CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 17-11-2014 11:43 AM | Show all posts
hatikudus posted on 14-11-2014 03:49 PM
Sama mcm anak saya masa umurnya 2-3 tahun dulu. Masuk je bilik bila nak tido dia pandang satu penj ...

huhuhuhu memang meremang bulu kan???

kadang2 anak saya tetiba je menjerit or menangis tak tentu sebab nyer...

selawat & ayat qursi je la yang saya selalu baca utk dia...

pastu bukak chanel 106 masa slot indahnya iman tu...

anak saya akan khusyuk tengok kadang tu dia pun ikut sama ikut cara dia la...

hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 12:54 PM | Show all posts
Uish seram. lain macam seram nya cite cik ton ni. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:00 PM | Show all posts
aku pun risau gak..anak aku ni mcm lemah semangat sikit... lagi lagi lau aku balik kampung..tiap2 kali lau balik kampung lau tenga tido... bangun tido mesti dia akan nangis semacam. lau aku dah bace ayat kursi & 3Qul n selawat baru dy ok. aku pn xtau dy kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:31 PM | Show all posts
kisah cik ton ni mang seram lain mcm
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:12 PM | Show all posts
dlm rmi2 tu nape benda cik ton tu serang ko ye...pe motip benda tu...nk ko jd tuan dia plk ke...ganti tmpt cik ton
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:25 PM | Show all posts
giler ahh...meremang-remang bulu roma baca citer tt ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2014 02:30 PM | Show all posts
Ok, ni ada sedikit nota tambahan ye dari kisah Cik Ton tu. Ewahhhh, main nota tambahan lak kau ye!

  • "Ini... ini semua kau punya pasal!" marah Cik Ton. Ok, berdasarkan ni, memang 'Cik Ton' marah kat aku dgn Ateh sebab kami dah nampak rupa sebenar dia. Jadi tak bolehla dia nak berlakon lelebih sebab dah kantoi.
  • 'Cik Ton' ni alkisahnya balik nak mencari tuan. Ada sekali dia cakap "Elok rupa paras cucu kau, Maimon. Mengalir darah pahlawan Tok Wannya". Dia dah berkenan dgn adik bongsu yg lelaki, Acu.
  • Masa Tok Wan ubatkan Karim yg kena ilmu pengasih tu, Tok Wan dah 'jumpa' Cik Ton (bukan secara fizikal). Tok Wan dah bagi warning pada Cik Ton supaya berhenti ganggu Karim atau Tok Wan sendiri akan 'ajar' Cik Ton.
  • Tok Wan jugak pesan 'anak cucu aku jangan diusik'.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 02:31 PM | Show all posts
seeri_7843 posted on 17-11-2014 09:16 AM
Peerrgh...... menakut kn btol citer ni......seriau aku mmbaca nye

Pandai cik nana mengarang.....
...

Nanti kita story mory kisah lain pulak. Coming soon.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2014 02:32 PM | Show all posts
znuyul posted on 17-11-2014 09:40 AM
nama dia cakap ini semua ko punyer pasal??
curious nak tau...

Tu ada tambah sikit nota dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:32 PM | Show all posts
pandai pula saka dia cari jalan pulang.. maknanya cik ton ni mungkin membawa diri di kawasan berdekatan juga ke?
Opah nana dapat tak jumpa kuburnya Cik Ton?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 02:33 PM | Show all posts
gaza posted on 17-11-2014 10:35 AM
seram... terbaik

Ade lg x sambungannya??

Kisah Cik Ton dah habis. Tapi ada kisah lain yg akan dikisahkan nanti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 02:35 PM | Show all posts
awanearisu posted on 17-11-2014 02:32 PM
pandai pula saka dia cari jalan pulang.. maknanya cik ton ni mungkin membawa diri di kawasan berdeka ...

Kata Opah, Cik Ton tak pergi jauh mana pun. Ada je berdekatan. Pasal kubur Cik Ton, cik.nana tak pernah tanya Opah pasal tu. Tak berani. Hehehe.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 02:37 PM | Show all posts
nasi_goreng posted on 17-11-2014 11:09 AM
best tt. seram sejuk baca cite cik nana ni. habis je kelas terus masuk surau semata mata nak layan ...

Nanti ada kesempatan cik.nana sambung lagi ye.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 02:38 PM | Show all posts
Delores posted on 17-11-2014 11:19 AM
TT, muka Cik Ton tu ada iras iras muka retis mana2 tak?
Nek Ta ker? hiks

Kalau ikut cik.nana, Cik Ton ni cantik lagi la sebab dia tak pakai bulu mata palsu. Kahkahkah. Kbai.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 03:07 PM | Show all posts
cik.nana posted on 17-11-2014 02:38 PM
Kalau ikut cik.nana, Cik Ton ni cantik lagi la sebab dia tak pakai bulu mata palsu. Kahkahkah. Kba ...

Tetiba raser seremm....... ngeri sgt cerita TT ni.. leh wat telemovie dah ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 03:28 PM | Show all posts
nak lagi!! nak lagi!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 05:01 PM | Show all posts
cik.nana posted on 17-11-2014 02:30 PM
Ok, ni ada sedikit nota tambahan ye dari kisah Cik Ton tu. Ewahhhh, main nota tambahan lak kau ye!
...

ada brani pi snap gambaq cik ton kat album gambaq lama2 ka?
mai boh sini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 05:05 PM | Show all posts
abang_rusdi posted on 17-11-2014 05:01 PM
ada brani pi snap gambaq cik ton kat album gambaq lama2 ka?
mai boh sini.

Gambaq Cik Ton semua Opah dah bawak keluaq dari album. Opah buat apa dgn gambaq-gambaq tu, wallahualam. Tapi nanti cik.nana akan menggigihkan diri untuk cari at least satu gambaq utk tatapan abang_rusdi okeh.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 05:14 PM | Show all posts
cik.nana posted on 17-11-2014 05:05 PM
Gambaq Cik Ton semua Opah dah bawak keluaq dari album. Opah buat apa dgn gambaq-gambaq tu, wallahu ...

makasih. mintak2 la bukan gambaq a galak lagik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 06:04 PM | Show all posts
Ok ni nak share satu kisah yg pendek sahaja utk petang ni...

Kisah 4 - Ateh Nampak Kepala!

Petang tu, baru pukul 4.30 aku dah tergesa-gesa nak balik. Aku buat praktikal kat satu company yg kecik aje. Bos jenis sempoi orangnya, so dia tak banyak soal bila aku minta izin nak balik awal sebab nak pergi jemput adik balik dari tempat belajar. Mama minta tolong aku jemput Ateh kat poli tempat dia belajar nun kat Kuala Selangor sana. Mama tak dapat jemput sebab ada meeting. Ateh pulak balik kena angkut barang banyak sebab tak lama lagi dia nak tamat sem dah. Aku ni sebagai anak yg baik dan mendengar kata, menurut aje perintah Mama walaupun rasa malas yg amat nak drive jauh-jauh. Nasib baik esok hari Sabtu.

Sampai kat poli Ateh dah dalam pukul 6 petang. Ateh dah siap tunggu aku kat bawah asrama dia dgn barang-barang dia yg punyalah banyak. "Apsal tak cakap kena bawak lori sekali?" aku melawak dengan Ateh. "Muka ko pun dah macam drebar lori, buatpe nak panggil lori." Cis, kuajaq! Kami mula masukkan barang-barang Ateh dalam bonet kereta. Tak cukup bonet, dengan tempat duduk belakang sekali penuh dengan khazanah dia. Aku mengomel la sebab banyak bebenornya barang, macam dah duduk poli 10 tahun. Sengih je Si Ateh. Setel semua, kami mula bertolak balik. Dah hampir senja dah.

Sepanjang perjalanan, aku dan Ateh bersembang-sembang kosong. Isu semasa, gosip retis, pasal tempat kerja aku, macam-macam laaa. Dok sibuk borak tu, tiba-tiba Ateh tunjuk jari kat depan di bahu jalan yg ada pokok-pokok pisang.

Ateh: Eh, apa tu?
Aku: Apa? Mana? Mana?

Aku ni pun sikit punya inesen dok cari benda yg Ateh dok tunjuk. Tak terpikir langsung masa tu dah nak Maghrib ke apa.

Ateh: Tuuuu... tuuu kat tepi pokok pisang tu.
Aku: Manaaa? Tak nampak ponggggg.
Ateh: Eish, tu laa, kat...

Tiba-tiba Ateh diam. Aku pun kehairanan apsal tetiba dia diam. Aku terus tengok tempat yg ditunjuk Ateh. Siap perlahankan kereta. Sekali aku pun ternampak la. Ada kepala terapung-apung, siap usus tali pusat berjurai-jurai apa semua.

Pundek! Penanggal!!! VROOOOMM! Aku tekan minyak, memecut laju. Gila kecut perut aku. Mujurla 'benda' tu bukan pandang kat kitorang. Dalam hati, ada rasa marah sebab Ateh pergi tegur benda tu. Aku pun jeling Ateh kat sebelah. Pucat lesi muka dia.

Aku: Yang ko pergi tegur tu apahal? Bengong betul.
Ateh: Aku mana tau... aku tak nampak masa tu.
Aku: Hiishhh...

Nak marah lebih-lebih tak sampai hati tengok muka Ateh pucat je. Aku teruskan pemanduan sambil berzikir, nak tenangkan hati sendiri.

Ateh: Long...
Aku: Mende.
Ateh: Dia ikut belakang kita...
Aku: Hahhh!??

Aku takdela benak sangat nak pi toleh belakang. Aku intai kat side mirror. Tak nampak apa pun. Adakah 'benda' itu berada di sebelah Ateh?

Aku: Ko jangan tengokla. Baca ayat Kursi tu, selawat banyak-banyak.

Aku tekan minyak lagi. Dah 160km/j dah aku tekan ni. Kena saman ke apa, lantakla. Aku dengar Ateh baca ayat Kursi terputus-putus. Aku pasang CD bacaan Al-Quran yg memang ada dalam kereta. Alhamdulillah, kami sampai rumah tanpa apa-apa insiden tak diingini. Aku cepat-cepat turun kereta dan tinjau keadaan sekeliling, kot ada yg mengikut balik ke. Tak ada apa. Yang Si Ateh pulak tak keluar-keluar dari kereta. Aku pun jengukla dari driver seat. Ateh tunduk je kepala, sampai nak cium dashboard dah.

Aku: Oi, dah sampai ni. Tak nak turun ke?
Ateh: Takut... takut...
Aku: Takut pebende? Takde apa dah ni. Jom masuk dalam.
Ateh: Takut... dia tengok aku.

Serentak meremang bulu roma aku. Tapi aku beranikan diri jugak tengok kiri kanan. Memang tak ada apa pun. Tapi rasa seram tu masih ada. Aku masuk balik dalam kereta, ambil jaket yg aku gantung kat belakang seat, aku serkup kepala Ateh. Sikit pun dia tak melawan. Dia cuma cakap "Takut... takut..." je. Aku pergi sebelah Ateh, aku tarik Ateh keluar. Dia berkeras tak nak keluar kereta.

Aku: Takpe, dia tak nampak ko. Ni kan aku dah tutup ni.

Aku pujuk Ateh. Aku pun tak tau apa logiknya aku pergi tutup kepala Ateh. Tapi trick aku tu menjadi jugak. Ateh keluar kereta dan terus paut tangan aku rapat-rapat. Kami jalan bersama masuk dalam rumah. Aku baca ayat Kursi dulu sebelum bagi salam dan masuk.

Angah: Ni apekehei pulak ni main tutup-tutup kepala macam orang kena tangkap basah ni?
Aku: Diam. Mama mana?
Angah: Mama solat. Kenapa ni?

Angah cuba tarik jaket aku dari kepala Ateh. Ateh mula bernafas kuat macam orang nak menangis. Aku tahan tangan Angah dan suruh Angah panggil Mama. Mama turun dengan masih bertelekung. Aku tarik Mama jauh sikit dari Ateh dan cerita pada Mama apa yg kami nampak. Mama duduk sebelah Ateh dan angkat jaket aku. Ateh menangis sambil tutup muka dengan tangan.

Mama: Ateh, tengok Mama ni. Ateh...
Ateh: Takut, takut, takut. Dia tengok Ateh, dia tengok Ateh.

Mama suruh aku ambil air minum segelas di dapur. Mama baca dan hembus ke dalam gelas.

Mama: Ateh, buka mata tu, tengok ni Mama kat depan ni. Takde apa dah. Buka mata.
Ateh: Takut....
Mama: Mama dah halau dah. Buka mata tu.

Perlahan-lahan Ateh angkat tangan, buka mata. Melilau mata dia ke seluruh pelusuk rumah. Mama ambil air dan sapu ke muka Ateh. Kemudian Mama suruh Ateh minum air tu sampai habis. Lepas beberapa minit baru aku tengok Ateh ok, tak menggelupur macam tadi. Mama suruh Ateh mengucap dan berselawat. Ateh ikut. Mama tanya Ateh takut tak lagi. Ateh geleng kepala.

Lepas Isyak tu, Ateh cerita, dia nampak kepala tu terbang ikut je kat belakang kereta, belah dia. Kepala tu tengok je dia, dan dia pulak macam tak boleh nak lepaskan dari pandang je benda tu. Lama-lama dia jadi takut. Dia rasa macam benda tu tengok je kat dia sampai kat rumah. Dia terbayang-bayang je benda tu ikut dia. Tu dia jadi semacam tu. Aku rasa, Ateh ni dia macam terkejut melampau, tu yg macam dia dok terbayang-bayang je. Betul ke tak benda tu ikut, wallahualam.


Tamat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.089458 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list