|
Home Berita TRAGEDI BAS JATUH GAUNG BERDEKATAN GUA TEMPURUNG
TRAGEDI BAS JATUH GAUNG BERDEKATAN GUA TEMPURUNG
IN BERITA - ON 4:05 AM - NO COMMENTS
GAMBAR BAS JATUH GAUNG, PEMANDU MAUT 2 PENUMPANG PARAH | Seorang pemandu bas maut manakala dua lagi penumpang parah apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara, berhampiran Gua Tempurung kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh, maut di tempat kejadian.
Dua penumpang, Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27, masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai Siput parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon berkata kemalangan pada pukul 4.25 petang itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu cuba mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang terbabas di hadapannya.
Ini mengakibatkan bas membawa dua penumpang terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung yang terletak kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng, katanya di sini.
Ng berkata ketika kejadian, bas itu melalui jalan lurus manakala cuaca pula baik.
Sementara itu, rakan Hasmir, Rosli Shaari, 43, berkata mangsa berpengalaman memandu bas selama lebih 10 tahun dan tidak pernah melaporkan sebarang masalah yang dihadapinya berhubung bas tersebut.
Rosli yang bekerja sebagai pemandu bas di syarikat yang sama, berkata pemandu mempunyai jadual khusus bagi kekerapan perjalanan bas setiap hari dengan satu atau dua kali perjalanan sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa thread ni masuk dalm MPS???
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-8-2014 07:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
nk kutip tacang... hehe.. nyum2 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-8-2014 07:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
bukanlah.. silap la. sowy |
|
|
|
|
|
|
|
tacang.. tacang.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak dijadikan cerita, teringat aku masa form5. 2007 mrsm, ada satu berita gempar kemalangan tragis melibatkan sebuah bas jatuh gaung dan ramai yg meninggal. yg jadi mengejutkannya, malam itu aku berfirasat aku dalam sebuah bas yg sedang terjatuh gaung. Allahuakbar! beristigfar aku setelah membaca surat khabar metro pada keesokan harinya dalam kelas. untuk pengetahuan, di mrsm tersebut setiap kelas akan mendapat percuma surat khabar setiap hari. dan ketua kelas diarahkan untuk mengambil surat khbar tersebut pada setiap waktu pagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|