CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 1

Kuch Kuch Hota Hai Menggamit Kenangan.....

[Copy link]
Post time 21-8-2014 08:29 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Kajol, 40, mengakui Kuch Kuch Hota Hai bukan hanya sebuah filem, sebaliknya memori peribadi paling manis bersama teman baiknya.
Katanya, filem pecah panggung yang sudah 16 tahun berlalu itu tidak pernah jemu ditonton berulang kali hingga kini.

"Kuch Kuch Hota Hai adalah kenangan rakan-rakan saya. Saya sangat menyukainya malah filem ini menjadi sebahagian hidup saya, " katanya selepas pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD, di sini, malam ini.

Pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham itu bagaimanapun muncul sendirian tanpa ditemani suami, Ajay Devgan.

Tampil anggun mengenakan sari rona hitam putih, beliau meluangkan masa sejam sekali gus menyempurnakan pelancaran saluran pertama filem terbaharu Bollywood dalam kualiti HD (definisi tinggi).

Dua tahun tiada buah tangan baharu selepas membuat kemunculan istimewa dalam filem Student of the Year pada 2012, ibu kepada dua anak itu bakal digandingkan semula dengan Datuk Shah Rukh Khan dalam filem arahan Rohit.






Sumber: http://www.bharian.com.my/node/1666


KAJOL ketika hadir memeriahkan pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD, di ibu kota sebentar tadi. - Foto NSTP










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 09:21 AM | Show all posts
cantiknya sheolls...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.165818 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list