PENDANG - Seorang kontraktor maut dalam keadaan mengerikan apabila kenderaan pacuan empat roda yang sarat muatan minuman keras dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 55.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Mohd. Zubir Ibrahim (gambar kecil), 30, yang tersepit di dalam kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pemandu treler, Mohd. Zaki Ramli, 28, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad memberitahu, siasatan awal polis mendapati mangsa gagal memberhentikan kenderaan jenis Toyota Hilux kerana jalan licin disebabkan hujan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3Bk0ptutZ
Hakcipta terpelihara
|