CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3356|Reply: 5

Pencuci mulut luar biasa

[Copy link]
Post time 22-10-2014 01:01 PM | Show all posts |Read mode
  • Azhar menunjukkan betik dalam betik yang ditemui di rumahnya di Bukit Payong, Marang semalam.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


MARANG - Hasrat seorang mekanik untuk menikmati betik yang ditanamnya sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari terbantut setelah mendapati buah tersebut luar biasa.

Azhar Mohamed, 40, dari Bukit Payong, di sini, berkata, ketika betik itu dibelah dua, dia terkejut kerana mendapati  ada sebiji lagi buah betik di dalamnya yang berwarna putih berukuran empat sentimeter panjang berada di dalam buah tersebut.

“Melihat keadaannya yang luar biasa, saya batalkan niat untuk makan betik ini,” katanya.



Katanya, ini adalah kejadian pertama dialaminya selepas menanam pokok tersebut beberapa tahun lalu.

Menurut bapa kepada empat anak ini, pokok betik tersebut ditanamnya di belakang rumah dan tidak menyangka ia akan mengeluarkan buah seperti itu.



“Sehingga semalam, saya masih simpan betik ini di dalam peti sejuk dan tidak berhasrat untuk memakannya kerana buah betik ini memang lain daripada yang lain, malahan biji di dalamnya juga sedikit sahaja.

“Bukan senang dapat buah betik sebegini dan mungkin saya akan menyimpannya,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 01:36 PM | Show all posts
nak simpan sampai bila bang???
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 01:57 PM | Show all posts
membatalkang niat nok makanggggg.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 03:29 PM | Show all posts
banyak je boleh jumpa . mak aku bape kali jumpa letak dalam peti ais lepas sejuk terus makan je .
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:46 AM | Show all posts
epysha posted on 22-10-2014 01:36 PM
nak simpan sampai bila bang???

Rasanya dah buang dalam tong sampah.....

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:26 AM | Show all posts
woww...satu dalam beribu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053692 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list