CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10338|Reply: 2

Pelajar Latihan Industri diperlukan

[Copy link]
Post time 22-7-2014 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Kerajaan di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk menjalani Program Latihan Industri di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia WP Kuala Lumpur/ Putrajaya (Motac KL/Putrajaya).  Tawaran adalah terbuka sepanjang masa kepada:;

1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
2. Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
3. Tempoh minima latihan industri adalah dua (2) bulan; dan
4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, disiplin, kreatif, tidak putus asa, rajin dan mempunyai etika pelajar yang baik.

Bidang Pengajian
1. Pelancongan;
2. Kewangan;
3. Pengurusan Sumber Manusia;
4. Pentadbiran Awam;
5. Komunikasi;
6. Pengajian Media;
7. Teknologi Maklumat;

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan untuk menjalani program latihan industri di Motac KL/ Putrajaya adalah:

1. Surat Pengesahan Menjalani Program Latihan Industri daripada IPT;

2. Resume dan gambar warna ukuran pasport; dan

3. Salinan Transkrip (rekod akademik pelajar).

Bagi yang berminat sila hantarkan resume anda yang lengkap samada melalui pos atau e-mailkan ke nurul@motac.gov.my @ nurulniza@motac.gov.my

Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia
WP Kuala Lumpur / Putrajaya
Tingkat 1, Pusat Pelancongan Malaysia (Ma Tic)
109 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel    : 0321615161 / 1043/1263
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 11:42 AM | Show all posts
trm kasih sharing info tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 08:42 PM | Show all posts
tq2 ats information.. tk thu lak ade org post lgu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.061750 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list