CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3489|Reply: 15

Kitorang kawan je lah!!

[Copy link]
Post time 20-9-2014 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua!
Macam ni... aku ada seorang kawan lelaki ni.  Aku baru je rapat dengan dia dalam lima bulan macam tu.  Aku rasa serasi la dengan dia, lawak bodoh dia masok la dengan aku.  Dia pun bukan single lagi, dah ada makwe tapi bukan area sini. Tapi masalahnya, sekarang semua kawan-kawan kitorang dah pandang kitorang pelik as if kitorang ada something special.  Tapi, memang tak ada pun...  Aku jarang lepak dengan dia, bukan nye tiap masa duduk dengan dia.  Tak pernah keluar sama-sama.  Cuma kalau keluar asyik nak terserempak je.  Dia tak plan dan aku pun tak plan, ok? Setakat borak duduk sama sekali 2 seminggu macam tu je la.  Tu pun tak sampai setengah jam pun.  15 minit ada la kot.  Kawan-kawan kitorang dah mula buat gosip dah.... Jumpa aku je tanya mana dia... Kalau terserempak kat mana-mana sibuk nak usik-usik. Aku pernah cakap jangan la buat macam tu, tapi sama je. Kawan dia pun macam tu. Aku pernah nampak dia pukul-pukul kawan dia sebab sibuk mengusik (tak de la pukul serius, pukul geram je). Sampai aku dah mula rasa awkward nak cakap dengan dia kena tengok kiri kanan dulu.  Dari layanan dia, aku yakin yang kitorang sama-sama tak rasa ke arah tu pun, cuma kawan je.  Sekarang aku dah mula rasa tak selesa sebab kawan-kawan aku yang alim pula dah terlibat sekali. Kalau aku main phone, diorang tengok aku dengan pandangan mencurigakan tanya aku msj siapa, macam nak cakap yang 'kau mesej dia eh?'. Lepas tu kalau aku macam nak pergi mana-mana pun ajak diorang, diorang akan pandang lagi tanya dengan nada macam tu lah 'kau malu-malu ngan sapa nih?'. Hari tu aku macam tak de mood nak makan, diorang tanya 'kau diet untuk siapa nih?' dengan pandangan mencurigakan yang serius yang macam ancaman macam tu. Kawan-kawan aku yang tak berapa nak alim pulak asyik-asyik usik-usik publicly. Aku dah rasa nak menjerit nih, 'KITORANG KAWAN JE LAH!!!!!!!!' penat nak explain dah. Bila aku tanya kenapa dia?? Diorang cakap ada aura pelik bila aku dengan dia. Aku takut satu je... Dengan usikan2 macam ni, aku takut aku TERsuka kat dia which is the worst case la sebab aku tahu dia ada makwe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 11:37 PM | Show all posts
pernah juga la mengalami masalah macamnie . kawan je yg lain dok terhegeh kat special la apa la . last2 dua dah tak bertegur sebab banyak sangat orang usik . puas hati korang memutuskan silaturahim .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 11:39 PM | Show all posts
Malikmalika posted on 20-9-2014 11:37 PM
pernah juga la mengalami masalah macamnie . kawan je yg lain dok terhegeh kat special la apa la . la ...

Saya pun tengah fikir benda yang sama. Dia memang kawan yang baik susah nak cari kawan macam dia tapi benda-benda macam ni buat saya rasa risau nak dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Umo ko brape? Cam cite budak2 belasan je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 05:40 PM | Show all posts
cekgihani posted on 21-9-2014 05:17 PM
Umo ko brape? Cam cite budak2 belasan je

Komen tipikal dalam forum ni. Bukan budak belasan. Umur dah boleh kahwin tapi hidup still dipenuhi dengan kawan-kawan yang sangat penyibuk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 08:49 PM | Show all posts
Yelah TS, bukan komen tipikal. Cuma cerita tipikal ni cerita budak2. Ko belajar lagi ke apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 10:30 PM | Show all posts
ladyinwhite posted on 20-9-2014 11:39 PM
Saya pun tengah fikir benda yang sama. Dia memang kawan yang baik susah nak cari kawan macam dia t ...

abaikan orang macam tu . hidup je kita kalau xde kawan nie . hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:17 AM | Show all posts
kesian...
l mean you ada kawan yang sekepala/serasi... tapi...
ada pulak yang busybody and end up jadiklah bahan gosip... diorang takde kerja ke?

aku punya suggestion... kalau orang bahan... buat tak tahu aje...
tak kisahlah yang alim ke... yang tak alik ke...

concern... ada possibility you akan suka kat dia... dan dia berskandal dengan you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 06:20 PM | Show all posts
aku lagi suke berkawan..biler kawan x rasa janggal sgt..leh gurau giler2..x malu sgt..aku lebih suka mulakan sesuatu dgn berkawan..tp kalo serasi carryon sbg couple..dont rush2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:30 PM | Show all posts
dah TT pun kata kawan je kan. so kawan je lah. perlu ke ko nak amik hati kalau org dok buat gosip berteka teki bagai. lagi ko deny lagi la diorg tu suka nak mengusik. unless ko memang ada hati kat mamat tu. tu yg ko amik serius setiap usikan diorg rilek2 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 03:50 PM | Show all posts
ape kata tt bg alasan sebnanya tt minat kat kawan mamat tue..... so kan dah bertuka topic, dari asyik kena bhn dgn kwn2 mesti lps nie diorg nak tau siapa lelaki misteri yg tt minat tue... (walau hanya rekaan)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 10:19 PM | Show all posts
lelaki dan perempuan xder istilah KAWAN...secara lahiriah lelaki dan perempuan dijadikan utk PROCREATE with each other @ Mengawan.

Istilah Berkawan cuma akan wujud bila kedua-duanya saling sharing fizikal and mental..if you know what I mean.
Last edited by AadiGoth on 27-9-2014 10:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:52 AM | Show all posts
AadiGoth posted on 27-9-2014 10:19 PM
lelaki dan perempuan xder istilah KAWAN...secara lahiriah lelaki dan perempuan dijadikan utk PROCREA ...

Yap..aku setuju dgn yg nie..
Mungkin ada yg xsetuju tp itu la hakikat. Lelaki dan perempuan xde istilah KAWAN.




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 12:18 PM | Show all posts
lelaki dan perempuan mmg susah nak berkawan baik. kalau terlalu rapat maybe dua2 xperasaan ada saing suka even lelaki tu ada gf
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 05:51 PM | Show all posts


aku penah kenal ade budak pompuan sorang  ni.  asyik nak rapat  je ngan aku aku pun layan la die sebab aku tengok die macam sunyi. terus terus die citer kat smue orang aku BF die
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 10:48 AM | Show all posts
Buat pe kwn rpt dgn lelaki.kn dah kna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 18230 Replies : 50
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 38122 Replies : 1400
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
YgBenarKereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas
Views : 74883 Replies : 39
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 31043 Replies : 45
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 6152 Replies : 219
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 28628 Replies : 18
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 30800 Replies : 33
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 239600 Replies : 1384

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058508 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list