CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13732|Reply: 38

Pengalaman bercinta dengan Classmate.

[Copy link]
Post time 28-11-2014 04:21 PM | Show all posts |Read mode

As salam forumers sekalian, aku ingin berkongsi kisah aku bercinta dengan classmate aku sendiri semasa aku masih belajar di uitm.

Sebelum tu...aku selalu dengar kata kata streotaip yg berbunyi 'kalau bercinta dgn classmate/ofismate mesti akan byk menimbulkan masalah', memula aku hairan kenape org kata gitu? well, sebabnya aku takde pengalaman bercinta dengan classmate sbb tu lah aku tak faham, dah kena batang hidung sendiri, baru lah aku tahu.

Masa awal-awal sem dulu, ada sorg classmate lelaki minta number phone, masa first day lagi, masa tu tak fikir panjang sebab dia macam ketua kelas jugak lah, apa-apa hal boleh tanya terus dekat dia.
Dan untuk pengetahuan you all, dia memang tunjuk perwatakkan yang baik, suka menolong dan tak kedekut ilmu, lagi2 dia memang budak pandai. Dia sangat peramah dan sangat pandai ambik hati lecturer, sampai lecturer pun anggap dia anak emas sebabkan dia perwatakan macam tu (mmg patutlah dia jadi ketua kelas kan). Ok lah.. tak kisah sgt lah psl tu.

Nak start cerita, masa first month lepas masuk semester dia selalu lah mesej2 aku, memula tanya pasal assignment/quiz etc, hampir tiap-tiap hari dia akan text aku, sampai la satu tahap dia tanya benda remeh temeh (dah makan ke?dah solat ke? etc). Macam org couple la katakan...tp aku macam takde perasaan pun, walaupun aku dapat rasakan yg dia macam suka dekat aku. Mungkin sebab mind aku dah set 'tak payah la bercinta dgn classmate, byk masalah nanti'

Sebabkan dia ni selalu tolong aku bab assignment, selalu jugak la bersusah payah untuk aku(stayup overnight teman and tolong aku dekat KFC 24 hours siapkan assignment, penat, mmg penat). Banyak jugak la aku terhutang budi dengan dia, ni la salah satu sebab aku boleh maafkan dia dan tak berdendam lepas apa dia dah buat dekat aku.

Pendekkan cerita, lama-kelamaan aku terima dia sebagai kekasih sebabkan dia terlalu sukakan aku, dan disebabkan budi dan kasihan aku terima dia...dan terima dia adalah antara KESILAPAN paling besar pernah aku buat. Sampai sekarang aku menyesal.. walaupun dah setahun lebih berlalu.
Awal-awal perhubungan dia masih tunjukkan perwatakan dia yg baik, penyayang, caring etc. Tapi satu je, satuuu je benda pasal dia yang sangat spoilt dan buat hati aku tawar, menyesal dan terkilan. PANAS BARAN. Yes, ladies, sesungguhnya lelaki panas baran perlu dijauhi walaupun kita sayang sangat2. Aku nak kongsikan satu perkara pasal lelaki panas baran ni, dia takkan tunjukkan diri dia yang sebenar pada awal-awal hubungan. Tapi lama-kelamaan dia akan tunjuk jugak, cuma masa je akan menentukan.

Mesti ada diantara you all akan cakap, baran tu biasa lah, bf/suami aku pun baran, tp alhamdulillah kami ok je. OK, memang kita semua ada perasaan baran/marah/sakit hati, tapi saya nak tanya kakak2 dan adik2 yg punya bf/suami yg baran, ada tak bf/suami yg baran tu mengugut/naik tangan/menengking2 pada kakak2 dan adik2 sekalian? jikalau tidak, bagus untuk kalian, jikalau ya, sila tinggalkan pasangan anda tu...sungguh. Perasaan merana tu Tuhan je yang tahu. Kalau kita takut atau terikat dengan dia, kita report pd parent kita atau parent dia bg yg belum berkahwin, kalau ada bukti kukuh, bawak je bukti tu kebalai polis. Lelaki macam ni memang tak layak untuk sesiapa pun. Disebab perwatakan aku yang pendiam dan memendam dia seolah mengambil kesempatan atas kelemahan aku tu untuk mengugut aku. Dia ugut untuk malukan aku depan classmate/lecturer kalau aku buat benda yg dia tak suka, terasa dipijak pijak. Disebabkan aku sangat menjaga maruah diri dan keluarga, aku pendam, dan tanggung seksa hidup dengan si malaun tu selama setahun lebih! Bodoh! Memang bodoh!

One thing yg kitorg selalu gaduhkan, dia terlalu rasa insecure/kuat jealous, dia tau aku tak sayangkan dia macam mana dia sayangkan aku, disebabkan aku malas nak gaduh dengan dia, aku tak berkawan dengan classmate lelaki yg lain. Kalau ada group assignment, dia mesti nak aku satu group dengan dia, sampai kawan2 lain naik menyampah, aku sedih... Kawan2 lain semua cakap aku dah berubah, padahal...Tuhan je yg tahu. Terasa sesak nafas sbb aku tanggung semua ni sorang2! Tak suka! Tak suka sgt rasa diugut ni!!! Everytime lepas gaduh, dia akan minta maaf bersertakan dgn kata2 iloveyou. Dia menyesal dan berjanji akan ubah perangai panas baran dia, tapi dia tetap ulang perangai yg sama, so sekarang aku dah tahu yang lelaki baran ni akan SELAMANYA BARAN, susah nak berubah! mulut je kata aku maafkan dia, tapi hati aku dah benci, sangat benci.

Lepas setahun lebih baru aku ada kekuatan untuk mengadu pada parent dia, ya. Terus direct aku cakap dekat parent dia pasal hal anak lelaki dia yang baran tu. Dan parent dia meminta maaf pada aku bagi pihak anak dia. Kekuatan tu datang lepas dia dah mula naik tangan, lempang2 bagai. Tapi takde kesan pada muka(dia ni bijak taknak org lain hidu perbuatan dia) tapi sakit dia tetap bisa. Dan macam2 la lepas tu yang terjadi, tp akhirnya aku bebas dari genggaman dia.

Sekarang dah setahun lebih berlalu, tak ramai tahu kisah aku ni. Orang2 terdekat je yg tahu. Even classmate aku pun tak tahu. Aku tak nak buka aib dia sebab aku percaya dengan balasan Tuhan. Doa orang2 teraniaya selalu dimakbulkan Allah swt. Dan sekarang aku sudah mulakan hidup baru bersama org lain...dan aku bahagia. Alhamdulillah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pnh baca sorg tu buat statement klau laki panas brn dh naik tgn kt gf,sbb dorg tu dh biasa bab pegang2 tgn,sentuh2..bnde tu apply utk situasi ko x? Skrg ko dh kawin ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:39 PM | Show all posts
ok la tuu makan hati setahun.

dari bertahun-tahun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 05:00 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 28-11-2014 04:34 PM
Aku pnh baca sorg tu buat statement klau laki panas brn dh naik tgn kt gf,sbb dorg tu dh biasa bab p ...

Dia mula jadi panas baran bila lama kelamaan dia tahu aku makin sygkan dia. Tapi Sayang tu tak lama pun. Tuh yang dia start ugut2 tu.
Bab sentuh2 tu macam takde kena mengena.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:05 PM | Show all posts
husband aku clasmate aku masa form 4 form 5. kapel pas spm. tp long distance sbb u lain2, keje pun bidang lain2. sepuluh taun kemudian baru kawen. kira bercinta ngan clasmate la jugak kan. hehehe

mula2 time blaja kt u tu dia baran gak sbb budak lg kan... lum matured. tp dh semakin meningkat dewasa dah ilang dah perangai tu. tp dia x pnah la naik tgn kat aku. aku je yg slalu pukul dia. hahaha.

bagus la ko dh tinggalkan dia. may b jodoh ko ngan orang lain. xpe masa byk lagi...kapel/laki/kawen bukan la penentu segala2nya ok. kalo dah jodoh xkan ke mana. cm aku pun walo kapel sepuluh taun, berdrama bagai tp pas umo 27 baru jodoh kitorang smpai kan..walo plan nk awal. ha...gitu la lbh kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
freakashpop posted on 28-11-2014 05:00 PM
Dia mula jadi panas baran bila lama kelamaan dia tahu aku makin sygkan dia. Tapi Sayang tu tak lam ...

Kuat jeles la kiranya..panas brn selalu dikaitkn dgn romantik jgk..ekeke..tp knp ko tetiba berflashback?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 07:16 PM | Show all posts
Betul. Worst experience ever!!  Aku bukan couple. Rapat as bestfriend je tapi orang ingat couple sebab kitorang selalu lepak sekali. Tak lama dalam berkawan tu tiba2 muncul ex-gf dia. Teruk aku kena dengan minah meroyan tu.. Aku komplot dengan kwn2 perempuan kelas aku kenakan perempuan meroyan tu balik. Konon model alim2.

Dah lah tak kenal tiba2 nak cari pasal dengan orang.  Lelaki tu pun sama gila jadi batu api putar belit cerita.  Tak lama lepas tu muncul pulak konon2 bestfriend laki tu yang menaruh hati jiwa raga kat laki tu. pun sama dok perli2 aku konon aku ni beruntung dapat couple dengan laki tu. Minah tu pun bengong org dah tak nak lagi terhegeh2.

Last2 kantoi couple balik dengan ex-gf dia lepas masing2 buruk2 kan sama sendiri. Jilat ludah sendiri. Couple paling bongok tak pernah aku lupa sepanjang hidup aku. Sekarang yang laki tergedik2 nak kawan balik dengan aku lepas 4 tahun.  

Paling tak boleh lupa kawan2 sekelas semua tahu cerita pun tolong aku sekali pulaukan laki tu and diorang pun sangat2 membantu jaga feeling aku dengan tak banyak tanya pasal laki tu.  Satu kelas aku tahu pasal kisah tu sebab ex gf meroyan tu add fb satu kelas.. siap menggedik2 gatal lagi dengan budak2 laki.. Last edited by mai-shi on 28-11-2014 07:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit spenda pun makpak tanggung ada hati bercinta hempuk-hempukkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 03:02 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 28-11-2014 04:34 PM
Aku pnh baca sorg tu buat statement klau laki panas brn dh naik tgn kt gf,sbb dorg tu dh biasa bab p ...

aku lak selalu terfikir. mana2 pompuan komplen kena pukul dek bf ke, tunang ke, diorg selalu pukul kat mana. kat bus stand ke? car park ke? library ke? kedai makan ke? sebab aku selalu mcm terfikir diorg ni bersekedudukan tinggal serumah sampai banyak sangat masa sampai boleh nak belasah membelasah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 08:37 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 28-11-2014 05:09 PM
Kuat jeles la kiranya..panas brn selalu dikaitkn dgn romantik jgk..ekeke..tp knp ko tetiba berflas ...

Entah, aku saje nak berkongsi pengalaman ni. Mungkin boleh diberi pengajaran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 08:40 AM | Show all posts
suka2 posted on 29-11-2014 03:02 AM
aku lak selalu terfikir. mana2 pompuan komplen kena pukul dek bf ke, tunang ke, diorg selalu pukul ...

Aku takde la tahap bersekedudukan. Tapi selalu bersama tu ye, macam waktu kelas duduk sebelah2, pergi launch sekali, pergi dinner sekali, buat assignment sekali, boleh dikatakan macam belangkas la. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 04:00 PM | Show all posts
kau dah kawen belum skrg ni...kalau belum jom kawen dgn aku...aku ensem tak panas baran...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 05:23 PM | Show all posts
alhamdulillah TT ada keberanian. seramnya baca cerita TT ni.huhu mintak2 bakal suami aku tak sampai naik tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:10 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 28-11-2014 04:34 PM
Aku pnh baca sorg tu buat statement klau laki panas brn dh naik tgn kt gf,sbb dorg tu dh biasa bab p ...

btl..aku setuju ngn statement ko..dr pngalaman spnjg hidup aku, org sekeliling yg ber bf gf bagai, yg kna lempang tuh mmg standard la pgg tgn bagai..dlm kes nih, klu xpnh bersentuhan tp ada hati lak pkul anak org mmg melampau la..laki mcm ni hempuk karang baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 07:07 AM | Show all posts
kadang x guna baran tuk perkara sekecik biji sagu.. xda kesan kat kehidupan.. nanti jadi kemaluan dmasa hadapan bila kita previous masa lalu.. sengih seko seko..

aku setuju bab member post sorang tu.. dia dah tawan body ang.. seluruhnya dia buat cam harta dia.. bebas la makan penampo ngan jerkah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 08:18 AM | Show all posts
org baran ni memang menakutkan,
me xde la pengalaman dengan orang macam ni..
tapi dari cerita2 yang me baca memang orang baran ni sangat menakutkan.
kalau time couple dah berani nak angkat tangan, pas kawen xtau la..huhuhuhuhuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 08:38 AM | Show all posts
feedback99 posted on 2-12-2014 11:10 PM
btl..aku setuju ngn statement ko..dr pngalaman spnjg hidup aku, org sekeliling yg ber bf gf bagai, ...

aku pn rasa mcm tu..sbb kalau x bersentuhan, camne plak boleh upgrade lempang2 aka bersentuhan tahap tinggalkan bekas aku pn baru terpikir bila org tu ckp camtu


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 03:40 PM | Show all posts
darjah enam penah la
tapi malu amat..kalau die panggil mampus merah muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 03:42 PM | Show all posts
suka2 posted on 29-11-2014 03:02 AM
aku lak selalu terfikir. mana2 pompuan komplen kena pukul dek bf ke, tunang ke, diorg selalu pukul ...

Officemate aku kena belasah dalam kereta, lebam2 peha dia, kena tumbuk time duduk dalam kete, kena tumbuk kat muka.
Bodoh sampai tak boleh diajar, suh tinggal kan jantan keberet tu tak mooo.
Sudah nyer bila jantan itu masuk penjara baru la dia lepaskan jantan tu disebabkan kantoi,
Jantan itu sudah berkahwin, mengandung kan perempuan lain and kes dadah

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 01:12 PM | Show all posts
ex wana my classmate..
dari form 2..
sebelum tu kami kelas lain..
form 4 dia pindah..lepas spm kami rapat n kapel
tapi, memang susah nak fasa lain..
y?? kenal dia sebagai kawan..
layan dia sebagai kawan..
lepas tu nak anggap special one..
nak muntah rasanya..
wana just bagi peluang
tapi entahla..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.709646 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list