CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

  [Copy link]
 Author| Post time 26-12-2014 08:57 PM | Show all posts
wanzackraizzo posted on 23-12-2014 02:57 PM
salam...saya nak bertanya kepada tuan TT,

berkenaan JUBAH HIJAU boleh terang kan

Wa'alaikumussalam Tuan. Jubah Hijau ialah jin yang menyamar sebagai orang alim, wara' dan berakhlak baik. Bagi orang Mukmin iaitu orang Islam yang beriman, hanya Dia satu-satunya tempat bergantung dan memhon pertolongan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2014 09:56 PM | Show all posts
Saya dalam proses mengosongkan inbox PM saya untuk memberi laluan kepada kes-kes baharu. Forumer yang pernah berPM dengan saya sebelum ini diminta meninggalkan no. smartphone masing-masing sekiranya berminat mahu menyertai grup whatsapp yang secara rasminya dibuka sejak semalam. Ruang terhad, tetapi masih ada kekosongan. Terima kasih atas maklumbalas Tuan/Puan. Sekian, dimaklumkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2014 10:38 AM | Show all posts
im_Q replied at 21-12-2014 02:21 AM
Salam tuan coway_daddy,

Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.

Wa'alaikumussalam.

1. (a) Rajin bersolat sunat istikharah.
    (b) Konflik dengan jin sejak Allah ciptakan manusia.
    (c) Jin menyusup masuk dalam kehidupan mukmin.
2. Itu gangguan jin.
3. Antara contoh serangan jin.
4. Ada jin yang rakus sedang mengintai dan cuba mengambil kesempatan.
5. Tidak, peranan dan bantuan haiwan peliharaan adalah terhad.

Saya menyimpulkan bahawa anda seorang wanita yang baik. Anda sangat perlukan bantuan. Hubungi saya di emel coway_daddy@outlook.com, insya-Allah saya akan kongsikan ilmu dan pengalaman saya khusus untuk anda.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 11:45 AM | Show all posts
apa bezanya antara jin dan syaitan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 12:44 PM | Show all posts
unoryah replied at 29-12-2014 11:45 AM
apa bezanya antara jin dan syaitan?

Syaitan terdiri daripada jin dan manusia. Jin pula ialah makhluk Allah yang diciptakan-Nya daripada api. Jin ada yang Islam, ada yang bukan Islam dan ada yang belum beragama. Jin dan manusia Islam mesti melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:53 PM | Show all posts
coway_daddy replied at 29-12-2014 12:44 PM
Syaitan terdiri daripada jin dan manusia. Jin pula ialah makhluk Allah yang diciptakan-Nya daripad ...

terima kasih

tapi tak faham dengan makna 'syaitan terdiri daripada jin dan manusia'
apakah itu bermaksud syaitan  adalah dari campuran jin dan manusia?
(maaf saya benar-benar nak tahu)

selama ini saya hanya tahu tentang syaitan[url=]@iblis[/url] yang telah memberontak terhadap Allah pada permulaan zaman
dan saya tak pernah percaya adanya jin (baik jin Islam atau jin kafir) sebabnya sejak kecil  sudah diberitahu bahawa jin tu semua dan yang seumpama dengannya termasuk bunian etc..adalah iblis yang  memperdayakan manusia


saya juga percaya makhluk ghaib di dunia kita  ini cuma ada manusia dan iblis serta pengikut2nya  




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2014 04:30 PM | Show all posts
Edited by coway_daddy at 29-12-2014 04:51 PM
unoryah replied at 29-12-2014 01:53 PM
terima kasih

tapi tak faham dengan makna 'syaitan terdiri daripada jin dan manusia'

Izinkan saya membantu Puan dan forumer lain dengan hujah-hujah di bawah;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia". (An-Naas 114:1)
"Yang Menguasai sekalian manusia". (An-Naas 114:2)
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia". (An-Naas 114:3)
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam". (An-Naas 114:4)
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia". (An-Naas 114:5)
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Naas 114:6)

Perhatikan ayat 4 hingga ayat 6. Itulah "syaitan". Yang menderhaka kepada Allah itu pula ialah bapa segala syaitan (termasuk syaitan manusia), yakni Iblis.

"Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan". (Al-Jinn 72:13)
"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar". (Al-Jinn 72:14)
"Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam". (Al-Jinn 72:15)

Penjelasan al-Quran tentang kewujudan jin yang beragama dan tidak beragama (Islam). Semoga dapat membantu para forumer memahami kehidupan jin dengan lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 06:00 PM | Show all posts
coway_daddy replied at 29-12-2014 04:30 PM
Izinkan saya membantu Puan dan forumer lain dengan hujah-hujah di bawah;

Katakanlah (wahai Muha ...

terima kasih

saya menghargai penjelasan yang diberi
dan faham kenapa ada yang mempercayai kewujudan jin ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2014 08:24 PM | Show all posts
Edited by coway_daddy at 29-12-2014 08:26 PM
unoryah replied at 29-12-2014 06:00 PM
terima kasih

saya menghargai penjelasan yang diberi

Sama-sama @unoryah. Mereka yang mempercayai perkara ghaib termasuk wujudnya jin adalah orang-orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah 2:2)

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah 2:3)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 08:44 AM | Show all posts

Jin Hindustan Kini Muslim, Alhamdulillah!

Edited by coway_daddy at 30-12-2014 09:28 AM
coway_daddy replied at 12-7-2014 08:48 PM
Kisah Jin 1

- Jin ini bercakap bahasa Hindi pada awalnya.

Alhamdulillah! Jin Hindustan dalam "Kisah Jin 1" sudah rasmi menjadi saudara baharu kita. Beliau mengucap dua kalimah syahadah di hadapan saya malam tadi. Hampir menitis air mata gembira saya. Syukur, ya Allah!

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (As-Sajdah 32:15)

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:11 PM | Show all posts
coway_daddy replied at 29-12-2014 12:44 PM
Syaitan terdiri daripada jin dan manusia. Jin pula ialah makhluk Allah yang diciptakan-Nya daripad ...

syaitan terdiri daripada jin dan manusia

itu secara metafor kah tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:15 PM | Show all posts
coway_daddy replied at 30-12-2014 08:44 AM
Alhamdulillah! Jin Hindustan dalam "Kisah Jin 1" sudah rasmi menjadi saudara baharu kita. Beliau m ...

tahniah tuan!! bertambah lagi umat nabi muhammad s.a.w

kpd jin (maaf saya  tak tau nama anda) : Assalamualaikum..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:20 PM | Show all posts
berkaitan isu banjir..

disebbkan alam manusia dan alam jin di dalam dimensi berlainan pada masa yang sama

1. adakah kawasan manusia yang banjir , kawasan jin (di tempat yang sama), turut terjejas?

2. adalah mereka bangsa jin juga menghulurkan bantuan kepada manusia di kawasan terjejas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:35 PM | Show all posts
Edited by coway_daddy at 31-12-2014 09:39 PM
lavendernovella replied at 30-12-2014 09:20 PM
berkaitan isu banjir..

disebbkan alam manusia dan alam jin di dalam dimensi berlainan pada masa  ...

Respons tentang banjir dengan golongan jin;

1. Kawasan jin turut terjejas. Kita berkongsi air, udara, api dan tanah yang sama.
2. Jin bencikan manusia. Bumi ini jadi rosak kerana tangan-tangan manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:40 PM | Show all posts
lavendernovella replied at 30-12-2014 09:15 PM
tahniah tuan!! bertambah lagi umat nabi muhammad s.a.w

kpd jin (maaf saya  tak tau nama anda) : ...

Alhamdulillah. Nama beliau Nisa'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:42 PM | Show all posts
lavendernovella replied at 30-12-2014 09:11 PM
syaitan terdiri daripada jin dan manusia

itu secara metafor kah tuan?

Bukan, ini memang maksud dan terjemahan langsung. Jika Cik @lavendernovella mahukan lebih kepastian, rujuk para asatizah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 02:28 PM | Show all posts
banyak ilmu yang saya dapat di sini..dah lama tak mengikuti thread ni..
agak ketinggalan sikit..
teruskan dengan pencerahan berkenaan dengan jin ni...

nanti saya PM tuan...ada benda nak tanya..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 06:24 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-1-2015 02:28 PM
banyak ilmu yang saya dapat di sini..dah lama tak mengikuti thread ni..
agak ketinggalan sikit..
t ...

Terima kasih atas dorongan dan semangat. Insya-Allah saya akan terus setia mengendalikan thread ini sehingga tahun 2020M. Doakan umur saya panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:25 PM | Show all posts
alhamdullilah..bertambah lagi ilmu sy dapat....terima kasih tuan....
boleh x jika d ceritakan bagaimana ia masuk islam...sy pun mahu tahu jugak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 04:03 PM | Show all posts
Edited by coway_daddy at 5-1-2015 04:05 PM
woddy replied at 5-1-2015 02:25 PM
alhamdullilah..bertambah lagi ilmu sy dapat....terima kasih tuan....
boleh x jika d ceritakan bagai ...

Gerakan dan tarikan kepada Islam harus bermula daripada diri perawat itu sendiri. Jin yang diuruskan akan menyemak semula profil diri dan peribadi perawat tersebut. Kebanyakan jin akan terbuka hatinya untuk tunduk, patuh, taat dan menghormati seseorang perawat yang sujud hanya kepada Allah s.w.t. Maksud saya, perawat itu benar-benar ikhlas dan tidak menjadikan rawatan Islam sebagai satu sumber pendapatan, mendapat nama, pangkat dan kemashyuran melalui liputan media massa. Terlalu ramai dalam kalangan perawat yang suka mencederakan dan membunuh jin sesuka hati, sedangkan ruang diplomasi dan dakwah masih luas serta belum digunakan. Perawat seperti ini mempunyai reputasi buruk dan dibenci oleh semua golongan jin; Muslim, kafir atau belum beragama. Mereka tidak akan mampu untuk membawa jin kepada keindahan dan kehebatan Islam, satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. di muka bumi-Nya ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070935 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list