakah misteri disebalik kotak itu... nanti ada masa  ...

ipo pun tertanya-tanya jugak ni..
panjang lagi citer ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2014 12:44 PM | Show all posts
amyza82 posted on 14-7-2014 11:46 AM
yay..ipo dh ada citer baru..best..best..sambung lagi

citer bukan chenta sangat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:58 PM | Show all posts
cindelira posted on 12-7-2014 01:27 AM
Produktifnyaa ipo...ada citer baru...

Uiii da seram ni...

citer dlm simpanan..nak tepek takut tak dak yang baca..
kan kat sini banyak kisah chenta jek..
ipo punya citer suka selitkan misteri sikit..kecuali AD tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2014 04:46 PM | Show all posts
BAB 3




SUDAH tiga bulan lebih berlalu. Phat melihat kalendar di atas meja belajar di biliknya yang agak sempit. Pada fikirannya, Dayah tentu sudah berpindah ke KL memandangkan SPM pun sudah tamat dan tahun depan, giliran dia pula mengambil SPM. Saat ini, benaknya mula teringat Dayah. Sejak kotak kayu itu dibrei kepada Dayah, ayah tidak lagi bertanya. Semalam, dia beranikan diri untuk bertanya apa sebenarnya yang ada dalam kotak kayu itu. haram ayahnya hendak menjawab.

"Agaknya Dayah dah berpindah ke belum?" Phat masih merenung kalendar.

Dia mula menyarung baju kemeja T dan seluar jeans. Ayah tidak marah dia memakai pakaian seperti itu jika hendak keluar ke mana-mana. Phat melangkah laju menuju ke rumah Dayah yang terletak agak jauh dari tokong itu. Dia sudah biasa menapak ke sekolah setiap hari, jadi untuk ke rumah Dayah, tiada masalah baginya.

Tiba di simpang, Phat masih memerhati ke arah kiri simpang. Jalan yang menuju ke rumah Dayah itu kena melalui jalan merah sawah padi dan juga kebun pisang. Langkahnya diteruskan lagi. Dia berharap agar Dayah masih lagi berada di situ. Smepatlah dia berbual untuk kali terakhir. Semakin hampir Phat dengan rumah Dayah yang dikeliling pokok kelapa dan pokok mangga, dia melihat ada sebuah kereta dan juga beberapa beg besar yang sedang diangkut ke dalam bonet kereta.

Dia mengatur langkah mendekati rumah Dayah namun langkahnya terhenti. Iqbal, kawan abang Dayah juga turut berada di situ di sebelah Sufian. Dia kenal dengan mereka berdua itu. Keduanya pelajar contoh sekolah. Ada rupa, bijak dan disenangi guru-guru. Dia terpaksa bersembunyi di sebalik batang pokok mangga bila melihat Dayah mula turun ke laman bersama beg. Jelas dia melihat Dayah ada riak sugul dan jelas juga dia melihat Iqbal seperti memujuk Dayah.

"Dah nak pergi rupanya.." Phat masih memerhati dari belakang pokok mangga. Dia tidak berani bertemu muka dengan Dayah. Dia tahu dia tidak diundang ke situ.

"Dayah..selamat jalan.." Phat berpusing dan kembali melangkah ke arah tokong semula.

Saat ini dia mula merasa kehilangan seorang sahabat yang memahami dirinya. Sehingga ke hari ini, hanya Dayah yang mampu membuatnya tersenyum dan ketawa. Mek Ani pula hanya tahu bersuara manja yang padanya cukup tidak berkenan di hatinya. Sikap Dayah yang selamba dan berani itulah yang membuatnya begitu senang berkawan dan meluahkan masalah dirinya sehingga kotak kayu yang menjadi misteri itu juga turut dititipkan kepada Dayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 04:55 PM | Show all posts
HARI-HARI yang dilalui oleh Phat terasa sunyi sejak Dayah berpindah sekolah. Tahun ini dia pula menduduki peperiksaan SPM dan yang pasti, dia tiada tempat untuk sama-sama menelaah pelajaran. Musuh Dayah juga nampaknya sudah tidak lagi berlagak samseng sejak Dayah tidak ada di sekolah itu. Mungkin mereka merasa tercabar dengan kehadiran Dayah di sekolah itu. Memang Dayah cukup menyerlah ketika di sekolah itu. Rupa paras, sopan dan suka berkawan dengan sesiapa saja, malah bijak dalam semua subjek. Pernah Dayah memberitahunya tentang cita-citanya untuk menjadi seorang doktor bukan saja di Malaysia tetapi juga berkhdmat secara sukarela untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan. Mungkin Dayah melihat keadaan dirinya yang miskin.

"Hmm..dua bulan lagi aku akan ambil SPM. Yuran periksa pun aku tak bayar lagi." Phat masih berfikir. Dia perlu cari kerja untuk membayar yuran periksanya. Kalau tidak, dia tidak dibenarkan mengambil peperiksaan besar itu.

Tabung berbentuk ayam dikorek-korek seketika dan digoncang kuat. Phat senyum. Dia kemudian membuka perlahan di tempat kunci dan mula menuang isi kandungan tabung itu. Berterabur semua duit, wang kertas dan syiling. Phat mula mengira berapa yang dia boleh dapat.

"Hmm..masih tak cukup. Semalam, cikgu dah tanya. Tak apalah...aku kerja mengambil upah panjat pokok kelapa." Phat masukkan semula semua duitnya ke dalam tabung semula.

Petang nanti, selepas membersihkan kawasan tokong, dia akan ke rumah Pak Brahim yang selalu mengambil upah memetik kelapa. Pak Brahim memang ada seekor beruk untuk melakukan kerja itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 05:23 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:02 AM

SYUKUR,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 05:56 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:02 AM

PHAT ..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 06:50 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:02 AM

BAB 4




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 08:44 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:03 AM

PHAT .................
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Batu serai wangi.. mcm pernah terbaca pasal batu ni. Guna die utk apa eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 10:19 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:03 AM

PHAT ............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2014 10:21 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 14-7-2014 09:04 PM
Batu serai wangi.. mcm pernah terbaca pasal batu ni. Guna die utk apa eh

banyak kegunaannya..
ada yg buat batu cincin
tpi kebanyakannya buat untuk berubat. Itu yang ipo tahu.
susah nak dapat batu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 06:18 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:03 AM

HAMPIR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 07:04 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 09:03 AM

BAB 5




Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:48 AM | Show all posts
kesian phat... tp Ipo... phat ni dr keturunan bangsawan ke? atau keuturunan raja siam... musykil2... tp dr pesanan ayah dia tu mcm betul je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.527946 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list