CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
Post time 15-12-2014 12:19 PM | Show all posts
geramnya kat linda tu...
bila lah nak dapat balasan dah lah curang pada suami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 07:11 PM | Show all posts
wahhhhh....romantiknya....jeles cegitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Zara bangkit dari katil dan mencapai tuala merah jambu yang tersidai di sudut bilik itu. Langkahnya diatur pula ke bilik air untuk mandi. Mungkin tubuhnya akan lebih cergas selepas mandi.

Beberapa minit kemudian, Zara menuju ke almari dan memilih baju yang hendak dipakai. Sehelai t-shirt nipis berwarna biru langit dipadankan di tubuhnya.

Baju yang dipakai kelihatan agak sendat sedikit. Ini membuatkan Zara tergerak untuk melihat penampilannya didalam cermin. Perutnya yang sedikit buncit membuatkan t-shirt itu kelihatan sedikit terangkat dan tak dapat menutup sebahagian dari tubuh Zara.

Zara tersenyum puas. Tangannya terus diletakkan di perut.

"Akhirnya apa yang aku idamkan selama ni jadi kenyataan" bisik Zara sendirian. Sejak dia bersetuju untuk bernikah, dia sudah tidak sabar untuk melalui detik-detik terindah sebagai bakal ibu.


Fokus Zafril tidak lagi pada televisyen sebaik saja anak matanya menangkap kelibat Zara yang sedang menuruni tangga.

Zafril bingkas bangun dan terus mendapatkan Zara di tangga.

"Sayang..abang banyak kali pesan kan..kalau nak ke bawah panggil abang dulu.." bebel Zafril seperti biasa setiap kali Zara menuruni tangga bersendirian. Apa yang telah terjadi membuatkan Zafril lebih berhati-hati dengan keselamatan Zara.

Zara tersengih sambil membuat gerak tangan mengajuk semula apa yang suaminya baru katakan sebentar tadi.

" Leka sangat orang tu tengok tv..sayang taknak ganggu abang" jawab Zara sambil tersengih.

Sempat Zafril menilik tubuh Zara di hadapannya. Dari atas sampai ke bawah. Penampilan Zara pada malam ini yang menampakkan jelas perubahan pada bahagian perut membuatkan Zafril tertarik.

Zara yang perasan gelagat suaminya itu terus menegur.

"Abang dah kenapa tengok sayang atas bawah ni?"

Zafril tertawa perlahan. Jari telunjuknya terus menuding ke arah perut si isteri.

Zara lekas mencuba untuk menutup bahagian yang terdedah dengan menarik bajunya berkali-kali. Entah kenapa tiba-tiba malu pula dengan Zafril kerana bajunya yang agak sendat dan tubuhnya agak terdedah.

Zafril tertawa lagi sekali. Perbuatannya itu mengundang satu tumbukan lembut milik Zara ke perutnya.

"Aduh! Sakitlah sayang" ujar Zafril mengerang kesakita. Padu jugak tumbukan bini aku ni ! Haha.

Zara mencebik. Dia membelakangkan Zafril tanda merajuk.

Zafril terus merangkul tubuh isterinya itu dan berjalan ke arah sofa.

"Sexy dengan abang takpe sayang.." ujar Zafril sebaik saja mereka melabuhkan punggung di atas sofa. Sengaja dia mengenakan isterinya itu.

Wajah Zara berubah menjadi merah. Nasib baik tinggal aku berdua je dengan dia, gatal pulak laki aku malam ni.

"Baju dah banyak yang tak muat abang.." rengek Zara manja. Niat nak merajuk tidak menjadi apabila dia melihat wajah suaminya itu.

"Alalala..nanti kita shopping baju untuk ibu mengandung..nanti selesa sikit isteri abang ni kan" balas Zafril lembut. Tak sangka cepat juga kandungan isterinya itu membesar. Entah apa agaknya jantina anaknya yang bakal lahir nanti.

Automatik bibir Zara menguntumkan senyuman apabila mendengar perkataan shopping dari mulut suaminya itu. Setiap perempuan akan suka bila mendengar perkataan itu lebih-lebih lagi keluar dari mulut lelaki yang bernama suami.

Zara meletakkan kepalanya di atas riba lelaki itu. Wajah Zafril ditenung sedalam dalamnya. Alangkah indahnya jika lelaki ini milik dia seorang. Dia membayangkan keadaan jika Linda tidak wujud dalam rumah tangga mereka berdua. Pasti hidup dia berasa tenang dan sentiasa bahagia tanpa gangguan orang ketiga.

"Sayang fikir apa tu?"

Suara Zafril memecah kesunyian antara mereka berdua. Wajah Zara tepat direnungnya.

"Takde apa-apa abang" Zara berdalih. Takut Zafril tidak akan selesa apabila nama Linda disebut. Mungkin marah Zafril belum hilang lagi sejak dari kejadian hari itu.

"Yelah tu sayang..bukannya abang.."

Belum sempat ayat dapat dihabiskan, telefon Zafril berdering.

Zara melemparkan pandangannya kepada televisyen sementara Zafril menjawab panggilan telefon. Drama slot samarinda yang ditayangkan menarik perhatiannya. Kisah cinta antara orang miskin dan orang kaya yang dihalang keluarga.

"Sayang !"

"Papa and mama..accident.." ujar Zafril lemah. Jelas terbit kerisauan di wajah lelaki itu.

Tanpa berlengah lagi, Zafril ke bilik tidur mereka untuk mengambil wallet, handbag Zara serta sehelai cardigan hitam. Sementara Zara menyarung cardigan itu di badannya, Zafril lekas mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding. Tak lama selepas itu, kereta milik Zafril meluncur laju menuju ke hospital di mana kedua ibu bapanya ditempatkan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Selesai menjamu selera, Imran membawa teman wanitanya, Linda ke tasik untuk mengambil angin malam. Mereka berdua beriringan berjalan menuju ke sebuah pondok yang terletak berhampiran tasik.

"Sayang..muka you ketat sangat tu..dari tadi lagi I tengok" Imran memulakan perbualan. Sejak petang tadi sewaktu dia mengambil Linda di rumah Datuk Amar, dia perasan gelagat wanita itu dalam keadaan tidak seperti biasa.

" Baby, macam mana I nak rasa okay sedangkan laki I nampak apa yang I cuba buat pada Zara.."

Perkara itu masih lagi bermain dalam ingatan Linda. Rancangannya gagal dab apa yang memburukkan keadaan, Zafril mengetahui apa yang dia cuba lakukan tadi. Pasti lelaki itu sangat marah dan semakin sukar untuknya mendekati Zafril.

Nanti-nanti lah kita fikir apa yang you patut buat lepas ini..sekarang time untuk I..tak syok lah kalau you asyik masam muka je" balas Imran pula. Dia malas hendak berfikir tentang hal lain. Dia cuma mahu berdampingan selalu dengan Linda.

Linda menzahirkan senyuman yang terpaksa. Mungkin benar kata lelaki itu. Buat masa ini dia perlu relax dan tidak terlalu berfikir.

"Lagi satu sayang..tak elok tau you masam muka nanti kesian anak I dalam perut you tu" Imran bersuara lagi sambil tersengih. Dia terasa seperti dia yang membuatkan perempuan itu bunting kerana hampir setiap malam mereka bersama sejak dari perkenalan mereka di kelab malam sebulan yang lalu.


Linda tergelak seketika.

"You ni baby kadang-kadang selalu perasan kan?" Linda bersuara. Jauh di sudut hati dia teringin mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Zafril.

"Emm macam boring la sayang. Kita pegi dance kat kelab malam or anywhere else?" Imran mencadang. Bosan pula dia dengan suasana di tasik itu.

" I macam malas nak pergi kelab malam..opps bukan malas, tapi you tengoklah I jalan pun dah agak mengah ni kan pula nak menari"

"Okay kalau macam tu let's go to hotel then !" ujar Imran sambil mengusap lembut perut Linda berkali-kali.

Pelawaan Imran tadi disambut baik oleh Linda. Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua bertandang di mana-mana hotel yang mereka mahu setiap malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 15-12-2014 12:19 PM
geramnya kat linda tu...
bila lah nak dapat balasan dah lah curang pada suami...

Ish ish ish teruk kan perangai si linda ni ~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 15-12-2014 07:11 PM
wahhhhh....romantiknya....jeles cegitu....

Kite yang menulis ni pun terasa di awang awangan haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2014 09:50 AM | Show all posts
selamat pagi semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Zara mengeratkan lagi genggaman tangannya bersama Zafril selepas hampir beberapa setengah jam mereka berdua menunggu di ruang kecemasan hospital itu.

Bibir lelaki itu tidak berhenti mengutuskan doa supaya kedua ibu bapanya terselamat. Berita yang baru diterimanya tadi benar-benar mengejutkan. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu bagawa kemalangan itu berlaku tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

"InsyaAllah abang..mama and papa akan okay" Zara bersuara perlahan. Cuba untuk menenangkan suaminya.

Zafril cuma mengangguk perlahan. Tiada suara yang mampu dikeluarkan. Fikirannya agak bercelaru saat ini.


Seorang doktor lelaki melayu keluar dari bilik kecemasan. Dia berjalan menghampiri pasangan suami isteri itu.

"Papa saya mama saya macam mana doktor?" Soal Zafril bertubi-tubi. Dia memandang wajah lelaki yang bergelar doktor itu dengan penuh harapan.

" Alhamdulillah Datin selamat..tapi kemungkinan besar dia akan lumpuh"

Kata-kata doktor itu membuatkan Zafril tunduk. Jauh di sudut hati dia masih bersyukur mama masih hidup.

"Papa?" soal Zafril semula apabila doktor itu masih belum menerangkan keadaan Datuk Amar.

"Allah lebih sayangkan dia. Saya harap encik bersabar"

Air mata Zara bergenang. Dia menoleh ke arah Zafril yang sudah tertuduk apabila mendengar penjelasan doktor itu.

Zafril terus memeluk tubuh Zara. Air matanya juga tanpa dipinta laju mengalir. Tanpa diduga Datuk Amar telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Zara membalas pelukan suaminya. Dia memahami betapa peritnya apabila orang yang kita sayang sudah tidak lagi bernyawa. Lebih memilukan hatinya apabila teringatkan bapa mertuanya tak sempat mengenal anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi itu, Linda pulang ke rumah Datin Azizah. Bukan masa yang sesuai untuk dia balik ke pangkuan Zafril. Biarlah marah lelaki itu kepada dirinya reda terlebih dahulu.

Kandungan yang sudah memasuki usia tujuh bulan itu membuatkan Linda cepat penat. Malas hendak mengatur langkah menaiki tangga, dia terus duduk di ruang tamu. Wajah Zafril terus dibayangkan.

Rindunya I pada you Zaf, getus Linda dalam hati. Bila lah agaknya lelaki itu akan tunduk kepadanya dan meninggalkan Zara.

Datin Azizah beredar dari tingkap biliknya dan berjalan keluar. Seseorang yang sudah pasti bukan menantunya telah menghantar Linda pulang. Nampak begitu mesra antara mereka berdua. Dia harus mendapatkan  kepastian dari anak tunggal kesayangannya itu.

"Siapa hantar you tadi hah?" tegur Datin Azizah sebaik saja dia berada di ruang tamu. Suaranya kedengaran agak keras.

"Kawan I lah mummy..pagi-pagi lagi dah garang mummy I ni" jawab Linda. Dia tertawa seketika apabila melihat muka Datin Azizah yang serius.

"Atau boyfriend you?" Datin Azizah menyoal lagi. Kali ini matanya dijegilkan tepat kepada Linda.

Linda tergelak lagi. Kali ni agak kuat ketawanya dihamburkan.

"Why mummy..is it wrong for me to have boyfriend"

"Kalau Zaf tahu you curang dengan dia..mati lah you..mummy tak boleh nak buat apa time tu" balas Datin Azizah kasar. Marah dengan tindakan anaknya yang terlalu mengikut perasaan.

"Relax lah mummy. I tahu apa yang I patut buat" balas Linda selamba. Keyakinan terhadap kisah curangnya tidak akan terbongkar diletakkan terlalu tinggi.

Datin Azizah hanya menggeleng. Jika semua ini terbongkar, sia-sia saja usahanya menyatukan Linda dengan Zafril.

Linda bingkas bangun. Handbag di atas meja dicapai. Dia mula mengatur langkah untuk naik ke biliknya.

"Linda naik atas dulu ye mummy" Linda berlalu meninggalkan Datin Azizah. Malas hendak bertengkar dengan wanita tua itu.

"Aduh!"

"Mummy ! Mummy !"

Datin Azizah menoleh ke arah Linda sebaik mendengar namanya dipanggil. Kelihatan Linda sedang memegang perutnya yang sedang sarat. Ada beberapa titisan darah kelihatan di atas lantai.

"Mummy tolong I. Sa..sakit...sangat" Linda mengerang kesakitan. Dia berpaut pada pemegang tangga sebelum jatuh terduduk.

"Linda! Kenapa dengan you ni?"

Datin Azizah segera mendapatkan anaknya itu. Dia mula cemas apabila melihat cecair merah yang sudah keluar meleleh membasahi kaki Linda.

"I..I tak tahu..tiba-tiba perut I ni sakit.." ujar Linda tercungap-cungap. Kesakitan di perutnya semakin bertambah. Pandangannya semakin kelam dan akhirnya dia pitam.

"Linda!!!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 16-12-2014 09:50 AM
selamat pagi semua...

Selamat petang ;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya zara pregnant... Linda keguguran kna cerai x mgn laki dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:44 AM | Show all posts
Tak suka Linda. Tapi tak suka Zara jugak. Awat lembik sangaaattttt?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Linda tersedar. Dia cuba menggerakkan tubuhnya namun kesakitan di bahagian perut masih terasa. Dia dapat merasakan ada perubahan sudah berlaku.

Datin Azizah masuk ke dalam wad bersama seorang doktor. Lega bila dia melihat anak tunggalnya itu sudah sedar dari pengsan.

"Kami dah cuba sedaya upaya. Kandungan puan tak dapat diselamatkan" kata doktor yang berbangsa cina itu.

Datin Azizah dan Linda tergamam.

"What?!" soal Linda separuh jerit. Seakan tak percaya aset yang akan digunakan untuk mendapat perhatian Zafril sudah tiada.

"Bahan kimia yang terdapat dalam rokok membuatkan bayi dalam kandungan puan kekurangan oksigen dan kemudiannya mati" doktor itu bersuara lagi. Dia menjelaskan perkara sebenar apabila melihat dua wanita itu masih tertanya-tanya.

Penjelasan doktor membuatkan Datin Azizah terkejut. Dia menyangka Linda menjaga kandungannya dengan baik.

"You merokok time pregnant?? You tak tau ke benda tu boleh membahayakan baby?" bentak Datin Azizah. Dia tidak menghiraukan lagi kewujudan doktor di sebelahnya.

Doktor cina itu meminta diri apabila merasakan dia tak seharusnya berada dalam wad itu lagi. Memberi ruang kepada dua beranak itu untuk berbincang.

Linda mengeluh panjang. Menyesal dengan tindakannya yang sebelum ini tidak berfikir terlebih dahulu.

Datin Azizah mencebik. Walaupun dia tahu Linda sekarang sedang dalam kesakitan, namun kemarahannya terhadap tindakan bodoh anaknya itu tidak dapat dibendung.

"Sia-sia saja usaha you selama ini" ujar Datin Azizah sebelum keluar meninggalkan Linda berseorangan. Jauh di sudut hati dia berasa sedih kerana bakal cucu yang akan lahir tidak lama lagi sudah tiada. Dia juga seperti orang lain. Teringin bermain dengan cucu di usia seperti ini.

Linda kesal. Betul kata mummynya. Sia-sia saja usahanya selama ini. Selepas ini bagaimana dia mahu mendapatkan Zafril jika waktu dia mengandung lelaki itu tak pernah ambil berat tentang dirinya.

Bahagian perutnya terasa ngilu. Kesakitan itu membuatkan Linda terlelap. Dia tak mampu berfikir apa-apa setakat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiga hari berlalu, Datuk Amar sudah selamat dikebumikan dan kenduri tahlil telah pun dilaksanakan dengan sempurna. Datin Sofea juga jika sudah stabil dibenarkan untuk pulang.

Sandwich dan teh panas terhidang di atas meja. Zara terus mengatur langkah ke bilik tidur sebaik saja sarapan ringkas disiapkan.

Langkah Zara terhenti apabila melihat suaminya sedang berada di balkoni. Lelaki itu masih lagi bersedih dengan pemergian bapanya.

Perut yang semakin buncit diusap lembut. Sejak bapa mertuanya itu meninggal, Zafril tidak menghiraukan keadaan sekeliling termasuklah Zara. Dia merindui saat dimana Zafril akan membelai perutnya apabila tiba waktu pagi setiap hari. Namun kini suaminya itu asyik termenung dan mendiamkan diri.

"Abang..." panggil Zara lembut. Tubuh Zafril dihampiri.

Tiada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Zara cuba bersabar. Dia faham keadaan Zafril yang masih belum menerima ketiadaan Datuk Amar.

"Abang..kita breakfast nak? Sayang dah siapkan teh favourite abang tu..kejap lagi kita nak pergi hospital ambil mama kan?" pujuk Zara .

Senyap. Zafril nasih lagi berdiam.

"Aba..."

Zara menekup mulutnya. Dia bergegas ke bilik air. Isi perutnya terus dimuntahkan ke sinki.

Zafril tersedar dari lamunannya. Dia terus berlari ke bilik air dan mendapatkan Zara.

Zara muntah lagi. Tekaknya sangat loya ketika ini. Dia merasakan belakang badannya diurut lembut.

"Sayang, you are not okay. Kita pergi klinik sayang" Zafril bersuara apabila Zara menoleh ke arahnya.

Bibir Zara mula menguntumkan senyuman. Walaupun terseksa dengan keadaan dirinya, dia bersyukur kerana Zafril kembali mengambil berat tentang dirinya.

"Abang mintak maaf..selama ni abang terlalu ikutkan perasaan" Zafril bersuara lagi.  Dia sedar dia terlalu beremosi sehingga isterinya yang sedang mengandung dibiarkan.

Kata-kata Zafril membuatkan Zara terus memeluk erat lelaki di hadapannya. Terbit rasa bersalah apabila melihat reaksi isteri kesayangannya itu.

"Sayang rindukan abang...sayang perlukan abang" kata Zara sebaik saja pelukan dileraikan. Air matanya berlinangan laju.

Zafril sebak. Semenjak bapanya pergi, dia tak menghiraukan langsung orang sekelilingnya. Dia lupa akan tanggungjawab yang dia pikul.

"Abang promise..abang takkan biarkan sayang lagi. Abang sayang isteri abang ni"

Zafril memeluk Zara sekali lagi. Dia harus kuat. Hidupnya perlu diteruskan. Dia pasti papanya juga tidak mahu melihat dia dalam keadaan begini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-12-2014 07:49 PM
akhirnya zara pregnant... Linda keguguran kna cerai x mgn laki dia?

Balasan untuk Linda yang jahat haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 07:44 AM
Tak suka Linda. Tapi tak suka Zara jugak. Awat lembik sangaaattttt?

Alaaaa suka lah salah sorang hihii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 09:56 AM | Show all posts
bilalah tembelang LINDA nak terbongkar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat sikit sangat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara menunggu suaminya bersiap, Zara duduk di ruang tamu bertemankan telefon bimbit. Dia menatap semula gambar-gambar bersama Zafril yang terkandung dalam telefon itu sekadar untuk mengisi masa yang ada.

Loceng yang berbunyi membuatkan Zara terus bergegas ke pintu untuk melihat tetamu yang datang. Kelihatan Datin Azizah bersama Linda sudah tercegat di muka pintu.

"Eh Datin..Linda..jemput masuk"

Zara cepat-cepat menegur sebaik saja melihat muka Datin Azizah yang agak bengis. Matanya sempat menangkap keadaan Linda yang agak mengejutkan. Perempuan muda itu tidak lagi mengandung.

"Laki kau mana? " soal Datin Azizah kasar. Dia menjeling Zara yang berdiri di hadapannya. Kandungan Zara sudah mula kelihatan dan agak besar. Mungkin sudah menjangkau usia enam bulan barangkali, teka Datin Azizah sendiri.

Belum sempat Zara menjawab, kelihatan Zafril sudah turun ke bahagian bawah. Lelaki itu agak terkejut dengan kehadiran dua beranak itu.

" Selama ni I bersabar je dengan perangai tak endah you ni..tapi bila anak I keguguran you langsung tak ambil kisah " Datin Azizah melampiaskan rasa marahnya tanpa memberi peluang Zafril untuk bersuara.

Zara tergamam. Tak tahu pula madunya itu sudah keguguran. Sangkanya sebelum ini mungkin Linda sudah selamat melahirkan anak.

Zafril tidak terkesan dengan kata-kata wanita tua itu. Apa yang pernah Linda lakukan sebelum ini menyebabkan dia malas untuk mengambil tahu tentang perempuan itu lagi.

Linda hanya mendiamkan diri. Dia sedar semua yang berlaku berpunca dari dirinya. Silap dia kerana tidak menjaga anak dalam kandungannya sebelum ini.

"Mummy..papa Zaf meninggal..mama lumpuh..ada mummy ambil tahu semua tu? Malam tu lagi Zaf dah mesej pada Linda tentang keadaan mama dan papa..Linda hanya tahu berseronok dengan jantan lain !" Zafril menghamburkan semuanya. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai Linda.

Datin Azizah terdiam. Sungguh dia tidak tahu keadaan besannya itu. Malu terasa apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

"You tahu mertua you accident?" Soal Datin Azizah kepada Linda. Matanya tepat memandang wajah anaknya mencari kepastian.

Linda mengangguk selamba. Apa yang terjadi kepada orang tua Zafril bukan suatu yang penting pada dirinya.

"Ala mummy..I takde masa lah nak pergi jenguk orang tua Zaf..lagipun mertua I je pun..bukan orang tua I yang betul" balas Linda tanpa rasa bersalah. Perangainya masih belum berubah walaupun sedang dilanda musibah.

Zafril tidak dapat bersabar. Tangannya terus melempang wajah isteri keduanya itu. Kedengaran sungguh biadab kata-kata yang keluar dari mulut Linda.

"Kenapa you lempang I Zaf?" rengek Linda menahan kesakitan.

"I ceraikan kan you Nurlinda dengan talak satu" lafaz Zafril tanpa ragu-ragu. Perkahwinan dia dan perempuan itu tak sepatutnya terjadi.

"Whatttttt???" Linda menjerit.

Zara terus memandang wajah Zafril yang kelihatan agak marah ketika melafazkan cerai kepada madunya. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan tak mahu mengambil campur dalam urusan ini. Biarlah Zafril yang bertindak.

Datin Azizah kelu. Kedatangannya hari ini berakhir dengan penceraian antara Zafril dan anaknya. Tak mahu berada lama disitu setelah dimalukan, Datin Azizah menarik kasar lengan Linda dan terus mengatur langkah keluar dari rumah itu.

"Sampai hati you Zaf..you ingat..you and Zara takkan bahagia. I dendam dengan you berdua" sempat Linda menjerit ke arah pasangan suami isteri itu. Dendam mula menghasut Linda apabila dirinya telah dicerai Zafril.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
shahrinas posted on 18-12-2014 09:56 AM
bilalah tembelang LINDA nak terbongkar...

Agak2 update kali ni puas hari tak hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.505638 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list