CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 9-4-2015 09:05 AM | Show all posts

Sesak napassss....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2015 09:09 AM | Show all posts
BAB 37

Rumah agam di Omarin itu dia kunjungi lagi. Sudah tiga hari berturut-turut dia ke sini. Mahu mencari jawapan kepada persoalan dalam kepala. Anak Raja Zulkhan itu. Dia mahukan kepastian tentang siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Melalui khabar yang diberitakan oleh Zamzam, petunjuknya jelas menjurus ke arah gadis itu. Malah, Judasi juga mengatakan, anak Raja Zulkhan itu berdekatan dengan takhta. Apakah benar telahannya?

Hanya Judasi yang mampu memberi sahih.  

Berkeriut bingit tatkala pintu rumah agam itu ditolak. Suasana gelap seperti selalu. Sekali pandang, tiada sesiapa akan menjangka, rumah itu ada penghuninya. Tambahan pula, penghuninya sudah tidak mampu melihat seperti biasa.

Zaffar menutup kembali pintu rumah agam. Kemudian, dia menyalakan beberapa batang lilin lalu cahayanya terus menyinari ruang. Matanya liar memerhati. Dia yakin, Judasi ada dalam rumah ini walaupun tidak nampak lagi kelibat anak bekas peramal itu di mana-mana.

“Judasi!” Laungan Zaffar bergema di seluruh sudut rumah.

Tiada sahutan.

“Judasi!” Panggil Zaffar lagi.

Masih tiada sahutan.

“Judasi!” Zaffar melaung lebih kuat kali ini.

Celaka. Menyumpah Zaffar dalam hati apabila Judasi masih tidak memunculkan diri.

“Keluar Judasi. Aku tahu kau ada di sini.” Seru Zaffar bersama satu dengusan. Tiga hari berturut-turut dia ke mari. Masih lagi tiada jawapan yang diperoleh. Judasi seolah-olah sengaja menyembunyikan diri.

“Judasi, Si Harimau Keramat. Keluarlah. Aku mahu berbicara seketika denganmu.”

Zaffar sudah mula mundar-mandir. Kesabarannya semakin tipis. Tingkah-laku Judasi itu telah mula menyebabkan hatinya panas.

“Beginikah cara kau membalas jasa aku, Judasi? Setelah aku menyelamatkan engkau dari mati dahulu?” Suara Zaffar lebih lantang kali ini.

Tiba-tiba saja, kedengaran suara halus. Terkekek-kekek ketawa. Pantas Zaffar memandang ke arah tangga. Di situ, telah muncul orang yang dicari.

“Judasi...”

Judasi terkekek-kekek ketawa lagi. Terangkat kening Zaffar. Kemudian, dia merengus dan menggeleng. Sakit hatinya meluap-luap.

“Bukan engkau yang aku cari.” Tutur Zaffar, menahan geram. “Panggil Judasi.”

Judasi yang dihadapannya ini membalas dengan ketawa mengekek lagi. “Untuk apa kau mahu berjumpa dengannya?” Suara Judasi merdu tatkala bertanya.

“Itu urusanku. Kau tidak perlu tahu.” Balas Zaffar.

“Urusan Judasi, urusan aku juga. Beritahu saja padaku. Akan aku sampaikan pada Judasi sendiri.”

“Kenapa dia tidak mahu berjumpa dengan aku?” Soal Zaffar pula.

“Entahlah, aku pun tidak pasti. Mungkin, dia benci melihat muka hodohmu itu.” Judasi itu berkata lalu ketawa mengejek.

Zaffar memandang penuh jelek. Jika diikutkan hati, ingin saja dia tamatkan riwayat anak peramal itu sekarang juga. Tapi dia tahu, tak akan boleh berbuat begitu. Judasi punyai jawapan yang dia mahu. Selagi dia tidak mendapat apa yang dia perlukan, Judasi itu perlu dibiarkan bernyawa.

“Tolonglah, panggil Judasi keluar. Aku perlu berbicara dengan dia. Penting sekali.” Kali ini, Zaffar menggunakan pendekatan yang berbeza. Lebih kepada memujuk.

“Tolonglah. Walau siapapun kamu. Panggilkan Judasi yang sebenar. Aku benar-benar mahu berjumpa dengan dia. Aku tahu, dia ada di sini.” Ujar Zaffar lagi. Matanya memandang tepat ke arah Judasi.

Judasi termalu-malu direnung begitu. Dia tertawa kecil sambil menutup mulut.

Seboleh mungkin, Zaffar menahan sabarnya. Walaupun yang bercakap itu Judasi, namun itu bukanlah Judasi yang sebenar. Judasi ada berbilang sifat dan watak dalam diri, akibat terlalu lama hidup bersendirian dalam keadaan cacat penglihatan. Lalu, wujud pelbagai watak khayalan yang menemani. Dan watak yang muncul kini, lebih mirip kewanitaan, menyembunyikan Judasi yang sebenar.

Tidak waras. Gila. Zaffar tahu penyakit khayalan yang dialami Judasi. Sebab itu, dia perlu lekas. Jika jawapannya sudah ada, maka Judasi tidak perlu disimpan lagi. Judasi boleh dihapuskan…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 09:46 AM | Show all posts
“Tolonglah.” Zaffar merayu-rayu. “Tolonglah, panggilkan dia.”

Zaffar melihat tepat ke arah Judasi yang mirip kelaku wanita itu. Tiada lagi ketawa mengekek yang terbit dari mulut.

“Tunggu sebentar.” Kata Judasi itu.

Zaffar menunggu. Matanya kekal memandang Judasi. Kelihatan mulut Judasi terkumat-kamit beberapa kali dengan bicara yang dia tidak faham biji butirnya. Seketika kemudian, Judasi terdiam lalu tegak membatu. Riak wajahnya juga berubah. Air mukanya lebih keras berbanding tadi.

“Judasi...” Panggil Zaffar.

“Zaffar.” Suara itu lebih dalam dan kasar. Watak Judasi yang sebenar telah muncul.

“Akhirnya, kau muncul juga. Puas aku mencarimu dua, tiga hari ini.” Terukir sedikit senyuman di bibir Zaffar.

“Untuk apa, kau mencari aku?” Soal Judasi.

“Pastinya kau sudah tahu tujuanku, Judasi.”

“Tidak, aku tidak tahu.”

“Usah berpura-pura denganku.” Bentak Zaffar. Suasana menjadi hening seketika.

“Judasi, aku mahukan jawapan.” Zaffar memecah sunyi. “Siapa sebenarnya anak Raja Zulkhan itu?”

Judasi tetap mendiamkan diri.

“Aku juga tahu, Kai belum mati lagi. Dia masih hidup.” Zaffar berkata sambil memandang wajah Judasi. Ada sedikit perubahan riak. “Dan kau juga tahu tentang itu, bukan?”

“Tidak. Itu tiada dalam pengetahuanku. Hubunganku dengan dunia luar sudah terputus semenjak aku tinggal di sini.”

“Masakan kau tidak mampu menelah? Bukankah kau anak peramal terkenal?”

“Huh.” Judasi merengus. “Sudah beratus kali aku kata padamu. Aku tidak mempunyai ilmu sebegitu. Ianya telah mati bersama-sama matinya bapa aku.”

“Usah berdalih lagi.” Tinggi suara Zaffar. Jengkel dengan sikap Judasi yang berdolak-dalik.

“Judasi, siapa sebenarnya anak Raja Zulkhan? Aku dapat tahu, dia telah dibawa ke Amariya. Kau juga pernah mengatakan, gadis itu berdekatan dengan takhta. Siapa dia?” Zaffar mula mendesak.

“Zaffar…Zaffar.” Judasi tertawa sinis. “Menjadi Penasihat Diraja, tidak cukup bagimu, bukan?”

“Apa maksdumu, Judasi?” Zaffar merengsa.

“Aku sebenarnya menyesal, Zaffar. Kerana menerima bantuanmu. Sangkaku, kau juga berpihak pada Zulkhan. Tapi sebenarnya, tidak. Malah, kau lebih teruk daripada apa yang aku bayangkan. Kau yang telah memporak-perandakan hubungan Zulkhan dan Amsyar!”

Zaffar diam sahaja mendengar tuduhan itu.

“Sejak dulu lagi, kau yang telah merancang semuanya. Secara diam-diam, kau hasut Zulkhan. Kau hasut Zulkhan supaya mengingkari wasiat Raja Aryan lalu menentang Amsyar. Tapi, kau tersilap langkah. Kau menyangka, Zulkhan yang handal bermain pedang itu, tidak akan tewas. Takdir telah menentukan, Zaffar. Zulkhan mati juga di tangan adindanya. Semua itu kerana ketamakanmu!”

Zaffar memerhatikan Judasi, tajam.

“Dan cita-citamu tidak pernah padam. Kau masih menyimpan hasrat untuk memiliki Amariya. Setelah bapamu mangkat, kau telah dilantik sebagai pengganti Penasihat Diraja. Tapi itu belum cukup lagi. Kau mahukan lebih dari itu. Kau tak akan puas selagi Amariya tidak berada dalam genggamanmu!”

Zaffar ketawa berdekah-dekah lalu mematikan bicara Judasi.

“Andai pun benar tuduhan itu, Judasi, kau tidak mempunyai bukti. Dan, adakah kau menyangka, ada sesiapa di Amariya ini yang akan mempercayai kata-katamu?” Tutur Zaffar.

“Tiada sesiapa yang akan percaya padamu, Judasi. Kau adalah penyokong pengkhianat. Malah, sekiranya kewujudanmu di ketahui oleh Amsyar, kau akan dihukum bunuh.” Sengaja Zaffar menakut-nakutkan Judasi.

“Aku sudah tua, Zaffar. Sekarang atau nanti, aku tetap juga akan mati.” Judasi menarik nafas panjang. “Apa kata kau bunuh saja aku, sekarang? Pasti lebih mudah kerjamu.” Cabar Judasi. Zaffar terdiam kembali.

“Kau tidak boleh, Zaffar. Kerana kau masih memerlukan aku.” Sinis Judasi berkata.

“Jadi, benarlah kau tahu, siapa sebenarnya anak Raja Zulkhan itu?” Soal Zaffar.

Judasi mendiamkan diri, agak lama. Menyebabkan Zaffar semakin baran.

“Judasi!”

“Dia…sudah tidak mahu berbicara denganmu lagi.”

Watak kelaku wanita itu kembali. Terkedip-kedip matanya memandang Zaffar. Zaffar merengus kasar. Jelek!

“Kau masih di sini? Baiklah, jika begitu. Andai mahu, aku pun sudi juga melayanmu.” Judasi sudah tersenyum-senyum.

“Huh!” Zaffar merengus lagi. Tidak mahu menunggu lebih lama, dia terus keluar dari rumah agam, diiringi ketawa mengekek dari Judasi.

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 01:33 PM | Show all posts
Malam kian larut.

Rumah agam itu juga sunyi seperti kebiasaannya. Di tengah-tengah ruang tamu yang kosong, duduk Judasi bertafakur.

Sudah agak lama dia berkeadaan begitu. Mengumpul segala semangat yang semakin hari semakin luntur. Dia sudah tua, Dia sudah lelah. Namun, demi menyelamatkan nyawa anak Raja Zulkhan itu, dia rela berkorban.

Lagipun, entah panjang mana lagi hayatnya ini. Entahkan esok, entahkan lusa, dia akan mati. Judasi juga tahu, Zaffar tak akan melepaskannya dengan mudah. Jadi, sebelum hidupnya berakhir, dia mahu melakukan sesuatu.

Kai… Nafarel…

Secara tiba-tiba, dua nama ini menjelma di dalam benak. Wajah sahabatnya itu timbul di fikiran. Mereka, yang bergelar Harimau Keramat, pendekar terbilang di Lembah Keramat itu. Mereka, sentiasa setia pada Raja Zulkhan, Raja Lembah Keramat di mana tanah itu adalah di bawah jajahan Amariya.

Satu hembusan nafas keluar dari mulut.

“Apa benar kau mahu melakukannya lagi?”

Terbit suara serak parau dari mulut Judasi, bertanyakan diri sendiri.

“Iya, benar.” Suara lebih dalam dan kasar menjawab. Suara milik Judasi sebenar.

“Tapi kau akan mati.”

“Aku memang akan mati.”

“Cara ini akan membuatkan kau mati lebih cepat.”

Diam.

“Kau tidak begitu arif dengan ilmu ini, Judasi. Sudah beberapa kali kau mencuba, masih belum ada hasilnya.” Sambung suara serak parau.

“Hanya ini saja cara, untuk memberi petanda kepada anak Raja Zulkhan.”

Senyap lagi.

“Terpulanglah kepadamu.” Itu kata-kata terakhir dari suara serak parau sebelum hilang. Judasi menarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Matanya yang sedia buta dipejam rapat. Mulutnya mula terkumat-kamit.

Bangkitlah kau wahai Sang Puteri
Seri gading gemala sakti
Ku seru dirimu
Ku seru jiwamu
Ku seru semangatmu
Pulanglah kau kepada leluhurmu
Berjalan kamu mencari hak
Berjalan kamu untuk kembali
Bangkitlah semangat duhai puteri


Ayat penyeru itu diulang berkali-kali…

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 03:19 PM | Show all posts
Dia terkebil-kebil. Dalam suasana yang hanya diterangi cahaya bulan dari luar, dia berdiri buntu. Entah mengapa, dia berada di sini lagi…

Kamar simpanan senjata itu sudah tidak jauh dari tempat dia berdiri. Setapak demi setapak, bilik itu dihampiri. Tiada pengawal mahupun hulubalang yang mejaga pintu seperti selalu. Suasana juga sepi, terlalu sunyi sehinggakan dia boleh mendengar deru nafasnya sendiri.

Jarak di antara pintu kamar senjata dengan dia sekarang ini hanya dua tapak. Dia berhenti. Termangu-mangu sendiri di hadapan pintu. Sedikit keliru kenapa langkah kaki membawanya ke sini.

Perlahan-lahan, pintu kamar senjata itu ditolak lalu  dia melangkah masuk.  

Pelbagai jenis senjata terpampang di hadapan matanya. Bulan masih malar menjadi punca cahaya. Dalam remang kelam, matanya tertancap hanya pada satu senjata.

Pedang Ghowir.

Senjata itu direnung lama. Bagai ada sesuatu yang memanggil lalu langkahnya di atur menghampiri pedang kebanggaan Raja Zulkhan itu lalu di renung lagi.

“Tidakkah kau mahu memilikinya?”

Suara yang hadir secara tiba-tiba itu membuatkan dia tersentak. Lantas dia berpaling ke kiri dan kanan, mencari tuan empunya suara. Tapi, tiada sesiapa pun yang kelihatan.

“Sentuhlah ia. Barulah kau akan tahu betapa hebatnya pedang ini.”

Walaupun tidak diketahui dari masa asalnya suara itu, dia tegar menurut. Senjata itu di sentuh dengan jari, perlahan-lahan sebelum akhirnya, dia mengeluarkan terus Pedang Ghowir dari tempat simpanan. Tapak tangannya terasa sesuatu tatkala menggenggam hulu pedang. Panas namun tidak menyakitkan. Rasa itu perlahan-lahan menjalar Sepertinya ada satu tenaga bersatu dengan tubuhnya.

“Pedang ini, pedang kesayanganku. Pedang kebanggaanku.”

Suara itu bergema lagi.

“Hanya keturunan yang sebenar berhak mewarisi pedang itu.”

Dia terpinga-pinga.

“Hanya engkau yang berhak mewarisinya kerana engkau…adalah anakku.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 03:24 PM | Show all posts
“Anakku…”

Sayup terngiang-ngiang suara asing nan misteri…menerjah telinganya. Dia tersentak lalu terjaga. Nafasnya turun naik, laju. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Mahu memastikan keberadaannya yang sebenar.

Lega. Dia berada dalam kamarnya sendiri. Bukan kamar simpanan senjata istana. Masih lagi berbaring di atas katil tilam empuk.

Mimpi itu…  

Dia menarik nafas panjang. Mimpi itu hadir lagi untuk ke sekian kali. Tentang Pedang Ghowir dan suara asing.

Dia memandang tapak tangan. Masih terasa hangat.

Apa tandanya?

Dia terkebil-kebil berfikir sehingga akhirnya, terlena semula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 03:49 PM | Show all posts
citer meow ni aku xtau nak kata lompat apa...
kejap ke sana.. kejap ke sini... kejap ke depan.. kejap ke belakang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 04:07 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 9-4-2015 04:08 PM
cmf_conan replied at 9-4-2015 03:49 PM
citer meow ni aku xtau nak kata lompat apa...
kejap ke sana.. kejap ke sini... kejap ke depan ...

Melompat meow...



Ala...Aku nak kasi abes cepat. Penat.
Walaupun cerita mengarut tara komik Hong Kong, nak kasi tenggelam terus macam tak syok lak.

Ipo dah berbenang-benang cerita dia. Ayla pun dah ada cerita baru. Nay pun dah tanya bila nak abes dan idea aku pun makin ke laut....

Terasa nak bukak benang baru tapi nanti ko taknak kasi tacang...




Next chapter kita lompat balik scene Qi dgn Syakilla...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 05:15 PM | Show all posts

cuba kau lompat cheetah..
@aylanins pun dh terikut2  lompat cheetah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 08:30 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 05:15 PM
cuba kau lompat cheetah..
@aylanins pun dh terikut2  lompat cheetah

Ini bukan lompat cheetah lagi dah...

Ini dah setara dinasour....

Sekali kangkang, 1km jaraknyaaa.....


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:27 PM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 05:15 PM
cuba kau lompat cheetah..
@aylanins pun dh terikut2  lompat cheetah

Ceh...

Ini semua salah Ipo yang leading lompat cheetah kat depan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:29 PM | Show all posts

Ko jangan nak terikut-ikut sangat nak lompat cheetah lompat dinasour bagai...

dilarang keras sama sekali
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 01:44 PM | Show all posts
lagi nicki...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 06:33 AM | Show all posts
aylanins replied at 10-4-2015 02:29 PM
Ko jangan nak terikut-ikut sangat nak lompat cheetah lompat dinasour bagai...

dilarang keras sa ...

Hai Ayla,

Terima kasihlah sebab sudi bertandang kat benang ni... (sorry, dah berhari-hari baru nak reply )

Idea ke laut ler. Tak tau dah nak sambung lagu mana, tu yang lompat dinasour bagai. Tapi paksa gak diri sambung sebab dah berazam, nak habeskan juga cerita.

Entah tercapai entah tidak, azam tersebut...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 06:44 AM | Show all posts
BAB 38

Mereka bertemu lagi. Mengikut perkiraan Qi, ini adalah kali ketiga berturut-turut. Dan untuk kesekian kali, Lata Desa Atari ini menjadi tempat pertemuan mereka. Tasik jernih itu melatari pemandangan. Kedua-duanya sama cantik, sama indah. Lata ini dan juga si gadis yang menjadi teman. Kedua-duanya mencuri perhatian. Dan kedua-duanya telah membuatkan hatinya girang pada setiap pertemuan.

Entahlah, dia sendiri kurang pasti mengapa dan bagaimana tempat ini menjadi tempat pertemuan mereka. Dia hanya menyalurkan permintaan pada laman sesawang misteri itu lantas laman itu membawa dia ke sini. Seolah-olah Syakilla sudah menetapkan yang Lata Atari inilah tempat mereka akan bertemu. Tiada penerangan yang logik namun Qi tidak peduli. Asalkan dia dapat bertemu dengan Syakilla, itu sudah cukup.

Qi merenung lagi Syakilla di sebelah. Tidak pernah dia jemu menatap wajah gadis bermata bak helang itu. Dunia yang berbeza, jadi setiap kali bertemu, banyak juga perkara yang di bicara. Syakilla benar-benar menunjukkan minat pada dunia yang padanya, asing. Teruja setiap kali mendengar dia bercerita. Mata gadis itu bersinar-sinar setiap kali, menambahkan rasa getaran dalam jiwa. Seringkali juga dia merasakan, Syakilla juga berperasaan yang sama namun tiadalah dia mahu bertanya. Bimbang andai Syakilla tidak mahu lagi bertemu dengannya.

“Syakilla...”

“Iya?”

Gadis itu menoleh ke arahnya.

“Sudah banyak yang aku ceritakan padamu. Jadi, aku ingin tahu. Adakah kau percaya pada semua ceritaku itu?” Soal Qi.

Syakilla tersenyum sedikit. Mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan dari pemuda asing itu.

“Aku sudah boleh mengagak, yang kau tidak berasal dari Amariya. Cara pertuturanmu berbeza walaupun hampir serupa. Pakaianmu juga. Jadi, mudah untuk aku meneka yang kau bukan berasal dari sini. Cuma...aku tidak sangka...”

Qi menanti Syakilla meneruskan kata-kata.

“Yang kau bukanlah berasal dari dunia yang sama....” Ada sedikit keluhan dilepaskan, setelah habis Syakilla berkata.

"Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiranmu." Qi meneka.

"Ada beberapa perkara yang aku fikirkan tentangmu."

Qi mengangkat kening.

“Ada satu ramalan lama, tentang Amariya.” Nafas dihela seketika lalu Syakilla memandang Qi lagi.

“Ramalan itu mengatakan bahawa, Amariya akan berperang buat kali kedua. Perang kali ini akan membuktikan hak pewaris sebenar kerajaan Amariya. Dan pada waktu itu, akan munculnya seorang penyelamat dari tempat asing, datang membantu pewaris Amariya itu memenangi perang ini.”

Qi terkebil-kebil, menumpukan perhatian.

“Walaubagaimanapun, itu hanyalah ramalan lama. Tiada sesiapa yang mengakui kebenarannya. Semenjak Raja Aryan memerintah Amariya, segala ilmu ramalan tentang masa depan tidak lagi digunakan. Raja Aryan telah mengharamkan ilmu itu diteruskan dalam pemerintahannya. Malah, sesiapa yang didapati mengamalkan ilmu ramalan akan dihukum dengan hukuman berat. Setelah Raja Amsyar mengambil-alih tampuk pemerintahan, Raja Amsyar juga tidak mahu amalan itu diteruskan lalu ilmu ramalan terus hilang begitu saja. ”

“Kenapa?” Soal Qi, ingin tahu.

“Raja Aryan menganggap, ilmu itu hanya akan membawa kehancuran kepada Amariya. Percaya kepada perkara yang belum sahih kebenarannya, tidakkah itu akan membawa kepada huru-hara? Sebab itu ilmu ramalan tidak lagi dipakai. Tapi...” Syakilla menarik nafas.

“Ada juga yang mengatakan, Raja Aryan takut pada ramalan-ramalan itu. Sebab itu, Raja Aryan mahu ilmu itu dihapuskan. Entahlah. Aku sendiri tidak tahu kebenarannya. Pada aku, itu semua tidak penting.”

Qi teranngguk-angguk. “Jadi, kau tidak percaya kepada ramalan itu?”

“Aku...” Syakilla berfikir seketika. “Aku lebih suka percaya kepada takdir dan ketetapan. Ada sesetengah perkara sudah ditetapkan, awal dan pengakhirannya. Perkara yang kita tidak akan tahu sehinggalah ianya berlaku. Andai ada ramalan yang benar-benar terjadi sekalipun, aku lebih suka menganggap ia hanyalah kebetulan.”
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Qi dh makin berani & berkeyakinan sekarang... Bagus tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2015 06:56 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 19-4-2015 06:57 AM

“Mujur kau sendiri tidak percaya. Jika ianya akan berlaku sekali pun, aku yakin, ramalan itu bukan tentang aku. Mana mungkin, aku boleh menjadi wira, lalu berkahwin dengan bakal pewaris Amariya.”

“Tak mungkin, aku akan berkahwin dengan Arania...” Qi menyambung kata lalu tertawa kecil.

Mendengar Qi menyebut nama puteri itu, terus saja Syakilla terdiam. Perasaan bersalah tiba-tiba saja hadir dalam diri. Arania sudah jatuh hati pada pemuda di hadapannya ini, tetapi dia pula telah ditugaskan untuk menjauhkan Qi dari Arania.

Maafkan aku, Arania. Aku lakukan ini atas arahan ayahanda. Hati berdesis.

Usah berdusta, Syakilla! Kau bukan melakukannya kerana perintah Raja Amsyar. Kau melakukannya kerana kau sendiri mahu menjauhkan pemuda ini dari Arania. Akui saja, kau sudah jatuh hati pada dia.

Bagai ada satu suara lain membentak dalam fikiran. Syakilla memejamkan mata. Sukar sekali untuk mengakui kebenaran.

“Syakilla.”

Teguran itu mematikan suara-suara dalam fikiran. Syakilla membuka mata. Qi sedang kehairanan memandangnya.

“Ada apa yang tidak kena?” Qi bertanya.

“Tidak. Tiada apa-apa.” Syakilla menggeleng pantas. Pandangan segera dihala pada tasik jernih di hadapan. Biarlah dia simpan sendiri tentang itu. Tidak perlu Qi diberitahu.

“Apa khabar, Puteri Arania?” Qi bertanya lagi. Syakilla kembali menoleh ke sebelah.

“Puteri, baik-baik saja. Dia semakin sibuk dengan perihal Amariya. Mempelajari tentang selok-belok pemerintahan. Aku juga sudah lama tidak menghabiskan masa dengannya.”  Jawab Syakilla.

“Puteri rindu hendak bertemu denganmu, kau tahu?” Syakilla berkata lagi. Itu adalah kebenaran yang tidak mampu dia sangkal.

“Sudah lama, aku tidak bertemu dengan Puteri.” Qi tersenyum nipis.

“Ah...jadi, kau juga rindukan dia?” Syakilla berseloroh.

“Sedikit.” Qi turut tersenyum. “Tapi aku lebih rindu, jika sehari tidak dapat bertemu denganmu.”

Senyuman di bibir Syakilla pudar sedikit demi sedikit. Terasa wajahnya hangat, kian lama kian membahang. Tidak mampu memandang Qi lebih lama, dia terus memandang ke hadapan.  

“Syakilla...”

“Iya?”

“Bagaimana denganmu?”

“Bagaimana dengan aku? Apa maksudmu?”

“Kau...tak rindu kat aku ke?” Qi tersengih sendiri.

Syakilla merenung Qi. Sedaya-upaya menahan senyuman dari terukir pada bibir.

“Ah, malas aku mahu melayan kerenahmu.” Soalan Qi dibiarkan saja. Terus saja Syakilla bangun dari duduknya. Busur dan panah yang terletak di sebelah turut dicapai lalu Qi ditinggalkan.

“Syakilla. Tunggu.” Laung Qi, turut bangun dari duduknya. Langkah Syakilla diekori hingga akhirnya, dia berjalan seiring.

“Syakilla...” Panggil Qi namun gadis itu tak menyahut. Qi menjeling ke wajah itu. Biasan senyuman yang terpamer di bibir Syakilla membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 06:58 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 19-4-2015 06:49 AM
Wah! Qi dh makin berani & berkeyakinan sekarang... Bagus tu...

Salam Zam. Good morning.

Nah, I belanja kopi ...



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 07:25 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 19-4-2015 06:56 AM
“Mujur kau sendiri tidak percaya. Jika ianya akan berlaku sekali pun, aku yakin, ramalan itu bukan ...

wah...Qi nak luahkan perasaan tu..
scene ni aku teringat citer seniman bujang lapuk...


















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 07:29 AM | Show all posts
Mereka terus berjalan sehingga sampai ke satu kawasan agak lapang. Syakilla meneruskan langkah sehingga tiba pada sepohon pokok yang tinggi, besar dan rimbun. Kakinya terhenti di situ. Pokok itu dipandang lama. Qi hanya memandang tingkah-laku Syakilla tanpa kata walau mindanya penuh dengan tanda-tanya.

“Dulu, aku selalu menjadikan pohon ini sebagai sasaran untuk berlatih memanah.” Lubang-lubang yang terdapat pada pohon itu, Syakilla usap dengan tangan. Kesan dari anak panah miliknya.  

“Oh...” Qi terangguk-angguk. “Seumur hidup aku, tidak pernah sekali pun aku memanah.”

“Apa benar?” Soal Syakilla. Qi mengangguk lagi.

“Aku langsung tidak pandai menggunakan senjata. Baik panah, pedang atau keris, aku tidak pernah menggunakannya.” Akui Qi dengan sedikit rasa rendah diri.

“Kau mahu mencuba?” Syakilla bertanya setelah terdiam seketika.

“Cuba apa? Memanah?” Qi membalas dengan soalan. Syakilla mengangguk.

“Boleh ke?” Qi teragak-agak. Syakilla mengangguk lagi.

“Jika kau mahu mencuba, aku sudi mengajarnya...” Tutur Syakilla dengan senyuman.

“Okay...” Masih teragak-agak tapi Qi memberikan persetujuan.

“Marilah.” Syakilla bergerak menjauhi pohon rimbun. Qi menuruti. Lebih kurang sepuluh langkah, Syakilla pun berhenti.

“Nah.” Busur dan anak panah dihulurkan pada Qi lalu disambut.

“Memasukkan anak panah ini pada busur.” Sambil berkata, Syakilla menunjukkan caranya.

“Pastikan jarimu memegang anak panah dengan betul. Longgarkan sedikit genggamanmu.” Dengan sabar, Syakilla mengajar, satu demi satu. Qi yang tidak tahu
apa-apa, menurut saja suruhan Syakilla.

“Baik, begitulah.” Syakilla nampak agak berpuas hati dengan Qi.  

“Sekarang, sasarkan pada pohon itu.” Telunjuk Syakilla mengarah ke depan. “Lihat dengan tepat.”

“Tarik tali panah itu sepenuhnya.”

Qi mengikut arahan. Matanya tepat memandang ke depan.

“Lepaskan apabila kau sudah bersedia.”

Qi angguk. Dengan kiraan tiga, anak panah terus dilepaskan.

“Arrghh...”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069320 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list