CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5232|Reply: 12

[Dunia] Sami Buddha disebalik kemenangan Leicester

[Copy link]
Post time 24-9-2014 11:43 PM | Show all posts |Read mode
               
                                
Beberapa sami buddha dilihat berada di bilik persalinan Leicester City sebelum pasukan itu memalukan Manchester United, Ahad lalu.
   
   
        LAPORAN terbaru ini mungkin memberi sedikit jawapan kepada ‘keajaiban’ kelab Leicester City memalukan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.
Menurut media British, sebelum perlawanan bermula pemain kelab itu mendapat restu daripada sami Buddha di bilik persalinan.

Pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, menerbangkan sekumpulan sami Buddha dari negara asalnya, Thailand khusus untuk mendapatkan bantuan ‘tangan ghaib’ bagi mengatasi lawan.


Sumber berkata, kejadian Ahad lalu itu bukanlah yang pertama kali kerana Vichai sudah mengimport sami tersebut beberapa kali sebelum ini.

Ia mungkin dapat memberi sedikit pencerahan kepada prestasi membanggakan anak buah Nigel Pearson setakat ini.



Ketika menentang MU di Stadium King Power, Leicester City mengaibkan kelab elit itu 5 -3 walaupun pada suatu ketika tertinggal 1- 3.

Kemenangan itu membawa Leicester ke kedudukan kelapan liga.

Dua perlawanan sebelumnya juga menunjukkan kelab milik Vichai tidak tercicir mata kerana seri dengan Arsenal dan Everton.

Sementara itu seorang daripada penjaring gol dalam perlawanan menentang MU, David Nugent berkata, dia berharap dapat melihat kehadiran sami itu lebih kerap pada masa depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 11:49 PM | Show all posts


tak pe tok boleh lawan sami-sami ni..

jgn bimbang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 11:51 PM | Show all posts
yahudi kalah lawan buddha
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:03 AM | Show all posts
Apa ni bomoh2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:07 AM | Show all posts
fifa ada larang penggunaan sami/bomoh x? kot la kna revise blk akta ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
len kali Vincent Tan boleh bawak Sami Tao dan Tony Fernandes bawak Sami Hindu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 01:11 AM | Show all posts
Adakah kalau kita bawa bomoh masa lawan German, kita akan menang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:13 AM | Show all posts
br aku tau lester city kepunyaan org siam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 11:30 AM | Show all posts
main sukan dan bomoh berpisah teda
omputeh yg kunon x percaya hantu pun main2 bomoh jugak
Lepas ni jangan terkejut beruk kalau

dibeli oleh MU.
Hanya Bomoh Melayu sahaja yg bley lawan sama sami
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:40 AM | Show all posts
Bomoh melayu tau memantat jer.....
bab bab sebegini harammmmm jek....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:40 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 25-9-2014 01:11 AM
Adakah kalau kita bawa bomoh masa lawan German, kita akan menang?

itu bergantunglah kepada medium bahasa yg digunapakai oleh tok bomoh. kalu guna BM, lambat berkesan dan susah nak kasik player Jarmang x nampak gol post dan sepak tak kena, lari berat macam ada batu kat kaki. kalu guna bahasa Jarmang, mungkin Jarmang kalah besar.
tak lama lagi mungkin akan ada World Cup Sports of Witches. Semua tok bomoh International dijemput bermain. Agak2 negara mana akan menang banyak pingat emas ?

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:02 PM | Show all posts
sami dipanggil untuk mengalahkan kelab setan merah. tahniah. good have beat the evil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 05:40 PM | Show all posts
tanpa sebarang selindung pun!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.969553 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list