Agensi - SEORANG remaja merakamkan gambar secara selfie ketika memanjat menara di sebuah loji nuklear di Saint Petersburg, Rusia baru-baru ini.
SAINT PETERSBURG, Rusia –Sekumpulan lima remaja berdepan risiko dihukum penjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear di bandar ini dan mengambil gambar secara selfie di atas sebuah menara di dalam loji berkenaan.
Lima remaja tersebut mengambil kesempatan terhadap satu projek pembinaan di loji terbabit untuk menceroboh sebelum memanjat satu menara setinggi 150 meter.
Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov berkata, mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal yang berkawal di lokasi itu.
“Kami terus berjalan seperti biasa dan memanjat menara berkenaan untuk merakamkan gambar serta video,” katanya.
Kumpulan remaja itu mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik gambar tersebut di internet.
Sementara itu, seorang pegawai polis berkata, tindakan kumpulan remaja itu sangat bahaya dan mereka boleh dihukum penjara sekiranya ditangkap pihak berkuasa. – Agensi
|