View: 10756|Reply: 15
|
Hukum Hakam berkaitan Meows
[Copy link]
|
|
1.Hukum jual beli kucing
Hukum Jual Beli Kucing Adalah Haram berdasarkan dalil hadis Nabi SAW dan kaidah FEKAH (al-qawa’id al-kulliyah). Dalil hadis Nabi SAW, diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha) (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).
Hadis Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing'
(Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192). Adapun dasar dari kaidah fiqih, adalah kaidah fiqih yang berbunyi :
Kullu maa hurrimaa ‘ala al-‘ibaad fabai’uhu haraam (Segala sesuatu yang diharamkan atas hamba, maka memperjualbelikannya adalah haram juga)'
(Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II hal. 248).
ABU HURAIRAH RA ditanya mengenai hukum Jual-beli kucing dan beliau menjawab "HARAM"
Wallahua'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
2.Hukum kacukan kucing dengan Anjing/Babi
Mengikut mazhab Syafei,mana-mana kacukan dari haiwan ANJING/BABI adalah NAJIS dan hukumnya seperti kedua-dua haiwan tersebut.
Last edited by GuaAnakMelaka on 27-8-2014 09:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
3.Hukum Bulu Kucing
Menurut mazhab Syafei dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Namun bulu kucing adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu jika badan, pakaian, atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah. Kabshah bt Ka’ab ibn Malik melaporkan, "Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut." Kabshah meneruskan kata-katanya, "Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya, lalu dia bertanya, 'Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?' Saya menjawab, 'Ya’. Abu Qatadah menjelaskan, "Rasulullah saw pernah bersabda, 'Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.'" Hadis sahih direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa'i, dan Ibnu Majah. Wallahu a'lam.
Last edited by GuaAnakMelaka on 26-8-2014 06:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
4.Hukum makan kucing
HARAM
|
|
|
|
|
|
|
|
5.Hukum memelihara kucing dan mengabaikannya
HARAM
|
|
|
|
|
|
|
|
6.Hukum mengkasi kucing .
Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan yang menyebut :
"Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus
hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk.
Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000,
mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan
dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.
Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta
kesejahteraan persekitaran dan sebagainya."
|
|
|
|
|
|
|
|
7.Hukum memelihara kucing dan membiarkan kucing peliharaan membuang najis merata-rata di rumah jiran
HARAM
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.”
[Bukhari dan Muslim dan lain-lain]
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah menyakiti jirannya.” [Bukhari dan Muslim]
Dari ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jibril terus menerus berwasiat kepada ku untuk berbuat baik terhadap jiran, sampai-sampai (sehingga) aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris.” [Bukhari dan Muslim]
|
|
|
|
|
|
|
|
8.Hukum memotong kuku kucing
sedang dicari untuk pengesahan .....
|
|
|
|
|
|
|
|
9.Adakah memberi makan minum kucing berpahala?
YA
بينما رجل يمشي بطريق، اشتد عليه العطش، فوجد بئرا فنزل فيها، فشرب، ثم خرج، فإذا كلب يلهث يأكل الثرى من العطش، فقال الرجل: لقد بلغ هذا الكلب من العطش مثل الذي كان بلغ مني، فنزل البئر فملأ خفه ماء، ثم أمسكه بفيه حتى رقى، فسقى الكلب، فشكر الله له، فغفر له. قالوا: يا رسول الله، وإن لنا في هذه البهائم لأجرا؟ فقال: في كل كبد رطبة أجر. متفق عليه
"Tatkala seseorang sedang berjalan di suatu jalan, ia ditimpa rasa haus yang amat sangat, kemudian ia mendapatkan sumur. Iapun segera turun ke dalamnya, dan minum airnya. Setelah merasa cukup, ia segera keluar. Sekeluarnya dari sumur, ia mendapatkan seekor anjing yang sedang menjulur-julurkan lidahnya sambil menjilati tanah karena kehausan. Menyaksikan pemandangan ini, orang tersebut berkata: Sungguh anjing ini sedang merasakan kehausan sebagaimana yang tadi aku rasakan', maka iapun bergegas turun kembali ke dalam sumur. Ia mengisikan air ke dalam sepatunya, lalu dengan mulutnya menggigit sepatunya itu hingga ia keluar dari sumur. Tanpa menunggu sejenakpun, ia meminumkan air itu ke anjing tersebut. Allah berterima kasih (menerima amalannya) dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: 'Ya Rasulullah, apakah (perlakuan) kita kepada binatang-binatang semacam ini akan mendapatkan pahala?' Beliau menjawab: 'Pada setiap makhluq yang berhati basah (masih hidup) terdapat pahala.'" (Muttafaqun 'alaih)
|
|
|
|
|
|
|
|
10.Hukum menganiaya kucing
HARAM
لا تتخذوا شيئا فيه الروح غرضا. مسلم
"Janganlah engkau jadikan makhluq bernyawa sebagai sasaran." (Hadis Riwayat Imam Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
11.Hukum memakaikan penutup kuku kucing
Dalam pencarian dan menunggu jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri ( Mufti Wilayah persekutuan )
Last edited by GuaAnakMelaka on 26-8-2014 06:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wah... byk informasi berguna bagi sesape yg bela kucing... |
|
|
|
|
|
|
|
12.Memisahkan anak daripada ibunya
HARAM
Perbuatan memisahkan anak binatang yang masih kecil daripada ibunya boleh mendatangkan kesusahan kepada anak binatang tersebut. Ini kerana ia masih perlukan penjagaan dan perlindungan daripada ibunya, sama seperti kita manusia. Oleh sebab itulah perbuatan ini dilarang oleh syara‘.
Hal ini pernah diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘anhu mengenai anak burung yang dipisahkan daripada indungnya, beliau berkata:
Maksudnya:
“Adalah kami (kata ayahanda Abdullah) bersama- sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berangkat kerana suatu keperluan Baginda, maka kami melihat hummarah (sejenis burung), bersamanya dua ekor anaknya, kami pun mengambil dua ekor anak burung itu, maka datanglah hummarah itu mengkebas-kebas kepaknya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun datang dengan bersabda: “Siapa yang menyakiti (menyusahkan) anak-anak burung ini dengan (memisahkan) dari ibunya? Kembalikan semula anak burung ini kepada ibunya …”
(Hadits riwayat Imam Abu Daud)
|
|
|
|
|
|
|
|
13.Memukul dan menyelar muka
Muka adalah bahagian anggota badan yang lembut. Memukul dan menyelar pada bahagian muka adalah antara bentuk penyeksaan terhadap binatang. Menyelar muka binatang bagi tujuan meletakkan tanda pengenalan binatang ialah menggunakan besi panas yang telah dibakar. Perbuatan demikian sudah tentu mendatangkan kesakitan yang amat sangat, lebih-lebih lagi pada bahagian muka. Dari itu perbuatan ini adalah dilarang.
Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang memukul dan menyelar muka.”
(Hadits riwayat Muslim)
Muka binatang juga termasuk di dalam larangan ini. Allah Subhanahu wa Ta‘ala melaknat mereka yang menyelar muka binatang. Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sebuah hadits mengenai perkara ini, katanya:
Maksudnya:
“Bahawasanya telah melintas di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seekor keldai yang telah diselar pada bahagian mukanya. Maka Baginda bersabda: “Allah melaknat orang yang menyelar (pada bahagian muka) keldai”. (Hadits riwayat Imam Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
14.Melagakan.
Melagakan atau menyabung binatang mendedahkannya kepada bahaya, kesakitan bahkan boleh mengakibatkan kematian.
Perbuatan ini adalah dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Larangan tersebut dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:
Maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang melaga binatang.”
(Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi dan Abu Daud)
|
|
|
|
|
|
|
|
15.Mengurung sehingga mati kelaparan
Mengurung binatang tanpa memberinya makanan sehingga dibiarkan mati kelaparan adalah dilarang dan ia boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka, sebagaimana diceritakan dalam suatu peristiwa:
Ertinya:
“Diseksa seorang perempuan (kerana) seekor kucing yang telah dikurungnya sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan itu dalam api nereka.”
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|