CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 13-3-2015 03:09 PM | Show all posts
cik.nana replied at 12-3-2015 05:24 PM
Kisah 28 - Perginya Seorang Anak

Sebelum kahwin, suami dah pernah bagitau aku yg dia ada sorang a ...

utk cik nana....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 05:11 PM | Show all posts
cik.nana replied at 12-3-2015 05:24 PM
Kisah 28 - Perginya Seorang Anak

Sebelum kahwin, suami dah pernah bagitau aku yg dia ada sorang a ...

cik nani. cerita ini memang ngeri.
kasihan bang angah sampai jadi lagu tu jadinya.lepas kejadian dia bersilat diselangi dengan lologan tu ke dia 'tiada' ?

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 06:37 PM | Show all posts
cik nana...sambung la lg....rempit dua hari xhengat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila la sambung lg cik nana. Seram2 pon tp syokk membaca cite cik nana ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 09:11 PM | Show all posts
Maaaaakkkk seramnye citer cik ton
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 01:10 PM | Show all posts
mana la cik nana g ye......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2015 12:15 PM | Show all posts
================
Bang Ngah bersilat tak lama mana malam tu. Tak diduga-duga, Bang Ngah terjun tingkap! Semua orang terkejut sampai tak terkata apa. Suami aku je cepat sikit bertindak, terus turun ke tanah. Bang Ngah dah hilang. Suami aku pusing keliling rumah, cari Bang Ngah. Memang takde. Logiknya, rumah kampung tu tinggi kot. Kalau terjun dari tingkap gitu aje, silap-silap boleh patah kaki. Bang Ngah rilek je terjun, lepas tu hilang. Dah satu hal nak cari Bang Ngah malam-malam buta. Suami aku terus call kawan-kawan sekampung, minta tolong carikan adik dia. Jiran sebelah menyebelah memang tak haraplah nak keluar lepas insiden pontianak tu kan. Kawan-kawan Bang Ngah pun ada juga yg turun sama bila dengar Bang Ngah hilang. Dengan pak mentua aku sekali pi ikut cari.

MIL dah menangis, takut apa-apa tak elok jadi kat anak dia. Dik Ya ajak MIL sama-sama solat hajat, doakan keselamatan Bang Ngah. Sedara-mara mula datang lepas dengar khabar Bang Ngah hilang. Walaupun dah tengah malam, dengan embun dok menitik, suasana rumah MIL masa tu macam ada kenduri. Kebanyakan orang lelaki turun ke tanah, join suami cari Bang Ngah. Orang perempuan duduk di rumah menunggu perkhabaran sambil menemankan MIL dan Dik Ya. Dari tengah malam sampai dah nak masuk Subuh, Bang Ngah langsung tak ditemui. Habis seluruh pelusuk kampung orang mencari, siap ada yg pergi bandar pusing-pusing cari Bang Ngah kat bandar. Memang tak jumpa. MIL dah nak buat report polis siap. FIL ngan suami suruh sabar dulu sementara diorang berikhtiar.

Lepas Subuh tu, however, ada sekumpulan orang kampung bawak balik Bang Ngah. Bang Ngah dijumpai dalam keadaan tak sedarkan diri kat kawasan kubur lama. Ada kesan-kesan lebam kat tubuh Bang Ngah. Menangis pulak MIL tengok keadaan Bang Ngah (masa cerita pun MIL dah mengalir air mata). Bang Ngah demam panas pulak bila dah dibawa balik. Tak siapa tahu macam mana Bang Ngah boleh sampai ke kawasan kubur lama tu. Yang pergi mencari beramai-ramai pun cakap diorang memang takde nampak Bang Ngah awal-awal masa mencari. Mungkin terlepas pandang. Dah siang, baru nampak. Sedara-mara pulak duduk baca Yaasin. Jiran-jiran datang melawat. Bang Ngah memang tak sedarkan diri langsung. Seorang doktor kenalan keluarga dipanggil untuk check Bang Ngah.

Entah camne, doktor tu cakap Bang Ngah dah nazak, kena bawak gi hospital. Kelam-kabut la bawak Bang Ngah gi hospital naik ambulans. Sampai hospital, Bang Ngah sedar. Tapi dia memang lemah tak berdaya dah. Dia tengok je muka MIL lama-lama, tengok muka ayah dia, tengok adik-beradik dia. Lepas tu, Bang Ngah bisik pada ayah, dia nak balik rumah, tak nak duduk hospital. MIL tak bagi. MIL suruh admit jugak. Yelah, doktor dah kata dia dah nazak kan. MIL aku takut gila kot. Jadinya, admit jugak. Terus masuk ICU. Doktor yg kenalan family ni dah tau perangai Bang Ngah bila sampai waktu malam, so dia dah warning la orang-orang kat hospital tu. Diorang ni siap ikat Bang Ngah kat katil hospital. Tapi malam tu, Bang Ngah takde mengamuk ke, nak bersilat apa. Dia antara sedar dan tidak sepanjang masa.

Esoknya, Bang Ngah dipindahkan ke wad biasa sebab doktor kata Bang Ngah dah ok. Dan doktor tak tau Bang Ngah sakit apa lagi. Kena buat test. Siap nak ambil air tulang belakang. Pak mentua aku tak bagi. Dia cakap nak bawak balik Bang Ngah. Dah kalau family berkeras tak bagi, nak buat camne kan. Hospital terpaksa lepaskan Bang Ngah. Bawak balik pulak Bang Ngah ke rumah. Sekali lagi Bang Ngah hanya terbaring di tengah rumah. Balik tu, Bang Ngah panggil abang dia. Suami aku duduk sebelah, dia minta nak salam. Dia minta maaf segala salah dan silap, minta halalkan makan minum dia. Memang menitikla air mata orang yg ada masa tu. Dekat mak ayah dia pun dia buat benda sama. Lepas tu dia ada cakap kat MIL "Ibu jangan dendam siapa pun lepas ni." Camtu. Tersentak MIL dengar Bang Ngah cakap gitu. Lepas tu, Bang Ngah pejam mata. Tidur.

Sebelum masuk waktu Asar, pak mentua aku dok mengaji. MIL dok buat air kat dapur dengan Dik Ya. Suami aku tengah berehat. Bang Ngah tetiba terjaga, bangun sambil memekik "WARRRGHHH!" Terkejut habis seisi rumah. Orang yg duduk di beranda pun terkejut. Siap ada yg terjun tanah sebab takut Bang Ngah mengamuk. Berlari MIL ngan Dik Ya ke depan bila dengar pekikan Bang Ngah. Bang Ngah pulak terus terpa pintu rumah, terjun anak tangga terus ke tanah. Ada sorang orang kampung tu dok bertenggek atas motor dia, kena tolak (pakai kaki) dengan Bang Ngah sampai jatuh tertumus. Bang Ngah lompat naik atas motor dan pecut pergi bawak motor orang. Orang lain ni macam terkesima ke apa tak tau, sampai tak buat apa-apa. MIL dah menjerit-jerit panggil Bang Ngah. Suami aku pun terjun tanah gak, amek motor ayah dia, pecut. Yang bawak motor pakat-pakat pecut la, ikut Bang Ngah.

Terlambat....

Bang Ngah langgar sebuah pokok besar kat kawasan kubur lama. Bang Ngah meninggal dunia on the spot. Suami yg sampai kat Bang Ngah dulu. Pecah kepala Bang Ngah berlanggar dengan pokok. Berdarah-darah. MIL dengar je Bang Ngah meninggal, terus pengsan. Bangun, pengsan. Bangun, pengsan. Gitulah dia sampai Bang Ngah selamat dikebumikan...

=====================

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 12:21 PM | Show all posts
sedihnya cerita Bang Ngah...

dapat jugak baca latest update dari Cik.Nana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 01:18 PM | Show all posts
sedihnya... orang sebaik itu pun ada orang nak nayakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:17 PM | Show all posts
sedihnya... seram pon ada.. dapat tau tak apa sebab atau punca arwah bang ngah tu jd gitu?

kesian pulak yee..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:54 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun....kesian bang ngah. Semoga org yg menganiaya dia terima balasan setimpal, klu dia dianiaya. Moga roh bang ngah tenang bersemadi di sisi sang Pencipta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 05:57 PM | Show all posts
Edited by cik.nana at 17-3-2015 05:58 PM

=========================
Seminggu lepas Bang Ngah meninggal, MIL jatuh sakit. Mula-mula pak mentua aku ingat sakit sebab teringat anak, tapi lama-lama macam pelik pulak. Sebab asal masuk Maghrib je, MIL akan rasa bisa-bisa mencucuk badan, terutamanya kat tapak kaki. Kengkadang, sampai tak boleh nak berjalan. MIL aku ni kerja dia buat karipap untuk hantar kat kedai kopi berdekatan rumah. Bila start sakit-sakit, nak buat karipap pun tak boleh. Pergi hospital, doktor bagi paracetamol dengan painkiller je. Painkiller ni kejap je tahannya. Lama-lama sakit balik. Sakit dia tu sampai menggigil orang tua tu dibuatnya. Dik Ya la yg rajin dok sapu minyak angin bila mari sakit-sakit tu.

Suatu malam tu, Dik Ya dok lipat kain baju sambil tengok TV dengan FIL, dengar orang ketuk pintu kelam-kabut. FIL buka pintu, tergopoh-gapah sepupu suami masuk dalam, sampai jatuh tersungkur tersadung. Dia lekas-lekas suruh FIL tutup pintu. Muka dia pucat lesi, putih. Pelik Dik Ya dengan FIL tengok perangai dia. Sepupu ni rumah dia selang beberapa rumah je dari rumah diorang. Panggil ikut tingkap pun boleh dengar. Dik Ya pun tanyala dengan sepupu tu dah kenapa macam kena kejar hantu. "Memang kena kejar hantu pun!" Ha, amek kau! Terkedu Dik Ya. Kata sepupu tu, dia baru balik minum-minum, masa lalu kat pokok mangga rumah MIL, dia nampak macam kain bergantung. Dia pun turun la nak check. Tak sempat nak pi dekat, 'benda' tu tunjuk diri. Sepupu tu apa lagi, terus lari panjat tangga rumah MIL la.

Kata sepupu, rupanya macam pontianak yg terbang masa Bang Ngah sakit tu. Terdiam FIL ngan Dik Ya. Malam tu sepupu tidur kat situ je. Tak berani nak balik. Malam tu pulak sakit MIL menjadi-jadi, sampai merintih dia kesakitan. Painkiller pun tak jalan dah. Masa MIL merintih kesakitan ni, terdengar la bunyi yg macam sambut dia merintih. Bunyi dia macam "Wuwuwuwuuuuuuuuu...", macam tu la cerita Dik Ya. Bunyi dia slow je, tapi jelas la. Sampai meremang bulu roma dibuatnya bunyi tu. Nak kata bunyi anjing, area tu takde pulak anjing. MIL pulak dah sampai tahap meracau, panggil Bang Ngah. Garu kepala jugakla FIL masa tu. Dah tak tau nak buat apa sangat, FIL pun azan dua tiga kali. Bunyi "Wuwuwu" tu hilang. MIL terus merintih kesakitan sepanjang malam, tak tidur.

Nak dijadikan cerita, esoknya tu, bekas cikgu mengaji FIL datang melawat. Orangnya baru balik dari Mekah. Dia baru tau pasal pemergian arwah Bang Ngah, jadi dia datang menziarah untuk ucapkan takziah. Dah siang-siang kan, jadi kaki MIL okey la sikit. Dia buat air hidang ke cikgu mengaji tu, tapi jalan ada terhencot-hencot sikit. Makanya cikgu mengaji tu pun tegurla pasal kaki dia. MIL pun cakap la penyakit dia yg pelik tu. Cikgu mengaji tengok lama kat kaki MIL, kemudian dia minta besen. Dik Ya pun berila besen sebiji. Cikgu mengaji bawa keluar sebotol air zamzam dari beg dia, dia suruh MIL letak kaki dalam besen tu lalu air zamzam disimbah ke kedua belah kaki MIL. Tak pepasal keluar asap nipis dari kaki MIL. Melopong MIL tengok. Lepas tu siap keluar segala nanah lendir apa bagai yg berbau teramatla busuk dan meloyakan dari celah-celah kuku kaki MIL.

Dua tiga kali jirus, sampai asap nipis hilang dan tak ada lagi bendasing keluar dari kaki MIL. Dah bilas sekali, cikgu mengaji tu suruh FIL buang nanah tu ke tanah dan bakar. Cecepat FIL buat. MIL pulak terus kaki dia rasa ok, siap boleh kawad kaki dan lari berganti-ganti 100m, dia kata. Kemudian, cikgu mengaji tu macam 'scan' la rumah MIL tu, dan dia pun kata ada orang marah kat keluarga MIL ni. Marah sampai nak bebetul nak sakitkan orang dalam rumah MIL. Terkejutlah keluarga mentua aku ni bila dengar cikgu mengaji kata gitu. Tak tersangka-sangka pula ada orang yg sampai gitu sekali marahnya. Lalu MIL pun tanyalah, arwah Bang Ngah tu sangkut-paut ke. Cikgu mengaji angguk. Bila ditanya samada cikgu tau tak siapa yg punya angkara, dia geleng. Dia cuma cakap "Ini ada berkait dengan harta pusaka."

Nahhhh... masa tu macam MIL dah dapat tangkap dah angkara siapa yg menyakiti keluarga dia. FIL pun dapat tangkap jugak. Sebabnya pasal harta pusaka ni, memang ada satu isu yg hanya ada satu orang je dok sakit hati. Alkisahnya, FIL adala sebidang tanah yg diwasiatkan dari arwah ayahnya. Tanah tu, FIL berhajat nak buat rumah batu yg selesa untuk anak-anak dan menantu akan datang nanti. Tapi, adala seseorang tu suruh FIL jual tanah tu kat dia, jual 'harga adik-beradik' katanya. MIL bangkangla. MIL tak bagi FIL jual. Nak jual pun, jangan jual 'harga adik-beradik', sebab MIL dapat tahu seseorang itu dah dapat offer dari orang lain yg nak buat rumah banglo kat situ. Paham tak cerita aku ni?

Gini... ada seorang ni Encik A, nak beli tanah FIL tu nak buat banglo. Tapi Encik A ni contact kepada Si Penjahat ni. So Si Penjahat nampak dia boleh buat untung di situ, dia minta nak beli tanah tu dengan 'harga adik-beradik' kat FIL. Nanti dia jual la 'harga pasaran dunia' kat Encik A. Ok, paham eh?

Bang Ngah ni jadi macam mangsa la sebenarnya. Bang Ngah rajin dok pergi menebas segala semak-samun hutan apa bagai kat tanah FIL tu. Memang hari-hari, Bang Ngah akan pergi ke kawasan tanah tu, bersihkan apa yg patut. Jadinya Bang Ngah yg kena dulu. Tak pepasal je. Keluarga mentua aku tak pernah la balas balik perbuatan orang tu, tapi macam MIL aku ni bagi hint la yg dia dah tau. Lagi pun, MIL ingat pesan Bang Ngah supaya jangan dendam kat sesiapa. Sekarang ni, tanah tu pun dah siap berdiri sebuah rumah sepertimana impian FIL aku. Cumanya mungkin akan disewakan pada orang dulu sebab rumah sekarang masih elok lagi untuk didiami, masih selesa. Itulah dianya...

Al-Fatihah untuk arwah Bang Ngah...



Tamat sudah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 06:06 PM | Show all posts
Sekarang ni, asal balik kampung je, suami akan ingatkan FIL pasal pembahagian tanah ke harta ke apa, settlekan secepat mungkin. Geran tanah biar ada hitam putih, kata suami. Tak nak nanti suatu hari, dok bergaduh adik-beradik pasal tanah @ harta. Kalau adik-beradik ni takpe lagi, yg tak tahan bila pak sedara mak sedara pulak dok mai tuntut pasal tanah/harta ni.

Betul jugak kan. Pasal harta, tak ingat dah siapa kawan siapa lawan. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 07:19 PM | Show all posts
cik.nana replied at 17-3-2015 06:06 PM
Sekarang ni, asal balik kampung je, suami akan ingatkan FIL pasal pembahagian tanah ke harta ke apa, ...

cerita macam buleh bikin drama. tragis, drama, dendam, seram apa semua cukup.
takziah pada cik nani dan keluarga.
sebab duit muit saja pon buleh sampai tahap tu dibuatnya walaupun sedara mara sendiri. sedih sungguh.
lagi pun ni bukan kali pertama abang rusdi dengaq cerita 'buat membuatan' sedara sendiri sebab harta pusaka.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 09:36 PM | Show all posts
baru habis baca kisah cik nana...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:32 AM | Show all posts
cik.nana replied at 17-3-2015 05:57 PM
=========================
Seminggu lepas Bang Ngah meninggal, MIL jatuh sakit. Mula-mula pak mentua ...

Sedihnyee. Kesian betul kat arwah bang ngah tu. Menjadi mangsa nafsu ketamakan orang!!!

Semoga cik nana sekeluarga dilindungi Allah.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seronok betul baca thread ni..seram bila teringat2 pengalaman2 cik nana...teruskan menulis ye cik nana
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 02:07 PM | Show all posts
TT...ad cete lg x?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 02:17 PM | Show all posts
cik.nana replied at 17-3-2015 12:15 PM
================
Bang Ngah bersilat tak lama mana malam tu. Tak diduga-duga, Bang Ngah terjun tingk ...

sedihnya baca kisah arwah Bang Ngah ni..

Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 11:48 AM | Show all posts
abang_rusdi replied at 17-3-2015 07:19 PM
cerita macam buleh bikin drama. tragis, drama, dendam, seram apa semua cukup.
takziah pada cik na ...

la....di..., hang dok ada sini ka? tak mau balik rumah ka..ramai dok tunggu nu...depa dok seru-meru hang lama dah, angau kat hang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.122198 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list