Pada hari-hari biasa bandar pelabuhan kecil Whitby di Yorkshire sama saja seperti pekan lain tetapi hujung minggu lalu ia berubah imej lebih menyeramkan apabila menjadi tumpuan ribuan golongan Goth, steampunk dan mereka yang meminati gaya ngeri.
Whitby menjadi tempat mereka berhimpun dua kali setahun bagi menyambut budaya Goth dan seram pada Whitby Goth Weekend malah peminatnya turut datang dari seluruh dunia.
Rata-rata peminat datang memakai pakaian dan hiasan paling menggerunkan untuk sambutan lima hari yang menawarkan pelbagai hiburan termasuk muzik, tarian dan peluang membeli-belah.
Festival ini yang bermula pada 1994 adalah yang terbesar seumpamanya. Disebabkan begitu popular, sejak 1997 ia mula diadakan dua kali setahun iaitu pada April serta Oktober serentak dengan Halloween.
Bandar di Yorkshire Utara ini menjadi pilihan kerana di sinilah penulis kisah seram gothik klasik Dracula, Bram Stoker, menghasilkan karya itu.
Malah pelbagai bangunan lama di situ turut menambah kepada aura ngeri yang dirasai termasuk Whitby Abbey yang dikatakan menjadi inspirasi di sebalik istana Dracula dalam kisah itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:01 AM
«»
WHITBY menjadi tumpuan Goth, steampunk dan peminat kisah seram.
WHITBY menjadi tumpuan Goth, steampunk dan peminat kisah seram.
PESERTA festival memilih menaiki kereta mayat dilengkapi keranda ke Whitby.
KOSTUM lelaki ini termasuk motosikal besarnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7778#sthash.Jqre9fC1.dpuf |